Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


BELAGU BUKTI KEMAMPUAN SENI DAYANG

Persembahan Dayang diiringi Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) membuktikan kemampuan Dayang membawakan seleksi lagu klasik melayu tampak elegan dan mewah.

NABIL AHMAD, DOUGLAS LIM, DR J.RAM TAMPIL DALAM FAMILY FUED MALAYSIA BERMULA 27 MAC INI

Alami pengalaman penontonan baharu melalui Family Feud Malaysia di Astro yang diadaptasikan dari sebuah program tv terkenal luar negara.

ASTRO RAIKAN RAMADAN DENGAN SAJIAN PELBAGAI RANCANGAN DAN PROGRAM MENARIK

Sempena bulan Ramadan penuh keberkatan, Astro tampil meraikan Ramadan dengan pelbagai karya tontonan khususnya buat pelanggan Astro.

ANTARA MITOS DAN FANTASI. HARUM MALAM SETARAF FILEM SERAM HOLLYWOOD?

Bukan sahaja sebagai sebuah karya seram tempatan yang berbeza, namun Harum Malam wajar diakui sebagai sebuah filem Malaysia bertaraf antarabangsa.

VIU DAN ASTRO JALIN KERJASAMA STRATEGIK?

Alami pengalaman penontonan baharu melalui kerjasama strategik antara viu dan ASTRO yang mampu membuka lebih luas pasaran dalam bidang penyiaran dengan pelbagai rancangan terbaik seluruh Asia.

Isnin, 13 Mac 2017

4 FILEM TEMPATAN MENGHIASI SINEMA MAC 2017


'JRevolusi, Adiwiraku, Kanang Anak Langkau : The Iban Warrior, dan Kimchi Untuk Awak', antara empat buah filem tempatan yang akan menghiasi Sinema Malaysia untuk bulan Mac 2017. JRevolusi yang diterbitkan produksi Grand Brilliance dan Infinitus Productions ini, mengetengahkan kisah menarik tentang Unit Tindakan Khas (UTK) di Malaysia. Filem yang menampilkan  Zul Ariffin, Fazura, Farid Kamil, Izara Aishah, Azad Jasmin, Iedil Putra, Fatimah Abu Bakar, Peter Davis dan ramai lagi ini memaparkan kisah tragis disebalik kemodenan bandaraya metropolitan Kuala Lumpur.  Penonton dibawa menyelusuri beberapa persitiwa penting dan menggemparkan di mana ia menuntut kesabaran tinggi para pelakonnya dalam menghayati beberapa adegan penting dengan segala permasalahan yang terjadi. Siapakah Dian (lakonan Fazura) dan Jay Zulkarnain (Zul Ariffin) dalam filem ini?. Nantikan JRevolusi di pawagam berdekatan anda bermula 2 Mac 2017.


Adiwiraku menghidupkan kisah pelajar SMK Pinang Tunggal di Sg Petani, Kedah yang berusaha untuk menyertai pertandingan 'choral speaking' walaupun mengetahui peluang yang terlalu tipis untuk menang. Cheryl Ann, seorang guru bahasa inggeris dari Bandar Kuala Lumpur, terpaksa berhijrah ke sekolah tersebut bagi merealisasikan impian segelintir guru untuk melihat prestasi dan kemajuan sekolah tersebut dari segi pembangunan dan sahsiah pembelajaran para pelajar SMK Pinang Tunggal. Berbekalkan semangat dan jatidiri yang kental, Cheryl bersama-sama seorang guru lelaki mengambil inisiatif dengan memperkenalkan teknik ‘choral speaking’dengan mewujudkan sebuah kumpulan yang terdiri daripada 35 pelajar sekaligus membentuk sahsiah dan peribadi mereka agar menjadi pelajar yang berkeyakinan dan mempunyai semangat kerjasama yang tinggi.

Diinspirasikan dari sebuah kisah benar, Adiwiraku meneroka beberapa sisi dan pandangan hidup golongan pelajar dan pendidik tanpa terpisah jalinan keduanya. Ini mewujudkan perspektif hidup bahawa golongan pendidik harus memainkan peranan penting bagi melahirkan pelajar yang mempunyai daya imaginasi yang tinggi dalam kehidupan. Menariknya, filem yang diterbitkan oleh Sol Pictures Sdn Bhd itu menampilkan pelakon Sangeeta Krishnasamy yang memegang watak sebagai Cheryl Ann Fernando. Ia dibantu oleh Xavier Fong, Farra Safwan, Wan Azlyn dan Adnin Zidane.Adiwiraku yang diarahkan Eric Ong ini akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 9 Mac 2017.

'Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior', yang diterbitkan produksi Tangan Seni Sdn Bhd dengan kerjasama FINAS, Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia ini merupakan filem terbaharu arahan Bade Hj Azmi. Pemegang trofi Pengarah Terbaik FFM16 (2003) menerusi filem KL Menjerit, Bade merungkai sisi kehidupan seorang perajurit negara berbangsa Iban dari Bumi Kenyalang, Sarawak menerusi filem Kanang iaitu Mendiang Temenggong Datuk Kanang Anak Langkau daripada Rejimen Renjer Diraja dan merupakan Sarjan Mejar Rejimen kepada 8 Renjer dalam Angkatan Tentera Malaysia yang berjuang bersama mempertahankan kedaulatan tanahair dari pihak Komunis.Filem kenegaraan yang mendapat sokongan penuh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) ini merupakan filem air mata yang pastinya meruntun jiwa penonton , dan menariknya filem ini menampilkan Langgi Anak Datuk Kanang yang memegang watak utama sebagai Kanang. Selain itu, pelakon berbakat besar Ady Putra dan Johan As'ari juga terlibat dalam produksi filem Kanang. 'Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior', akan menemui peminat dan penonton tanah air bermula 16 Mac 2017. 

Berdasarkan novel terlaris dengan tajuk yang sama karya Suri Ryana, 'Kimchi Untuk Awak', merupakan filem pertama arahan pengarah drama terkenal, Michael Ang. Mengisahkan Bella dan Daniel Lee, yang bertemu tidak sengaja di Kota Korea akibat satu insiden, filem yang menampilkan Aiman Hakim Redza, Janna Nick, Emma Maembong, Natasha Elyzza, Ungku Hariz, Normah Damanhuri, Dira Abu Zahar, Chew Kin Wah, Mandy Chong dan Sharifah Sakinah ini merungkai kisah keluarga antara dua pihak yang akhirnya menuntut satu pengorbanan dalam penyatuan ikatan persaudaraan dalam percintaan sesama mereka. Filem yang diterbitkan Astro Shaw bersama produksi Darkwave Pictures Sdn Bhd ini akan menemui penonton di pawagam seluruh tanah air bermula 30 Mac 2017.

JRevolusi Trailer

Adiwiraku Trailer

Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior Trailer

Kimchi Untuk Awak Trailer

Ahad, 12 Mac 2017

PESTA PERDANA 14 SINGAPURA KINI KEMBALI.


Selepas dua tahun tidak dianjurkan, kini Pesta Perdana yang memasuki tahun ke-14, bakal diadakan. Anugerah berprestij dalam industri penyiaran drama dan televisyen di Singapura itu bakal melabuhkan tirainya pada 31 Mac 2017. Pesta Perdana 14, 2017 itu menyenaraikan hampir 23 anugerah keseluruhan dengan 18 calon tersenarai sebagai calon kali pertama.

Fir Rahman dan Mastura Ahmad, yang membintangi filem Apprentice tersenarai dalam beberapa kategori utama di Pesta Perdana 14 ini. Manakala pelakon dari Malaysia, Beto Khusairy, Nasil Bilal Khan dan Hamidah Wahab ini pula tersenarai dalam kategori utama di anugerah berprestij dalam dunia lakonan di Singapura. 

'Meraikan Permata Industri Televisyen' adalah tema kali ini dan akan dihoskan oleh personaliti televisyen Fauzie Laily dan Huda Ali. Menurut Zakiah Halim, Ketua Bahagian Melayu Mediacorp Singapura dalam satu kenyataan media berkata,  "Kami teruja dapat mengumumkan pencalonan bagi pelbagai kategori  di Pesta Perdana 2017. Ini merupakan kali ke-14 Pesta yang mengiktiraf bakat baharu dan lama dalam industri penyiaran televisyen dan drama di Singapura. Pelbagai peningkatan dari segi mutu kandungan cerita malahan drama yang dipercalonkan pernah menyertai anugerah di peringkat antarabangsa antaranya, Anugerah Televisyen Asia dan Anugerah Terbaik Televisyen & Filem Pesta New York pada beberapa tahun kebelakangan ini". ujar beliau teruja menantikan debaran malam kemuncak Anugerah Pesta Perdana 14 yang bakal berlangsung di MediaCorp Theatre Singapura pada 31 Mac 2017 jam 8.30 malam.

