Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


JAPANESE FILM FESTIVAL 2021 OFFICIALLY LAUNCHED : BRINGING THE BEST OF JAPANESE CINEMA TO THE BIG SCREEN!

The Japanese Film Festival 2021 will be held at participating GSC cinemas in the Klang Valley (GSC Mid Valley, GSC 1 Utama and GSC NU Sentral) from 6 to 12 January 2022 followed by Penang (GSC Gurney Plaza) and Johor Bahru (GSC Paradigm Mall JB) from 13 to 16 September.

FESTIVAL FILEM KOREA 2021 KEMBALI MEWARNAI GSC MID VALLEY, KUALA LUMPUR BERMULA 2 HINGGA 5 DISEMBER 2021.

'Seobok' filem terbesar Korea turut mewarnai Festival Filem Korea 2021 yang kini ditayangkan di GSC Cinemas Mid Valley, Kuala Lumpur, bermula 2 hingga 5 Disember 2021.

MALAM CITRA SINEMA PERTARUHKAN 28 KATEGORI FILEM TEMPATAN DI FFM31!

FFM31 kali ini menawarkan Dana Kandungan Digital (DKD) bernilai RM500,000.00 berserta trofi bagi karya tempatan yang diangkat sebagai Filem Terbaik, namun ia perlu mematuhi garis panduan ditetapkan dalam tatacara permohonan DKD bagi sektor industri kreatif. Usaha baik ini dilakukan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bagi meraikan sinema dalam mengiktiraf kecemerlangan karyawan industri perfileman tempatan.

FILEM PREBET SAPU WAKILI MALAYSIA KE ANUGERAH OSCARS KE 94

Filem sulung arahan Muz Amer ini akan mewakili Malaysia ke Anugerah Akademi (Oscars) ke-94 dijangka berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 27 Mac 2022.

NABIL AQIL BERAKSI 'PANAS'?

Nak tahu apa yang panas minggu ini?. Nah kami sajikan 5 video terhangat minggu ini.

Khamis, 14 Julai 2016

'KEAJAIBAN CINTA TANPA SEMPADAN' GABUNGAN DUA NEGARA DALAM 'GREEN LOVE'



Selepas muncul dengan beberapa buah karya hebat, antaranya ‘The Third Generation (2006), Kinta 1881 (2007), Four Dragons (2008) , The Loan Shark (2010), Haq (2010), serta 2 buah filem antarabangsa dari Hong Kong ‘Summer Day’ dan ‘Wheel Of Fire’, CL Hor yang berpengalaman luas lebih 28 tahun dalam industri pengiklanan antarabangsa sebagai  pengarah kreatif kini boleh dibanggakan.

Pengarah kelahiran tempatan yang membina nama di Hong Kong itu, kini boleh disifatkan sebagai bertuah kerana karya terbarunya itu mendapat sokongan penuh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). ‘Green Love’, yang memaparkan kisah cinta agung sesama manusia tidak tertumpu kepada ikatan kekeluargaan sahaja, bahkan ia memberi fokus dan penekanan kepada alam sekitar tanpa melupai nilai perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia, di mana elemen cinta merupakan pengikat keharmonian tanpa mengira kaum dan budaya.


Filem yang diterbitkan oleh Innopure Sdn Bhd dengan kerjasama Mega Visual itu antara karya filem pertama menggunakan elemen dwi-bahasa Kantonis-Inggeris, di mana ia dibarisi oleh beberapa pelakon terkenal dari Hong Kong dan Malaysia  antaranya Edward Chui, Bowie Wu, Rosanne Lui,  Erica Chui, Lisa  Ch’ng, Nutserlar, Billy Wong, Keith Hor dan Tricia Chan. Menariknya, filem ini juga bakal menampilkan beberapa orang pelakon berbakat lain dari kedua-dua buah negara yang berbilang bangsa, kaum dan umur.


CL Hor, selaku pengarah filem ‘Green Love’ ini ketika ditemui media Finas semasa Majlis Pelancaran Filem ini di DoubleTRee by Hilton Kuala Lumpur, petang tadi berharap masyarakat dan penonton di Malaysia dapat menerima kehadiran filem ini apabila ditayangkan kelak, kerana keseluruhan cerita ‘Green Love’ ini berpaksikan nilai cinta yang cukup unik dengan rakaman sinematografi, tentunya memberikan gambaran yang cukup indah, dan pastinya ia tidak akan dilupakan oleh segenap penonton dan peminat filem khususnya di Malaysia. Tambahnya lagi, beliau cukup terharu sekaligus teruja untuk menyiapkan filem ini tanpa menjejaskan kualiti yang diharapkan dengan sokongan padu semua pihak termasuk penaja dan Finas amnya sebagai badan perfileman terunggul yang banyak membantu dalam penghasilan naskhah yang khabarnya akan menemui penonton di pawagam menjelang tahun 2017.


Ketua Pengarah Finas, Dato’ Kamil Othman yang hadir memberi sokongan semasa majlis pelancaran tersebut berpendapat, filem ‘Green Love’, diarahkan oleh CL Hor ini adalah karya filem tempatan dari Malaysia yang mampu menembusi pasaran antarabangsa apabila ditayangkan kelak kerana keseluruhan filem ini dihasilkan oleh gabungan krew dan produksi kedua-dua buah negara sememangnya mempunyai kepakaran dan pengalaman luas dalam bidang kreatif masing-masing. Pihak Finas amnya, amat menyokong mana-mana karyawan tempatan yang mahu membawa karya kita ke pasaran luar melalui idea yang diterjemahkan ke layar melalui medium filem di pawagam.


Dato’ Mohd Khusairi Abdul Talib, Pengerusi Finas ketika ditemui media, pula berharap ‘filem ‘Green Love’ ini dapat ditayangkan di beberapa buah negara besar di dunia termasuk Eropah, Cina, Hong Kong dan Amerika, selain Malaysia amnya, kerana kita sudah dimaklumkan bahawa beberapa pelabur besar dari negara tersebut berminat untuk mengedar sekaligus menayangkan filem ini di negara mereka. Tambahnya lagi, “Kita (Finas) sebagai badan perfileman di Malaysia berharap lebih banyak karya sebegini dapat dihasilkan oleh karyawan kita sekaligus ia membuka ruang positif dalam sektor pelancongan di Malaysia melalui paparan yang cukup cantik dalam setiap apa yang dipaparkan. ‘Green Love’ yang akan menjalani penggambaran di beberapa buah tempat menarik di Malaysia termasuk Kuala Lumpur, Melaka, Bukit Fraser, dan Tanjung Malim ini adalah karya dari Malaysia yang boleh dibanggakan", ujarnya dengan nada tersenyum penuh makna.

‘Green Love’ yang mendapat sokongan penuh Finas ini akan memulakan penggambaran pada 15 Julai 2016 dan akan ditayangkan di beberapa buah pawagam seluruh negara mulai 2017.

© 2016 Finas Media, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia / Amy Ikram
* telah diterbitkan di Facebook : Finas Malaysia