Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Rabu, 27 Ogos 2014

TONY EUSOFF TERUJA DALAM P.RAMLEE THE MUSICAL MUSIM KE 3?

 
Bagi peminat siri teater P.Ramlee, mungkin ternanti-nanti siri terbaru yang bakal dipersembahkan mulai Oktober 2014. Memilih Istana Budaya, Kuala Lumpur sebagai platform rasmi dalam persembahan teater bertaraf antarabangsa ini, P.Ramlee The Musical Season 3 : The Life, The Loves, and The Inspirations, akan melabuhkan tirainya bermula  3  hingga 12 Oktober 2014. Bakal diarahkan Pat Ibrahim, Teater P.Ramlee The Musical Musim ke 3 ini merupakan produksi terbitan Enfiniti Production. 

Produksi hebat yang pernah menggegarkan pentas Istana Budaya menerusi 2 musim sebelum ini nyata tidak mengecewakan khalayak barangkali, kerana musim terbaru ini akan menampilkan Tony Eusoff sebagai Seniman Agung Tan Seri P.Ramlee. Manakala kemunculan pelakon Nadia Aqilah sebagai Saloma pasti ditunggu-tunggu. Bukan itu sahaja, penampilan Datin Seri Tiara Jacquelina sebagai Norizan, Lisa Surihani sebagai Junaidah, Douglas Lim sebagai Run Run Shaw dan sebagainya membuktikan teater P.Ramlee masih relevan.
Menceritakan susur galur kehidupan Seniman Agung itu dari pelbagai persepsi, P.Ramlee The Musical Season 3 ini merupakan sebuah karya yang amat menyentuh jiwa. Walaupun persembahannya tiada kaitan dengan filem Saloma arahan Melissa Saila, P.Ramlee The Musical ini tetap menampilkan Tony Eusoff sebagai P.Ramlee. Dalam teater ini penonton akan dibawa menyelami dunia P.Ramlee secara terus bermula dari  rasa cinta, hidup, Inspirasi, kerjaya hinggalah ke titisan terakhir dalam hidup seniman lagenda itu.

Ketika ditemui media, penerbit P.Ramlee The Musical  Musim ke 3 ini, Datin Seri Tiara Jacquelina berkata, 'Semasa persembahan teater ini di Istana Budaya, saya duduk bersama penonton dalam panggung menyaksikan naskhah ini. Saya merasakan bahawa cerita P.Ramlee sangat istimewa, unik dan ada ceritanya yang tersendiri. Segala suka duka seniman agung itu kami cuba gambarkan tanpa ada rasa prejudis kerana sebagai anak seni, saya rasakan semua generasi kenal siapa P.Ramlee, dan seni lakonnya, muziknya, dan apa jua yang dilakukan itu akan terus hidup dan dikenali sehingga ke generasi seterusnya..' .
Walaupun tiada pertalian darah dengan seniman agung itu, Tony Eusoff yang memegang watak sebagai seniman lagenda itu sangat terharu dengan pemilihannya sebagai bintang dalam persembahan teater ini yang akan berlangsung pada Oktober 2014. Wajahnya, pakaiannya dan rupa parasnya ditatarias seiras dengan seniman tersohor itu. Sebagai anak seni, mungkin ia satu cabaran yang perlu dipikul bagi setiap pelakon yang dipercayai oleh seseorang penerbit, pengarah dan penaja bagi menghidup apa jua watak. P.Ramlee The Musical Musim ke 3 wajib ditonton bagi peminat naskhah P.Ramlee kerana ada sesuatu yang menarik, misteri dan tentunya akan dikenang sebagai karya lagenda yang tetap menjadi pujaan hati peminat seni filem, teater, lakon dan muzik. 
P.Ramlee The Musical Musim Ke 3.. Ini ceritanya..
Wajib Tonton.. Jangan ketinggalan.. Tidak merana isi hati..
Untuk membuat tempahan tiket, sila klik di sini.

0 comments :