Khamis, 23 Februari 2017
PAK PONG: PERCUBAAN PERTAMA FAUZI NAWAWI SEBAGAI PENGARAH FILEM.
Selepas mencipta nama sebagai seorang pelakon, aktor berbakat besar,
Fauzi Nawawi teruja menantikan sambutan peminat filem tempatan menerusi
karya pertama sentuhannya, 'Pak Pong'. Diterbitkan oleh 9 Country
Creativity Sdn Bhd, Pak Pong mengisahkan tentang seorang pemuda lelaki
yang mengamalkan kitab ilmu hitam, dikenali sebagai 'Pak Pong'. Kitab
sihir ini merupakan 'raja segala ilmu pengasih' yang mampu merosakkan
alam kehidupan manusia sejagat serta ia bertentangan dengan hukum agama
islam. Kadek dan Muda, merupakan dua beradik, tetapi Kadek adalah anak
angkat kepada ibu dan bapa Muda. Muda mempunyai seorang isteri bernama
Suri. Disebabkan Suri terlalu mengidamkan untuk memakan ayam hutan, Muda
dan Kadek terpaksa masuk ke hutan untuk mencari seekor ayam hutan.
Setelah lama berada di dalam hutan, Kadek dengan diam mempelajari ilmu
Pak Pong dari Tok Bintara di Bukit Gambir. Pada masa yang sama, Muda
juga berjaya mencari seekor ayam hutan dengan bantuan ilmu yang
dipelajarinya.
Setelah lama mengharungi waktu malam di dalam
hutan, Muda akhirnya tiba di alam bunian melalui satu pintu ajaib. Kadek
yang leka mempelajari ilmu Pak Pong, berjaya menukarkan dirinya menjadi
seorang lelaki gagah yang akhirnya memperkosa ramai anak gadis wanita
di kampungnya. Muda dan Kadek terpisah di balik jaring masa, yang
akhirnya menemukan mereka kepada sebuah kisah penuh misteri, mistik dan
menggemparkan antara Muda dan Alam Bunian, juga kisah dendam Kadek pada
masyarakat kampung melalui ilmu sihir Pak Pong. Apakah yang terjadi pada
mereka berdua?. Berjayakah Muda pulang ke kampung halamannya selepas 5
tahun terperangkap di alam bunian? Apakah terjadi pada Kadek, Muda, Suri
dan masyarakat kampung?. Semuanya bakal terjawab dalam Pak Pong, bakal
menghantui pawagam berdekatan anda bermula 23 Februari 2017.
Pak
Pong yang diarahkan Fauzi Nawawi ini membariskan Hairul Azreen, Badrul,
Siti Saleha, Fauzi Nawawi, Dato' Eizlan Yusof, Kaza, Rahim R2 dan ramai
lagi. Menariknya, filem yang bertemakan fantasi komedi ini menampilkan
Arwah Maimon Mutalib, Marsha Milan Londoh, Nur Risteena, pelawak Sathia
dan banyak lagi ini merupakan filem tempatan di bawah Skim Wajib Tayang,
Finas.
Ketika ditemui media di Malam Gala Filem Pak Pong di
MMCineplexes, e@Curve, Damansara, pengarah dan pelakon terkenal, Fauzi
Nawawi melahirkan rasa teruja menantikan sambutan peminat filem tanah
air menerusi filem pertama arahannya. Menurut Fauzi, pembikinan filem
Pak Pong dilakukan 5 tahun lepas dan 2017 merupakan tahun yang cukup
bermakna buat produksi Pak Pong apabila filem ini akhirnya berjaya di
tayangkan di pawagam bermula 23 Februari 2017. Pak Pong adalah filem
pertama saya, dan sebagai pengkarya, saya berasa bersyukur kerana
diberikan peluang untuk mengarahkan filem ini. Ia satu cabaran buat saya
kerana selain mengarah saya turut juga berlakon. Ini memberikan
pengalaman yang cukup berharga sebagai anak seni. Saya juga berterima
kasih pada pihak Finas yang banyak membantu kami merealisasikan dalam
menghasilkan naskhah ini. Mungkin ini percubaan pertama saya sebagai
pengarah filem, saya berharap penonton tempatan dapat menerima filem
kecil saya ini', ujar Pelakon Lelaki Terbaik Drama ASK 2010 menerusi
Sebelum Akhirat, Fauzi Nawawi menutup bicara dengan nada senyum penuh
makna.
