Ahad, 31 Ogos 2014
57 TAHUN MALAYSIA MERDEKA
Ahad, Ogos 31, 2014
1957
,
57 Tahun Malaysia Merdeka
,
Amy Ikram
,
Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
,
Erti Sebuah Cinta
,
Finas Merdeka.
,
Inilah Kisah Kami
,
Promo Merdeka Finas
,
Sajak Merdeka
,
Wafiy Rahman
,
Warisan
1 comment
Sempena 57 tahun negara mencapai kemerdekaan, saya sajikan kepada anda secara ekslusif - 5 promo kemerdekaan terbaik terbitan FINAS. Selamat menyambut Kemerdekaan Malaysia yang ke-57 tahun..
57 Tahun Malaysia Merdeka by Amy Ikram
Sajak Merdeka by Hadley
Erti Sebuah Cinta - Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta by Wafiy Rahman
Inilah Kisah Kami
MTV Warisan by Wafiy Rahman
Antara kelima-lima promo ini, hanya 2 terpilih untuk tayangan di pawagam sepanjang musim kemerdekaan iaitu 'Sajak Merdeka' dan 'Erti Sebuah Cinta'. Moga terhibur.
Sabtu, 30 Ogos 2014
SIAPA BERANI BIKIN FILEM P.RAMLEE?
Tidak sempat saya mengenali atau melihat Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee secara dekat. Ketika beliau menghembuskan nafas terakhir pada 29 Mei 1973, saya masih terlalu kecil untuk memahami dunia perfileman Melayu yang berpusat di Kuala Lumpur mahupun Si-ngapura sebelum itu.
Saya hanyalah salah seorang daripada jutaan peminat kecil yang memuja lagu-lagu nyanyian P Ramlee bersama isterinya, Allahyarham Puan Sri Saloma nun jauh di bumi Jelapang Padi Kedah.
Ketika itu saya belum mengerti cabaran mahupun kesusahan yang ditanggung P Ramlee terutama pada hujung-hujung kariernya yang memasuki zaman gerhana. Bagi saya, P Ramlee adalah suatu kemasyhuran dan seorang manusia bersuara merdu.
P Ramlee juga adalah Kassim Selamat, Aduka, Cikgu Shaari dan Sabaruddin si tukang kasut. Itulah antara kelibat P Ramlee yang saya ingat ketika masih di bangku sekolah rendah.
Dunia kecil saya hanya ditemani radio dan TV hitam putih. Dulu mana ada TV3 atau Astro. Kita cuma ada RTM saja dan kalau hendak tengok filem warna-warni, kita mestilah pergi ke panggung.
Filem P Ramlee juga 99 peratus dihasilkan dalam hitam putih kecuali Hang Tuah arahan Phani Majumdar. Kalau tak salah saya, itulah satu-satunya filem klasik dalam Eastman Color menyebabkan saya jadi teruja melihat apa warna baju yang dipakai P Ramlee, Nordin Ahmad, Zaiton, Sa’amah dan Siti Tanjong Perak.
Selebihnya P Ramlee adalah suatu imej klasik hitam putih macam juga filem Mamat Khalid, Kala Malam Bulan Mengambang. Oh ya, dua filem P Ramlee yang saya sempat saya tonton di panggung adalah Jangan Tinggal Daku dan Putus Sudah Kaseh Sayang pada 1971. Antara ingat dan lupa, saya dibawa menonton ibu dan arwah nenek di Panggung Sky, Jalan Putra, Alor Setar.
Rasanya ramai orang sedia maklum mengenai kehebatan P Ramlee. Saban tahun apabila tiba ulang tahun detik kelahiran dan kematian beliau, peminat serta pihak media akan mengimbas segala pencapaian P Ramlee. Namun kita tidak mahu asyik bercakap benda yang klise. Kita mahu melihat apa seterusnya kita boleh buat untuk P Ramlee sesudah sekian lama beliau berbudi kepada budaya bangsa dan negara ini.
