Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Khamis, 28 Ogos 2014

SALOMA TEMUI PENONTON 28 OGOS 2014 DI ASTRO FIRST EKSLUSIF!

 
Selepas karya mengenai P.Ramlee yang diterjemahkan dalam pelbagai versi, kini tibanya giliran Saloma pula. Biduanita Negara yang mencipta nama sebagai pelakon dan penyanyi itu boleh ditonton secara ekslusif mulai 28 Ogos 2014. Diterbitkan dalam 2 episod dengan durasi sekitar 110 minit, Saloma Bahagian 1 : Mencari Guruh dan Saloma Bahagian 2: Pandang Kaseh merupakan antara karya Melissa Saila yang boleh dianggap agak hebat, klasik, dan romantik kerana ia merupakan sebuah cerita biografi tentang Saloma dari saat dia kecil, remaja, dewasa hinggalah ke detik terakhir dalam hidupnya.

Diterbitkan produksi Kus Semangat Aktor Sdn Bhd, Saloma yang diterajui Nabila Huda (Saloma), Tony Eusoff (P.Ramlee), Azhan Rani (A.R Tompel), Sazzy Falak (Mariani), Julia Ziegler (Norizan), Sharifah Armani (Siput Sarawak), Hasnul Rahmat (Pak Mam) dan ramai lagi ; merupakan sebuah  kisah tentang perjalanan hidup seorang insan seni hebat bernama Saloma. Keanggunan  dan kekuatan diri Saloma digambarkan secara terus menerusi dua episod Saloma yang akan ditayangkan bermula hari ini (28 Ogos 2014) hanya di Astro First Ekslusif. Suka duka hidup, segala tangisan, penat lelah, cinta, kasih sayang dan impian cuba dijejaki dalam sebuah biografi ulung hasil ilham Seniwati Mariani yang berjaya digarap anaknya, pengarah Melissa Saila.
Saloma, boleh ditonton dengan melanggan 2 episod Saloma dengan harga langganan RM20 bagi tempoh siaran selama 48 jam selepas pembelian. Bagi anda peminat filem dan muzik Saloma, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk melanggan filem ini hanya di Saluran Astro First Ekslusif . Menariknya, penyanyi Liza Hanim juga turut menyumbangkan vokalnya dalam menyanyikan beberapa buah lagu dalam filem ini.

Saloma.. 
Senimu tetap dikenang, dihargai, dipuja hingga berjuta zaman sepertimana kehebatan Seniman Negara Tan Seri P.Ramlee.






0 comments :