Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


MANIFESTASITI2020 PENGALAMAN MUZIK LUAR BIASA SITI NURHALIZA. PRE ORDER SEKARANG!

Album Solo Studio ke 18, penyanyi kesayangan ramai, Dato' Sri Siti Nurhaliza akan dilancarkan di seluruh platform muzik bermula 3 Julai 2020. Kepada anda yang tidak sabar untuk memiliki album tersebut dalam bentuk CD, boleh membuat tempahan segera sebelum kehabisan stok!.

LAYAR SINEMA:NORMA BAHARU TAYANGAN FILEM TEMPATAN

Astro senantiasa memberikan pelbagai cara terbaik untuk menonton filem kepada pelanggan apabila membawa filem-filem terus ke rumah melalui saluran Astro First. Langkah ini telah membuka ruang buat penerbit di luar sana untuk membawa filem mereka ditayangkan buat pertama kali terus ke pawagam rumah penonton.

DI SEBALIK CERITA KONTROVERSI COMOLOT

Penghasilkan 'comolot' adalah kerana saya cukup mengkagumi karya Osman Ali menerusi filem eksperimental 'Bukak Api'. - AMY IKRAM

DIINSPIRASIKAN DARIPADA KISAH BENAR, TOWN MALL FILEM SULUNG DATUK SERI EIZLAN YUSOF

TOWN MALL filem seram Eizlan Yusof yang bakal membuatkan penonton meremang di Astro First. Filem terbitan Enuja Production kerjasama Astro Shaw itu merupakah karya yang diinspirasikan daripada kisah benar.

NABIL AQIL BERAKSI 'PANAS'?

Nak tahu apa yang panas minggu ini?. Nah kami sajikan 5 video terhangat minggu ini.

adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Isnin, 14 September 2015

8 DRAMA MENARIK DI ANUGERAH SKRIN 2015, TV3.

 
Anugerah Skrin 2015 anjuran TV3, dilihat sebagai satu anugerah cukup berprestij dalam industri hiburan tempatan, di mana ia memberi pengiktirafan buat karyawan seni tanah air, menjelang November 2015. Sebanyak 8 buah drama pilihan yang terbaik bakal disiarkan menerusi 'Slot Khas Anugerah Skrin 2015', bermula 18 September 2015 hingga 6 November 2015, iaitu pada setiap hari Jumaat, 1.30 tengahari. Antara drama yang bakal menemui penonton di TV3 dalam slot tersebut, ialah:-


 KERETA KITA (18 September 2015)

Pelakon : Zamarul Hisham, Nadia Aqilah, Shukri Yahaya, Amyra Rosli, Dato’ Rahim Razali, Fadilah Mansor
Amran sering pulang lewat kerana sibuk dengan projek membaik pulih kereta Proton Saga yang lama. Jas tidak faham kenapa suaminya sanggup berkerja keras dan menghabiskan duit untuk kereta buruk ini. Amran pujuk Jas dan beritahu sebabnya. Proton Saga berwarna merah itu dibelikan oleh abah Amran pada tahun pelancaran Proton Saga. Proton Saga merah yang dinamakan Azizah menjadi kebanggaan abah Amran sehinggalah dijualkan untuk membiayai kos pelajaran Amran. Amran berjanji dia akan belajar bersungguh-sungguh dan kembalikan kereta itu kepada abah. Bagi Amran, kereta ini ialah sejarah hidup mereka dan juga ada kisah hidup mereka.


DARI PINTU NERAKA (25 September 2015)

Pelakon: Amar Asyraf, Syafiq Kyle, Nad Zainal, Sheila Rusly, Shakila Khoriri
Kamal berasal dari keluarga yang miskin tetapi dia seorang yang angkuh. Dia sering terlibat dengan aktiviti gengster, vandalisme dan juga kes jenayah. Keluarga Kamal sudah puas memberi nasihat supaya dia berubah tetapi gagal. Satu hari, Kamal telah pecah rumah dan membunuh tuan rumah itu. Akhirnya, Kamal ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Ibunya sering melawat dia di penjara. Kamal mula bertaubat dan mahu meminta maaf daripada adik-adiknya.


LORONG KECIL KE SYURGA (2 Oktober 2015)

Pelakon: Faizal Hussein, Muhammad Izz Ilham, Raja Ilya, Eliza Mustafa, Pyan Habib, Kodi Rasheed, Zazli Baginda
Azmi ialah bekas banduan yang hidup bergelandangan. Secara kebetulan, Azmi bertemu dengan Haikal yang jauh lebih muda daripadanya. Sebenarnya, Haikal ialah anak kandungnya. Sejak itu, Azmi mendapat semangat baharu untuk hidup. Teman segelandangan Azmi, Pak Seman, sering menulis puisi dan ia banyak menyedarkan Azmi tentang tanggungjawab dan ilmu agama.



TALAK (9 Oktober 2015)

Pelakon: Fizo Omar, Diana Danielle, Fadzil Zahari, Reen Rahim, Hafreez Adam
Badrul amat mencemburui persabahatan isterinya, Yasmin dengan Mukhriz yang sama-sama bekerja di sebuah syarikat penerbangan sebagai anak kapal. Badrul telah meletakkan syarat jika salah seorang daripada mereka meniduri orang lain maka terjatuhlah talak. Namun, Badrul telah melanggar syarat itu. Badrul sedar dirinya hidup dalam dosa dengan isteri sendiri tetapi dia tidak sanggup kehilangan Yasmin.


SEBENTUK KUNCI SEDETIK CINTA (16 Oktober 2015)

Pelakon: Rita Rudaini, Fahrin Ahmad, Shafie Naswip, Ika Nabella
Mengisahkan seorang tukang kunci, Sudin, yang ditinggalkan isterinya bersama seorang anak kecil kerana kecacatan kekal di kaki akibat kemalangan. Sudin juga kabur pandangan matanya akibat terkena serpihan besi kunci atas rutin kerja hariannya. Selang bertahun, kedatangan bekas isterinya, Maria, di kedai kunci milik Sudin telah mendatangkan amarah kerana Sudin merasakan dirinya dipermainkan dan ditipu. Walaupun si tukang kunci telah membuat ribuan kunci namun dia tidak boleh membuka kunci hatinya untuk memaafkan bekas isterinya.



HAK (23 Oktober 2015)

Pelakon: Sara Ali, Amar Asyraf, Watie Sadali, Erry Putra, Julia Ziegler
Wanda bakal menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) tetapi sering pulang lewat malam sehingga mengabaikan pelajarannya. Keluarganya terkejut apabila Wanda hamil dua bulan dan tidak tahu siapa bapa kepada bayinya. Wanda terpaksa berhenti sekolah. Malah selepas kejadian itu ayahnya diserang strok dan lumpuh. Selepas Wanda melahirkan seorang bayi lelaki, bayi tersebut telah diberikan kepada keluarga angkat melalui Jabatan Khidmat Masyarakat. Wanda marah dan tidak bersetuju. Wanda telah menjejaki keluarga angkat tersebut, ‘menculik’ anaknya dan lari ke Kuala Lumpur.


 JALAN TAUBAT (30 Oktober 2015)

Pelakon: Mubarak Majid, Shukry Yahya, Zulkifli Ismail, Nor Albaniah, Chacha Maembong
Kemiskinan dan malu dengan kerja ayahnya, Pak Ali sebagai tukang cuci tandas, Zul menjadi nakal dan suka memberontak. Zul meninggalkan ibunya yang terlantar sakit di rumah untuk ‘menarik’ nombor ekor di kubur. Malangnya Zul ditangkap pihak agama. Lebih malang lagi, ibunya meninggal dunia pada malam dia sedang melakukan kerja ‘menarik nombor’.