Suatu ketika dulu Harian Metro pernah mengusulkan kewujudan setem kenang-kenangan P Ramlee. Ia sudah pun berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Pos Malaysia dan mencatat sejarah hebat buat anak seni Malaysia kerana pertama kali wajah artis dipaparkan pada setem. Sebelum itu kita sudah ada beberapa mercu tanda yang ditujukan khas buat beliau seperti Pustaka Peringatan P Ramlee, Pawagam Mini P Ramlee, Rumah P Ramlee dan Jalan P Ramlee.
Bagaimanapun, bagi seorang pencinta filem, saya masih mengharapkan lahirnya sebuah filem biografi P Ramlee yang unggul dan benar-benar berkualiti. Masih hairan, kenapa pada zaman Malaysia yang semakin moden ini, belum ada pihak atau produser yang berani menghasilkan filem kisah hidup mengenai P Ramlee?
Sekurang-kurangnya di pentas teater, Datin Seri Tiara Jaquelina sudah mengorak langkah menghasilkan muzikal P Ramlee di Istana Budaya (IB) tidak lama dulu yang mendapat sambutan hangat. Bagaimanapun untuk sebuah filem, mengapa kita tidak mengorak langkah dari sekarang dengan me-ngumpulkan segala bakat, kreativiti dan kepakaran teknologi perfileman yang kita ada.
Saya sedar untuk menzahirkan sebuah filem me-ngenai kisah hidup P Ramlee, ia bukannya kerja senang. Kajian mendalam terhadap fakta dan memperoleh hak cipta mesti dibuat dengan betul, ditambah dengan penghasilan skrip dan lakon layar yang kukuh. Aspek penting lain termasuklah pemilihan pelakon (casting), rekaan seni, set dan segala hal logistik yang membabit-kan penggambaran. Projek mega begini pasti memakan masa bertahun lamanya.
Memandangkan P Ramlee adalah khazanah negara kerana namanya sendiri sudah termaktub pada beberapa monumen dan jalan raya, seharusnya juga filem biografi P Ramlee juga mendapat sokongan padu daripada pihak kerajaan, kementerian dan perbadanan yang berkaitan dengan seni dan filem. Bantuan dana mahupun sokongan dalam bentuk geran boleh diberikan kepada pengkarya bertauliah yang bakal mengemudi produksi filem itu kelak.
Saya melihat penghasilan filem biografi P Ramlee sangat penting kerana ia boleh menjadi satu lagi khazanah seni berharga buat Malaysia. P Ramlee bukan saja dikenali di Malaysia tetapi juga Singapura, Indonesia, Brunei Darussalam malah di mana juga muzik serta filem Melayu dapat difahami. Ia seharusnya menjadi karya seni yang boleh menjual nama Malaysia di peringkat dunia dan festival-festival filem apatah lagi pada saat dunia sekarang sedang memerhati negara kita.
Bagi saya, kejayaan P Ramlee di rantau Asia Timur adalah satu fenomena. Ia seharusnya didedahkan agar bangsa hari ini dan masa depan akan lebih kenal sejarah seorang anak watan kelahiran Pulau Pinang bernama P Ramlee. Al-Fatihah
Artikel menarik oleh Roslen Fadzil (roslenmetro@gmail.com)
Jumaat, 29 Ogos 2014
' 70 PAWAGAM TEMPATAN MAINKAN LAGU NEGARAKU'- Ahmad Shabery Cheek
Jumaat, Ogos 29, 2014
Ahmad Shabery Cheek
,
Malaysia Merdeka
,
Pawagam Mainkan Lagu Negaraku
,
Promo Finas
0 comments
Sebanyak 70 pawagam di seluruh negara akan memainkan lagu Negaraku dan tiga promo kemerdekaan sebelum tayangan sesebuah filem di premis masing-masing selama tiga minggu mulai malam ini sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-57.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata langkah itu merupakan usaha untuk memupuk semangat dan menzahirkan rasa cinta kepada negara dalam kalangan rakyat Malaysia selain menyemarakkan sambutan Kemerdekaan.
Beliau berkata antara rangkaian pawagam yang mengambil bahagian ialah Cathay Cineplexes, TGV Cinemas, Golden Screen Cinema, Lotus Five Stars Cinemas dan MBO Cinemas.
