Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


MANIFESTASITI2020 PENGALAMAN MUZIK LUAR BIASA SITI NURHALIZA. PRE ORDER SEKARANG!

Album Solo Studio ke 18, penyanyi kesayangan ramai, Dato' Sri Siti Nurhaliza akan dilancarkan di seluruh platform muzik bermula 3 Julai 2020. Kepada anda yang tidak sabar untuk memiliki album tersebut dalam bentuk CD, boleh membuat tempahan segera sebelum kehabisan stok!.

LAYAR SINEMA:NORMA BAHARU TAYANGAN FILEM TEMPATAN

Astro senantiasa memberikan pelbagai cara terbaik untuk menonton filem kepada pelanggan apabila membawa filem-filem terus ke rumah melalui saluran Astro First. Langkah ini telah membuka ruang buat penerbit di luar sana untuk membawa filem mereka ditayangkan buat pertama kali terus ke pawagam rumah penonton.

DI SEBALIK CERITA KONTROVERSI COMOLOT

Penghasilkan 'comolot' adalah kerana saya cukup mengkagumi karya Osman Ali menerusi filem eksperimental 'Bukak Api'. - AMY IKRAM

DIINSPIRASIKAN DARIPADA KISAH BENAR, TOWN MALL FILEM SULUNG DATUK SERI EIZLAN YUSOF

TOWN MALL filem seram Eizlan Yusof yang bakal membuatkan penonton meremang di Astro First. Filem terbitan Enuja Production kerjasama Astro Shaw itu merupakah karya yang diinspirasikan daripada kisah benar.

NABIL AQIL BERAKSI 'PANAS'?

Nak tahu apa yang panas minggu ini?. Nah kami sajikan 5 video terhangat minggu ini.

adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Khamis, 27 Oktober 2016

MENYELAMI PEMIKIRAN MAMAT KHALID


DARI ARKIB: YANG TERSURAT DAN TERSIRAT DALAM FILEM-FILEM MAMAT KHALID
 
Nota Amy Ikram di blognya: Persatuan Pengguna-Pengguna Penyapu Lidi Wilayah Persekutuan, dengan sokongan Kelab Kelab Peminat Hassan Muthalib dan Hassan Muthalib Sendiri, dengan sukacitanya membawakan YANG TERSURAT DAN TERSIRAT DI DALAM FILEM-FILEM MAMAT KHALID tulisan Hassan Muthalib

Kalau aku bikin filem cerdik, aku perlukan audiens yang sama cerdik. - U-Wei Hajisaari 
Parodi adalah genre filem yang menjadi pilihan Mamat Khalid untuk berkarya. Parodi adalah pendekatan yang lucu dalam membuat kritikan terhadap sesuatu yang telah benar-benar berlaku atau pun yang berkait dengan seseorang atau sesuatu kumpulan. Maka semestinya ia memerlukan audiens yang sudah mengetahui apa yang berlaku atau pun kepada siapa ianya berlaku. Oleh yang demikian, karya-karya Mamat boleh dianggap sebagai sangat jujur kerana ia mengajak audiens untuk turut terlibat dalam penceritaannya.
Antara elemen-elemen yang sentiasa menjadi rujukan Mamat ialah sejarah, samada yang berkaitan dengan masyarakat, bangsa dan negara, mahu pun dengan filem. Jika menggunakan a historical approach ke atas filem-filem Mamat untuk tujuan melihat pemikirannya, maka akan ditemui nuances of meaning yang menjadi renungannya tentang sesuatu perkara. Dan subjek Mamat tidak lain dan tidak bukan, hanya tentang industri hiburan tanah air yang diceburinya. Maka dengan itu, filem-filem Mamat boleh dilihat sebagai satu autobiografi, sama seperti apa yang pernah dibuat oleh Datuk Syed Alwi, Mansor Puteh, Anuar Nor Arai dan U-Wei Haji Saari melalui beberapa karya mereka.
Mamat memilih genre parodi untuk membuat kritikan-kritikannya agar tidak menyakiti hati sesiapa. Hanya mereka yang jauhari akan mengetahui siapa dan apakah peristiwa-peristiwa yang menjadi sindiran tajam Mamat. Genre parodi mula diterokai dalam industri filem tempatan oleh P Ramlee melalui siri filem Labu dan Labi sekitar tahun 1960-an. P Ramlee juga menggunakan satira untuk menyampaikan sindirannya seperti dalam Musang Berjanggut dan Tiga Abdul.

Di milennia baru, muncul beberapa pengarah yang menggunakan satira dan parodi untuk menyampaikan kritikan mereka. Satira digunakan oleh Hishamuddin Rais dalam filem Dari Jemapoh ke Manchestee (2001); Amir Muhammad dan Naeim Ghalili dalam Susuk (2007), dan Chris Chong melalui Karaoke (2009). Genre parodi menjadi pilihan Ng Tian Hann dengan First Take, Final Cut (2004), Yeo Joon Han dengan $ell out!, James Lee dengan filem-filemnya, Sini Ada Hantu (2010) dan Tolong! Awek Aku Pontianak! (2011); Petaling Street Warriors (2012), dan Namewee dengan Nasi Lemak 2.0 (2011) dan Hantu Gangster (2012).
Genre parodi menjadi pilihan Mamat Khalid untuk kesemua filemnya. Berbeza dengan pengarah-pengarah lain, Mamat membawa gaya yang tersendiri, yang merujuk kepada sejarah, milieu dan alam Melayu. Mulai dari filem pertamanya, Lang Buana (2003) sehingga ke Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit (2012), watak-watak, milieu dan subjek Mamat merujuk kepada beberapa peristiwa dalam sejarah bangsa. Penelitian Mamat dapat dilihat di semua aspek produksinya, iaitu, dari pemilihan pelakon, kostum, set, kata bual dan musik. Dengan itu, karya-karya Mamat mampu dijadikan kajian tentang sesuatu zaman dalam sejarah negara oleh sejarawan, dan ahli antropologi dan sosiologi.
Sudah pasti, sebahagian besar filem-filemnya yang akan dianggap klasik satu hari kelak untuk melihat peralihan zaman, terutamanya dalam bidang hiburan. Mamat juga menyarankan supaya mengenali bakat-bakat baru yang mungkin mendahului zaman. Dalam Man Laksa, tiga penyanyi muda kampong (M Nasir, Ramli Sarip dan Loloq sewaktu kecil), mewakili generasi baru yang ingin membawa perubahan tetapi bakat mereka tidak diiktiraf kerana mereka menentang arus. Itulah nasib karyawan generasi baru. Yang dicari khalayak adalah lagu-lagu ala Hindustan (seperti yang dinyanyikan oleh Dato’ M Daud Kilau), berwatakkan fantasi, yang diturunkan dari langit dengan iringan kesan khas. 

Pengkarya-pengkarya di Malaysia sedar bahawa perjuangan mereka penuh dengan kesepian dan kesunyian tetapi apakan daya bangsa, negara dan tamadun Melayu akan rugi sekiranya naskah-naskah filem mereka sukar diterima oleh bangsa sendiri. Mungkin tidak ada anugerah atau pengiktirafan yang menunggu Mamat Khalid dan rakan seperjuangannya, tetapi jelas, kembara mereka tetap disaksi dan diabadikan oleh sejarah. Karya-karya Mamat tetap menghiburkan walaupun mempunyai pelbagai subteks yang berlapisan yang perlu dirungkai untuk memahami maksudnya.
Filem Lang Buana sudah mula menampakkan naratif dan stylistics (gaya pengarahan) yang menjadi trademark tersendiri Mamat. Milieu Lang Buana ialah zaman feudal di Perak. Tiga sahabat, yang sebenarnya hamba-hamba Orang Kaya, akhirnya menjadi wira yang tak dijangka (unlikely heroes). Dan di akhir cerita, Mamat menampakkan betapa mulia, bijak dan sopan tuanku sultan dibanding Residen British yang sombong dan licik, yang menggunakan Orang Kaya untuk tujuan memperdayakan orang-orang Melayu. Seperti kesemua filem-filemnya, subteks Mamat membawa kiasan tentang industri filem tempatan dan masalah-masalah yang melandanya. Tiga sahabat tadi perlu dilihat sebagai pembikin-pembikin filem yang jujur, manakala Orang Kaya dan Residen adalah para penerbit dan ahli korporat yang menghisap darah karyawan. Mereka hanya melihat produksi filem dari sudut bisnes sahaja atau pun menggunakan kaedah Ali Baba untuk terus bertapak dalam industri.
Dari filem terawal ini, Mamat juga menghadirkan bangsa-bangsa lain di Malaysia di dalam penceritaannya kerana menganggap, itulah realiti di tanahair yang tidak dapat dinafikan. Apakah petanda-petanda yang berulang dalam filem-filem Mamat Khalid yang menjadi petunjuk bahawa subjeknya ialah industri perfileman tempatan? Bukan hanya jauhari yang boleh mengenal manikam. Anda juga boleh tetapi perlu ada ilmu firasat (semiotik Melayu yang sudah lama berada dalam kosmologi Melayu dan digunakan sepenuhnya oleh P Ramlee dalam filem dan lagu-lagunya). Ilmu ini perlu disokong pula dengan ilmu tajalli, bukan hanya ilmu mantik.