Pak Pong yang bakal menemui penonton dan peminat filem
tanah air bermula 23 Februari 2017 ini merupakan filem fantasi seiras
Magika dan antara filem tempatan yang banyak mengunakan teknik CGI dalam
pembikinannya.
Rabu, 22 Februari 2017
'SUDIRMAN ARSHAD, SEBUTIR BINTANG YANG DIPUJA DI LANGIT SEPI'
Pada detik ini, 25 tahun kita kehilangan sebutir permata yang amat
berharga.Pemergiannya pada tanggal 22 Februari 1992, meninggalkan sejuta
legasi yang akan terus dikenang dalam lanskap industri muzik tanah air.
Kemunculannya pada awal era 70an, menerusi rakaman pertama, Teriring
Doa (1976) adalah kesan daripada kemenangannya dalam Juara Bintang RTM
1976. Album pertama yang dirakamkannya ke dalam bentuk piring hitam
diterbitkan EMI Music pada tahun 1978, 'Aku Penghiburmu'. Dilahirkan
pada 25 Mei 1954, 'Penghibur Serba Boleh' yang mencipta nama di
peringkat antarabangsa ini dikenali sebagai 'Penghibur No 1 Asia', Dato'
Sudirman Hj Arshad.
Anak
jati Pahang ini memiliki kredibiliti tinggi dari segi penglibatannya
dalam arena seni tanah air dengan merakamkan lebih dari 18 buah album
dalam bahasa melayu dan 2 buah album dalam bahasa Inggeris. Lagu-lagu
dendangannya menjadi siulan anak muda ketika itu sehingga beliau antara
penyanyi pujaan lewat 80an dan kebanyakkan lagu popularnya adalah
berkisarkan riwayat hidup dirinya tentang 'kehidupan, masa depan dan
perasaannya' dalam dunia yang dikecapinya.
Pelbagai kejayaan
diperolehinya dari tahun 1976 hinggalah ke tahun 1989. Namanya terus
meniti di bibir peminat muzik tanah air, beliau dipuja seluruh rakyat
Malaysia sehingga menjadi antara penyanyi kesayangan ramai yang
mempunyai bakat luar biasa. Selain dikenali sebagai penyanyi, Sudirman
mula melibatkan diri dalam dunia lakonan, melalui filem pertama
lakonannya berjudul 'Kami'. Filem yang diterbitkan tahun 1982 ini
diarahkan Patrick Yeoh, mengisahkan tentang persahabatan antara Tooko
dan Din, yang mengejar impian untuk menjadi seorang penyanyi.
Pada tahun 2011, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
melalui bahagian Produksi, telah menerbitkan dokumentari Sudirman di
saluran History yang bertajuk “Sudirman Arshad”. Dokumentari berdurasi
60 minit itu diterbitkan bersama AETN All Asia Networks yang telah
disiarkan pada 20 Februari 2011 (Ahad), jam 10.00 malam. Ia memaparkan
suka duka pengorbanan seorang insan seni tersohor di sebalik nama
Sudirman Hj Arshad.
'Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang'
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang'
'Salam Terakhir buat bintang bergemerlapan yang dipuja. Pemergiannya satu kehilangan besar buat negara'.
Allahyarham Dato' Sudirman Hj Arshad
(25 Mei 1954 - 22 Februari 1992)
Moga rohnya dicucuri rahmat,
(25 Mei 1954 - 22 Februari 1992)
Moga rohnya dicucuri rahmat,
AL FATIHAH
Selasa, 21 Februari 2017
ADIWIRAKU, ANTARA IMPIAN DAN KEGEMILANGAN
Mengambil latar tempat di utara semenanjung tanah
air, Adiwiraku yang diarahkan Eric Chong dan lakon layarnya ditulis oleh Jason
Chong ini telah ditayangkan di MMCineplexes, e@Curve, Damansara, Kuala Lumpur
pada 20hb Februari 2017. Sesi tayangan perdana dan sidang media itu dihadiri
rakan wartawan, para pelakon dan karyawan industri filem tempatan.