Ahmad Shabery berharap pengunjung pawagam dapat memberi kerjasama dengan berdiri ketika lagu Negaraku dimainkan.
Tiga promo yang akan ditayangkan adalah Sajak Merdeka, Jalur Gemilang serta Di sini Lahirnya Sebuah Cinta dan semuanya diterbitkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).
- BERNAMA
Khamis, 28 Ogos 2014
SALOMA TEMUI PENONTON 28 OGOS 2014 DI ASTRO FIRST EKSLUSIF!
Selepas
karya mengenai P.Ramlee yang diterjemahkan dalam pelbagai versi, kini
tibanya giliran Saloma pula. Biduanita Negara yang mencipta nama sebagai
pelakon dan penyanyi itu boleh ditonton secara ekslusif mulai 28 Ogos
2014. Diterbitkan dalam 2 episod dengan durasi sekitar 110 minit, Saloma
Bahagian 1 : Mencari Guruh dan Saloma Bahagian 2: Pandang Kaseh
merupakan antara karya Melissa Saila yang boleh dianggap agak hebat,
klasik, dan romantik kerana ia merupakan sebuah cerita biografi tentang
Saloma dari saat dia kecil, remaja, dewasa hinggalah ke detik terakhir
dalam hidupnya.
Diterbitkan
produksi Kus Semangat Aktor Sdn Bhd, Saloma yang diterajui Nabila Huda
(Saloma), Tony Eusoff (P.Ramlee), Azhan Rani (A.R Tompel), Sazzy Falak
(Mariani), Julia Ziegler (Norizan), Sharifah Armani (Siput Sarawak),
Hasnul Rahmat (Pak Mam) dan ramai lagi ; merupakan sebuah kisah tentang
perjalanan hidup seorang insan seni hebat bernama Saloma. Keanggunan
dan kekuatan diri Saloma digambarkan secara terus menerusi dua episod
Saloma yang akan ditayangkan bermula hari ini (28 Ogos 2014) hanya di
Astro First Ekslusif. Suka duka hidup, segala tangisan, penat lelah,
cinta, kasih sayang dan impian cuba dijejaki dalam sebuah biografi ulung
hasil ilham Seniwati Mariani yang berjaya digarap anaknya, pengarah
Melissa Saila.
Saloma,
boleh ditonton dengan melanggan 2 episod Saloma dengan harga langganan
RM20 bagi tempoh siaran selama 48 jam selepas pembelian. Bagi anda
peminat filem dan muzik Saloma, jangan lepaskan peluang keemasan ini
untuk melanggan filem ini hanya di Saluran Astro First Ekslusif .
Menariknya, penyanyi Liza Hanim juga turut menyumbangkan vokalnya dalam
menyanyikan beberapa buah lagu dalam filem ini.
Saloma..
Senimu tetap dikenang, dihargai, dipuja hingga berjuta zaman sepertimana kehebatan Seniman Negara Tan Seri P.Ramlee.
Rabu, 27 Ogos 2014
TONY EUSOFF TERUJA DALAM P.RAMLEE THE MUSICAL MUSIM KE 3?
Rabu, Ogos 27, 2014
Istana Budaya
,
Muzikal P.Ramlee
,
P.Ramlee
,
P.Ramlee Musical
,
Teater
,
Tiara Jacquelina
,
Tony Eusoff
0 comments
Bagi
peminat siri teater P.Ramlee, mungkin ternanti-nanti siri terbaru yang
bakal dipersembahkan mulai Oktober 2014. Memilih Istana Budaya, Kuala
Lumpur sebagai platform rasmi dalam persembahan teater bertaraf
antarabangsa ini, P.Ramlee The Musical Season 3 : The Life, The Loves, and The Inspirations, akan melabuhkan tirainya bermula 3 hingga 12 Oktober 2014. Bakal diarahkan Pat Ibrahim, Teater P.Ramlee The Musical Musim ke 3 ini merupakan produksi terbitan Enfiniti Production.
