Sabtu, 4 April 2015
'ANDAINYA AKU PERGI DULU..', MAMA JUWIE
Lagu berhantu seperti 'Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi (Ramlah Ram) Bila Rindu Ku Sebut Namamu
(Siti Fairuz), Sampai Hati (Spring), Andainya Aku Pergi Dulu
(Alleycats), Masih Aku Terasa (Gersang) , Meraung (New Boyz), Kad
Ucapan (Norsheila Amin) dan banyak lagi antara cebisan karya Mama Juwie yang pastinya meninggalkan kenangan buat peminat muzik yang membesar dengan karya sentuhan Juwie, yang popular era 80-an hingga 90-an.
Lirik sentuhannya itu akan diabadikan sebagai lirik penuh makna walaupun kini kita di banjiri dengan pelbagai lirik baru, namun nama Mama Juwie akan tetap utuh dalam ingatan setiap warga muzik dan komposer tempatan. Mama Juwie atau nama sebenarnya, Abdul Jalil Saleh, 62, dilaporkan meninggal dunia semalam, Jumaat 3hb April 2015 sekitar jam 10.30 malam. Allahyarham yang menghidap pelbagai jenis penyakit termasuk kanser prostat, menghembuskan nafas terakhirnya di sisi keluarga. Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di sebelah pusara ibunya di Selayang, dekat
sini pada Sabtu, 4hb April 2015.
Selain dari menulis beberapa buah lirik lagu, Juwie merupakan antara wartawan hiburan yang cukup terkenal. Segmen 'Auw Juwie! dan Salam Juwie' di Utusan Malaysia dan Berita Harian itu mencipta fenomena tersendiri dalam dunia kewartawanan. Kini, segala keringat dan bakti yang dicurahkan Juwie terhadap industri hiburan tempatan akan tetap diingati buat selama-lamanya. Pemergian Juwie, dirasai segenap lapisan warga hiburan. Sebelum bersara dalam dunia hiburan, Juwie khabarnya menjalani ilmu agama dan seringkali mendekatkan diri dengan pelbagai aktiviti keagamaan sehinggalah semalam kita dikhabarkan tentang kehilangannya.
p/s: tak silap saya, saya pernah membaca petikan novel Auw! Juwie semasa saya bersekolah.. Nyata pengalamannya dikongsikan dalam novel itu, yang kini entah dimana berada. Al Fatihah moga Mama Juwie ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan di sayangiNya.
Kredit Gambar : Arkib Negara blog, Utusan Malaysia
Jumaat, 3 April 2015
DIMENSI BARU INDUSTRI PENYIARAN TEMPATAN... PITCHING CENTRE DILANCARKAN
Membawa dimensi baru dalam dunia penerbitan. Kewujudan Pitching Centre diharap dapat melahirkan lebih ramai bakat karyawan baharu terutamanya penulis skrip dan penerbit yang bertaraf global, khususnya dari golongan muda dan menjadi pemangkin utama dalam memberikan pendapat serta idea baru yang sejajar dengan peredaran masa kini. Di sini lahirnya sebuah cinta.. Di Content Malaysia Pitching Centre, impian anda akan jadi kenyataan. Pada 2hb April 2015, Khamis, Pitching Centre telah dilancarkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), YB Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek. Bertempat di Platinium Sentral, Kuala Lumpur, Content Malaysia Pitching Centre merupakan platform terbaik kepada penggiat industri. Diterajui sepenuhnya oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) , Pitching Centre berperanan sebagai pusat yang dapat merangsang dan mencambah idea-idea baru bagi semua kandungan kreatif, daripada video berdurasi 3 minit untuk YouTube hinggalah ke produksi filem cereka; merangkumi kandungan TV, filem, dokumentari, muzik, animasi, permainan dan aplikasi mudah alih.