CAHAYA MALAIKA (6 November 2015)

Pelakon: Que Haidar, Sharifah Shahora, Riz Amin, Roy Azman, Normah Damanhuri
Ezra seorang penulis yang menghadapi saat sukar untuk menghasilkan novel seterusnya. Dia juga dibebani hutang. Ezra melarikan diri dengan membawa keluarganya tinggal di kampung rumah peninggalan arwah ibunya. Isterinya Lily meninggalkan Ezra dan anak mereka, Hanna untuk mengejar kekayaan. Ezra mula rasa tertekan dengan kepayahan menjadi seorang bapa tunggal. Dugaan Ezra tidak berhenti di situ. Dia disahkan mengidap barah otak. Ezra tekad untuk menghabiskan novelnya supaya dapat menjamin masa hadapan Hanna.

Layari laman web www.tv3.com.my serta Facebook & Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini. Penonton yang terlepas menyaksikan program ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.


Ahad, 13 September 2015

TONTON WAYANG DENGAN HARGA RM10 DI PAWAGAM TGV !!


Rangkaian pawagam terbesar di Malaysia, Tanjong Golden Village (TGV Cinemas) yang mempunyai lebih 25 panggung wayang di seluruh Malaysia termasuk Sarawak, kini antara pawagam yang menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk menonton sesebuah filem. TGV Cinemas pada mulanya di Sunway Pyramid antara pawagam terbesar di Malaysia, selepas itu di TGV KLCC, kemudiannya tumbuh di merata tempat di Kuala Lumpur dan seluruh bandar di Malaysia, bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Kemunculannya memberi saingan positif kepada pemilik pawagam lain seperti GSC Cinemas, MBO, Lotus Five Star dan sebagainya. 

Dalam kelembapan penjualan tiket bagi sesebuah filem, jumlah tontonan di pawagam boleh dikatakan agak positif, walaupun kehadiran sumber hiburan lain seperti rangkaian tv berbayar, internet, dvd mahupun aplikasi download movie dalam talian. Menonton filem di pawagam memberikan dimensi berbeza dalam dunia hiburan. Kehadiran kualiti gambar dan bunyi seumpamanya Atmos, Atmos DBox, Imax, THX, Dolby Surround , 3D Movie dan sebagainya dalam sesebuah filem di pawagam tidak boleh bersaing dengan kualiti di rumah, kecuali bagi mereka yang memiliki sistem surround tersendiri yang kosnya agak mahal dan sukar dimiliki. 

http://www.tgv.com.my/movieclub/

Berbekalkan semangat itu, pawagam TGV kini memberikan kualiti tontonan dengan kadar minimum bagi mereka yang sentiasa menonton filem di pawagam samada sebagai 'hobi, kerjaya, hiburan seisi keluarga' dan sebagainya. Pada mulanya, TGV memperkenalkan Movie Club, di mana peminat filem boleh mendaftar sebagai ahli dan diberikan kad keahlian Movie Club yang harus di kemaskinikan setiap tahun. Mereka yang memilikinya boleh menonton sesebuah filem di pawagam TGV dan mendapat faedah sebagai ahli Movie Club yang agak berbeza dengan penonton biasa. Terbaru, TGV memberikan faedah sepanjang tahun bermula Januari 2014 hingga Disember 2015, dan mungkin akan dilanjutkan jika ada permintaan, melalui TGV Cinemas Privelleges

TGV Cinemas Privelleges atau faedah terbaik dengan kadar maksimum oleh TGV, antara platform baik bagi pencinta filem untuk mendapatkan kualiti tontonan secara berhemah di pawagam dengan kos yang agak fleksibel tanpa caj sampingan atau sebagainya. Faedah ini hanya untuk standard movie, dan tidak diberikan pada 3D Movie, Twin, Luxe, Indulge, Premium dan Beanie, tetapi mengikut syarat-syarat yang disediakan oleh pihak TGV Cinemas.


'Buy 1 Free 1 every weekend of July- September 2015, Buy 1 Free 1 every thursday for Standard Halls, RM10 every day for Standard Halls before 6pm, 20% off on F&B outlets, dan 10% off on Concession Counters', antara faedah yang disediakan TGV Cinemas pada 2015 untuk peminat dan penonton filem. Bagi mereka yang sentiasa mengatakan harga tiket mahal, bolehlah menonton filem di TGV dengan kadar serendah RM10 ringgit sebelum jam 6.00 petang di mana-mana rangkaian pawagam TGV seluruh Malaysia, tetapi pembayaran tiket harus dibuat melalui Maybank Visa or MasterCard , Amex or Debit Card or Credit Card, di kaunter sahaja bagi semua judul filem di TGV kecuali Indulge Movie, Beanie, Twin, Premium, 3D Movie, IMAX Movie atau promosi lain secara berperingkat oleh TGV Cinemas. Sebarang maklumat atau info mengenai promosi ini, sila klik di sini

Tonton di pawagam bukan di rumah anda. Tepuk dada tanya selera. 

Oleh: Amy Ikram, Hak Cipta Terpelihara 2015 amyikram.com. Sebarang cetakan semula samada salinan dalam apa jua sekalipun adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis dari pemilik laman ini. Harap Maklum.

Sabtu, 12 September 2015

DREAMWORKS KINI DI HYPPTV UNIFI!


Pelanggan Unifi menerusi HyppTV kini boleh menikmati saluran terbaru, Dreamworks secara percuma bermula 10 September 2015. Dibekalkan selama 2 bulan kepada pelanggan saluran tv berinternet itu, Dreamworks dibawakan khas ke Malaysia oleh HBO Asia melalui saluran 550. 

Saluran digital dalam format definisi tinggi (HD) itu merupakan platform baik dalam membekalkan produk tontonan terbaik buat penonton kanak-kanak, dewasa dan seisi keluarga. Boleh dilanggan secara 'ala-carte', pada harga RM9 sebulan, dan juga HyppTV Jumbo Pack yang menawarkan kandungan hiburan dan sukan yang menarik pada harga RM60 sebulan tanpa bayaran tambahan untuk definisi tinggi (HD). 

Menurut Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif New Media TM, pihaknya sangat teruja untuk membekalkan produk terbaik melalui Dreamworks kepada pelanggan TM di Malaysia kerana beberapa rancangan yang akan ditayangkan di saluran itu adalah ekslusif yang tidak pernah disiarkan di mana-mana saluran berbayar sekalipun. Beberapa siri terkenal yang pernah memenangi Emmy Awards seperti All Hair King Julien dan The Adventures of Puss in Boots turut tersenarai antara rancangan yang akan menemui penonton di saluran Dreamworks itu. Beberapa siri lain akan menyusul secara berperingkat bagi membolehkan Dreamworks mencapai sasaran untuk mendapatkan kualiti tontonan yang dikehendaki.

Pelanggan TM yang belum melanggan Unifi, segeralah melayari laman TM dengan klik di sini. 

Jumaat, 11 September 2015

'SELASIHKU SAYANG' DI DEWAN FILHARMONIK PETRONAS, KLCC

Peminat irama melayu klasik, samada asli, keronchong, zapin dan melayu deli mungkin tidak akan melepaskan peluang keemasan ini apabila menjelang Oktober 2015. Menggabungkan bintang lama dan baharu, dengan iringan sepenuhnya dari Orkestra Kuala Lumpur DBKL , pimpinan Datuk Dr. Johari Salleh, 'Selasihku Sayang', bakal dipentaskan di Dewan Filharmonik Petronas, KLCC. Memilih konsep 'melayu klasik' dengan koleksi lagu pelbagai rentak dari penyanyi lama dan baharu, konsert yang dijadualkan pada 20 Oktober 2015, Selasa itu akan dijayakan oleh Dayang Nurfaizah, Aspalela Abdullah, Dato' Andre Goh, Haziq Rosebi, Asmidar, Dato' Johari Salleh serta penampilan khas, komposer terkenal dan pemain saksofon terhebat, Datuk Ahmad Nawab. 