Dalam Lang Buana, kampong yang didatangi tiga sahabat, Gunung, Daik dan Cabang, ialah metafora untuk pentas industri filem yang diceburi pelbagai bangsa dan jenis manusia. Terdapat yang miskin (tetapi meminati filem), yang kaya (hanya mengaut keuntungan), dan yang angkuh (yang menjadi taukeh kapitalis). Yang berloghat Jawa pun ada! (merujuk kepada mereka yang terlalu berpegang kepada adat dan cara lama). Satu perkara yang menarik adalah pemilihan dua pelakon, Hasnul Rahmat dan Bront Palarae, graduan Akademi Filem Malaysia yang mewakili karyawan generasi baharu. Di akhir cerita, watak yang dimainkan Hasnul, yang berkerja dengan Orang Kaya dan tidak menerima bayaran setimpal, tidak lagi mahu bersekongkol dengannya kerana mereka ini sudah menjadi pengkhianat bangsa.
Era rock dalam filem Rock (2005) adalah milieu industri perfileman di mana terdapat antara mereka yang terlibat yang tidak ada pemikiran baru, yang hanya mengejar glamor. Begitu juga dengan para promoter dan penerbit musik semasa itu yang sebenarnya tidak mengetahui apa-apa tentang musik rock. Lebih lucu lagi, para juri di peringkat awal dalam pertandingan musik rock juga terdiri dari manusia yang pelik-pelik. Salah seorangnya (dimainkan oleh Hamid Gurkha), mengatakan, ia sebenarnya diundang untuk pertandingan masak memasak tetapi diminta menjadi juri pertandingan musik rock! Ini adalah kritikan terhadap mereka yang salah memilih ahli panel juri untuk festival-festival filem di Malaysia. 
Filem Rock berkisar pada era rock di tahun 1980-an. Ramai remaja tergila-gila dengan gaya dan musik barat di zaman itu. Mamat juga tidak terlepas dari pengaruh itu. Sebagai seorang muda di waktu itu, dia juga menjadi sebahagian daripada sejarah rock di tanahair, namun tidak dikenali secara umum. Selepas dua puluh tahun, Mamat menjadi self-reflexive tentang era rock dan penglibatannya. Besar kemungkinan, dia tertawakan dirinya sendiri (dan rakan-rakannya) kerana terpengaruh dengan satu gaya yang begitu terasing dengan adat dan budaya bangsanya. Namun, semuanya itu sudah menjadi sejarah, dan kini menjadi inspirasi untuk Mamat berkarya. Filem Rock adalah antara filem tempatan yang wajar dianggap sebagai sebuah filem klasik dalam sinema Malaysia.
 Sinema Malaysia sudah berusia 80 tahun tetapi penggiat dalam seni hiburan masih belum mempunyai bangunan sendiri.
Mamat juga membuat komen tentang nasib seniman tempatan yang bertaruh nasib pada mereka yang menguasai tempat hiburan. Beberapa rocker berdiri merenung bangunan tersergam indah di mana mereka akan beraksi dalam pertandingan. Tetapi tempat itu adalah milik orang bukan sebangsa mereka. Remaja Melayu yang menjadi penonton tidak sedar tentang ini. Mamat menunjukkan mereka berlari dengan ghairah masuk melalui pintu dewan. Yang mereka inginkan ialah hiburan dan keseronokan.  

Rockers yang sentiasa dirundung malang. Pentas yang gelap; interior van yang gelap dan pulang dalam kegelapan. Bahasa filem yang mantap.


Melalui seni suntingan dan sinematografi, Mamat menampakkan betapa gelapnya masa depan kumpulan rock tanahair. Pentas dan audiens berada dalam kegelapan. Aksi rocker di pertandingan pula tidak ditunjukkan. Seterusnya mereka berada di dalam van untuk pulang. Hanya sebahagian muka mereka kelihatan dalam kegelapan. Dan di akhir cerita, rupa rocker-rocker ini berubah menjadi seperti ‘manusia biasa’ dan bermain music ’biasa’ di majlis perkahwinan salah seorang ahli mereka. Ternyata, musik rock tidak membawa mereka ke mana-mana pun.
Pendekatan parodi Mamat tentang kumpulan rock dibawa ke dalam filemnya, Zombi Kampung Pisang (2008). Empat ahli kumpulan rock tersesat di Kampung Pisang dan berhadapan dengan manusia zombi. Jika dilihat dari kostum dan solekan, tiada perbezaan di antara rocker dan zombi! (Malah, rupa kumpulan rock, Malaikat Maut, dalam filem Rock sudah awal-awal lagi menyerupai zombi.) Mungkin persoalan Mamat ialah: Orang Melayu mempunyai adab dan budaya yang begitu tinggi. Mengapa harus ikut budaya asing sehingga wajah pun tidak lagi semacam manusia?
Motif-motif yang berulang. Betapa audiens hari ini hanya menyukai hiburan kosong (dalam Man Laksa). Dalam Zombi Kilang Biskut, para pelajar di sebuah universiti juga tidak boleh diharap kerana diajari ilmu songsang mengenai filem (foto kiri). Maka universiti itu tidak ubah seperti sebuah kilang biskut. (Kanan) Para pensyarah juga sama-sama teresat.


Filem Man Laksa (2006) adalah parodi tentang industri musik dan filem tempatan. Dalam pada itu, Mamat menampakkan kegemilangan beberapa penyanyi 1970 dan 80-an seperti M Daud Kilau (yang mewakili budaya popular), dan Saloma dan Ahmad Jais, yang jelas dikagumi Mamat. Lirik lagu Ahmad Jais seakan pantun dan sangat Melayu, manakala lirik lagu Saloma penuh makna, yang ada kaitan dengan isu dibawa dalam Man Laksa

Kasih yang dulu kini berganti. Kasih yang baru simpan di hati. 
 
Kata-kata ini amat signifikan, ia itu, gaya lama (filem hiburan semata-mata) mesti ditinggalkan; gaya yang baru (filem alternatif) mesti diterima dengan hati yang terbuka. M Nasir, Ramli Sarip dan Loloq sewaktu kecil, mewakili generasi baru yang ingin membawa perubahan tetapi tidak diiktiraf. Inilah dilema yang dihadapi karyawan filem generasi baharu. Inilah dilema yang dihadapi karyawan filem generasi baharu. Di akhir cerita, melalui adegan pengadilan Pertandingan Ratu Kebaya, Mamat menyindir festival-festival filem di Malaysia di mana ada ahli panel juri yang mempunyai kepentingan peribadi sehingga membuat keputusan yang menguntungkan kroni dan bukan bakat-bakat yang sedang meningkat.
Kala Malam Bulan Mengambang (2008) juga merupakan parodi tentang industri filem. Mamat merujuk kepada genre film noir dan elemen gothic dalam filem-filem Hollywood serta sejarah awal sinema Malaysia dengan menggunakan medium hitam putih. Gaya dan teknik persembahan seakan seperti tahun 1950-an yang tidak lagi sesuai masakini. Penggunaan hitam putih dalami filem adalah petanda tentang sesuatu keburukan atau tragedi. Di sini, ia menjadi petunjuk tentang industri perfileman masakini yang sedang berundur ke belakang dengan pengisian yang lemah serta ghairah dengan cerita-cerita tahyol picisan.
Lambang keris dan bulan adalah petunjuk kepada mereka yang mempunyai kuasa politik untuk mengubah keadaan tetapi tidak mampu membawa perubahan yang sewajarnya. Watak Kuswadinata mewakili seorang veteran dalm industri yang diutuskan untuk membantu sinema Malaysia. Sebaliknya, dia membawa idea-ide yang lapok (dilihat pada kostum Kuswadinata, yang biasanya terlihat dalam pementasan sandiwara). Lihat bagaimana Kuswadinata memandang pada kamera dan menunjukkkan jari hantunya yang disarung cincin besar dan mahal. Ini petanda bahawa ia hanya telah mengkayakan diri sendiri dan tidak mempedulikan industri. Adegan ini mungkin mencipta sejarah di dalam sinema Malaysia di mana isyarat lucah (up yours), tidak dipotong oleh penapis!
Filem Estet juga mengenai industri perfileman tempatan. Watak-wataknya mewakili para penglibat dalam idustri. Potret penulis berfungsi sebagai seorang pengkritik filem yang sedang memerhati ketemberangan para penggiat dengan karya mereka.
Filem Estet (2010) adalah parodi tentang milieu dan (kononnya) perpaduan pelbagai kaum di Malaysia yang hanya berlaku pada Hari Kebangsaan. Ini diperlihatkan melalui adegan tari menari pelbagai kaum dengan rentangan kain pelbagai warna di akhir filem. Ini juga satu parodi tentang filem-filem Tamil yang terlalu over dalam lakonan dan dialog, di samping memparodikan industri filem tempatan dan program televisyen yang bertaraf sama. Filem Hantu Kak Limah Balik ke Rumah (2010) menjadi sindiran tentang keghairahan dengan filem-filem hantu yang menjadi kegilaan penerbit dan audiens. Jika bomoh yang menghalau hantu bermaharajalela di dalam filem-filem tempatan, Mamat menjadikan bomoh dalam filem Hantu Kak Limah sendiri memerlukan seorang bomoh untuk memulihkannya!
Isu dan subjek tentang perfileman dibawa lagi melalui Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit (2012). Filem ini menjadi kesinambungan kritikan Mamat tentang industri filem tempatan yang masih berseronok dengan cerita-cerita fantasi dan tahyol. Warung Munawir dalam Zombi Kampong Pisang adalah representasi gelanggang industri filem, dan zombi-zombi itu adalah penggiatnya. Sesiapa yang masuk dan memakan kuah daging, akan menjadi zombi (maksudnya: berada dalam arena perfileman tetapi tidak mampu melahirkan ide-ide baru dan terus merosakkan otak audiens dengan karya picisan).
Watak-watak dan lokasi mewakili para penggiat seni tempatan dan milieu mereka yang amat menyedihkan.
 