Produksi
hebat yang pernah menggegarkan pentas Istana Budaya menerusi 2 musim
sebelum ini nyata tidak mengecewakan khalayak barangkali, kerana musim
terbaru ini akan menampilkan Tony Eusoff sebagai Seniman Agung Tan Seri
P.Ramlee. Manakala kemunculan pelakon Nadia Aqilah sebagai Saloma pasti
ditunggu-tunggu. Bukan itu sahaja, penampilan Datin Seri Tiara
Jacquelina sebagai Norizan, Lisa Surihani sebagai Junaidah, Douglas Lim
sebagai Run Run Shaw dan sebagainya membuktikan teater P.Ramlee masih
relevan.
Menceritakan
susur galur kehidupan Seniman Agung itu dari pelbagai persepsi,
P.Ramlee The Musical Season 3 ini merupakan sebuah karya yang amat
menyentuh jiwa. Walaupun persembahannya tiada kaitan dengan filem Saloma
arahan Melissa Saila, P.Ramlee The Musical ini tetap menampilkan Tony
Eusoff sebagai P.Ramlee. Dalam teater ini penonton akan dibawa menyelami
dunia P.Ramlee secara terus bermula dari rasa cinta, hidup, Inspirasi,
kerjaya hinggalah ke titisan terakhir dalam hidup seniman lagenda itu.
Ketika ditemui media, penerbit P.Ramlee The Musical Musim ke 3 ini, Datin Seri Tiara Jacquelina berkata, 'Semasa
persembahan teater ini di Istana Budaya, saya duduk bersama penonton
dalam panggung menyaksikan naskhah ini. Saya merasakan bahawa cerita
P.Ramlee sangat istimewa, unik dan ada ceritanya yang tersendiri. Segala
suka duka seniman agung itu kami cuba gambarkan tanpa ada rasa prejudis
kerana sebagai anak seni, saya rasakan semua generasi kenal siapa
P.Ramlee, dan seni lakonnya, muziknya, dan apa jua yang dilakukan itu
akan terus hidup dan dikenali sehingga ke generasi seterusnya..' .
Walaupun
tiada pertalian darah dengan seniman agung itu, Tony Eusoff yang
memegang watak sebagai seniman lagenda itu sangat terharu dengan
pemilihannya sebagai bintang dalam persembahan teater ini yang akan
berlangsung pada Oktober 2014. Wajahnya, pakaiannya dan rupa parasnya
ditatarias seiras dengan seniman tersohor itu. Sebagai anak seni,
mungkin ia satu cabaran yang perlu dipikul bagi setiap pelakon yang
dipercayai oleh seseorang penerbit, pengarah dan penaja bagi menghidup
apa jua watak. P.Ramlee The Musical Musim ke 3 wajib ditonton bagi
peminat naskhah P.Ramlee kerana ada sesuatu yang menarik, misteri dan
tentunya akan dikenang sebagai karya lagenda yang tetap menjadi pujaan
hati peminat seni filem, teater, lakon dan muzik.
P.Ramlee The Musical Musim Ke 3.. Ini ceritanya..
Wajib Tonton.. Jangan ketinggalan.. Tidak merana isi hati..
Untuk membuat tempahan tiket, sila klik di sini.
Selasa, 26 Ogos 2014
'... kerana AKU adalah BINTANG..', tampilkan bintang-bintang FFM.
Sempena
Festival Filem Malaysia ke 26, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
(FINAS) melalui Bahagian Pelaksanaan Produksi telah menjalani penggambaran sebuah
promo khas ‘Tribute & Countdown To FFM26 ‘. Tribute khas yang
menghimpunkan generasi lama hingga kini dalam dunia filem tempatan memilih
Studio L.Krishnan, Finas Hulu Kelang sebagai lokasi penggambaran promo ini pada 9 dan 10 Ogos 2014.
‘Datin
Sofea Jane, Fauziah Ahmad Daud, Noorkumalasari, Bront Palarae, Fimie Don,
Liyana Jasmay, M.Subash, Ellie Suriaty Omar, Normah Damanhuri, Zahiril Adzim, Dain Said,
Raja Mukhriz, Adman Salleh’, dan ramai
lagi antara bintang dan karyawan seni yang menjayakan tribute khas ini.