Dato' Norliza Rofli, selaku Ketua Pengarah JKKN, ketika ditemui media menyifatkan, 'konsert Selasihku Sayang ini merupakan kerjasama terbaik yang bakal dianjurkan kerana ia menampilkan bintang lama dan baharu yang terkenal dalam satu persembahan bertaraf cemerlang, dan tentunya akan meninggalkan sejuta kenangan buat mereka yang hadir serta menyokong persembahan penuh ekslusif ini. Selain itu, akan turut membuat persembahan pada malam itu adalah Edie Nazrin Hamzah, Sabihah Abdul Wahid, Azzizul Haqim Mohd Anuar, Hasraniza Dollah, Zaharmizuan Azlan, Nor Azmira Rahim, Fitri Hiswady Hasan Nordin dan Nurul Syafiqah Khambali.



Menariknya, konsert yang diterbitkan JKKN ini akan menggunakan orkestra sepenuhnya yang diadun dengan muzik melayu asli, di mana ia akan dipimpin oleh seorang komposer dan pengubah lagu yang cukup hebat, Dato' Johari Salleh. Ketika menjawab pertanyaan media berhubung penerimaan muzik bergenre 'klasik' dikalangan peminat dan masyarakat tempatan, bahkan 'muzik asli atau klasik' hanya diminati golongan tertentu atau kelas atasan, tetapi sekiranya ada cuma mereka yang menghargai khazanah lagu lama saja akan menyokong dan menghadirinya. Dato' Norliza Rofli mempunyai pendapatnya yang tersendiri. Menurutnya, lagu-lagu asli adalah jatidiri masyarakat melayu itu sendiri, dan ia harus diminati oleh segenap lapisan masyarakat. Jika diambil contoh di Itali misalnya, mereka sangat berbangga dan tidak malu untuk mengatakan muzik klasikal dan opera adalah sebahagian dari jiwa mereka, namun di Malaysia, kita perlu jadi seperti mereka dengan ada perasaan bangga dengan muzik tradisional kita yang menjadi 'signature', dalam aspek seni suara. Lagu melayu asli bukan lagu bawahan atau 'low class', bahkan ia sebuah karya bertaraf antarabangsa yang sentiasa akan menjadi karya malar segar walaupun seribu tahun lagi. Tambahnya lagi, beliau menyeru artis Malaysia atau penyanyi tempatan kita yang terbabit dalam industri hiburan agar menjadikan lagu 'asli' sebagai identiti atau lagu wajib dalam setiap persembahan mereka. 

'Selasihku Sayang', boleh dibuat tempahan sekarang, klik di sini.  Tiket berharga RM70 kini sudah mula dijual.
Dayang Nurfaizah, Datuk Ahmad Nawab, Aspalela Abdullah, Datuk Andre Goh, Haziq Rosebi dan Asmidar. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/76798#sthash.uxIwzLZl.dpuf
Dayang Nurfaizah, Datuk Ahmad Nawab, Aspalela Abdullah, Datuk Andre Goh, Haziq Rosebi dan Asmidar. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/76798#sthash.uxIwzLZl.dpuf

Khamis, 10 September 2015

LARI MIRA : KISAH CINTA SELEPAS TSUNAMI ..

Memulakan tayangan pembukaannya, pada 9 September 2015 di TV3, LARI MIRA, antara slot terbaru Lestary yang agak menarik untuk diperkatakan. Mengisahkan tentang dua hubungan manusia yang mengalami keretakkan selepas merancang mahu berkahwin mengikut adat resam tradisi masyarakat pribumi Acheh, Yusof (Nazrief Nazri) dan Nina Iskandar (Mira) terpisah di Banda Acheh setelah negara itu dilanda Tsunami terbesar yang meragut banyak nyawa yang tidak berdosa. Pelbagai insiden terjadi sehingga mewujudkan perasaan  cemas dan buntu. Dia (Mira) hanya memikirkan cara untuk menyelamatkan diri dan mencari ahli keluarganya yang hilang selepas sedar diri dalam tragedi Tsunami yang melanda Banda Acheh. Dalam keadaan yang masih sedih dengan kehilangan ibu bapanya, dia (Mira) diperdaya dan terperangkap dalam muslihat sindiket pemerdagangan manusia. Bagaimanakah dia menyelamatkan diri dan kembali ke tanah air?

Karya yang diarahkan oleh Feroz Kader dengan nukilan skrip oleh Sofea J Rhyland ini ditayangkan setiap hari Rabu dan Khamis pukul 9.00 malam. Mengisahkan tentang kehidupan Mira selepas bencana tsunami di Banda Acheh, drama bersiri 14 episod ini membariskan pelakon-pelakon popular Malaysia dan Indonesia seperti Nina Iskandar (Mira), Nazrief Nazri (Yusof), Erlandha Saputra (Adi), Airis Yasmin (Dr. Zuli) dan Umbu Abdullah (Rio).

BERJAYAKAH NAZRIEF NAZRI DAN NINA ISKANDAR BERSATU?
Misi Menyelamatkan Diri Selepas Bencana Tsunami Dalam “Lari Mira”
Mira sibuk dengan persediaan majlis perkahwinannya. Dia mengimpikan majlis perkahwinan dalam taman tetapi ibunya, Indah mahukan konsep yang berbeza iaitu tradisional Acheh. Tanpa pengetahuan Mira, ibunya telah memulakan persiapan mereka sekeluarga ke Acheh. Mira marah dan merajuk dengan ibunya.

Pada masa yang sama, Mira bergaduh dengan tunangnya Yusof kerana mendapati Yusof masih berhubung dengan bekas kekasihnya. Mira bertolak ke Banda Acheh tanpa mendengar penjelasan daripada Yusof. Majlis perkahwinan di Acheh bertukar menjadi tragedi apabila dilanda Tsunami. Selepas sedar diri, Mira mendapati dirinya ditimbun dalam runtuhan bangunan. Mira bersendirian di lokasi yang dia tidak ketahui. Apa yang dilihat di sekelilingnya hanyalah mayat dan lumpur. 

Dalam keadaan yang tidak tentu arah, Mira didatangi oleh Rio yang berpakaian baju seragam penyelamat. Mira dibawa ke sebuah pusat untuk mendapatkan rawatan. Dalam perjalanan ke suatu tempat yang terpencil, Mira berasa pelik kerana dibawa jauh dari Banda Acheh. Namun, disebabkan keletihan dan kecederaannya, dia tidak banyak bertanya. Mira berkenalan dengan Muthia yang juga berada di dalam van yang dinaikinya. 


Sementara itu, Yusof tetap dengan keputusannya untuk pergi ke Acheh mencari Mira walaupun dihalang oleh keluarganya. Setibanya dia di sana, dia bertemu dengan Dr Zuli dan menjadi sukarelawan di pusat rawatan sementara supaya lebih mudah mendapatkan maklumat tentang Mira.
Pada suatu malam, Muthia terdengar perbualan Rio dengan seseorang bahawa ingin menjual remaja dan kanak-kanak yang ditemuinya. Muthia mengajak Mira untuk melarikan diri bersama. Berjayakah Mira dan Muthia melarikan diri? Berjayakah Mira mendapatkan bantuan? Siapakah Adi yang ditemui oleh Mira? Bertemu kembalikah Mira dan Yusof?

Jangan lupa saksikan kesudahannya dalam drama bersiri 14 episod, “Lari Mira” lakonan Nazrief Nazri, Nina Iskandar dan Erlandha Saputra menerusi slot Lestary TV3 pada setiap hari Rabu dan Khamis jam 9.00 malam bermula 9 September 2015.