Warung Pak Jabit dalam Jin Pakai Toncit merujuk kepada gelanggang penggiat filem. Pada rupa pengunjung ke warung, dapatlah dilihat wajah penggiat filem yang sudah ketinggalan zaman. Pak Abu adalah representasi pengarah-pengarah lama yang merapu, yang mengulangi cerita-cerita lapok tetapi terus diminati pengunjung ke warung yang asyik dengan cerita-ceritanya. Mon adalah representasi filem Melayu yang tulen tetapi yang telah ‘dirosakkan’ oleh filem-filem yang memaparkan cerita hantu, toyol dan pontianak picisan yang hanya begantung kepada teknik suntingan dan kesan bunyi. Husin tetap menyintai Mon sehingga rela menelan mee ‘berkerang’. Husin yang menyintai Mon sebenarnya mewakili Mamat Khalid yang menyintainya sinema Melayu. Adegan santapan di sungai digambarkan seakan sebuah set di dalam filem dan dilakukan dengan penuh ketelitian untuk visualkan perasaan Husin terhadap Mon. 
  
Siapakah manusia ini yang diberi jawatan, gelaran, kekayaan dan kuasa tetapi tidak melakukan apa yang sepatuttnya dilakukan untuk industri?

Niat Mamat untuk menyelamatkan sinema Malaysia juga dapat dilihat dalam Kala Malam. Puteh (Umie Aida) adalah representasi filem Melayu yang tulen, yang kini sudah bertukar menjadi hantu, pontianak, dan toyol. Watak Saleh (yang mewakili Mamat Khalid) menyiasat tentang sebab-sebab Puteh menjadi hantu dan bertindak mengurungnya untuk sewaktu. Watak yang dimainkan Kuswadinata muncul semula di dalam Jin Pakai Toncit melalui watak Dr Shamsuddin (dimainkan oleh Rashidi Ishak). Mamat memparodikan seorang veteran dalam industri yang telah disebutkan sebelum ini, yang dipertanggungjawabkan untuk membantu mengangkat martabat industri tetapi tidak berbuat apa-apa. Di awal filem, Husin tiba dari Singapura dan di akhir cerita, dia kembali semula ke Singapura. Keadaan sinema Malaysia tetap tidak berubah. 
Filem-filem tahyol masih menghantui sinema Malaysia. Bilakah masa ia akan dikuburkan?

Bagi Mamat Khalid, sinema Malaysia sukar diselamatkan. Visual istana (ia itu, martabat filem Melayu) diperlihatkan dari jauh (maksudnya, terasing). Namun, ia setia menunggu cahaya harapan di hujung terowong. Filem Jin Pakai Toncit berakhir dalam suasana suram. Saki baki hantu di Kampong Pisang masih belum dihalau sepenuhnya walau pun Dr Shamsuddin sudah tiada. Hantu-hantu ini terapung di udara, menunggu peluang untuk terus melakukan kerosakkan. Filem-filem tahyol yang picisan masih ‘berkeliaran’ di pawagam dan masih diminati audiens tempatan.
Persoalan dari Mamat ialah: Apakah kesudahannya? Apakah sinema Malaysia dapat diselamatkan?
Karya yang baik kebanyakannya datang dari pengalaman hidup seseorang pengkarya. Sejarah penglibatan Mamat dalam era rock menjadi rujukan baginya untuk dialih ke medium filem. Walaupun Mamat tidak mendapat pendidikan formal dalam bidang filem, namun dia tetap berkarya dengan bersandarkan ilmu filem. Pendekatan yang digunakannya datang dari penelitiannya terhadap B Movies di Hollywood dan genre film noir serta juga musik Barat. Ini membuatkan kemahiran berparodi Mamat diiktiraf di peringkat antarabangsa. Kala Malam Bulan Mengambang dan Zombi Kampung Pisang dipilih menyertai festival filem Udine di Itali dan beberapa festival yang lain di seluruh dunia.
Hantu Kak Limah memperolehi kutipan box-office yang luar biasa. Mamat Khalid sudah pun diiktiraf di negara sendiri sebagai seorang penghibur. Tetapi yang lebih penting, beliau perlu dilihat sebagai perakam sejarah bangsa dan negara yang akan menjadi rujukan satu hari nanti. Mamat Khalid adalah seorang nasionalis tetapi bukan termasuk dalam golongan yang mengetuk gendang, mengibar bendera dan berdeklamasi puisi untuk menunjukkan nasionalisme mereka.

Merenung nasib sinema Melayu - dan audiensnya yang semakin tidak matang.....

Mamat juga bukan seorang sejarawan. Dia hanya seorang penglipur lara yang menyintai filem, sejarah, bangsa, budaya dan negaranya. Sekaligus beliau juga akan menjadi sebahagian daripada sejarah yang ditafsirkannya.

oleh: Hassan Abdul Muthalib, Pegkritik Filem. 
  2016 Semua Hak Cipta Penulisan Kreatif adalah terpelihara milik penulis. Sebarang cetakan semula dalam apa jua platform sekalipun tanpa kebenaran penulis adalah dilarang. 

Rabu, 26 Oktober 2016

'MEDIUM FILEM MAMPU TERJEMAH FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN MELALUI KARYA KREATIF PELAJAR SEKOLAH RENDAH', KP FINAS


Ketua Pengarah FINAS, YBhg. Dato’ Kamil Othman telah menggariskan kepentingan pelan pembangunan modal insan bagi generasi muda khususnya pelajar sekolah di dalam mengerakkan transformasi industri kreatif negara dan seterusnya memacu kemajuan ekonomi industri. 

Beliau yang ditemui sebagai tetamu kehormat ketika merasmikan Majlis Penutup dan Penyampaian Anugerah kepada Pemenang Pertandingan Video Dokumentari Soft Skills Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) 2016 di Content Malaysia Pitching Centre juga memuji inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia bagi melahirkan generasi pelajar yang memanifestasikan 13 kemahiran soft skills sejajar dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui medium filem.  Perkembangan progresif ini juga menjana kepada usaha FINAS menjadikan industri sebagai penjana ekonomi termasuklah aspek-aspek berkaitan seperti harta intelek, kualiti kandungan,penceritaan,pemasaran,infrastruktur dan lain-lain lagi.


Ujarnya lagi, “FINAS berperanan membina lebih banyak kerjasama dua hala bersama badan-badan kerajaan, insititusi pengajian tinggi, NGO, persatuan dan pihak komuniti secara lebih menyeluruh termasuklah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi terus meneroka potensi pelajar melalui kemahiran asas penerbitan filem pendek dan dokumentari kerana mereka adalah pelapis kepada industri kreatif ini yang mempunyai masa depan yang cerah melalui pelan pembangunan yang dirancang seperti contoh program Jom Buat Filem Pendek untuk pelajar sekolah menengah selain program Kelab Pencinta Filem FINAS yang diiktiraf Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai merit aktiviti ko kurikulum”.

Kamil yang ditemani Tn Hj Shabudin Hassan, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Kementerian Pendidikan Malaysia dan En. Dzulkarnain Abdullah, Timbalan Dekan ASWARA telah menyampaikan hadiah kepada pemenang video bagi 11 kategori yang dibikin oleh para pelajar sekolah rendah dan menengah mewakili Sekolah-Sekolah Berprestasi Tinggi yang mengambil bahagian.

