Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Isnin, 16 Disember 2013

PERCA DUNIA FILEM TEMPATAN : FILEM DALAM FILEM - PAPADOM2


Sekadar menyebut beberapa nama ; Layar Lara, Kala Malam Bulan Mengambang, Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah, ... Dalam Botol, Bunohan, Balada Pencinta dan terbaru, Papadom 2 merupakan karya ‘filem’ yang boleh diletakkan sebagai ‘Filem Dalam Filem’. Mempertaruhkan genre ‘komedi kekeluargaan’ yang diselitkan dengan elemen ‘kritikan dalam visual’. Papadom 2, antara karya Afdlin Shauki yang boleh dikatakan agak matang dari sudut pembikinannya.

Menceritakan tentang pengorbanan seorang bapa terhadap anaknya, Maisara (Liyana Jasmay), Saadom (Afdlin Shauki), mengambil iniasitif sendiri untuk membongkarkan siapakah ‘teman lelaki’ anaknya itu. Maisara yang bekerja dalam industri filem tempatan (tamparan hebat buat warga industri filem – satu jentik yang dibikin secara komedi tapi ada makna ) merupakan seorang wanita yang menjadi kegilaan ramai lelaki termasuk pelakon popular, Fazz Fiuruz (Riezman Khuzaimi), produser filem (lupa nama – memegang watak produser bergelar Datuk), dan jurukamera , Qib (Hans Isaac) . Paparan sebegini satu ‘realiti’ yang ‘hidup’ melingkari dunia filem tempatan. Kesemua watak ini cuba ‘memikat’ Maisara tapi tiada seorang pun yang berjaya dihati Maisara. Namun ada sorang saja yang bertuah. Siapakah gerangannya?. Ada kena tonton filem ini, di pawagam.


Menariknya Papadom 2 terletak pada barisan karektor yang menaungi filem ke-13 Afdlin Shauki ini, Jay Rahman lakonan Khir Rahman seolah-olah gambaran kisah beberapa pengarah filem di Malaysia yang ‘gian’ menghasilkan filem ‘yang dilabelkan sebagai filem ‘art’, tapi tidak ‘laku’ di pasaran. Ini satu ‘sindiran tajam’ buat golongan tersebut, malahan juga boleh diandaikan sebagai ‘luahan hati anak seni’, bernama Afdlin Shauki yang diwakili oleh watak Jay Rahman. Jay Rahman, seorang pengarah filem ‘berjiwa sentimental’ yang banyak menghasilkan filem tetapi ‘tidak laku’, namun kehadiran Maisara, seorang penolong pengarah ; seringkali dicemburui Shasha ( Scha Al yahya) – membuktikan bahawa ‘wanita menguasai segala kemungkinan’. Dalam persoalan ini, Afdlin Shauki cuba bercerita kepada penonton bahawa ‘hidup ini memerlukan kasih sayang, perhatian dan orang kedua’. Tanpa mereka, mana mungkin manusia seperti Jay Rahman boleh ditemani dan difahami, memandangkan karektor Jay Rahman seorang sutradara yang ‘sukar difahami’.

Dari segi kandungan cerita dan plot naratifnya, Papadom 2 sebuah cerita yang agak simple. Ia banyak bermain dengan ‘Isu Dalam Cerita’, atau ‘Naskhah yang bercakap sesuatu’. Walaupun dibikin secara komedi, namun kematangan Afdlin dapat diperhalusi menerusi imej, visual dan dialog yang melatari perjalanan cerita yang kini ditayangkan di seluruh pawagam tanah air, mungkin akan masuk Astro First dan pastinya akan di ‘lancap’ oleh ketua lanun yang dahagakan karya terbaru setiap minggu dari pembikin filem tempatan. Bagi anda yang tercari-cari cerita komedi yang agak ‘simple dan menarik’. Saya rasa PapaDom 2 mungkin jawapannya.


*Ulasan ini mungkin bukan ulasan tentang jalan cerita filem ini, tapi saya menulis review tentang ‘apa yang saya rasa dalam sesebuah filem’ setelah menontonnya di pawagam. Yang belum menonton, sila ke pawagam .. karya terbaik Afdlin Shauki yang agak matang* 

0 comments :