Layari laman web www.tv3.com.my serta Facebook & Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini. Penonton yang terlepas menyaksikan drama bersiri ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

Rabu, 9 September 2015

JAPANESE FILM FESTIVAL 2015, GRAND OPENING AT GSC CINEMAS

The 12th edition of the Japanese Film Festival Launch was held recently at GSC Pavilion KL with a special screening of the Japanese hit movie, “Kakekomi”. Making a special appearance at the launch was the director himself, Mr Masato Harada.

This event was hosted by Mr. Yoshinori Kodama, Minister and Deputy Chief of Mission, Embassy of Japan, Mrs Kodama along with Mr. Shoichi Toyoda (Director of Japan Foundation Kuala Lumpur).

Among the honoured guests present was Ms Koh Mei Lee (CEO, Golden Screen Cinemas) Mr. Kenji OHTA (Chief Executive in Malaysia, General Manager of Kuala Lumpur Branch, Mitsubishi Corporation who were seen with the mingling with the main organizing committee of the Japanese Film Festival 2015  Ms. Mio Yachita (Head of Cultural Affairs/ Assistant Director, Japan Foundation Kuala Lumpur and Ms. Kyoko Kugai (Senior Program Officer,Japan Foundation Kuala Lumpur).


Looking at the great selection of 13 movies or varied genres scheduled for this year’s Japanese Film Festival, we are anticipating an equally successful if not better turnout.”, said Ms Koh Mei Lee (GSC, Chief Executive Officer) who was beautifully dressed in a purple kimono for the launch event. Coincidently, GSC has just launched a new Seaweed Wasabi Popcorn today in conjunction with the Japanese Film Festival 2015. This new popcorn flavor will be available in GSC cinemas nationwide.

She further added  “This year, GSC, through GSC Movies Sdn Bhd is proud to be able to value add by providing three titles for the 2015 Japanese Film Festival, namely anime movies “The Adventures of Tyrano Boy”, Initial D the Movie Legend 2: Racer”, and “Mobile Suit Gundam The Origin I-Blue-Eyed Casval”.

The renowned director of the opening film “Kakekomi”, Mr Masato Harada also shared during the opening ceremony, “ I always wanted to direct a movie in the beautiful the Japanese temple to illustrate the edo period, so it’s a dream came true”.




“This year’s movie selection will showcase some special inspired films. Movies are greater inspiration to our life and through movies, we learn to appreciate and gain valuable learnings.” said Mr. Yoshinori Kodama (Minister and Deputy Chief of Mission, Embassy of Japan) in his speech.

Japanese Film Festival 2015 will be held in Klang Valley from Sept 10 – 16, Sept 17 – 20 in GSC Gurney Plaza, Penang, Sept 24 – 27 in GSC Suria Sabah Mall, Kota Kinabalu and Oct 1 – 4 in GSC CityONE Megamall, Kuching.
 
For movie details and more information on Japanese Film Festival 2015, kindly log on to www.jfkl.org.my and www.gsc.com.my.

Selasa, 8 September 2015

BAKAT MUDA YANG TERUS MENCINTAIMU : WAANS AHMAD


Kolum 'bakat muda' hari ini akan mengetengahkan seorang penyanyi baru, Wanns Ahmad. Figura kecil yang mempunyai bakat luar biasa ini sebenarnya berusia 24 tahun. Bermula sebagai krew produksi di belakang tabir, Wanns Ahmad atau nama sebenarnya, Wan Nursalam Wan Ahmad, berasal dari Pasir Mas, Kelantan, antara bakat muda yang digilap produksi 'Pencil Pictures Record', produksi filem milik Datuk Normashayu Puteh yang kini menerbitkan filem bertajuk 'Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium'. 

'Terus Mencintamu', nyanyian Waans Ahmad turut menghiasi filem terbaru arahan Mamat Khalid itu. Karya dari hati, diilhamkan dari sebuah kisah benar merupakan karya ciptaan Waans Ahmad yang mencatat jumlah tontonan paling tinggi di youtube , dengan purata anggaran 236,000.00 penonton di media sosial. Bersandarkan wajah kacak yang bisa mencairkan hati wanita, Waans Ahmad berhasrat mahu menghasilkan album penuh, sekiranya diizinkan berada dalam industri muzik hari ini.



oleh: Admin Blog.. Hak Cipta Terpelihara amyikram.com, 2015

Isnin, 7 September 2015

'BLACK COFFEE' DI MALAM FFM27

 
Walaupun pihak penganjur mengutamakan 'batik' sebagai tema rasmi bagi kod pakaian di Malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke 27 (FFM27) , namun rata-rata tetamu yang hadir hanya mengenakan tema berlainan, iaitu 'gold black, black, black coffee, crystal black' dan sebagainya. Apakah ini dikatakan melanggar etika pakaian atau tema yang dikhususkan?. Namun, ini tidak mematahkan semangat penganjur bagi menganjurkan acara berprestij yang mengangkat 'nilai sebuah karya filem' ke suatu tempat yang teratas, hebat, gah umpama 'bintang-bintang yang bertaburan di ufuk bumi'. 

Tema 'Black Coffee', agak sinonim dengan tema FFM27 kali ini. Kebanyakkan selebriti tanah air samada penggiat filem, hiburan, pelakon, seniman dan seniwati hadir dan mengenakan konsep hitam agar nampak lebih 'elegan, sensual, gothic, mewah' dan sebagainya. Beberapa pakaian rekaan pereka terkenal turut digayakan oleh beberapa pelakon di FFM27 ini. Namun, hanya 'batik', digayakan golongan tertentu yang ada dan mempunyai kelasnya yang tersendiri. 

 Wan Zazreena mengenakan busana dari Istana Puteh

Wan Zazreena antaranya,  hadir di FFM27 mengenakan busana kristal rekaan Istana Puteh. Konsep elegan yang digayakannya itu menampakkan beliau seperti seorang selebriti terkenal dari Singapura dan Indonesia. Berbanding pula dengan Iyda Jame, yang hanya mengenakan konsep 'black coffee - gothic', dimana busana yang digayakannya itu menampakkan beliau seperti penyanyi Najwa Mahiaddin, yang turut berada di Malam Anugerah FFM27 di Plenary Hall, KLCC Convention Centre.
Malam penuh gilang gemilang itu boleh dikatakan agak 'meriah' tahun ini kerana kedudukan tempat duduk dalam KLCC Convention Centre, itu agak penuh, padat dan tidak cukup, memandangkan tetamu yang hadir diluar jangkaan penganjur. Ini berbeza dengan penganjuran FFM tahun tahun sebelumnya, cuma apa yang agak sedih pada tahun ini adalah pelakon-pelakon lama tidak kelihatan, dan hanyalah pelakon baru dan yang tidak terkenal pun turut memeriahkan acara berprestij ini. Apa-apapun tahniah dan terima kasih kerana anda menyokong festival filem kita. 'Tanpa anda siapalah kami', dan 'Tiada yang Lama Tiadalah Yang Baharu'. 

Iyda Jame (Kanan) mengenakan busana 'Black Coffee - Gothic'

FFM27 adalah satu festival filem yang mengiktiraf karya tempatan dari Malaysia, bertanding dalam pelbagai kategori bagi merebut satu penghargaan terbesar dalam Industri Filem Malaysia. FFM buat pertama kalinya dianjurkan pada tahun 1980 iaitu 13 April 1980 oleh Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia (EJA) , di mana ia dianjurkan di Hotel Hilton, Kuala Lumpur, ketika itu.  Namun, setelah 35 tahun, FFM kembali dianjurkan  bersama Pesatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), serta Finas dengan sokongan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM). Mungkin untuk FFM28, adakah kita akan kembali menganjurkan FFM di lokasi di mana FFM1 dianjurkan iaitu Hilton KL?, di mana pada malam itu, FFM1 menobatkan filem 'Tiada Esok Bagimu' arahan Seniman Tan Seri Datuk Dr. Jins Shamsuddin. 