SENARAI PENUH PEMENANG PERTANDINGAN VIDEO DOKUMENTARI SOFT SKILLS SBT 2016 

VIDEO TERBAIK
SJKC Kuen Cheng 2 (Sekolah Rendah)
S.M Sultan Abdul Halim (Sek. Menengah)

TEMPAT KEDUA
SK Setiawangsa (Sekolah Rendah)
SMKA Naim Lil Banat (Sek. Menengah)

TEMPAT KETIGA
SJKC Ave Maria Convent (Sek.Rendah)
SMK (P) ST George (Sek. Menengah)

TEMPAT KEEMPAT
SK Bandar Penawar 2 (Sek. Rendah)
Sek. Dato' Abd Razak (Sek. Menengah)

TEMPAT KELIMA
SK Convent Green Lane (Sek. Rendah)
SBP Integrasi Jempol (Sek. Menengah)

THE MAKING OFF TERBAIK
SK Setiawangsa (Sek. Rendah)
SM Sultan Abdul Halim (Sek. Menengah)

PENERAPAN SOFT SKILLS TERBAIK
SJKC Ave Maria Convent (Sek. Rendah)
SM Sultan Abdul Halim (Sek. Menengah)

ANUGERAH KHAS JURI
SK Bandar Penawar 2 (Sek. Rendah)
SMK (P) St George (Sek. Menengah)

PENGACARA TERBAIK
(1) Muhammad Hazwan b. Najib Rashdan
(2) Syed Muhammad Kadzim Al Atas bin Syed Sheikh Al Atas
SK Setiawangsa (Sek. Rendah) 
(1) Nurin Nabeeha bt Ramlan
SM Sultan Abdul Halim (Sek. Menengah)

PENULIS SKRIP TERBAIK
Tuan Aisyah Balqis Tuan Adnan
SJKC Kuen Cheng 2 (Sek. Rendah)
Aisyah Mahyin
Wan Aini Nasuha Wan Rosdi
Nur Fathiah Mohammad Saupi
Nurul Ainaa Syuhada Yaacob
SMKA Naim Lil Banat (Sek. Menengah)

GURU PEMBIMBING TERBAIK
Pn Foong Wai Yoke
SJKC Ave Maria Convent (Sek. Rendah)
Fauziah binti Mohamed Said
SM Sultan Abdul Halim (Sek. Menengah)
Tahniah buat semua pemenang.

Selasa, 25 Oktober 2016

INTEGRITI PEMIUTANG PTPTN


BAJET 2017 yang diben­tang­kan oleh Perdana Men­teri, Datuk Seri Na­jib Tun Razak yang mem­be­rikan diskaun khas ke­pada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sewajarnya disambut baik oleh lebih 650,000 peminjam di seluruh negara. Mengikut insentif berkenaan yang berkuat kuasa mulai 22 Oktober 2016 hingga 31 Disember 2017 itu, diskaun khas yang diberikan adalah berdasarkan kepada skima berikut:
  • 15 peratus atas baki hutang bagi penyelesaian penuh;
  • 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus dari baki hutang dengan sekali bayaran; dan
  • 10 peratus untuk bayaran balik yang diatur melalui potongan gaji atau potongan terus dari bank mengikut jadual bayaran balik yang telah ditetapkan.
Isu ketegasan PTPTN menyenarai hitam pemiutang di dalam Sistem Maklumat ­Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) telah menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat, bukan sahaja dalam kalangan peminjam tetapi juga ibu bapa termasuk aktivis masyarakat dengan ada pihak yang menyokong dan sebahagian besar lain menentangnya.

Polemik yang berterusan ini menyebabkan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh memberi jaminan bahawa pihak PTPTN tidak sekali-kali akan men­ganiaya peminjamnya dan sesiapa yang merasa dirinya telah ter­aniaya boleh datang menemui ­beliau.


Sejak Akta Institusi Pendidikan Swasta 1996 diluluskan dan PTPTN mula diperkenalkan pada 1997, lebih 650,000 peminjam menikmati kemudahan itu dan laporan akhbar tempatan memetik bahawa sepanjang 2015 sejumlah RM7 bilion pinjaman dapat dikutip kembali ataupun 46 peratus daripada RM15.1 bilion yang sepatutnya dibayar peminjam. Laporan akhbar pada 30 November 2015 pula menyebut bahawa seramai 167,000 peminjam telah disenarai hitam di bawah sistem CCRIS dan ini adalah angka yang cukup besar.

Masalah keliatan membayar hutang adalah masalah universal yang mana menurut laporan Federal Reserve Bank of New York, Amerika Syarikat (AS) dalam laporannya bahawa pada Julai 2015, terdapat enam peratus daripada 6.9 juta peminjam pelajaran tinggi AS yang tidak membayar balik pinjaman pengajian yang mana ia adalah bebanan kepada kerajaan AS dan jumlah pinjaman yang ­telah dikeluarkan setakat tarikh itu adalah AS$1.19 trilion.

Fenomena yang sama turut berlaku di Jepun iaitu negara yang sentiasa dikagumi kerana tahap akauntabiliti yang tinggi dalam kalangan rakyatnya yang mana laporan oleh Japan Student Services Organization menyebut daripada 1.43 juta peminjam pengajian tingginya, terdapat 330,000 pemiutang atau 23 peratus yang masih mempunyai bayaran tertunggak iaitu satu angka yang dikira besar bagi sebuah negara berpendapatan tinggi yang mempunyai penduduk seramai 127 juta orang itu.


Apa yang dikesalkan sikap segelintir peminjam yang liat membayar hutang ini walaupun telah mempunyai pekerjaan tetap. Bagi peminjam beragama Islam, kewajipan untuk membayar balik pinjaman itu adalah sesuatu yang wajib sebagaimana ditegaskan ­Allah SWT yang bermaksud: “... Dan penuhilah janji (dengan Allah dan manusia) kerana janji itu pasti diminta pertanggungjawabannya.” - (surah al-Isra’ ayat 34).

Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) 2015 yang dijalankan Kementerian Pendidikan Tinggi pada 2015 menunjukkan terdapat 77.5 peratus daripada graduan telah pun bekerja sementara 22.5 peratus masih belum bekerja. Jika diambil angka ini sebagai ukuran dan kesedaran yang tinggi akan obligasi untuk membayar hutang, maka sudah pasti tindakan drastik untuk menyenarai hitamkan pemiutang dalam CCRIS ini tidak perlu untuk dilakukan.

Menyenarai hitamkan pemiutang dalam CCRIS seperti yang berlaku kepada lebih 167,000 peminjam sekaligus akan ­menyebabkan peluang mereka untuk memohon pekerjaan di sektor-sektor perbankan dan kewangan terjejas kerana Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (Akta 372) melarang mereka yang mempunyai masalah kewangan itu untuk bekerja di sektor ber­kenaan dan ini akan menambah lagi masalah lambakan pengangguran graduan di pasaran pekerjaan. Kekangan CCRIS ini turut menyukarkan anak-anak muda ini membuat permohonan pinjaman di bank sekiranya ingin memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dan meneroka bidang keusahawanan demi untuk membina sebuah kehidupan.


Justeru, satu penyelesaian yang ideal adalah untuk PTPTN mendekati pemiutang secara mesra pemiutang dengan membuka ruang seluas-luasnya untuk mereka ini membuat pembayaran minimum mengikut tahap kemampuan peminjam dan juga melaksanakan kempen-kempen tentang kebertanggungjawaban mereka sebagai pemiutang secara berkala.

Sebagai sebuah agensi kerajaan di bawah naungan kepimpinan negara yang mementingkan kebajikan kepada rakyatnya, tindakan CCRIS tanpa mengambil kira sama ada seorang graduan itu telah atau belum lagi mendapat pekerjaan sewajarnya adalah pilihan yang terakhir. Ini kerana tindakan sedemikian hanya menambah ke­sengsaraan kepada para graduan yang masih menganggur terutama mereka yang datang dari keluarga miskin yang memerlukan bantuan dan pembelaan.

Akhir bicara, marilah kita berdoa mudah-mudahan ekonomi negara ini akan terus makmur serta berupaya membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk anak-anak kita mendapat pekerjaan dan semoga Allah SWT membuka hati pemiutang PTPTN ini untuk menyempurnakan tanggungjawab membayar kembali pinjaman pelajaran masing-­masing demi untuk kebajikan gegenerasi seterusnya.

PENULIS ialah Timbalan Pengarah di Institut Integriti Malaysia (IIM).
Artikel ini merupakan artikel pilihan yang telah dicetak dalam akhbar Utusan Malaysia pada 25 Oktober 2016. Ia dimuatkan dalam blog ini adalah sekadar untuk bacaan dalam talian, bukan untuk di komersialkan. 