Mendapat sokongan sepenuhnya daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Pitching Centre yang sudah mula beroperasi sejak akhir Mac 2015, dilihat sebagai sebuah pusat kecemerlangan dalam membantu penerbit tempatan, penggiat filem, karyawan muda dan sebagainya, bagi merealisasikan impian mereka dalam berkarya. 'Dunia kreatif bermula dengan idea, idea yang diolah dari sekeping kertas dilontar menjadi visual yang bermain di layar skrin seterusnya disaksikan ribuan dan jutaan penonton sehingga menjadi satu fenomena, dianggap kejayaan bagi penggiat industri kreatif. Dengan lahirnya Pitching Centre ini, tentunya ia dapat mengubah lanskap sinema dan karya tempatan agar mampu berdaya saing sehingga ke peringkat global'.
Sebarang maklumat berkaitan Pitching Centre ini, boleh klik di sini.
Teks : Amy Ikram
Kredit Gambar : Finas Malaysia
amyikram copyright article April 2015
Khamis, 2 April 2015
SANISAH HURI KEMBALI BERAKSI DI ISTANA BUDAYA, APRIL 2015!
Penyanyi Sanisah Huri, 63 tahun yang popular era 60-an itu bakal beraksi semula, April ini di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Bintang pujaan era 60-an, 70-an hingga 80-an itu, khabarnya akan mengadakan konsert istimewa 'Aku, Dia & Lagu' pada 11 April 2015, jam 8.30 malam di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Sanisah ketika ditemui media, baru-baru ini menafikan kemunculannya selepas 20 tahun bukan di atas sebab 'merajuk'. Kehilangannya dalam persada seni suara tanah air, di sebabkan kesibukkannya menguruskan hal keluarga, di samping menjaga ibunya yang sakit.
'Inilah masanya untuk saya kembali aktif menyanyi dan saya percaya peminat masih merindui suara dan lagu-lagu saya. Saya bersetuju untuk muncul dalam konsert ini atas pujukan Yusnor Ef dan inilah konsert kenangan bagi peminat seni suara tanah air yang membesar dengan lagu-lagu saya', tegas Sanisah Huri, penuh yakin membuktikan beliau masih relevan dalam industri muzik tempatan, walaupun kini dibanjiri ramai penyanyi dan artis baru yang tidak dinafikan bakat dan kreativiti mereka.
Konsert 'Aku, Dia & Lagu' ini merupakan perjalanan hebat karya Yusnor Ef, seorang penulis lirik terkenal era 60-an yang masih hidup ketika ini. Yusnor yang banyak menulis lirik lagu-lagu ciptaan Allahyarham P.Ramlee, Kassim Masdor dan ramai lagi itu merupakan anak seni Singapura yang masih aktif walaupun tidak seligat komposer muda dan baru yang menghasilkan genre muzik berbeza.
Selain Sanisah Huri, konsert yang bakal dipentaskan 11 April ini juga menampilkan penyanyi lagenda Maria Bachok, J.Mizan, A.Razak, serta penampilan khas P.Ramlee Singapura, Shafiie Hamzah yang wajah dan suaranya saling tak tumpah seperti Seniman Agung Tan Seri P.Ramlee. Bukan artis lama sahaja yang bakal menguji suara mereka di pentas Istana Budaya, malahan penyanyi serba boleh Hazama, Hafiz Suip, Aisyah Aziz, Imran Ajmain, Dato' Fazley dan ramai lagi.
Tiket-tiket berharga RM53, RM73, RM153, RM203, RM253, dan RM303 sudah mula dijual di Box Office Istana Budaya. Anda juga boleh membuat pembelian secara online di http://www.airasiaredtix.com/ . Pastikan temujanji anda bersama kami di Konsert Aku, Dia & Lagu pada 11 April 2015 di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Peminat muzik dan peminat seni suara tanah air wajib hadir.
amyikram copyright article April 2015
Sanisah berkata, dia bersetuju untuk menyanyi semula selepas dipujuk Yusnor.
“Saya rasa peminat banyak yang merindui saya dan inilah masanya untuk saya menyanyi semula.
“Saya mengakui gementar untuk beraksi di IB. Perasaan sama juga dirasai ketika muncul di Esplanade tahun lalu. Saya setuju terbabit dengan konsert ini kerana perasaan teringin menyanyi semula yang membuak-buak,” katanya.
