Persembahan Dayang diiringi Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) membuktikan kemampuan Dayang membawakan seleksi lagu klasik melayu tampak elegan dan mewah.
Alami pengalaman penontonan baharu melalui kerjasama strategik antara viu dan ASTRO yang mampu membuka lebih luas pasaran dalam bidang penyiaran dengan pelbagai rancangan terbaik seluruh Asia.
Pada 11 April 2015 yang lalu, saya dan team OMS! dijemput oleh MediaCorp TV Singapura bagi menyaksikan acara kemuncak industri hiburan Singapura iaitu Pesta Perdana 13 Singapura. Dipancarkan secara langsung melalui Suria TV MediaCorp, Pesta Perdana 13 ini antara platform baik buat para seniman di bumi Singapura untuk bertapak kukuh dalam industri penyiaran melayu. Walaupun memberi fokus dalam industri hiburan Singapura, menariknya Pesta Perdana 13 ini juga menobatkan Elfaeza Ul Haq dan Sharnaaz Ahmad dari Malaysia, di mana mereka memenangi Pelakon Wanita dan Lelaki Terbaik kategori drama bagi watak utama. Mungkin isu ini agak basi, tetapi bagi saya, ia satu penghargaan istimewa bagi kami kerana diundang untuk membuat liputan khas mengenai Pesta Perdana 13 Singapura oleh MediaCorp Singapura. Menariknya, OMS! @ohmyshorties antara media mewakili Malaysia yang diberi kepercayaan MediaCorp untuk menerajui liputan khas ini. Terima kasih dan jangan lupa jemput kami lagi di acara seterusnya. Apapun, sekalung tahniah buat semua pemenang di Malam Kemuncak Pesta Perdana 13 Singapura pada 11 April 2015.
Corat-Coret Pesta Perdana 13 Singapura
Sebanyak 33 anugerah disampaikan di acara Pesta Perdana 13:
Pelakon Harapan Terbaik Farhana M Noor - Belah Hati, DV Studio)
Bintang Cilik Terbaik Nyla Esman - Ingat Tak Mak, DV Studio
Rancangan Info Ed Terbit, DV Studio
Rancangan Kanak-kanak Terbaik O.M.G, DV Studio
Pengacara Terbaik (Informasi) Rilla Melati - Rudy & Rilla
Pengacara Rancangan Khas Terbaik Khairuddin Saharom - Sinaran Hati
Pelakon Terbaik (Komedi) Khairuddin Samsudin - Sinar Lebaran 2014
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama Khas) Mastura Ahmad - Bingit Siri 2
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama Siri) Farhana M Noor - Belah Hati
Lagu Tema Terbaik Bingit Komposer: Reyza Hamizan Lirik: Reyza Hamizan & Tukang Kata Penyanyi: Eiss feat Tukang Kata
Skrip Terbaik (Hiburan) Viva Elektra - MediaCorp Eaglevision
Rancangan Hiburan Terbaik Viva Elektra - MediaCorp Eaglevision
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama Khas) Zaidi Ibrahim – Pesan Ayah
Skrip Terbaik (Drama) Bingit Siri 2 - Aku dan Avatar Wan Firzaleenazrah
Skrip Terbaik (Hiburan) Viva Elektra Wan Firzaleenazrah
Skrip Informasi Terbaik (Info Ed) Haryani Othman, Terbit - DV Studios
Reka Imej Terbaik Fatimah Mohsin
Pembukaan Desain Terbaik Bingit Siri 1
Videografi Terbaik (Drama) Raya Sempurna Nor Azam Sheriff, FlipSide stories
Suntingan Terbaik (Drama) FlashForward (MediaCorp)
Pelakon Wanita Terbaik (Drama Khas) Aisyah Ahmad
Pelakon Lelaki Terbaik (Drama Khas) Zaidi Ibrahim - Raya Bersama
Rancangan Hiburan Terbaik
Viva Elektra - MediaCorp Eaglevision
Drama Khas Terbaik Tetap Anak Papa, Thinkplate
Arahan Terbaik (Drama) Sanif Olek Bingit Sr 2: Fantasi Baru (MediaCorp Eaglevision)
Arahan Terbaik (Hiburan) Fadila A Wahid & Zaharian Osman Viva Elektra, MediaCorp Eaglevision
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama Bersiri) Nick Mikail - MediaCorp Eaglevision
Rancangan Hiburan Terbaik TE:RA SEH2.0 - MediaCorp Eaglevision
Drama Terbaik Bingit Siri 2 - MediaCorp Eaglevision
Pelakon Wanita Terbaik (Watak Utama) Elfaeza Ulhaq - Danny
Pelakon Lelaki Terbaik (Watak Utama) Sharnaaz Ahmad - Danny
Personaliti Paling Popular (Wanita) Nurul Aini
Personaliti Paling Popular (Lelaki) Imam Shah
Drama Paling Popular Mengejar Mentari
Anugerah Emas Pesta Perdana 13 Puan Ponisah Bachik (Pon Bachik)
p/s: Walaupun pemergian kami ke Pesta Perdana 13 ini dicemburui sesetengah pihak, namun saya percaya ia tidak akan mematahkan semangat saya dan team OMS!. Saya berpegang pada kata ibu saya, 'jangan mudah mengalah kalau mahu berjaya. Pedulikan mereka sebab mereka bukan bagi saya makan pun!'.
Sila klik pada logo untuk terus masuk ke Laman Rasmi FB Wajib Tonton. Wajib Tonton merupakan blog rasmi Amy Ikram yang dijanakan oleh OMS! Media Network.
TIKTOK WAJIB TONTON
Ikuti TikTok Rasmi WajibTonton untuk menonton video-video terkini
SINEMA ASIA: MAC 2023
Antara seleksi filem-filem terpilih yang ditayangkan bermula pada 23 Mac 2023 hingga 29 hb Mac 2023. Filem terbaru akan dikemaskini setiap minggu. Selamat menonton.
23 MAC 2023 - JOHN WICK : CHAPTER 4 (English)
Pengarah: Chad Stahelski Pelakon: Keanu Reeves, Laurence Fishburne, Lance Reddick, Ian McShane
23 MAC 2023 - A MAN CALLED OTTO (English)
Pengarah: Marc Forster Pelakon: Tom Hanks, Mariana Treviño, Rachel Keller, Manuel Garcia-Rulfo
23 MAC 2023 - FULL RIVER RED (Mandarin)
Pengarah: Zhang Yimou Pelakon: Shen Teng, Jackson Yee, Zhang Yi, Lei Jiayin
Setiap iklan yang tertera di muka hadapan portal ini adalah ekslusif. Untuk mendapat slot ini, boleh guna emel di atas untuk terus berhubung dengan admin blog ini.
Ikuti perkongsian menarik komposer dan penggubah lagu, Ganesh Bala dan penyanyi Ushera tentang penerbitan 'The Malayan Songbook' dan rakaman lagu-lagu melayu klasik. Tonton sekarang!
Hits
BALASAN MEREKA YANG MENINGGALKAN SOLAT LIMA WAKTU
Solat Subuh: Orang yang meninggalkan fardhu Subuh akan disiksa selama 60 tahun di dalam neraka.
Solat Zohor:Dosanya seperti ia meruntuhkan Kaabah.
Solat Asar:Dosa orang yang meninggalkan sembahyang fardhu Asar seperti membunuh 1,000 orang Islam.
Solat Maghrib: Dosa orang yang meninggalkan fardhu Maghrib sama seperti ia berzina dengan ibunya (jika lelaki)
Solat Isyak: Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya dan menggesa ia mencari bumi yang lain.