Isnin, 24 Oktober 2016

INTERCHANGE & JAGAT SELECTED UNDER COMPETITION: NEW ASIAN CINEMA AT FIVE FLAVOURS FILM FESTIVAL, POLAND


Interchange by Dain Said and Best Malaysian Film at 28th Malaysian Film Festival, Jagat by Shanjhey Kumar Perumal have been selected to represent Malaysia at the 10th edition of Five Flavours Film Festival which takes place in Warsaw, Poland from 16th to 23rd of November, 2016. Selected under Competition: New Cinema, Interchange and Jagat have made through into the competition section with other independent films from emerging Asian authors where the best films are awarded by the People's Jury comprises of Asian cinema enthusiasts all over Poland. 

Celebrating the 10th edition, Five Flavours has brought to Poland premiere screenings of the latest and most appealing productions, classics and retrospectives of renowned Asian filmmakers where the previous editions saw the pioneering programmes of cinema from Vietnam, Thailand, Taiwan, Malaysia, Singapore and Hong Kong. In addition, the festival is accompanied by a diverse program of additional events, including meetings with directors and other film guests, critics or experts, debates and interactive film workshops.


Competition : New Asian Cinema (click here)

Ahad, 23 Oktober 2016

TEMUAN TAKDIR: INTERNATIONAL SCREENING IN STOCKHOLM SWEDEN.


A truly Malaysian film, TEMUAN TAKDIR by First-time Director and Producer Dhyan Vimal, had its debut screening here at the Biograf Victoria Svenska Bio (Victoria Theatre), on Friday, 20th October. The screening was initiated by Mr & Mrs Maria and Thomas Orbert, Friends to Mankind’s Swedish representatives who attended the Royal Gala Premiere of TEMUAN TAKDIR in Malaysia. They wanted to share this film, which was a ‘Project Dignity’ initiative, with their friends from across Europe and the Americas. In her welcome address, Maria Orbert said, “My husband and I had the great pleasure of attending the Royal Gala in August and we walked out of the theatre speechless, literally. And we had a wish to be able to share this film with our friends back in Sweden.”


The screening was attended by many Swedish friends and family members; and Friends to Mankind representatives from Germany, The Netherlands, Switzerland, Canada and the United States. The event was graced by the Director, Dhyan Vimal himself, who was there during his European speaking tour with his wife Geetha.

Sabtu, 22 Oktober 2016

HAD KANDUNGAN MAMPU PACU EKONOMI INDUSTRI - KP FINAS


Ketua Pengarah FINAS, Dato’ Kamil Othman merakamkan penghargaan di atas pengumuman YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di atas peruntukan RM80 juta untuk merancakkan Industri Kreatif & Perfileman Melalui Film in Malaysia Incentive, Arts and Culture Revitalisation Agenda, Hab Content Creation FINAS di Sarawak & Sabah selain mewujudkan Jawatankuasa Pengamal Seni untuk merancakkan Sektor Kesenian dan Kebudayaan Negara. 

Menurut beliau, peranan strategik FINAS di dalam pembangunan transformasi industri akan terus diperkasakan melalui peruntukan tersebut dan ia mampu menjana ekonomi industri sebagai pelaburan jangka panjang dan kini ia bakal dinikmati karyawan industri di Sabah dan Sarawak melalui pembangunan hab oleh FINAS di Kota Kinabalu dan Santubong. Peranan hab ini akan mengalakkan pelaburan dan pembangunan industri kreatif dan menjana sosio ekonomi yang bakal dimanfaatkan di masa hadapan.


“Peranan FINAS melalui sokongan kerajaan dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia terus mampan untuk memacu stimulus ekonomi jangka panjang dan menarik pelaburan asing dan domestik secara holistik melalui pelan pembangunan industri yang berdaya saing melalui kandungan berkualiti yang mampu dieksport ke peringkat global” ujarnya yang yakin dengan pemerkasaan pembangunan modal insan dan sistem pengurusan industri akan mendukung kepada usaha-usaha tersebut.

Sehubungan itu, mekanisme dan maklumat berkaitan peruntukan yang diumumumkan di Bajet 2017 akan sentiasa dimaklumkan dari masa ke semasa melalui perbincangan bersama YB Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Jumaat, 21 Oktober 2016

TERUKIR DI BINTANG: LEGASI SENI FILEM MELAYU, TERUNGGUL DI MATA PENGKARYANYA.

Dalam tempoh 28 tahun penganjurannya, Festival Filem Malaysia (FFM) melalui pelbagai cabaran, suka duka, kenangan dan ceritanya tersendiri. Kemunculan beberapa nama individu samada pelakon, pengarah, penulis skrip, krew produksi, pengarah sinematografi sehinggalah kepada 'tukang pembuat air', menjadikan FFM tidak lekang dengan cerita dan kisahnya, malahan pada tahun 1980, sejak pertama kali dianjurkan, Festival Filem Malaysia ketika itu dikenali sebagai Pesta Filem Malaysia. Pesta Filem Malaysia melalui 8 frasa penganjurannya sebelum namanya diubah dan dijenamakan kembali sebagai Festival Filem Malaysia pada tahun 1991 dengan penganjuran FFM ke 9, pada 2 Jun 1991.  

Diwujudkan atas dasar keprihatinan dan minat sekumpulan wartawan terhadap industri filem tempatan, Pesta Filem Malaysia melabuhkan tirainya buat kali pertama pada 13 April 1980. Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia (EJA) mengambil tanggung jawab dengan menganjurkan Pesta Filem Malaysia Pertama (1980) apabila Hotel Hilton Kuala Lumpur dipilih sebagai lokasi penganjuran bagi meraikan sekaligus memartabatkan dunia sinema tempatan walaupun ketika itu industri filem baru berusia 47 tahun jika diimbas kembali dalam sejarah kemunculan filem-filem melayu klasik era 30an hinggalah kemunculan beberapa buah  filem dalam bentuk warna pada tahun 1974, setelah 40 tahun sinema melayu dipelopori dengan filem-filem hitam putih yang kebanyakkannya diterbitkan oleh beberapa syarikat filem terbesar seperti Shaw Brothers (Malay Film Production, Jalan Ampas), dan Cathay Keris. Beberapa syarikat lain yang muncul ketika itu sedikit sebanyak mewarnai sinema melayu yang kebanyakkannya diarahkan oleh pengarah bukan berbangsa melayu, seperti B.S Rajhans, L.Krishnan, B.N Rao, Dhiresh Ghosh, Phani Majumdar, Ramon Estella, K.M Basker dan ramai lagi.
 
Bermula dengan filem ‘Laila Majnun’ yang diarahkan oleh B.S Rajhans pada tahun 1933, sinema melayu ketika itu hanya menerbitkan beberapa buah filem dalam kualiti hitam putih di mana M.Suki, Fatimah Jasmin, dan Syed Ali Mansoor Al Attas sebagai teraju utamanya. Kemunculan P.Ramlee sebagai pelakon menerusi filem pertama lakonannya, Chinta pada tahun 1948, berjaya meletakkan namanya sebagai ‘bintang filem’. Chinta arahan B.S Rajhans ini juga menampilkan Siput Sarawak, S.Roomair Noor dan P.Ramlee sebagai bintang utama. Setelah berlakon hampir beberapa buah filem, P.Ramlee mula terlibat dalam dunia pengarahan menerusi karya pertama sentuhannya, Penarek Becha, 1955.

Kegemilangan filem melayu klasik bermula dengan kehadiran beberapa pelakon, merekalah seniman dan seniwati lagenda tanahair. P.Ramlee, Mustaffa Maarof, Aziz Sattar, S.Shamsuddin, Salleh Ghani, Siput Sarawak, Kasma Booty, Neng Yatimah, Zaiton, Saadiah, Osman Gumanti, Rosnani Jamil, Latifah Omar, Momo Latiff, Mariani Ismail, Nordin Ahmad, Maria Menado, Normadiah, Aziz Jaafar dan ramai lagi, antara bintang filem yang menjadi pujaan ketika itu. Setiap dari mereka mempersembahkan mutu lakonan yang tiada tandingannya, penuh memikat, dan menyusuk jiwa, malahan menjadi antara bintang filem yang cukup di segani dalam arena seni filem nusantara.


Istilah ‘bintang filem’ merujuk kepada ‘penghayatan seseorang pelakon dalam mempersembahkan gaya lakonan yang berkesan di samping disiplin diri yang cukup kuat’, serta gaya hidup mereka tidak seperti pelakon dan selebriti masa kini yang boleh kelihatan di mana jua, berbeza dengan bintang-bintang di Studio Jalan Ampas, Singapura. Sekiranya di lihat dalam industri filem dan hiburan pada era globalisasi kini, kita sukar mencari seorang pelakon yang boleh di gelar ‘bintang filem’, kerana ia sudah hilang di telan zaman, tetapi kebanyakkan daripada pelakon kita layak digelar ‘pelakon filem atau drama’, bukannya ‘bintang filem’.