Adiwiraku menghidupkan kisah pelajar SMK Pinang
Tunggal di Sg Petani, Kedah yang berusaha untuk menyertai pertandingan 'choral
speaking' walaupun mengetahui peluang yang terlalu
tipis untuk menang. Cheryl Ann, seorang guru bahasa inggeris dari Bandar Kuala
Lumpur, terpaksa berhijrah ke sekolah tersebut bagi merealisasikan impian segelintir
guru untuk melihat prestasi dan kemajuan sekolah tersebut dari segi pembangunan
dan sahsiah pembelajaran para pelajar SMK Pinang Tunggal. Berbekalkan semangat
dan jatidiri yang kental, Cheryl bersama-sama seorang guru lelaki mengambil
inisiatif dengan memperkenalkan teknik ‘choral speaking’dengan mewujudkan
sebuah kumpulan yang terdiri daripada 35 pelajar sekaligus membentuk sahsiah
dan peribadi mereka agar menjadi pelajar yang berkeyakinan dan mempunyai
semangat kerjasama yang tinggi.
Eric Chong, Pengarah
Diinspirasikan dari
sebuah kisah benar, Adiwiraku meneroka beberapa sisi dan pandangan hidup
golongan pelajar dan pendidik tanpa terpisah jalinan keduanya. Ini mewujudkan
perspektif hidup bahawa golongan pendidik harus memainkan peranan penting bagi
melahirkan pelajar yang mempunyai daya imaginasi yang tinggi dalam kehidupan.
Menariknya, filem yang diterbitkan oleh Sol Pictures Sdn Bhd itu menampilkan
pelakon Sangeeta Krishnasamy yang memegang watak sebagai Cheryl Ann Fernando.
Ia dibantu oleh Xavier Fong, Farra Safwan, Wan Azlyn dan Adnin Zidane.
Ketika ditemui media
di malam gala filem Adiwiraku di e@Curve, Damansara, Eric Chong, pengarah dan
penerbit filem tersebut, berkata, ‘Adiwiraku adalah sebuah kisah benar yang
berlaku di sebuah sekolah di Kedah. Kami mengambil peluang dengan
menterjemahkan kepada khalayak penonton melalui platform visual dalam bentuk
filem. Pemilihan pelakon di kalangan para pelajar adalah satu bonus. Watak yang
dimainkan setiap pendukung ceritanya menjalani sesi ujibakat sebelum
penggambaran, masing-masing memberikan komitmen yang tinggi dan menakjubkan'. Sangeeta
Krishnasamy yang melakonkan watak Cikgu Cheryl pula berpendapat, ‘Adiwiraku
sebuah karya yang cukup istimewa, memegang peranan dalam sebuah kisah benar
mencabar jiwa saya kerana saya perlu memahami karektor dan perjalanan kisah
guru tersebut. Ini memberikan pengalaman yang cukup berharga bagi saya. Tonton
dengan jiwa yang terbuka, pasti anda akan dapat apa di cari’, jelas model dan
pelakon cantik Sangeeta Krishnasamy yang terkenal dalam industri filem tamil di
Malaysia.
Bakal mencetuskan
fenomena apabila di tayangkan kelak, Adiwiraku akan menemui penonton dan
peminat filem tanahair bermula 9 Mac 2017.
Adiwiraku merupakan filem tempatan yang menyertai Equality International Film Festival dan Finalist bagi Phoenix Film Festival 2017 di Melbourne, Australia. Ia juga mendapat sokongan daripada EduNation Malaysia yang merupakan sumber pendidikan online terbesar dalam bidang pendidikan menengah dan rendah.
Adiwiraku merupakan filem tempatan yang menyertai Equality International Film Festival dan Finalist bagi Phoenix Film Festival 2017 di Melbourne, Australia. Ia juga mendapat sokongan daripada EduNation Malaysia yang merupakan sumber pendidikan online terbesar dalam bidang pendidikan menengah dan rendah.