Dalam konsert itu, Sanisah bakal menyampaikan lagu Gelisah, Kisah Tuah & Teja, Ku Jangan Ditinggalkan dan medley lagu Peribahasa serta Sampaikan Hati Ini Kepadanya.
Konsert Aku, Dia & Lagu turut menampilkan penyanyi angkatan baru seperti Hafiz Suip, Imran Ajmain, Aisyah Aziz, A Rozaini, Hazama serta Datuk Fazley sebagai pengacara. Kesemuanya akan menyanyikan lagu yang liriknya ditulis oleh Yusnor Ef.
Sementara itu, Yusnor atau nama sebenarnya Mohd Noor Mohd Yusofe, 78, yang sudah menghasilkan lebih 150 lirik berterima kasih kepada IB kerana membuka peluang untuk karyanya dipentaskan di tempat berprestij ini.
Maklumat mengenai tiket sila layari laman web www.airasiaredtix.com.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/39494#sthash.DpdpAc3J.dpuf

Rabu, 1 April 2015
TAHUKAH ANDA APAKAH ITU LPF?
Mungkin ada di antara anda tertanya-tanya apakah sebenarnya LPF ini?. Ada yang mengatakan LPF itu adalah agensi tapis filem di bawah Finas. Tidak! Tidak sama sekali. LPF ini merupakan Lembaga Penapis Filem (LPF) yang ditubuhkan
pada tahun 1954 di Singapura. LPF ini adalah agensi penapisan filem di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) . Dua jawatan kuasa diwujudkan iaitu di
Singapura (untuk Negeri Selat) dan satu lagi di Kuala Lumpur (untuk
Tanah Melayu). Pada tahun 1966 ibu pejabat LPF Malaysia dipindahkan ke
Kuala Lumpur.
Fungsi LPF ialah melaksanakan dasar penapisan dan menapis filem untuk seluruh Malaysia. Akta pertama yang diguna pakai ialah Akta Filem Sinematograf 1952 (Pindaan 1966) diikuti Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620) yang mana berkuat kuasa sehingga hari ini.
LPF diterajui oleh seorang Pengerusi dengan dibantu oleh seorang Naib Pengerusi dan dianggotai oleh sekumpulan Ahli Lembaga. Dalam melaksanakan tugasnya, Lembaga dibantu oleh sekumpulan pegawai Urus Setia yang diketuai seorang Setiausaha Bahagian.
Tugasan tapisan filem dilaksanakan dengan menggunakan kaedah panel tiga orang Ahli Lembaga. Keputusan panel diperakukan untuk pertimbangan Pengerusi atau Naib Pengerusi Lembaga. Sesuatu pertimbangan dibuat berdasarkan peraturan dan kriteria yang ditetapkan oleh tiga dokumen asas iaitu Akta Penapisan Filem, Garis Panduan Penapisan Filem dan Panduan Khusus Penapisan Filem.

Fungsi dan Kaedah Tapisan Filem Terdahulu
Sebenarnya fungsi tapisan filem telah dilaksanakan seawal tahun 1908 sebelum penubuhan LPF. Pada masa itu tugas tersebut dilaksanakan oleh pihak Polis di bawah Ordinan Teater 1908 yang mana Polis diberi kuasa untuk menentukan kesesuaian adegan dalam sesuatu filem. Polis juga berkuasa membuat serbuan dan merampas filem yang melanggar peraturan.
Undang-undang pertama khusus mengenai kawalan dan penapisan filem ialah Ordinan Filem Sinematograf 1924 yang digubal untuk Negeri Selat, kemudian disusuli oleh Enakmen Filem Sinematograf (Kawalan) 1927 untuk Negeri Melayu Bersekutu dan Johor. Selepasnya, suatu undang-undang untuk seluruh Tanah Melayu iaitu Ordinan Filem Sinematograf 1952 dikuat kuasakan.
Pada masa tersebut, penapisan filem dibuat oleh seorang pegawai sahaja yang mana pegawai berkenaan bertanggung jawab kepada Ketua Polis.
Info : Kementerian Dalam Negeri, LPF