Setelah penutupan Studio Jalan Ampas, Singapura pada tahun 1967 dengan penghijrahan seniman lagenda P.Ramlee ke Studio Merdeka, Kuala Lumpur, perubahan dalam industri filem melayu mengalami kemerosotan yang amat kritikal. Karya-Karya P.Ramlee pada ketika itu dilihat tidak relevan dan ketinggalan zaman, namun pada zaman kini, karya sentuhannya itulah menjadikan beliau antara Tokoh Perfileman Melayu Terunggul di rantau asia dengan ratusan karya malar segar yang sentiasa bermain di beberapa stesen televisyen di Malaysia mahupun di Singapura.


Filem Melayu Klasik melahirkan ratusan karya muzik melayu yang menjadi lagu dan  muzik latar dalam kebanyakkan filem-filem melayu era Studio Jalan Ampas dan Cathay Keris. Kemunculan beberapa penyanyi lagu latar dalam filem seperti Nona Asiah, Momo Latiff, Mimi Loma, Rubiah, Rokiah Wanda, R.Ismail, Julie Sudiro, Saloma, P.Ramlee dan sebagainya menjadikan muzik melayu cukup popular dan beberapa lagu dalam filem dirakamkan semula dalam bentuk piring hitam. 

Setelah filem melayu dihasilkan dalam bentuk hitam putih, kemunculan beberapa filem dalam bentuk warna di kesan pada era 70an, walaupun ada beberapa penerbit filem masih menghasilkan naskhah mereka dalam bentuk hitam putih.  Pemergian P.Ramlee pada tahun 1973, menjadikan legasi seni hitam putih terhenti dengan pengenalan filem dalam bentuk warna oleh Studio Merdeka (Merdeka Film Production). Permintaan Terakhir (1974) merupakan filem warna yang pertama di terbitkan oleh Studio Merdeka, di mana filem ini menampilkan Uji Rashid dan Sony Abdullah dan ia diarahkan oleh Jamil Sulong. Era filem warna mula mengorak langkah dengan jayanya seawal tahun 70an hinggalah zaman kemasyurannya pada tahun 1980 apabila buat pertama kalinya dalam sejarah sinema melayu, hasil kerja penggiat seni tanahair diiktiraf dalan satu pesta, dinamakan Pesta Filem Malaysia. 


Pesta Filem Malaysia Pertama diadakan pada tahun 1980, di mana ia telah mengiktiraf Seniman Jins Shamsuddin dan Azean Irdawaty sebagai Bintang Filem. Jins Shamsuddin yang memenangi tiga anugerah pada malam itu antaranya ‘Filem Heavy Drama Terbaik, Sutradara Terbaik, dan Aktor Terbaik’ melalui filem keempat arahannya Tiada Esok Bagimu. Azean Irdawaty yang pertama kali berlakon filem melalui karya Esok Masih Ada dinobatkan sebagai Aktress Terbaik. Esok Masih Ada, arahan Jins Shamsuddin, juga memenangi anugerah jurukamera terbaik melalui sentuhan S.Mohan. Filem Adik Manja arahan Othman Hafsham pula memenangi anugerah komidi terbaik, Aktres Pembantu Terbaik (Adibah Amin), dan Skrip Terbaik (Othman Hafsham). 

Kegemilangan seni filem melayu mula menampakkan sinar kejayaannya, mengantikan era Studio Jalan Ampas, Singapura melalui penyertaan Studio Merdeka dalam bidang penerbitan filem. Kesannya beberapa syarikat produksi filem lain mula menunjukkan taring cahayanya bagi merancakkan sinema melayu yang kian hilang tetapi kembali mewarnai segenap jiwa penonton dan peminat filem ketika itu.  Kehangatan karya Jins Shamsuddin pada era 80an menjadikan dirinya antara ‘bintang filem’ yang mencipta kejayaan dan fenomena luar biasa apabila trofi Pelakon Lelaki dan Pengarah Filem di menanginya buat kali pertama di Pesta Filem Malaysia Pertama (1980). Kehebatan Jins Shamsudin setanding dengan Seniman Agung P.Ramlee yang juga pernah memenangi Pelakon Terbaik di dalam Majalah Filem Raya Malaya pada tahun 1953, Hujan Panas. Setelah itu, kerjaya seni Jins Shamsuddin mula mengorak langkah bagaikan ‘sekuntum bunga yang mekar, menari mengikut arah angin dan terbang tinggi di awan’.
..... nantikan sambungan ceritanya dalam edisi seterusnya..

oleh: Amy Ikram
© 2016 Semua Hak Cipta Penulisan Kreatif adalah terpelihara milik penulis. Sebarang cetakan semula dalam apa jua platform sekalipun tanpa kebenaran penulis adalah dilarang. 
 

Khamis, 20 Oktober 2016

MERENTASI GELORA & KEMBARA SANG SUTRADARA : U-WEI HJ SAARI


Penulis sifatkan sutradara tersohor ini sebagai seorang seniman yang tebal jiwa bangsanya, halus kelana seninya dan tinggi letusan karyanya. Emosi Kakang dalam Kaki Bakar yang menjadi filem pertama Malaysia ke Festival Filem Cannes seakan refleksi dirinya; kembara seorang pejuang yang faham amukan kehendak dan maruah diri lantas mengembara serata dunia dan festival antarabangsa dengan citra seni dan budaya sebuah filem. Berpeluang bertemu dirinya untuk ditemubual di FINAS merupakan detik keemasan yang tidak harus dilepaskan kerana sewaktu Perempuan, Isteri &.. ditayangkan pada 1993, penulis yang baru berusia 9 tahun hanya faham akan gelora dan rintihan Zaleha lakonan Sofia Jane; suatu isu “taboo” yang diangkat cemerlang oleh insan hebat ini. Perbualan kami turut disertai sahabatnya, seniman Sabri Yunus yang turut mengupas spektrum individu yang cukup dihormati di dalam dan luar negara. U-Wei Hj Saari berkongsi rasa, gelora dan cerita berteman guruh dan air hujan ketika itu; sebuah metafora sang sutradara terbilang Perempuan, Isteri & …, Black Widow- Wajah Ayu, Jogho, Kaki Bakar, Buai Laju-Laju dan Hanyut ini.

S1. Filem-filem Uwei besar jiwanya dengan mengangkat karya bertunjangkan jatidiri, sosio budaya dan citra bangsa sehingga menjelajah ke pentas dunia seperti Kaki Bakar, Buai Laju-Laju dan Hanyut contohnya. Uwei Hj Saari sinonim dengan karya-karya bersemangat ‘tuan tanah”, perihal bangsaku dan tanahairku?
U-Wei: Filem bagi saya besar jiwanya dan membawa erti kebenaran dan perlu diceritakan dengan jujur. Filem-filem saya ada jatidirinya dan mengambil semangat bangsa sendiri; ianya merantau, mengembara, berkelana tapi tidak lupa mana tanah yang dipijaknya. Filem saya juga mungkin bersifat sebegitu juga, ceritanya masih tentang kita tapi mampu mengembara seperti mana yang dibawakan semangatnya.

S2. Karya-karya U-Wei secara zahirnya ada yang menonjolkan spektrum bangsa dari sisi yang bersifat taboo seperti seksualisme, amuk, dendam, kuasa seperti di dalam Perempuan Isteri &, Kaki Bakar atau Buai Laju-Laju. Mengapa elemen ‘taboo’ yang dirungkai di sebalik kekuatan yang ada di dalam bangsanya?
U-Wei: Harus diingat, keburukan dan kelemahan adalah dua perkara yang berbeza di mana saya tidak sesekali melacurkan keburukan bangsa namun jika “taboo” ini dilihat sebagai kelemahan, ia juga perlu dilihat sebagai mesej dalaman berkaitan kekuatan-kekuatan lain bagi menampung kelemahan tersebut. Jika kita kaji Kakang di dalam Kaki Bakar, kelemahan beliau bukanlah satu tabiat tetapi nilai “bakar” bagi beliau ialah membersihkan kekotoran pada pandangan matanya. Kekuatan seorang ketua keluarga mempertahankan maruah dan menerapkan kesatuan melalui adab dan agama adalah lebih mutlak jika dikaji kerana nilai itu lebih dominan dari kelemahan yang diceritakan. Zaleha di dalam Perempuan, Isteri &.. pula jika dinilai melebihi elemen seksualnya kerana wanita malang sepertinya mangangkat “kematangan” dan “kecerdikan” dan membuka dimensi baru kepada komuniti tanpa menjadi biadap atau kurang ajar. Nilai-nilai dominan seperti kepercayaan, kekuatan, kesatuan, kesantunan dan kekeluargaan di dalam karya-karya saya adalah melebihi kelemahan yang berdasarkan kebenaran. 

