Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Khamis, 21 April 2016

WAJARKAH SINEMA DI KELANTAN?

 
Tiada lagi panggung wayang di bumi Cik Siti Wan Kembang ini memberi tanda tanya yang cukup serius meskipun hampir dua dekad lalu kini masih belum diselesaikan lantas menyebabkan kemudahan hiburan tidak wujud di negeri tersebut.

Kewujudan pawagam di Kelantan mempunyai hak asasi komuniti , pemikiran ekologi ,sejarah dan budaya di negeri tersebut yang mendapat perhatian positif penonton dan penggiat industri kreatif sepanjang satu hari berlangsung di Content Malaysia Pitching Centre, Kuala Lumpur semasa ‘Sesi Dialog : Perlukah Pawagam Komuniti Di Kelantan’, pada 20 April 2016. 

Menurut Pengarah Komersil Finas , Azmir Saifuddin Mutalib , melihat keunikan sinema di Kelantan mempunyai beberapa faktor antaranya ialah masa operasi bermula jam 3 petang dan ke atas.
Katanya , meskipun pengisian amat berat tetapi pihak pawagam harus memberi peluang kepada waktu operasi kerana mematuhi Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 yang ditetapkan kerajaan negeri.

Beliau berkata, antara syarat yang ada di dalam enakmen tersebut adalah tidak dibenarkan sebarang tayangan pada waktu solat bagi menghormati sensitiviti masyarakat di negeri tersebut .
Selain daripada itu , faktor kedua pula, penggiat kreatif yang ingin membuat prebiu filem , misalnya mereka berasal dari Kelantan ianya satu bonus tetapi tidak bermakna pembikin filem lain diketepikan serta merta malah diraikan juga. 

Tambahnya lagi , golongan belia khususnya di Kelantan bertanggung jawab memulakan promosi dengan mengetengahkan ‘filem bukan sekadar hiburan ‘, agar masyarakat memahami fungsi filem itu sendiri. Beliau berkata , pihak Finas percaya tiada halangan untuk mewujudkan pawagam komuniti Kelantan, dilihat sebagai tindakan positif untuk merealisasikan impian sesetengah pembikin dan karyawan filem tempatan.

Pelakon dan Pengarah , Pekin Ibrahim menyifatkan golongan belia sebagai pembangkin transformasi filem di Kelantan sekiranya pawagam komuniti dilaksanakan. Menurut Pekin ,perkembangan ekonomi merupakan proses kenaikan jumlah pendapatan belia secara progresif ke arah mencapai modenisasi masa kini dalam kehidupan mereka .

Tambahnya lagi , pihak Finas sendiri mengadakan aktiviti produktif sekaligus meningkatkan promosi Festival Filem Malaysia( FFM) yang berperanan besar dalam meningkatkan ekonomi negara .
Hal ini demikian, golongan belia juga dilihat bakal menerajui generasi filem pada masa akan datang dan perkara ini perlu diambil serius terhadap meningkatkan aktiviti pelancongan khususnya dalam konteks plot penceritaan bagi pembikinan sesebuah naskhah.

Melalui pendekatan ini Pekin berkata , zaman sekarang ‘tiada Bintang Filem dapat dilahirkan lagi, cuma hanya sekadar Pelakon Filem sahaja membanjiri Sinema Malaysia bahkan , kandungan di kaca televisyen kadang-kadang mendatangkan keburukan ( tidak semua) jika dibandingkan dengan pawagam.

Sekiranya hasil filem kreatif di bawa ke pawagam, ianya perlu menerusi Lembaga Penapisan Filem (di bawah Kementerian Dalam Negeri) ini kerana plot cerita yang ‘absurd’ boleh diakses penonton tanpa batasan berbanding filem diklasifikasikan agar tidak menyalahi syariah .
Wan Syahrul Amry, Timbalan Pengerusi Biro Penerangan Dan Aduan, Persatuan Anak-Anak Kelantan Darul Naim pula berkata , pawagam di Kelantan diwujudkan sebagai satu platform untuk rakyat Kelantan khususnya ataupun bukan. 


Menurut Wan Syahrul, Finas membantu merakyatkan filem dalam konteks idea untuk komuniti dan keluarga dikongsi satu Malaysia bagi membantu industri perfileman di Kelantan, agar ‘bangkit‘dengan sendiri sekiranya pawagam dilaksanakan. - FINAS MEDIA

Oleh: Aidi Emizul Rasidi, Amy Ikram
Gambar: Zara Jeffry
Artikel ini disiarkan pada: Khamis, 21 April 2016 @ 4.10 pagi

0 comments :