Foto : Zara
#Adiwiraku
Rabu, 15 Februari 2017
'SYURGA YANG TAK DI RINDUKAN 2' BAKAL CETUS FENOMENA DI MALAYSIA
Diterbitkan produksi MD Pictures yang diarahkan oleh Hanung Bramatyo, 'Surga Yang Tak Dirindukan 2' bakal menemui peminat dan penonton filem di Malaysia, bermula 16 Februari 2017. Menampilkan Fedil Nuril, Reza Rahadian, Raline Shah, Laudya Cynthia Bella, Nora Danish, Sandrinna Michelle Skornicki, Keefe Bazli Ardiansyah dan ramai lagi, Filem yang diadaptasikan dari sebuah novel terlaris tulisan Asma Nadia di mana skripnya oleh Alim Sudio, Manoj Punjabi dan Hanung Bramatyo ini merupakan kesinambungan cerita dari siri pertama 'Surga Yang Tak Dirindukan' arahan Kuntz Agus
Walaupun tidak ditayangkan di pawagam Malaysia bagi siri pertama filem ini telahpun ditayangkan di enam (6) saluran tv berbayar Astro antaranya Astro Ria, Prima, Citra, Mustika, Maya dan Oasis serta di platform Astro Gempak sejak awal Februari 2017. Menurut Raja Jastina Raja Arshad, Ketua Penjenamaan dan Pemasaran Bahagian Melayu Astro dalam satu kenyataan media berkata, 'Filem SYTD2 - Surga Yang Tak Di Rindukan 2 ' ini adalah sebuah filem yang mempunyai jalan cerita yang bagus dan sesuai untuk ditonton oleh masyarakat tempatan. "Melihat kepada sambutan hangat SYTD2 di Indonesia ketika ini serta respon positif penonton Malaysia sejurus menyaksikan filem pertamanya, kami yakin filem ini bakal membuat penonton berasa teruja untuk mengikuti kisah seterusnya. Dengan sokongan promosi yang meluas, kami berharap ia mampu mencipta fenomena yang sukses di sini".
Walaupun tidak ditayangkan di pawagam Malaysia bagi siri pertama filem ini telahpun ditayangkan di enam (6) saluran tv berbayar Astro antaranya Astro Ria, Prima, Citra, Mustika, Maya dan Oasis serta di platform Astro Gempak sejak awal Februari 2017. Menurut Raja Jastina Raja Arshad, Ketua Penjenamaan dan Pemasaran Bahagian Melayu Astro dalam satu kenyataan media berkata, 'Filem SYTD2 - Surga Yang Tak Di Rindukan 2 ' ini adalah sebuah filem yang mempunyai jalan cerita yang bagus dan sesuai untuk ditonton oleh masyarakat tempatan. "Melihat kepada sambutan hangat SYTD2 di Indonesia ketika ini serta respon positif penonton Malaysia sejurus menyaksikan filem pertamanya, kami yakin filem ini bakal membuat penonton berasa teruja untuk mengikuti kisah seterusnya. Dengan sokongan promosi yang meluas, kami berharap ia mampu mencipta fenomena yang sukses di sini".
Nora Danish, pelakon yang muncul dalam filem SYTD2 ini boleh dikatakan cukup bertuah kerana produksi filem ini antara penerbit filem tersohor di Indonesia seperti Ayat Ayat Cinta, Habibie & Ainun, Rudy Habibie, Talak 3, dan Di Bawah Lindungan Kaabah, menjadikan beliau antara pelakon Malaysia yang dipilih produksi Indonesia untuk mengembangkan kerjaya lakonannya di bumi tersebut.Ketika ditemui media selepas sesi Tayangan Perdana filem tersebut di GSC Pavillion, Kuala Lumpur pada 14 Februari 2017, Nora Danish yang memegang watak sebagai Sheila dalam filem SYTD2 itu melahirkan rasa teruja kerana dapat beraksi bersama-sama pelakon Indonesia dalam sebuah filem hebat yang tentunya dinantikan peminat dan penonton di kedua-dua buah negara. "Surga Yang Tak Di Rindukan 2 ini adalah karya Indonesia yang membawa saya berada dalam kelompok industri mereka. Ini satu penghargaan buat industri kita (Malaysia) juga kerana kita dipercayai produksi mereka. Alhamdulillah saya berasa amat gembira dan ini mungkin percubaan saya untuk menerokai industri dan karya mereka, mana tahu saya berpeluang lagi berlakon dalam filem seperti ini di Indonesia selepas SYTD2', ujar Nora Danish teruja menantikan sambutan peminat di Malaysia kelak apabila filem ini ditayangkan bermula 16 Februari 2017.
