Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Khamis, 26 Mei 2016

KREATIVITI @ KOMUNITI DI KOK LANAS, KELANTAN, PLATFORM BAIK BUAT GENERASI MUDA MENIMBA ILMU

Program Kreativiti@  Komuniti anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM dengan kerjasama FINAS berlangsung selama 3 hari bermula 25 hingga 27 Mei bertempat di Kolej Komuniti Kok Lanas, Kelantan.
Program kedua pada hari ini dimulakan dengan sesi perkongsian pengalaman dalam bidang industri kreatif, wayang pacak, pameran, uji bakat lakonan dan persembahan pentarama turut diadakan sepanjang program berlangsung.
Bahagian Produksi turut mengadakan ujibakat lakonan serta bengkel penerbitan dokumentari dan promo, di mana ia akan diadili oleh pelakon terkenal, Sharifah Shahora & Mohd Hadely Md Esa, Penerbit Rancangan FINAS untuk ujibakat lakonan, manakala En. Kamarulza'ain, Penerbit Rancangan FINAS dan Nik Ramzi Nik Hassan, Pen. Pengarah Produksi FINAS untuk dokumentari dan promo.


Bahagian Komersil Finas melalui Pitching Centre pula mengadakan sesi 'pitching for micro fund' yang membuka peluang kepada para pelajar untuk berinteraksi secara professional dengan panel terlibat bagi 'menjual idea/jalan cerita' untuk diketengahkan sekaligus diterbitkan dalam medium video digital. Sesi ini juga menampilkan Wan Syahrul Amry ,Timbalan Pengerusi Biro Penerangan Persatuan Anak-Anak Kelantan ; Md Tahir Musa, Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Industri Kandungan & Aplikasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, SKMM dan Saiful Shahrin wakil dari Telekom Malaysia, TM sebagai panel jemputan. Turut hadir, En. Muhammad Asraf Sukadi, Ketua Pen. Setiausaha Kanan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM dan En. Nik Kamaruzaman Nik Husin, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan Kandungan KKMM.
Selain itu, FINAS melalui Bahagian Center Of Excellent (COE) turut membuka booth dengan mempamerkan peralatan perfileman dan pendigitalan kandungan kreatif melalui Projek Museum of Moving Images (MOMI) di mana ia memberi peluang kepada pengunjung melihat secara langsung bagaimana sesuatu produk yang telah diterbitkan, disimpan dan diarkibkan untuk tujuan rujukan di masa akan datang.
© Finas Media, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia  / Mohd Akram Ismail
*telah diterbitkan di Facebook : Finas Malaysia 

4 comments :

Ulasan ini telah dialih keluar oleh pentadbir blog.
Ulasan ini telah dialih keluar oleh pentadbir blog.
Ulasan ini telah dialih keluar oleh pentadbir blog.
Ulasan ini telah dialih keluar oleh pentadbir blog.