Bukan
sebagai ingatan atau kenangan semata-mata, tribute khas yang dijayakan beberapa
pelakon dan bintang FFM ini mempunyai pengisian yang agak menarik dalam
menterjemahkan citarasa, pengalaman,
kejayaan, harapan, dan impian dari kaca mata setiap anak seni yang hidup berpaksikan
dunia filem dalam sebuah putaran masa yang tentunya akan dihargai, dikenang dan
mungkin dijadikan sumber inspirasi buat generasi filem dan anak wayang yang
lain.
Apa
yang pasti, dengan kehadiran mereka yang pernah mewarnai dunia filem dengan
pelbagai cabang dan skop kerja tentunya akan dinilai, dihargai dan diangkat
sebagai ‘bintang yang bergemerlapan’, sejajar dengan hasrat FFM bagi membawa ‘transformasi
Sinema Malaysia’ ke satu arah yang mungkin boleh dibanggakan dan tentunya ‘kerana Aku aalah Bintang..’
*Artikel ini telah diterbitkan di www.finas.gov.my
Isnin, 25 Ogos 2014
Tiara Kembalikan PUTERI GUNUNG LEDANG
Sejak pertama kali menemui penonton di layar besar pada tahun 2004 sempena kemerdekaan Malaysia yang ke 47, filem terunggul Puteri Gunung Ledang terbitan Enfiniti Production telah mencipta rekod tersendiri sebagai filem epik antarabangsa yang tercatat dalam Malaysian Books Of Records sebagai filem terlaris di 39 buah pawagam seluruh negara.
Mendapat pelbagai pengiktirafan di beberapa festival filem antarabangsa termasuk di 77th Academy Awards pada tahun 2005 menerusi kategori Foreign Language Film Awards bersama 50 filem hebat lain. Filem ini juga berjaya ditayangkan buat
pertama kalinya di Venice International Film Festival, South East
Asia's di mana Malaysia merupakan negara pertama yang menyertai festival
tersebut.
Menariknya, idea penghasilan filem epik Puteri Gunung Ledang ini datangnya dari pengarah filem Mamat Khalid. Semasa sesi pitching, Mamat menghidangkan satu jalan cerita yang agak menyentuh jiwa di mana Puteri Gunung Ledang dan Hang Tuah akan jatuh cinta dalam diam. Gambaran cerita tersebut sangat 'unik' hingga membuatkan penerbit dan pengarah Tiara Jacquelina merasai Puteri Gunung Ledang wajar diangkat sebagai filem epik cereka berbanding siri televisyen 'Hikayat' yang diberikan oleh Mamat Khalid.
Menurut Datin Seri Tiara Jacquelina lagi, 'Epik hikayat Puteri Gunung Ledang ini sangat hebat dan dalam tempoh 10 tahun ulangtahunnya, beliau merasakan wajar filem ini ditayangkan semula buat penonton tempatan dengan versi yang lebih ekslusif. Puteri Gunung Ledang arahan Saw Theong Hin yang diterbitkan Tiara sendiri ini akan mula berputar di pawagam GSC Mid Valley dan GSC Garden bermula 30 Ogos 2014 hingga 1 September 2014. Peminat filem PGL boleh terus membuat tempahan tiket di laman ini. Ia sangat terhad dan jangan lepaskan peluang berharga ini.
Sebagai menghargai peminat filem PGL ini, Tiara Jacquelina menyajikan anda BAGAIKAN SAKTI versi Tiara buat anda peminat filem. Tonton di pawagam bukan di rumah anda.
Exclusive Notes by Tiara Jacquelina:
“I can’t believe that ten years has flown by, but people still talk
about Puteri Gunung Ledang as though they watched it yesterday.
This project has been my greatest passion, and one that I’m most proud
of. I put all my time and energy into the research, preparation (both as an
actor as well as behind the scene as producer), publicity and marketing.
There’s something so special about the legend of Puteri Gunung Ledang
that I can’t explain, but those who have watched the film know what I’m talking
about. “The Spirit and The Journey” probably sums it up best for the project.
It’s more than just a beautiful story, there is something very spiritual about
the whole project, that just affected everyone working on the production, and I
imagine it did the same for many people who watched it too.