Jumpa lagi di FFM28!.


 Juliana Zakaria, antara yang turut hadir di FFM27

Oleh: Amy Ikram, Hak Cipta Terpelihara 2015 amyikram.com

Ahad, 6 September 2015

POLITIK DALAM INDUSTRI FILEM..

'Politik!', kenapa 'politik'?. Apa kaitan dan faedah mengagungkan budaya 'politik' ini dalam industri kita?. Ada yang berpendapat, dengan 'berpolitik', kita boleh cari makan, dapat tender, proposal akan lulus, malahan karya kita akan diangkat sebagai karya 'idaman', bahkan syarikat produksi yang bermain 'politik' akan terus terkena tempiasnya, iaitu dikalangan vvip yang berpangkat atasan dan berkuasa dalam jaringan kerjaya malahan 'anda' yang bermain dalam isu ini akan turut merasai kehangatan dan kehebatannya. Tapi sampai bilakah kita boleh hidup bermain 'politik', dan adakah 'politik' itu boleh di bawa ke lubang kubur?.

Persoalan ini terus bermain di fikiran dan menjadi perdebatan 'kurang enak' di beberapa laman media sosial oleh 'mereka' yang sememangnya tidak 'gemar' dan 'tidak suka' dengan simbol 'politik' dalam industri hiburan dan filem tempatan. Ketika isu penyanyi 'Najwa Mahiaddin' yang tidak dibenarkan membuat persembahan di Malam Festival Filem Malaysia ke 27 (FFM27) dan akhirnya dibenarkan oleh penganjur di saat akhir, turut mengundang persepsi berbeza di kalangan peminat dan pengguna laman sosial. Ada yang menyalahkan penganjur, kerajaan dan menteri berkaitan yang kononnya tidak membenarkan Najwa membuat persembahan dengan alasan beliau anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia,yang telah dilucutkan jawatannya dalam kerajaan. Apa yang ingin saya perkatakan di sini ialah, 'tidak elok' untuk kita menutup periuk nasi orang lain, kerana rezeki kita bukan di tangan kita, malahan ia di tangan Allah S.W.T. Seandainya, kita mahu berperang politik sekalipun, bawaklah ke tempat lain, kerana industri filem hanya untuk mereka yang mahu memajukan industri, bukannya untuk menjatuhkan industri filem semata-mata kerana hal peribadi atau hal politik berkaitan. 
Tun Mahathir muncul  5 babak dalam Kapsul
Bukan itu sahaja, penerbit sebuah filem bertajuk 'Kapsul' yang trailernya tidak ditayangkan di FFM27 semasa ruangan iklan ketika 'break scene for live', turut menyuarakan pendapat yang sama. Penerbit filem berkenaan, Amru Najmi Osman dalam facebooknya berkata, "Aku memang dah agak, mungkin sebab Tun M (Tun Dr Mahathir Mohamad) ada dalam filem aku,”. Kapsul yang dijadualkan tayangannya pada 17 September 2015 di pawagam, tetap akan diteruskan mengikut skim wajib tayang Finas. Namun dalam soal tayangan di FFM27 itu diharapkan pihak berkenaan tampil membuat penjelasan kerana semasa 'rehearsal' dijalankan, trailer filem berkenaan ditayangkan. Dalam soal ini, kita tidak perlu menyalahkan mana-mana pihak, kerana mungkin ada kecuaiannya atau alasan tersendiri, walaupun ia sukar diterima akal fikiran yang waras.

'Politik' dan 'Industri Filem', tidak harus dicampur adukkan, atau berkongsi citarasa sama walaupun berbeza pendapat, tetapi 'politik' yang baik tidak wajar dilepaskan. Namun, apa yang pasti 'renggangkan' sifat 'benci sesama kita' dalam industri filem, jika tidak amanat 'sehati sejiwa' yang menjadi tagline dalam FFM27 wajar dilepaskan sekiranya kita hanya 'bercakap di mulut', tidak 'di hati'. Industri filem memerlukan sikap yang positif dalam tampuk pemerintahannya, tanpa mengira latar belakang 'pemainnya'. Jangan babitkan 'parti politik', dalam industri filem kerana apa yang perlu kita perjuangkan kini ialah 'bagaimana untuk kita membawa filem dan karya kita menembusi pasaran antarabangsa' sebagaimana saranan dan impian Dato' Kamil Othman, Ketua Pengarah Finas dalam misi dan visinya. Jika tidak 'kita hanya pandai bercakap, tetapi tidak bijak untuk merealisasikannya'. Tepuk dada tanya akal, tepuk minda tanya pemikirannya.. 

Wallahuallam

Oleh: Amy Ikram, Hak Cipta Terpelihara 2015 amyikram.com

Sabtu, 5 September 2015

KEPUTUSAN PENUH FFM27 : LELAKI HARAPAN DUNIA FILEM TERBAIK

Memenangi 4 anugerah termasuk filem terbaik, 'Lelaki Harapan Dunia', terbitan produksi Everything Films Sdn Bhd mengungguli carta teratas di Festival Filem Malaysia ke 27 (FFM27) yang telah melabuhkan tirainya, pada 5 September 2015. Memilih tema batik dalam penganjuran FFM27 kali ini, Festival Filem Malaysia ke 27 berjaya menobatkan 'Lelaki Harapan Dunia', sebagai filem terbaik , di samping anugerah lain, antaranya 'Pelakon Kanak-Kanak Terbaik, Cerita Asal Terbaik, dan Pengarah Terbaik FFM27. 

Lelaki Harapan Dunia yang diarahkan oleh Liew Seng Tat, merupakan filem usahasama Malaysia melalui Everything Films dengan produksi antarabangsa, Volya Films (The Netherlands), Flying Moon Filmproduction (Germany) dan Mandra Films (France) dengan sokongan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia,  Torino Film Lab (Italy), Hubert Bals Funds (The Netherlands), Netherlands Film Fund, World Cinema Fund(Germany), Visions Sud Est (Switzerland), Fondation Groupama Gan pour le Cinéma - Cinefondation (France), Prince Claus  (The Netherlands), Sundance Institute | Mahindra Global Filmmaking Award, Sundance Institute Feature Film Program dan  Doris Duke Foundation (USA).


Selain memenangi filem terbaik di FFM27, 'Lelaki Harapan Dunia', diiktiraf di peringkat antarabangsa melalui beberapa festival filem dunia, antaranya 'Toronto International Film Festival, Vancouver International Film Festival, Busan International Film Festival, Golden Horse  Film Festival and Awards 2014' dan sebagainya. Selain itu, pencabar terdekat pada filem ini di FFM27 adalah 'Dollah Superstar, Manisnya Cinta Di Cappadocia, Amir & Luqman Pergi Ke Laut dan Terbaik Dari Langit. Bersama ini di sertakan senarai penuh keputusan FFM27 yang telah diumumkan di Plenary Hall, KLCC Convention Centre pada 5 September 2015, secara langsung di Astro Ria HD.