Mengisahkan tentang Meirose (Raline Shah) yang membawa diri bersama-sama anaknya, Akhbar (Keefe) selepas mengetahui Arini (Bella) sangat menyintai Pras (Fedi). Meirose tarpaksa akur walaupun Arini mengizinkan Pras menjalani kehidupan secara poligami, namun atas rasa amat menghargai wanita tersebut, Meirose berhijrah ke Budapest, Hungaria untuk mencari kehidupan baru. Setelah bertahun lamanya, mereka bertiga bertemu sekali lagi di Hungaria di mana Pras terpaksa membuat pilihan antara menceraikan Meirose atau sebaliknya. Arini yang merahsiakan penyakit kronik yang dihadapinya cuba menyatukan jiwa yang terpisah antara suaminya, Pras dengan Meirose, madunya. Namun kemunculan Doktor Syarief lakonan Reza Rahadian pula menimbulkan tanda tanya, siapakah surga sebenar yang diidamkan walaupun Meirose cuba melupai sejarah silamnya yang berbekas dijiwa, namun ada satu perkara terjadi.
Apakah yang berlaku sebenarnya?. Apakah yang terjadi pada Meirose, Arini dan Pras?. Siapakah doktor misteri tersebut?. Semuanya bakal terjawab dalam 'Surga Yang Tak Di Rindukan 2' di pawagam seluruh Malaysia bermula 16 Februari 2017.
Info Hiburan:
**Untuk Pasaran di Malaysia, filem ini bakal diedarkan oleh Antenna Entertainments manakala Astro akan melakukan pemasaran.**
#SYTD2
Artikel ini diterbitkan pada 15 Februari 2017, 2.00 pagi
Ahad, 5 Februari 2017
PERCIKAN MEMORI KEMBARA SENIMAN JALANAN DI SARANG ART HUB, TANJUNG MALIM.
Ahad, Februari 05, 2017
Kembara Seniman Jalanan
,
kembara seniman jalanan 1986 by Nasir Jani
0 comments
Percikan memori menonton filem 'Kembara Seniman Jalanan' 31 tahun
dahulu diimbau melalui tayangan khas pada malam Sabtu, 4 Februari 2017
di Sarang Art Hub, Tanjung Malim, Perak. Filem yang diterbitkan tahun
1986 itu menampilkan Dato' M.Nasir, Dato' Khadijah Ibrahim, Pyan Habib,
Imuda dan ramai lagi, merupakan filem pertama arahan Nasir Jani dalam
industri perfileman tanah air. Tayangan malam ini mendapat sambutan
menggalakkan daripada penduduk dan pengunjung yang hadir ke Sarang Art
Hub milik pengarah tersohor, Mamat Khalid.
Ketika berucap
selepas sesi tayangan filem tersebut, Nasir Jani selaku pengarah filem
Kembara Seniman Jalanan menyifatkan 'tayangan pada malam ini merupakan
tayangan khas bagi mengimbas memori Kembara Seniman Jalanan dalam
industri filem tanah air. Filem yang pernah ditayangkan di pawagam
tempatan pada Februari 1986 itu ditayangkan malam ini dalam format
restorasi digital. Ini memberikan dimensi yang berbeza buat penonton
yang hadir walaupun ditayangkan dalam medium wayang pacak. Setinggi
penghargaan buat produksi Wayang Pondok kerana sudi bekerjasama dalam
program seperti ini dengan menyediakan peralatan dan skrin yang besar,
agar filem ini dapat disaksikan seluruh tetamu yang hadir'.
Kembara Seniman Jalanan yang diterbitkan Zarul Al-Bakri melalui ZSA
Holdings Sdn Bhd itu memaparkan kisah suka duka di sebalik warna warni
industri muzik tanah air. Fenomena cetak rompak dan penerimaan muzik
ketika itu menjadi plot terpenting yang menghubung kepada tiga watak
utama iaitu Bujang (Dato' M.Nasir), Osman Tikus (Pyan Habib) dan Johan
(Majid Salleh) kepada satu kisah tragis berkaitan dunia seni dan muzik
era 1980an. Ketiga-tiga watak utama ini bersangkut paut dengan watak
watak yang lain sehingga menjadikan filem Kembara Seniman Jalanan
sebagai sebuah naskhah yang mencetuskan fenomena dan polimek tersendiri
dalam dunia muzik dan filem ketika itu.
Pemilik Sarang Art Hub,
juga seorang pengarah filem terkenal, Mamat Khalid dalam ucapannya
berkata, 'Kembara Seniman Jalanan' sebuah naskhah yang mempunyai roh
tersendiri dan masih relevan untuk ditonton di layar besar pada malam
ini. Sebagai peminat filem ketika itu, saya melihat ia sebagai rakaman
peristiwa yang berlaku pada tahun 1980an mengenai masalah industri muzik
khususnya cetak rompak. Sehingga kini pun, masalah tersebut masih lagi
menghantui dunia muzik dan filem walaupun kita sudah 60 tahun merdeka.