I’m glad that we had the foresight, ten years ago, to invest in a
Digital Intermediate (D.I.) platform, and although this was a really expensive
route, and we were the first Malaysian (and possibly South East Asian) film to
do so. The D.I. platform allowed us to digitally enhance the film, and add
special effects to certain scenes, and allowed to to edit the film to different
lengths for different purposes. All this has paid off today, because ten years
after, we are able to revisit the film with fresh eyes, and re-edit and
re-master the film for ditigal cinema.
Ten years after the movie was first screened, I’m still in awe of the
dialogue written by Mamat Khalid, the beautiful cinematography by Jason Kwan,
the sensitivity of the direction by Saw Teong Hin, and I’m generally just so
proud that we made this special film. I also still can’t believe how we managed
to put together such a stellar cast of top quality actors from Indonesia and
Malaysia, in lead roles as well as supporting cast, and even in cameo roles.
I’m very grateful to everyone who came forward to support me on my first outing
as a film producer.
The
PGL team and I set out to make a film that would “change the film landscape in
Malaysia”, a film that would represent the country well and make Malaysians
proud, a film that would bring Malaysians of all races to the cinemas in
support of a local film. We certainly stopped at nothing to try to make this
happen. It was no mean feat, and we were up against many, many challenges and
steep learning curves, but we prevailed.”
- Datin Seri Tiara Jacquelina
Isnin, 18 Ogos 2014
TOP 5 FFM26..
Sempena FFM26 (Festival Filem Malaysia ke 26), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), telah mengumumkan TOP 5 bagi setiap kategori yang dipertandingkan dalam FFM. Malam pengumuman khas yang bertemakan 'Bintang begemerlapan' itu juga turut menyelitkan segmen 'MH370 dan MH17' sebagai memperingati penerbangan Malaysian Airlines yang hilang dan terkorban baru-baru ini. FFM (Festival Filem Malaysia) yang dijadualkan bakal berlangsung pada September 2014 ini bakal menobatkan 'yang terbaik' dari pencalonan TOP 5 yang telah diumumkan pada 15 Ogos 2014 di Studio Sound Stage, Finas, Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang.
Penyertaan dalam FFM26 adalah filem-filem yang dihasilkan pada pertengahan tahun 2012 dan akhir 2013 di mana ia merangkumi filem-filem tempatan yang ditayangkan selepas 31 Oktober 2012 hingga 31 Disember 2013. Jadi, mana-mana filem yang ditayangkan pada tahun 2014, adalah tidak layak. Moga Sinema Malaysia kita mampu memberikan transformasi kepada industri dalam jangkamasa tidak lama lagi.. Wallahuallam.
TOP 5 FFM26, 2013
FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE 26
1. Skop Productions/ Primework Studios : KL Gangster
2. Primeworks Studios KIL
3. Astro Show/ Primework Studio: Penanggal
4. Primework Studio : Rock Oo
5. Primework Studio : Sembunyi : Amikan Azazil
Pelakon Wanita Terbaik
1. Kalpana : Dhusrajanam
2. Sharifah Amani: Psiko Pencuri Hati
3. Diana Danielle: Sembunyi: Amukan Azazil
4. Ummi Nazeera: Penanggal
5. Lisa Surihani: Istanbul Aku Datang
Pelakon Lelaki Terbaik
1. Azry Iskandar : Penanggal