KEPUTUSAN PENUH FFM27
  • Filem Box Office - The Journey 
  • Penyunting Terbaik - Adilan Azemi (Dollah Superstar) 
  • Sinematografi Terbaik - Erik Yong (The Journey) 
  • Pelakon Kanak- Kanak Terbaik - Raykarl Iskandar (Lelaki Harapan Dunia) 
  • Cerita Asal Terbaik - Liew Seng Tat (Lelaki Harapan Dunia) 
  • Lakon Layar Terbaik - Mamat Khalid (Amir & Loqman Pergi Ke Laut) 
  • Pengarah Harapan - Raja Mukhriz (Ophilia) 
  • Pelakon Harapan Wanita - Dawn Cheong (Cuak) 
  • Pelakon Harapan Lelaki - Kodi Rasheed (Ophilia) 
  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Nadiya Nisaa (Terbaik Dari Langit) Pelakon 
  • Pembantu Lelaki Terbaik - Amirul Afendi ( Terbaik Dari Langit) 
  • Karyawan Sepanjang Zaman - Othman Hafsham 
  • Anugerah Khas Juri The Great Lion Amir & Loqman Pergi Ke Laut Terbaik Dari Langit 
  • Pelakon Wanita Terbaik - Fazura (Manisnya Cinta Di Cappadocia) 
  • Pelakon Lelaki Terbaik - Lee Sai Peng ( The Journey) 
  • Filem Bukan Di Dalam Bahasa Melayu - Astro Shaw Sdn Bhd ( The Journey) 
  • Pengarah Terbaik - Liew Seng Tat ( Lelaki Harapan Dunia) 
  • Filem Terbaik - Lelaki Harapan Dunia
Tahniah buat semua pemenang. 
Jumpa lagi di FFM28, tahun 2016 ..

Oleh: Amy Ikram, Hak Cipta Terpelihara 2015 amyikram.com

Jumaat, 4 September 2015

'BUKIT KEPONG' HD PENCAPAIAN BAIK KRU STUDIOS!

 
Beberapa hari lepas, aku menonton filem 'Bukit Kepong', versi 'restorasi digital HD'. Filem yang diterbitkan produksi Jins Shamsuddin Production pada tahun 1981 itu merupakan filem arahan Jins Shamsuddin yang menelan kos produksi sekitar RM 1.3 juta. Filem yang memperolehi keuntungan kasar kira-kira RM 1.7 juta itu pada tahun 80-an ketika filem itu ditayangkan di pawagam tempatan, kini membuatkan ia kembali menemui peminat filem , menjelang kemerdekaan Malaysia yang ke-58, bermula pada 27 Ogos 2015. 

Usaha baik yang patut dibanggakan itu datangnya dari produksi besar milik 3 beradik yang sentiasa mewarnai industri muzik dan filem tempatan. KRU Studios menerokai susur cerita karya 'Bukit Kepong', sehingga penghasilannya mendapat kerjasama murni dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) serta hak cipta filem itu dikongsi bersama produksi milik Jins Shamsuddin Production, yang kini diterajui anak teruna seniman tersohor itu. 


'Bukit Kepong' versi restorasi digital HD itu menampakkan karya lama kembali segar, memandangkan 100% kualiti filem itu berjaya, sehingga menjadikan 'Bukit Kepong' yang pernah kita tonton 30 tahun dahulu, seperti sebuah naskhah baru seolah-olah ia sebuah filem yang baru menamatkan penggambaran sebulan yang lepas, sedangkan ia karya era 80-an. 

Pawagam TGV dan Golden Screen Cinemas (GSC), dipertanggungjawabkan menayangkan filem ini dalam tempoh 7 hari atau seminggu di beberapa pawagam terpilih. Hanya mereka yang menghargai karya filem sahaja akan menjadikan naskhah 'Bukit Kepong' wajar ditonton dalam versi HD yang segar. Mungkin selepas ini, KRU Studios akan menjadikan filem-filem lama kembali di pawagam dalam format baru, walaupun ia karya lama, kerana '.. tiada lama tiada baru'.

di sebalik tabir.. Bukit Kepong HD

Berbalik kepada filem 'Bukit Kepong HD ini', jika di amati keseluruhannya, KRU Studios agak teliti dalam proses scanning - dust & scratch removal, HD Mastering & Color Grading,  Grain Reduction Process, folly & sound efek for stereo dan sebagainya. Proses ini dilakukan kira-kira  300 tenaga produksi milik KRU Studios, seterusnya membuktikan produksi milik mereka itu bukan sahaja boleh menerbitkan atau menghasilkan filem,  tetapi memelihara dan menjaga kualiti filem tempatan ke tahap yang boleh dibanggakan. Peranan ini harus dijadikan sebagai cabaran utama kita bagi memelihara khazanah filem kita dari era 50-an hinggalah kini. 

Sekiranya, Jins Shamsuddin (Tan Seri Datuk Dr Jins Shamsuddin) kembali sihat seperti sediakala, dia mungkin berbangga dengan karya Bukit Kepongnya yang dibikin baru dalam format HD tanpa mengubah apa-apa 'content cerita'. Dalam hal ini, KRU Studios boleh dibanggakan pencapaiannya, dan percubaannya ini berjaya walaupun ditayangkan di pawagam dalam tempoh yang agak singkat, namun penerimaan masyarakat filem agak positif. Apakah selepas ini akan ada filem tempatan lain , mungkin era 70, 80 dan 90an dipilih KRU sebagai jalan penghubung dalam menjadikan filem sebagai khazanah berharga, yang tidak harus dilupakan ; tetapi untuk kembali memeriahkan sinema malaysia ke persada seterusnya..

oleh: Amy Ikram, Hak Cipta Terpelihara 2015 amyikram.com

Khamis, 3 September 2015

6 FILEM HEBAT SEPANJANG SINEMA SEPTEMBER 2015!


Dalam kerancakkan kita memperhitungkan filem dan karya manakah bakal dinobatkan sebagai karya filem terbaik di Festival Filem Malaysia ke 27 (FFM27) pada 5 September 2015, namun industri filem tempatan pada bulan ini, September mungkin boleh berbangga kerana Sinema September menyajikan 6 karya terbaik bagi tayangan sepanjang bulan ini, di beberapa pawagam tempatan seluruh negara. Jika kita berbangga dengan sinema luar yang kononnya hebat, tapi jangan dilupa industri tempatan kita juga boleh diiktiraf kehebatannya. Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) antara badan perfileman unggul yang memberikan sokongan padu buat karyawan filem tempatan yang mahu menjinakkan diri atau terus berada kukuh dalam industri ciptaan mereka ini. 

'Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium, Bravo 5, Polis Evo, Kapsul, Jwanita dan Girlfriend Kontrak', antara 6 buah karya filem tempatan bakal menemui penonton di beberapa pawagam tempatan. Bagi anda peminat filem tempatan, yang tertanya-tanya, trailer kesemua filem ini, Bolehlah menonton keenam-enam trailer di bawah. Dan jangan lupa menonton di pawagam (jika anda sayangkan industri filem kita) bukan di rumah, kerana menonton di rumah itu hanya peminat drama ok. Selamat menonton dan Majulah Filem Untuk Negara..


Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium - 3 September 2015
Skrip : Usop Wilcha Pengarah: Mamat Khalid


Bravo 5 - 10 September 2015
Pengarah: M.Hitler Zami


Polis Evo - 17 September 2015
Pengarah: Ghaz Abu Bakar


Kapsul - 17 September 2015
Pengarah: Allahyarham Martias Ali


Jwanita - 24 September 2015
Pengarah: Osman Ali


Girlfriend Kontrak - 24 September 2015
Pengarah: Virgina Kennedy


tonton di pawagam
bukan di rumah anda
****

Rabu, 2 September 2015

'KITALAH BINTANG', DI MALAM PERASMIAN FFM27..