S3. Jika dianalisa, pembangunan perwatakan wanita di dalam karya-karya U-Wei seperti Zaleha (Perempuan, Isteri & …), Minah (Jogho), Zaiton (Buai Laju-Laju) juga bersifat maskulin secara batiniah; matang, kuat, berani, dominan biarpun berpayung di bawah sistem yang mengangkat kaum lelaki secara zahirnya. Mereka juga adalah pelengkap kepada kelemahan watak-watak lelaki yang lebih bersifat feminis secara batiniahnya; mudah bergelora, emosional ataupun melatah?
U-Wei: Ya, wanita-wanita ini diangkat bukan sebagai simbol kelemahan kerana mereka adalah kekuatan kepada sesebuah sistem yang masih kuat jatidiri adab dan sopannya. Kematangan dan kecerdikan wanita adalah sangat mengujakan yang mewarnai nilai sesebuah bangsa yang boleh diterjemah sebagai pendukung kepada lelaki. 


S4. Berdiri sebagai karya-karya bertunjangkan cerita yang “straightforward” tentang komuniti dan budaya masyarakat setempat, U-Wei berjaya menterjemah yang saya faham seakan kisah sebuah “kampung” ke “kampung” yang tenang luarannya tapi penuh gelora dan warna. Signature U-Wei ini jelas dengan pembangunan cerita dan skrip yang berpaksikan “realisme” seperti adaptasi Jogho mengenai komuniti laga lembu di Selatan Thailand, Kaki Bakar dengan tradisi nilai Jawa dan falsafahnya ataupun Perempuan, Isteri &…yang menonjolkan pertembungan ideologi moden di sebuah desa yang kuat adatnya?
U-Wei: Sesebuah filem yang baik bagi saya resipinya mestilah berkiblatkan skrip dan cerita yang kuat. Sebagaimana saya suka menceritakan kebenaran dan kejujuran, kisah masyarakat ini juga punyai nilai-nilai yang boleh diterjemah menjadi sebuah filem yang baik dan menembusi sinema dunia. Jadi, proses penceritaan ini yang amat penting sekali supaya impak dan kesan penontonan itu bukan untuk sesuatu komuniti sahaja sebab filem bersifat sejagat dan universal biarpun beridentitikan nilai dan kisah tempatan. 

S5. Ending scene bagi karya-karya U-Wei kebanyakkanya menonjolkan kesan penamat seperti kematian, kelemahan, kejatuhan bagi karakter utama yang mana elemen harapan seperti kurang ditonjolkan?
U-Wei: Ia boleh disifatkan sebagai pengorbanan yang menggambarkan kesucian dari satu dimensi yang lain. “Berundur bukan bererti kalah , hanyut jangan sampai lemas.

S6. Metafora dan simbolisme alam sangat kuat dan bersatu di dalam karya-karya U-Wei di mana elemen tanah, sungai, air, hujan, rumah sentiasa ditonjolkan?
U-Wei: Ya, ia ibarat ilmu alam yang menggambarkan perlambangan cerita. Tanah refleksi kepada penempatan di mana ia menggambarkan sosio budaya masyarakat di tanah yang berbeza dan sungai mewakili perjalanan dan harapan sesuatu watak kerana sungai sentiasa mengalir menuju pengakhiran.

S7. Kekuatan karya-karya U-Wei turut dinyawakan oleh barisan aktor bukan komersial seperti Khalid Salleh, Eman Manan, Normah Damanhuri, Nasrizal Ngasri, Azizah Mahzan, Sabri Yunus, Nasir Bilal Khan, Thumb Suhaimi, Ismail Yaacob dan lain-lain lagi namun berjaya memenangi anugerah di peringkat nasional dan antarabangsa. U-Wei juga berjaya menterjemah bakat hebat Sofia Jane di dalam industri melalui watak ikonik Zaleha di dalam filem Perempuan, Isteri &…..
U-Wei: Kemampuan mengemudi watak-watak adalah bergantung kepada kekuatan skrip dan cerita dan naskhah ini juga menuntut aktor-aktor ini menterjemah pengalaman dan ilmu yang ada bagi menjadikan ia berkesan. Harus diakui, aktor-aktor ini sudah terlibat lama di dalam industri dan pengalaman serta ilmu mereka juga luas yang bila digabungkan dengan skrip dan cerita yang baik akan menjadikan naskhah ini bertambah baik. Khalid Salleh umpamanya sudah terlibat lama dalam teater dan TV jadi beliau menguasai disiplin lakonan dan ilmu sebagai seorang aktor; dari Mamat (Jogho) kepada Kakang (Kaki Bakar) kepada Ibrahim (Buai Laju-Laju) sehinggalah Orang Kaya Tinggi (Hanyut), kebijaksanaan beliau sangat terserlah. Bercakap tentang Sofia Jane, ya beliau aktor yang bijak dan rajin mencari ilmu bagi meneroka dimensi lakonan bernyawa yang dituntut dan bakat beliau juga sangat besar. Saya juga mengakui betapa hebatnya Nasrizal Ngasri sebagai seorang aktor kanak-kanak yang mengemudi filem Kaki Bakar dan memberi nyawa kepada filem tersebut.
Sabri Yunus: Ya, bekerja dengan pengarah bernama U-Wei Hj Saari ini menjadikan kita lebih menghormati disiplin sebagai seorang pelakon yang harus mengusai naskhah dan mengusai lakonan. Kita harus berjiwa besar bagi memberi nyawa kepada lakonan tersebut dan Alhamdulillah, sepasukan dengan U-Wei memberi peluang untuk kita meluaskan lagi pembelajaran dan ilmu yang saya pratikkan sehingga hari ini sebagai pelakon dan pengarah. Naskhah U-Wei ini halus dan perlu difahami dan dikupas supaya kita memahami apa yang ingin dinyawakan dan divisualkan.

S8: Pesanan U-Wei untuk pembikin filem generasi baharu yang turut menjadikan U-Wei sebagai rujukan?
U-Wei : Saya melihat karyawan muda yang berpotensi seperti contoh mereka karyawan muda di belakang yang merealisasikan filem Songlap dan Terbaik Dari Langit. Bagi saya berkarya mesti ada nafsu, mesti ada ilmu, mesti ada guru. Akhirnya guru terakhir yang betul adalah diri sendiri yang paling mengenali siapa kita. Teruskan mencari ilmu dan mencari jiwa itu.

Penulis menutup perbualan yang ada bersama U-Wei Hj Saari ini dengan seribu satu pengalaman biarpun berlangsung selama 2 jam sahaja. Tenaga, jiwa dan minda beliau sangat luar biasa dan melihat karya-karya beliau sebelum ini, ada seakan semangat yang terus dibakar buat anak-anak muda harini. Semoga karya terbaru beliau “Hanyut” yang akan ditayangkan bermula 24 November 2016 ini memberi cahaya inspirasi kepada kita bagi mencari sesuatu yang pernah kita tinggalkan.
Biar Hanyut Tidak Lemas

Oleh : Ahmad Syazli Muhd Khiar
Penulis merupakan Pengarah Komunikasi Korporat FINAS.

Rabu, 19 Oktober 2016

ROCK BRO! KEMBALI MENYENGAT, 27 OKTOBER 2016.


Menggunakan judul yang sama selepas dua filem terdahulu, Rock (2005) dan Rock Oo (2013), pengarah dan sutradara terkenal, Mamat Khalid bakal menggegarkan sinema tempatan menerusi karya terbaharunya, Rock Bro!. Diterbitkan Grand Brilliance menerusi produksi Enjit Semut, Rock Bro! yang berkisarkan tentang kesukaran zaman rock di Malaysia sekitar awal tahun 1980an ini menampilkan Khir Rahman, Pekin Ibrahim, Soffi Jikan, Azmi Bahron, Dato’ Hattan, Rosli Mohalim & Friends (Sweet Charity) dan Amy Juliet merupakan pendatang baharu dalam industri lakonan dan filem tempatan. 

Rock Bro! yang menceritakan suka duka kumpulan rock Rimba Bara ketika zaman popularitinya ini memaparkan beberapa kisah menarik yang pasti menyentuh jiwa dan perasaan penonton. Ketika ditemubual semasa Tayangan Perdana Filem ‘Rock Bro! di mmCineplexes, e@Curve, Damansara pada 19 Oktober 2016, Mamat Khalid selaku pengarah filem ini berharap penonton dan peminat filem di Malaysia dapat ke pawagam untuk sama-sama menonton filem tersebut kerana Rock Bro! adalah filem terakhir bagi siri Rock yang pernah diarahkannya sebelum ini. Rock Bro! adalah cebisan kisah yang hidup di zaman keunggulan muzik Rock yang banyak melatari hidup masyarakat di Malaysia pada era sebelum 80an hinggalah ke zaman kejatuhannya pada tahun 1990an apabila muzik Hip Hop mula bertapak di halwa telinga pendengar muzik ketika itu. Menariknya, Rock Bro! menyajikan juga kisah kemunculan penyanyi Ella dan Ramlah Ram, walaupun sedikit cuma.


Rock Bro! yang akan menemui penonton di seluruh pawagam tanah air bermula 27 Oktober 2016 ini merupakan filem ke-14 arahan Mamat Khalid.