2. Syed Hussein : Psiko Pencuri Hati
3. Faizal Hussien : Longkai
4. Bront Palarae : Psiko Pencuri Hati
5. Rusdy Ramli : Tanda Putera
Pengarah Terbaik
1. Khabir Bhatia : Sembunyi : Amukan Azazil
2. Syamsul Yusof : KL Gangster 2
3. Ellie Suriaty : Penanggal
4. Mamat Khalid: Rock Oo
5. Nik Amir Mustapha : KIL
Cerita Asal Terbaik
1. Ellie Suriaty Omar : Penanggal
2. Fadzil Zahari : Tokan
3. Amin Shakib : Psiko Pencuri Hati
4. Kabir Bhatia : Sembunyi: Amukan Azazil
5. Mamat Khalid: Rock Oo
Sinematografi Terbaik
1. Haris Hue Abdullah : Istanbul Aku Datang
2. S.Y Chong : KIL
3. Raja Mukhtiz : Penanggal
4. Filus Ghazali : Tanda Putera
5. Norhanishan Muhammad : Sembunyi : Amukan Azazil
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
1. Ruminah Sidek : Kolumpo
2. Normah Damanhuri : Penanggal
3. Anne James: KIL
4. Umie Aida : Sembunyi: Amukan Azazil
5. Nell Ng: Kolumpo
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
1. Azad Jazmin : Kolumpo
2. Datuk Rosyam Nor: KL Ganster 2
3. Zizan Nin: Tanda Putera
4. Sharnaaz Ahmad: Juvana
Lakon Layar Terbaik
1. Alfie Pallermo: Sembunyi: Amukan Azazil
2. Nik Amir Mustafa: KIL
3. Ellie Suriaty : Penanggal
4. Syamsul Yusof: KL Gangster
5. Mamat Khalid: Rock Oo
Filem Bukan Di Dalam Bahasa Melayu Terbaik
1. Asia Tropical Films : The Golden Couple
2. Tayangan Unggul : The Collector
3. Asia Tropical Films
4. Genius Parade5. Double Vision/ Astro Shaw/ Passion Entertainment
Filem Pendek Terbaik
1. Reservoir Production
2. Nazri Mohd Annuar
3. Diffan Sina Norman
4. Thumbs Up Team
5. Yu Chee Boon
Poster Terbaik
1. KIL
2. War of The Worlds: Goliath
3. Bencinta
4. Balada Pencinta
5. Kolumpo
Kesan Khas Terbaik
1. Tanda Putera
2. Ular
3. Husin, Mon & Jin Pakai Toncet
4. Lemak Kampung Santan
5. Penanggal
Pereka Kostum / Terbaik Busana Terbaik
1. Tanda Putera
2. Rock Oo
3. Sembunyi: Amukan Azazil
4. Kara King
5. Penanggal
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
1. Ahmad Ashraff Fahmy: Lemak Kampung Santan
2. Putri Balqis: 1 Lawan 1
3. Rykarl Iskandar: Ajiboy
4. Nur Adrianna: Bencinta
5. Farrah Nadiah: Bisikan Syaitan
Pelakon Harapan Wanita
1. Cristina Suzanne: KIL
2. Uqasha Senrose: Paku Pontianak
3. Nelydia Senrose: Cinderella
4. Nadia Aqilah: Zaiton Ceritaku
5. Siti Saleha: Kerat 14
Pelakon Harapan Lelaki
1. Ahya U: Tanda Putera
2. Shukri Yahaya: Ular
3. Karl Shafek: Zaiton Ceritaku
4. Syazwan Zulkifly: Juvana
5. Zul Ariffin: Penanggal
Pengarah Harapan
1. Nam Ron: Psiko Pencuri Hati
2. Syed Hussein: Langgar
3. Ellie Suriaty: Penanggal
4. Nik Amir Mustapha: KIL
5. Esma Daniel: Zaiton Ceritaku
Lagu Tema Asal Terbaik
1. Aku Datang: Istanbul Aku Datang
2. Tokan: Tokan
3. Puisi Sang Dewi: Lemak Kampung Santan
4. Tanda: Tanda Putera
5. Tika: Rock Oo
Penataan Bunyi Terbaik
1. Rock Oo
2. KL Gangster 2
3. Penanggal
4. KIL
5. Sembunyi: Amukan Azazil
Penataan Seni Terbaik
1. Rock Oo
2. Tanda Putera
3. Penanggal
4. KIL5. Sembunyi: Amukan Azazil
Skor Muzik Asal Terbaik
1. Sembunyi: Amukan Azazil
2. Tokan
3. Tanda Putera
4. Papermoon
5. KL Gangster 2
Penyunting Terbaik
1. KL Gangster 2
2. KIL
3. Penanggal
4. Istanbul Aku Datang
5. Sembunyi: Amukan Azazil
Filem Animasi Terbaik
1. Fakulti Teknologi Kreatif Dan Warisam (UMK)
2. Thumbs Up Team
3. El Videographics