Alhamdulillah, akhirnya selesai jua Malam Perasmian FFM27. Malam penanda aras sebelum malam kemuncak FFM27 itu selamat diadakan dengan jayanya di Symphony Lake Suite @KLCC, Kuala Lumpur, Malaysia pada hari ini, 2 September 2015. Malam yang bertemakan 'Sehati Sejiwa', itu memilih 'kitalah bintang', sebagai tema sampingan bagi acara yang cukup berprestij buat karyawan industri filem tempatan, Festival Filem Malaysia ke 27 (FFM27).  Sebanyak 10 kategori anugerah telah diumumkan, antaranya:-

KEPUTUSAN MALAM PERASMIAN FFM27

1. KESAN KHAS TERBAIK
 Mirage Works, ( Seventh )

2. PEREKA KOSTUM/ BUSANA TERBAIK
    Elaine Ng & Wing Shum, ( Hungry Ghost Ritual )

3. LAGU TEMA TERBAIK
   Yuna / Lautan, (Lagenda Budak Setan )

4. PENATAAN BUNYI TERBAIK
   Winson Poon, ( Hungry Ghost Ritual )

5. PENATAAN SENI TERBAIK
    Tunku Mohd Taufek / Tunku Tommy Mansur, ( Lelaki Harapan Dunia )

6. FILEM PENDEK TERBAIK
    Cho Ee Jun, ( Salvaj )

7. FILEM ANIMASI CEREKA TERBAIK
    Kru International Sdn Bhd, ( Ribbit )

8. FILEM ANIMASI BERSIRI TERBAIK
    Glue Studios Sdn Bhd, ( Rimba Racer )

9. SKOR MUZIK ASAL TERBAIK
    Ooi Su Lyn & Teoh Eng Hooi , ( Manisnya Cinta Di Cappadocia )

10. PENGGIAT BELAKANG TADBIR
      Puan Mariam Ibrahim.


Tahniah buat semua pemenang di Malam Perasmian FFM27, di mana malam ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat, Dato' Jailani Johari, Timb. Menteri KKMM dan  YBhg. Dato' Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad, KSU KKMM. Pada mereka yang tercalon, tapi tak menang, janganlah sedih-sedih kerana anda yang tercalon, layak digelar 'pemenang', mungkin tahun ini bukan rezeki anda, tapi percayalah rezeki Allah s.w.t akan ada jua akhirnya.

Terima kasih juga buat semua team produksi sama ada team kreatif, teknikal, urusetia, keselamatan, kewangan dan sebagainya kerana 'tanpa kalian', mana mungkin Malam Perasmian FFM27 boleh diadakan. Menariknya pada malam itu, kita dihiburkan selain dari fokus pada keputusan, oleh penyanyi jemputan antaranya One Forteen, Jamilah Abu Bakar, Dayang Nurfaizah, Azharina dan Kombo RTM.  Apa yang ingin saya perkatakan di sini adalah, tentang Jamilah. '.. dia antara penyanyi keronchong terbaik generasi muda, pelapis generasi lama yang sudah dilupakan, dan alunan vokalnya diinspirasikan dari penyanyi lagenda, Kartina Dahari dan Datin Paduka Julie Sudiro'. Insya allah , mungkin tahun depan kita bawakan Julie Sudiro menghiburkan anda.


Dalam FFM27, khususnya di Malam Perasmian FFM27, saya ditugaskan untuk mendapatkan artis samada 'pengacara, penyampai, persembahan, penari', dan juga 'kena buat skrip yang telah disediakan oleh penulis skrip bersama, Mr. Iwan. Dari skrip asal dirombak berulang kali, akhirnya siap juga. Tapi, saya tak keseorangan, kerana saya dibantu oleh si cantik manis yang sangat seksi, Juliana. Kiranya dia inspirasi saya untuk saya menulis dan berkarya. Tapi dia dah ada orang lain sebagai 'cinta hatinya'.. Walau apa pun , namanya akan tetap terpahat dalam karya saya akan datang untuk produksi drama, iklan dan sebagainya.. 'Ju, aku nak kau tahu, aku sayangkan kau sangat-sangat..thanks for evertyhing .. i loved u so much as a best friend ever... Sori tercerita pulak dalam blog aku.. hehehe. 

Tapi, untuk mengetahui filem dan karya manakah akan dinobatkan antara yang terbaik?. Kita ada satu lagi malam yang cukup berpestij iaitu, Malam Kemuncak FFM27 pada 5 September 2015 dari Plenary Hall, KLCC Convention Centre.. See u guys... muah muah!.


Selasa, 1 September 2015

AHMAD NAWAB BAKAL DILUPAKAN, DAN SENASIB SENIMAN AGUNG, P.RAMLEE!


 
Pertemuan bersama dengan komposer, Datuk Ahmad Nawab atau nama sebenarnya Ahmad Khan Nawab Khan diaturkan setelah mendapat perkhabaran yang mengatakan bahawa insan seni itu sedang keuzuran. Berita itu membawa kami ke Gombak, Selangor, lokasi di mana rumah insan seni itu menghabiskan sisa hidupnya. Usai memberikan salam, kami disambut dengan senyuman seorang insan yang cukup berpengalaman dalam industri seni tanah air. Itulah Ahmad Nawab. Berita yang mengatakan kedaaan dirinya yang uzur ternyata meleset sama sekali. Fizikalnya masih kuat dan cergas. Mulutnya petah berbicara kenangan lama dalam industri muzik.
 
Ternyata disebalik senyumannya itu, menyorok rasa kecewa yang sudah lama dipendam. Diluahkan satu persatu bagaimana sedihnya dia melihat keadaan industri seni kini. Tambah kecewa, anugerah Seniman Negara yang diperolehnya seakan tidak membawa apa-apa maksud dan dirinya seakan terus diketepikan. Kemerdekaan baru diraikan semalam. Nama-nama pejuang kemerdekaan satu persatu diangkat. Tetapi pejuang seni negara seperti Ahmad Nawab terus disisihkan sama pepatah, habis madu sepah dibuang. “Perjuangan saya dalam industri muzik tanah air bukanlah untuk diri sendiri. Saya lakukan bukan untuk jadi kaya, tapi ia dilakukan untuk negara. Melalui seni, saya mahu mengangkat nama negara terus dikenali di luar negara. Bukan saya berkarya setakat mahu mencari nama sahaja,” jelasnya.
  
Daripada percakapannya, sedarlah kami bahawa Ahmad Nawab cukup kecewa dengan keadaan sekarang yang menyisihkan golongan sepertinya ke tepi. “Orang sudah tidak peduli lagi dengan saya. Saya sebenarnya masih lagi aktif. Jiwa saya masih lagi dalam muzik dan sehingga kini, saya masih belajar mengenai muzik terutamanya muzik moden. “Tetapi itulah, saya aktif dengan diri sendiri. Tiada lagi orang yang mahu merujuk kepada saya. Itu yang bila dikenang kembali, saya merasakan diri ini bakal senasib dengan Tan Sri P. Ramlee,” jelasnya dengan nada kecewa.

 
Menoleh ke belakang, P. Ramlee sewaktu dia mahu kembali aktif ke dunia seni, orang sudah tidak mempedulikan dia. Ketika P. Ramlee berada di zaman Studio Merdeka pada 1964, seniman itu diboikot dan dianak-tirikan oleh industri, selain ditamatkan kontrak nyanyian piring hitam oleh syarikat rakaman EMI kerana dianggap lagu-lagunya tidak lagi boleh dijual. Demikian kisah lara penghujung hidup seorang P. Ramlee yang tidak pernah terpadam dari ingatan Ahmad Nawab. Bagaimanapun setelah Seniman Agong itu tiada, barulah nama dan pengorbanannya dipuja-puji semula oleh sekalian anggota masyarakat.

