Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Khamis, 23 Februari 2017

PAK PONG: PERCUBAAN PERTAMA FAUZI NAWAWI SEBAGAI PENGARAH FILEM.


Selepas mencipta nama sebagai seorang pelakon, aktor berbakat besar, Fauzi Nawawi teruja menantikan sambutan peminat filem tempatan menerusi karya pertama sentuhannya, 'Pak Pong'. Diterbitkan oleh 9 Country Creativity Sdn Bhd, Pak Pong mengisahkan tentang seorang pemuda lelaki yang mengamalkan kitab ilmu hitam, dikenali sebagai 'Pak Pong'. Kitab sihir ini merupakan 'raja segala ilmu pengasih' yang mampu merosakkan alam kehidupan manusia sejagat serta ia bertentangan dengan hukum agama islam. Kadek dan Muda, merupakan dua beradik, tetapi Kadek adalah anak angkat kepada ibu dan bapa Muda. Muda mempunyai seorang isteri bernama Suri. Disebabkan Suri terlalu mengidamkan untuk memakan ayam hutan, Muda dan Kadek terpaksa masuk ke hutan untuk mencari seekor ayam hutan. Setelah lama berada di dalam hutan, Kadek dengan diam mempelajari ilmu Pak Pong dari Tok Bintara di Bukit Gambir. Pada masa yang sama, Muda juga berjaya mencari seekor ayam hutan dengan bantuan ilmu yang dipelajarinya. 

Setelah lama mengharungi waktu malam di dalam hutan, Muda akhirnya tiba di alam bunian melalui satu pintu ajaib. Kadek yang leka mempelajari ilmu Pak Pong, berjaya menukarkan dirinya menjadi seorang lelaki gagah yang akhirnya memperkosa ramai anak gadis wanita di kampungnya. Muda dan Kadek terpisah di balik jaring masa, yang akhirnya menemukan mereka kepada sebuah kisah penuh misteri, mistik dan menggemparkan antara Muda dan Alam Bunian, juga kisah dendam Kadek pada masyarakat kampung melalui ilmu sihir Pak Pong. Apakah yang terjadi pada mereka berdua?. Berjayakah Muda pulang ke kampung halamannya selepas 5 tahun terperangkap di alam bunian? Apakah terjadi pada Kadek, Muda, Suri dan masyarakat kampung?. Semuanya bakal terjawab dalam Pak Pong, bakal menghantui pawagam berdekatan anda bermula 23 Februari 2017.




Pak Pong yang diarahkan Fauzi Nawawi ini membariskan Hairul Azreen, Badrul, Siti Saleha, Fauzi Nawawi, Dato' Eizlan Yusof, Kaza, Rahim R2 dan ramai lagi. Menariknya, filem yang bertemakan fantasi komedi ini menampilkan Arwah Maimon Mutalib, Marsha Milan Londoh, Nur Risteena, pelawak Sathia dan banyak lagi ini merupakan filem tempatan di bawah Skim Wajib Tayang, Finas. 

Ketika ditemui media di Malam Gala Filem Pak Pong di MMCineplexes, e@Curve, Damansara, pengarah dan pelakon terkenal, Fauzi Nawawi melahirkan rasa teruja menantikan sambutan peminat filem tanah air menerusi filem pertama arahannya. Menurut Fauzi, pembikinan filem Pak Pong dilakukan 5 tahun lepas dan 2017 merupakan tahun yang cukup bermakna buat produksi Pak Pong apabila filem ini akhirnya berjaya di tayangkan di pawagam bermula 23 Februari 2017. Pak Pong adalah filem pertama saya, dan sebagai pengkarya, saya berasa bersyukur kerana diberikan peluang untuk mengarahkan filem ini. Ia satu cabaran buat saya kerana selain mengarah saya turut juga berlakon. Ini memberikan pengalaman yang cukup berharga sebagai anak seni. Saya juga berterima kasih pada pihak Finas yang banyak membantu kami merealisasikan dalam menghasilkan naskhah ini. Mungkin ini percubaan pertama saya sebagai pengarah filem, saya berharap penonton tempatan dapat menerima filem kecil saya ini', ujar Pelakon Lelaki Terbaik Drama ASK 2010 menerusi Sebelum Akhirat, Fauzi Nawawi menutup bicara dengan nada senyum penuh makna.


Pak Pong yang bakal menemui penonton dan peminat filem tanah air bermula 23 Februari 2017 ini merupakan filem fantasi seiras Magika dan antara filem tempatan yang banyak mengunakan teknik CGI dalam pembikinannya.




0 comments :