Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


HISTERIA THE SERIES TAMPIL KELAINAN YANG LEBIH BERANI DAN PANAS?

Kali ini menerusi Histeria The Series menyaksikan Astro Originals tampil pertama kali dengan mengangkat genre misteri seram dengan isu-isu yang hangat diperkatakan dalam masyarakat sekarang ini iaitu masalah sosial seperti buli serta di padatkan dengan adegan-adegan yang lebih berani.

LEGASI LAGU RAYA DARI KACA MATA S.ATAN, DATUK HABSAH HASSAN DAN DATUK DJ DAVE. APAKAH RAHSIA KEHEBATAN LAGU-LAGU RAYA MALAR SEGAR?

'Bayangkan sekiranya pada satu hari nanti, lagu-lagu dalam platform digital itu hilang. Bagaimanakah untuk kita mengatakan dia adalah penyanyi?, S.ATAN?

MALAM CITRA SINEMA PERTARUHKAN 28 KATEGORI FILEM TEMPATAN DI FFM31!

FFM31 kali ini menawarkan Dana Kandungan Digital (DKD) bernilai RM500,000.00 berserta trofi bagi karya tempatan yang diangkat sebagai Filem Terbaik, namun ia perlu mematuhi garis panduan ditetapkan dalam tatacara permohonan DKD bagi sektor industri kreatif. Usaha baik ini dilakukan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bagi meraikan sinema dalam mengiktiraf kecemerlangan karyawan industri perfileman tempatan.

FILEM PREBET SAPU WAKILI MALAYSIA KE ANUGERAH OSCARS KE 94

Filem sulung arahan Muz Amer ini akan mewakili Malaysia ke Anugerah Akademi (Oscars) ke-94 dijangka berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 27 Mac 2022.

NABIL AQIL BERAKSI 'PANAS'?

Nak tahu apa yang panas minggu ini?. Nah kami sajikan 5 video terhangat minggu ini.

Selasa, 1 Julai 2014

KUALITI ATAU KUANTITI? : SKOP DUNIA KERJAYA


Mungkin sesetengah dari kita tidak mengambil peduli tentang istilah 'kualiti' dan 'kuantiti'. Ia merupakan dua perkataan yang memberikan definisi yang sangat perbeza dari segi maksud, fahaman, gerak kerja dan sasaran mahupun target. Dalam dunia kerjaya khususnya di sektor kerajaan mahupun swasta, kuantiti menjadi pertaruhan di antara kita bagi mencapai visi mahupun KPI atau kata khasnya merujuk kepada Key Performance Indicators iaitu satu kaedah yang digunakan bagi mengukur prestasi kerja seseorang individu dalam sesebuah organisasi. Namun, harus diingat bahawa bagi menjamin kuantiti yang bagus dan cemerlang, kita haruslah menjaga 'kualiti' atas setiap cabang kerja yang kita lakukan. Sekiranya kita melaksanakan kerja semata-mata mahu memiliki KPI tertinggi dalam setahun dengan mengabaikan soal kreativiti kita mengurus, melaksanakan, dan melakukannya, maka kita boleh dianggap seorang yang 'kerja sambil lewa, tidak produktif dan sukar berjaya'. 

Perkara ini harus difahami oleh seseorang majikan, ketua, mahupun supervisor  yang menjadi orang tengah antara anda dan dunia kerjaya. Mereka ini wajar berfikiran positif dan tahu apa yang perlu dilakukan bagi memantapkan sesebuah organisasi. Sekiranya ada perkara yang 'menghalang' atau 'tidak boleh', maka seseorang majikan atau ketua itu perlu berfikir dan mencari jalan terbaik untuk melaksanakan sesuatu kerja tanpa mengabaikan soal produktiviti, kerana bekerja sambil lewa, cukup-cukup makan dan seringkali berfikir 'ala buat je.. buat je.. kan bajet tak de''.. harus dibuang jauh kerana individu yang berfikiran sebegini adalah mereka yang tidak layak digelar 'ketua, majikan mahupun boss'.

Merujuk pada isu ini, kita boleh memberikan contoh terdekat misalnya dalam bidang hiburan dan filem. Soal pengurusan bajet menjadi tonggak utama dalam merealisasikan sesuatu. Sekiranya kita beranggapan 'buat je macam nie.. kan save bajet.. tak payah buat yang meletop pun.. kita buat je macam nie.. janji siap dan tayang'.. Oleh itu, apakah individu yang berkata sedemikian layak digelar produktif sedangkan mereka tidak boleh membuat keputusan adalah antara mereka yang tidak layak memiliki gaji yang mahal dan semahal gaji yang diberi tentulah boleh memberikan sesuatu yang 'menarik, gempak dan mampu diingati sepertimana karya-karya iklan Petronas yang setiap tahun meninggalkan impak dan kegilaan penonton terhadap visual dan plot penceritaannya.

Justeru, perubahan perlu dilakukan dalam setiap organisasi dan cabang kerja yang dilakukan agar apa yang kita hasilkan tidak menjadi sia-sia. Dan apa yang pasti, sekiranya kita tidak mahu berubah dan melangkah setapak, duduklah dalam tempurung dan lakukan perkara yang sama saja dalam kerja.. tentunya anda dan organisasi anda akan terus diingati sebagai pelopor karya sendu buat selama-lamanya.

Tepuk dada tanya selera..
wallahuallam.