“Tetapi nasib saya masih baik. Sekurang-kurangnya masih ada wartawan yang sudi mendengar cerita saya sedangkan P. Ramlee sampai dia meninggal dunia orang tidak pedulikan. “Nasib dia memang sedih dan saya tahu sebab hubungan kami rapat. Saya banyak tolong dia membuat lagu semasa di Merdeka Filem. Tetapi saya tahu, nasib saya juga akan jadi sepertinya suatu hari nanti,” kata Seniman Negara ini. Jika dibarat, yang lama itu makin dihargai dan mahal harganya. Tetapi di sini, yang lama itu makin disisihkan dan murah harganya. Itulah kecelaruan dunia seni tempatan yang seolah-olah tidak menyediakan tempat selayaknya untuk insan seni seperti Ahmad Nawab. Malah, golongan ini juga semakin sukar untuk cari makan melalui bakat seni, kerana industri hari ini hanya seolah-olah mengitiraf golongan muda punya aura sensasi semata-mata. Disebalik segalanya itu, satu pesanan Ahmad Nawab, orang seni antara individu yang sangat sensitif sifatnya. Berdirinya mereka atas landasan kerjaya bukan kerana wang ringgit yang dimahukan, cukup sekadar usaha seninya itu dihargai hingga ke hujung usia. 


Usaha penyanyi lama
Usai bicara mengenai kekecewaan, kami lantas dijemput oleh Ahmad Nawab ke sebuah bilik, lokasi dia menghasilkan semua hasil karya kreatifnya. Ibarat sebuah mini muzium, bilik itu bukan sahaja untuk bekerja, tetapi turut menempatkan beberapa koleksi anugerah yang diterimanya dan gambar-gambar lama penyanyi termasuk P.Ramlee. Langsung, bicara kami dipanjangkan terus bagaimana sukarnya penyanyi dahulu mahu menyiapkan sebuah lagu berbanding zaman kini.
 
“Zaman sekarang, apa yang penyanyi mahukan semua mereka boleh dapat. Tetapi dahulu, mereka bersusah payah untuk menghasilkan sebuah lagu. “Dahulu punya rakaman lagu, apa yang dinyanyikan secara langsung itulah yang akan dimuatkan dalam album. Tiada sebarang sistem yang boleh digunakan untuk menambah kualiti suara penyanyi,” jelasnya. Ditanya pendapatnya mengenai penyanyi yang bagus masa kini, bagi Ahmad Nawab, tiada penyanyi yang betul-betul bagus sekarang. Lambakan penyanyi baharu ketika ini membuatkan kualiti vokal seseorang itu dinilai dengan mentaliti cukup rendah, sekali berbanding dahulu.
 
Tambahnya lagi, dia juga kecewa kerana tidak ramai penyanyi baharu sekarang yang mahu mengambil nasihat daripada penyanyi lama. “Kebanyakan penyanyi sekarang takut kerana jika mereka ambil nasihat penyanyi lama, mereka akan menyanyi seperti penyanyi itu. Sebenarnya, lagi lama seseorang itu, lagi handal. Muzik ini tiada baru atau lama. Melodi semua sama, cuma tempo sahaja yang bertukar,” jelasnya. Tambahan sekarang bagi Ahmad Nawab, publisiti terlalu kuat membuatkan mereka senang untuk dikenali berbanding dahulu yang bergantung kuat kepada vokal mereka sendiri.
  
“Satu lagi yang saya mahu beritahu, untuk bergelar penyanyi bukan melalui pelajaran. Penyanyi memang dilahirkan untuk menjadi penyanyi. Sebab itu mereka yang saya bawa naik seperti Hail Amir, Ramlah Ram, Salamiah Hassan dan Uji Rashid, vokal mereka masih dikenang sehingga kini,” jelasnya. Bersama dengan Mega, penyanyi lama yang disebut Ahmad Nawab turut hadir untuk melawat individu yang mengangkat mereka ke dalam industri seni. Ternyata, kehadiran mereka menceriakan insan seni itu. Pelbagai kisah diceritakan kembali sekali gus mengundang hilai tawa.
  
Buat lagu ikut perasaan
Siapa yang tidak maklum akan lagu Antara Matamu dan Mataku, paduan suara antara Uji Rashid dan Hail Amir. Lagu tersebut masih malar segar hingga kini. Menurut Uji Rashid, Ahmad Nawab individu yang mengesan bakatnya mempunyai satu keistimewaan untuk membuat lagu dalam masa yang singkat. “Kalau dahulu, masa berborak dengan Ahmad Nawab dan bila dia nampak emosi kita sedang bersedih, dia akan terus membuat lagu sedih. “Tambahan, dia tidak akan beri orang lain menyanyi lagu yang sudah dikhususkan untuk seseorang,” jelasnya. Baginya, rugi jika seseorang yang memainkan peranan penting dalam industri seperti Ahmad Nawab diabaikan begitu sahaja peranannya.

 
Hantar sampai rumah
Satu ketika dahulu, bapa Salamiah Hassan tidak membenarkannya terlibat dengan industri seni tetapi Ahmad Nawab yang memberi jaminan untuk sentiasa menjaganya. “Kalau dahulu, Ahmad Nawab yang akan mengambil dan menghantar saya semula ke rumah. Kalau pukul 12 tengah malam habis, ayah akan terpacak di luar rumah. Begitulah mesranya kami dengan komposer dahulu. Tidak sama lagi seperti sekarang,” jelasnya. Seperkara lagi yang kekal dalam ingatan Salamiah ialah setiap kali mahu memulakan rakaman, Ahmad Nawab akan bertanya kepadanya sama ada sudah makan atau belum. “Ahmad Nawab sangat mementingkan perkara itu untuk mendapatkan tenaga yang secukupnya ketika proses rakaman,” jelasnya.
 
Teringat kisah makan jambu
Bercerita pengalaman bekerja dengan Ahmad Nawab, Ramlah Ram teringat bagaimana kisahnya ditegur kerana makan buah jambu sebelum proses rakaman. “Masa nak rakaman tu, saya makan buah jambu siap cicah dengan asam lagi. Tiba masa nak menyanyi, suara tak boleh keluar. Terus Ahmad Nawab tegur kata kalau dah tahu nak menyanyi, makan jambu dengan asam siapa suruh,” katanya tertawa. Tambah Ramlah lagi, Ahmad Nawab bukanlah seorang yang garang, tetapi mereka akan tahu bila lelaki itu sudah beremosi seperti mahu marah.
 
“Dia tak pernah marah. Pernah sekali, saya rekod lagu berkali-kali. Ahmad Nawab suruh saya menyanyi sampai saya menangis dalam bilik rakaman. “Penyanyi dahulu nyanyi berkali-kali sebab tidak ada suntingan selepas itu. Apa yang keluar, itulah suara asal kami,” jelasnya.

 
Cetak rompak ke Thailand
Bagi Hail Amir pula, antara individu yang mempopularkan dirinya ialah Ahmad Nawab menerusi album EP Wajah Kesayangan Hamba. “Ketika itu, Ahmad Nawab mengadakan sesi uji bakat dan saya bersama Uji Rashid telah terpilih untuk menghasilkan album Wajah Kesayangan Hamba yang turut memuatkan lagu Bukan Jodoh Bukan Suratan serta Kasih Dan Sayang. “Bila album itu keluar, sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan undangan menyanyi pun banyak sehinggakan saya melepaskan jawatan saya sebagai penari bersama Kementerian Kebudayaan ketika itu,” jelasnya.
Seperkara yang menarik lagi mengenai album yang dihasilkan Ahmad Nawab itu, ia telah dicetak rompak hingga ke Thailand. “Di sini, albumnya itu hanya kecil dan dimuatkan dalam bentuk EP. Tetapi, di sana mereka buat lebih besar dalam bentuk LP,” katanya tertawa mengenang kisah itu.

oleh: Muhammad Azrul Mohd Radi, Utusan Malaysia, 1 September 2015. 
Artikel ini telah diterbitkan Utusan Malaysia dan dimuatkan dalam blog ini kerana mencapai piawaian yang sangat 'berharga' untuk dikongsi buat pelayar laman blog ini. - Admin