Jujurnya dapat saya katakan, saya terlibat dalam industri ini, adalah
kerana saya cintakan seni, filem dan muzik, malahan program seperti ini
akan diteruskan dari semasa ke semasa. 'Filem baru kita sokong, filem
lama kita raikan', ujar Mamat Khalid menutup bicara pada Malam Kembara
Seniman Jalanan di Sarang Art Hub, Tanjung Malim, Perak.
Antara
yang hadir memeriahkan suasana tayangan filem tersebut adalah Nasir Jani
dan Pyan Habib sendiri, Mamat Khalid, karyawan seni tanahair seperti
Khir Rahman, Raja Mukhriz, Pekin Ibrahim, Rashidi Ishak, para pencinta
filem tempatan, mantan Ketua Pengarah Finas, Dato' Kamil Othman dan
pengkritik filem, Hassan Abd. Muthalib.
Info: Filem Tombiruo: Penunggu Rimba arahan terbaharu Nasir Jani akan menyusul akhir tahun 2017.
Foto: Zara
Sabtu, 4 Februari 2017
'KANANG ANAK LANGKAU: THE IBAN WARRIOR' DI PAWAGAM 16 MAC 2017.
Filem Kanang Anak Langkau : The Iban Warrior yang diterbitkan
produksi Tangan Seni Sdn Bhd telah dilancarkan pada 26 Januari 2017 di Pawagam
P.Ramlee, Finas Hulu Kelang, Selangor. Ketika berucap merasmikan
trailer filem tersebut, YBhg Dato' Fauzi Ayob, Ketua Pengarah Finas,
menyifatkan 'penerbitan filem kenegaraan seperti Kanang Anak Langkau;
The Iban Warrior ini merupakan sebuah karya yang harus ditonton oleh
segenap lapisan masyarakat terutamanya peminat filem tanahair. Filem
yang diterbitkan dengan kerjasama Finas, Kementerian Pertahanan dan
Angkatan Tentera Malaysia ini merupakan sebuah karya yang mengangkat
nilai patriotisme dan nasionalisme di kalangan rakyat Malaysia. Sebagai
agensi kerajaan yang memayungi industri perfileman tanahair, Finas
komited dalam menyediakan peruntukkan kewangan berupa dana kenegaraan
bagi karya yang menepati syarat sebagai sebuah naskhah yang merakamkan
sesuatu peristiwa atau sejarah negara samada berkisarkan tentang
ketokohan seseorang pemimpin yang telah mengharumkan nama negara dan
seumpamanya'.
Berkisarkan tentang perjuangan dan ketokohan
pemimpin negara yang amat disegani khususnya di bumi Sarawak, Kanang
Anak Langkau: The Iban Warrior ini merungkai sisi kehidupan seorang
tokoh terbilang dan pahlawan jati bumi Kenyalang, yang amat dikagumi,
bernama Kanang. Perjalanan hidup seorang tokoh berbangsa Iban ini
divisualkan dalam sebuah naskhah yang pastinya meruntun jiwa setiap
penonton dan peminat filem tempatan.
Zainal Fikri, penerbit
eksekutif filem Kanang Anak Langkau pula berharap, 'peminat filem
tempatan dapat menerima kehadiran filem ini apabila ditayangkan kelak.
Ia satu pengalaman yang cukup berharga dan sebagai rakyat Malaysia, kami
menyajikan satu cerita yang pastinya akan diingat dalam sejarah negara
dan ini tentunya membanggakan kami sebagai pengkarya', ujarnya dengan
nada teruja menantikan sambutan peminat filem tanahair terhadap naskhah
yang amat dinantikan tersebut.
'Kanang Anak Langkau: The Iban
Warrior', merupakan filem terbaharu arahan Bade Hj Azmi yang akan
menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei
bermula 16 Mac 2017. Turut hadir bersama ke majlis pelancaran trailer
dan sidang media Filem Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior adalah Bade
Hj Azmi, pengarah filem Kanang, para pegawai FINAS, Tuan Hj. Zulkifli
Ab.Wahab, Tn.Hj. Abd. Khalid Maulod, Puan Hajah Subaidah Md Top, pegawai
angkatan tentera dan wakil Kementerian Pertahanan, barisan pelakon dan
rakan media.
Foto: Udden Rahman @ Rafiuddin