Selasa, 18 Oktober 2016

SUNTINGAN NARATIF DI SEBALIK SINEMA


Dalam pembikinan sesebuah filem, aspek ‘suntingan’ merupakan elemen penting bagi menggerakkan sesebuah cerita. Cerita yang ditulis oleh seseorang penulis skrip akan diterjemahkan melalui lakon layar ke dalam bentuk bahasa visual oleh seorang pengarah. Pengarah atau sutradara ini akan memainkan peranan penting bersama-sama seorang penyunting bagi menghasilkan sebuah naskhah cerita yang dapat difahami penonton. Dalam situasi ini, ‘penyunting’ bagi sesebuah filem adalah individu terpenting yang menggerakkan sesebuah cerita melalui suntingan yang dilakukannya, setiap plot cerita dicantumkan bersama-sama lakonan para pelakonnya sehinggalah melalui proses post produksi yang lain termasuk muzik latar yang akan dilakukan oleh pengarah muzik. 

Atas kesedaran bagi melahirkan lebih ramai tenaga kreatif dalam bidang filem merujuk kepada aspek suntingan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengambil inisiatif dengan menganjurkan Bengkel Penyuntingan Naratif (Pertengahan). Berlangsung selama lima (5) hari bermula pada 15hb Oktober hingga 19 Oktober 2016, bengkel yang mendedahkan secara terperinci tentang teknik suntingan dalam naratif cerita bagi pembikinan sesebuah filem diadakan di Studio Ho Ah Loke, Finas Hulu Kelang, Selangor. Disertai hampir 20 peserta dari pelbagai bidang, Bengkel Penyuntingan Naratif (Pertengahan) ini dijayakan oleh Isazaly Isa sebagai tenaga pengajar professional.


Isazaly Isa yang berpengalaman luas dalam bidang filem merupakan seorang penyunting filem yang cukup di segani dalam industri perfileman tempatan. Berkecimpung dalam dunia sinema tempatan hampir 16 tahun dengan pelbagai hasil kerja yang cukup hebat, Zaly antara individu yang menjadi kegemaran ramai penerbit dan pengarah filem, bahkan boleh dikatakan setiap sentuhannya adalah ‘magis’ kepada sesebuah karya filem. ‘Redha’ arahan Tunku Mona Riza yang diterbitkan Current Pictures pada tahun 2016 merupakan filem yang mendapat sentuhan Isazaly Isa sebagai penyunting filem. Ketika ditemubual, Zaly berkongsi cerita dan kegembiraannya apabila terpilih sebagai keluarga produksi Redha, yang kini antara filem Malaysia yang terpilih ke Anugerah Academy ke 89, 2017, Oscar yang bakal berlangsung di Amerika Syarikat pada penghujung Februari 2017. Menurutnya, Redha banyak mengajarnya tentang erti kehidupan berlandaskan realiti masyarakat, kerana filem pertama arahan Tunku Mona Riza ini mencabar pemikirannya dari sudut suntingan kerana ia banyak bermain dengan emosi dan fizikal, malahan beliau cukup terharu apabila hasil kerjanya ini diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila Redha berjaya menjelajah ke beberapa festival filem antarabangsa di Filipina, Rusia, Kazakhstan, Amerika Syarikat, Sepanyol dan Singapura. Pelbagai kejayaan dimiliki Redha, sehingga menjadikan filem ini sebagai naskhah yang cukup hebat yang pernah disertainya.
Sebelum filem Redha, Isazaly Isa banyak terlibat dalam produksi filem dan drama. Filem pertama sentuhannya sebagai penyunting adalah Lips To Lips (2000, filem digital), dan Susuk (2008). Filem Aliff Dalam 7 Dimensi merupakan filem suntingannya bagi tahun 2016 sebelum filem Redha, manakala filem Cermin (2007), yang diarahkan oleh Zarina Abdullah antara filem yang menggunakan khidmatnya sebagai pengarah visual efek dan co-writer manakala telefilem Saloma (2014) arahan Melissa Saila pula adalah telefilem khas mengenai Primadona Saloma, dan menerusi karya ini, Isazaly Isa menjadi antara penyunting yang cukup hebat dan sentuhannya bisa menggegarkan jiwa setiap penonton yang menontonnya.



Bengkel Penyuntingan Naratif (Pertengahan) yang akan berakhir pada 19 Oktober ini merupakan bengkel lanjutan dari siri asas sebelum ini yang pernah diadakan pada awal Mac 2016 di lokasi yang sama. 

© 2016 Finas Media, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia. Telah diterbitkan dalam medium media sosial di Finas Malaysia.  / Amy Ikram

Rabu, 5 Oktober 2016

'REDHA' SEMAKIN MEKAR, HARUMNYA KE OSCAR 2017.


‘Uri’ dan ‘Parit Jawa’ yang dihasilkan untuk siaran di kaca televisyen sekitar tahun 2011 memberi impak positif terhadap kerjayanya sebagai seorang pengarah. Dicalonkan di Anugerah Skrin 2012 , Parit Jawa arahannya memenangi Pelakon Wanita Terbaik (Ruminah Sidek) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama (Namron) di ASK 2012. Berkecimpung dalam industri tv komersial dan pernah terlibat dalam beberapa syarikat produksi di Malaysia dan Singapura selama beberapa tahun sehingga berjaya menghasilkan naskhah ‘Redha’ pada tahun 2016, pemilik nama ‘Tunku Mona Riza’ dalam industri perfileman tempatan bagaikan ‘sekuntum bunga yang mekar, terus berkembang mengikut arah angin dan terbang tinggi di awan’. ‘Redha’ yang lahir dari jiwanya terhadap kisah masyarakat terpinggir dengan memberi penekanan kepada dunia ‘autisme’ itu sendiri berjaya meletakkan namanya sebaris dengan beberapa pengarah hebat di beberapa festival filem antarabangsa .
Ditayangkan di pawagam tempatan bermula 14 April 2016 dan berjaya memasuki pasaran Singapura melalui tayangan khas anjuran Persatuan Filem Melayu Singapura (SMFS) pada 25 hingga 31 Julai 2016, ‘Redha’ mengungguli carta teratas filem Malaysia bertaraf antarabangsa apabila buat pertama kalinya memenangi ‘Merit Award’ di Los Angeles Awareness Film Festival (LAAFF2016) yang bakal berlangsung pada 6 hingga 16 Oktober 2016 di Los Angeles, Amerika Syarikat. Kejayaannya membawa naskhah pertama arahannya itu berbaloi apabila memenangi ‘Pelakon Wanita Terbaik (June Lojong) dan Anugerah Khas Juri (Special Award) di World Premieres Film Festival 2016 di Manila, Philippines, Julai 2016. Atas berkat kesabarannya dan ketulusan hatinya bercerita tentang ‘nasib anak autisme’ dan ‘penerimaan keluarga’ terhadap anak istimewa ini, sekali lagi nama Tunku Mona Riza mendapat perhatian dunia apabila memenangi 3 anugerah di XII Kazan International Muslim Film Festival 2016 di Rusia, September 2016 iaitu (i) The Special Prize Nominated by The President of Tatarstan Republic For Humanism in The Cinematography, (ii) The Special Prize of The Russian Guild of Cinema Critics and (iii) The Best Actor in the Full Length Feature Film for Male Ensemble Casts; Harith Haziq, Izzy Zulkhazreef and Nam Ron. 


Terkini, Redha arahannya terpilih mewakili Malaysia ke 4th Casa Asia Film Week (CAFW) 2016 di Barcelona Sepanyol pada 4 hingga 13 November 2016 dan juga bakal bertanding di Anugerah Akademi  ke-89 (Oscar 2017) yang bakal berlangsung pada 26 Februari 2017 bagi kategori Filem Bahasa Asing Terbaik. Pemilihan Redha ke Oscar adalah bertepatan dengan kualiti filem yang ditonjolkan sekaligus ini merupakan filem pilihan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bagi mewakili Malaysia ke acara yang penuh prestij itu. 
Kejayaan demi kejayaan diperolehi Tunku Mona Riza dalam tempoh beberapa bulan, menjadikan tahun 2016 cukup gemilang dalam profil kerjayanya sebagai seorang karyawan generasi baharu yang tentunya bakal menggoncang industri hiburan dan filem tempatan dari semasa ke semasa.


'Lensa Sinema' menerusi Sinema Malaysia edisi khas 2016 ini menyelusuri kisah di sebalik kejayaan pemilik nama Tunku Mona Riza.
[Sinema Malaysia edisi khas 2016 ini boleh di dapati secara percuma di Finas Hulu Kelang, Selangor. Ikuti kisah menarik karyawan generasi baharu , antaranya Nizam Razak, Pekin Ibrahim, Shanjhey Kumar Perumal, Ghaz Abu Bakar, Liew Seng Tat, Nadira Ilana, Diffan Norman dan Tunku Mona Riza].


© 2016 Finas Media, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia / Amy Ikram
* telah diterbitkan di Facebook : Finas Malaysia