Bunga Tanjong dan Jalan Ampas antara drama pilihan yang mendapat perhatian di anugerah tersebut kerana ia merupakan drama rantaian yang mempunyai jumlah penonton yang ramai, memandangkan ia menampilkan pelakon berbakat yang mula mencipta nama di peringkat antarabangsa iaitu, Jeff Catz. 

Anugerah Pesta Perdana 14 ini akan disiarkan secara langsung di Suria Singapura dan juga boleh ditonton di Toggle pada malam anugerah 31 Mac 2017 ini. Berikut adalah senarai penuh pencalonan di Malam Kemuncak Anugerah Pesta Perdana 14, 2017 Singapura. 

Pelakon Lelaki Terbaik Dalam Watak Utama 
(Drama Bersiri)


Pelakon Wanita Terbaik Dalam Watak Utama 
(Drama Bersiri) 



Pelakon Lelaki Terbaik Dalam Watak Pembantu
(Drama Bersiri)


Pelakon Wanita Terbaik Dalam Watak Pembantu
(Drama Bersiri)


Pelakon Lelaki Terbaik Dalam Watak Utama
(Drama Khas / Antologi)


Pelakon Wanita Terbaik Dalam Watak Utama
(Drama Khas / Antologi)



Pelakon Lelaki Terbaik Dalam Watak Pembantu
(Drama Khas / Antologi)



Pelakon Wanita Terbaik Dalam Watak Pembantu
(Drama Khas / Antologi)


Pelakon Terbaik Dalam Watak Komedi


Pelakon Harapan Terbaik


Pengacara Terbaik
(Hiburan)


Pengacara Terbaik 
(Rancangan Informasi)



Bintang Cilik Terbaik



Drama Terbaik



Drama Khas Terbaik



Rancangan Hiburan Terbaik



Rancangan Hiburan Khas Terbaik



Rancangan Informasi Terbaik



Rancangan Kanak Kanak Terbaik



Lagu Tema Terbaik



Design Pembukaan Terbaik



Personaliti Lelaki Paling Popular


Personaliti Wanita Paling Popular



Imbas Kembali
Pesta Perdana 13
(credit video by : ohmyshorties)

Khamis, 9 Mac 2017

FILEM MA’ ROSA BAKAL CETUS KONTROVERSI DI MALAYSIA?


Jika di Malaysia, penerbitan filem seumpama ini pastinya mengundang persepsi negatif di kalangan penonton, malahan mungkin juga ia disekat tayangannya sekiranya menyentuh aspek ‘kepolisian’ dan ‘sensitiviti’ di kalangan anggota beruniform walaupun jalan ceritanya lebih menjurus kepada unsur realiti hidup masyarakat sekitarnya.

Filem adalah cerminan hidup yang mencernakan pemikiran khalayak menerusi jalan cerita yang diketengahkan, melalui plot cerita yang berkembang menerusi lakonan watak beberapa pelakon yang mendukung sesuatu peranan melalui kisah yang divisualkan. Tetapi, pembikinan sesuatu naskhah itu harus dilihat dari segi kandungan ceritanya, mesej yang disampaikan malahan ia boleh dijadikan filem contoh dalam perkembangan filem arus perdana masa kini.

Filem Ma’ Rosa, garapan pengarah terbaik yang pernah mencipta nama di beberapa festival filem antarabangsa, antaranya Festival Filem Cannes, Festival Filem Antarabangsa Dubai, Festival Filem Antarabangsa Berlin dan Venice, Brillante Mendoza antara pengarah filem dari Filipina yang telah mencipta fenomena di peringkat antarabangsa menerusi beberapa buah karya hebatnya, ‘Service (2008), Kinatay (2009), Grandmother (2009), Captive dan Thy Womb (2012).



Menemui penonton dan peminat filem tempatan bermula 9 Mac 2017, ‘Ma’Rosa’ sebuah karya dari Filipina yang mengupas tentang isu penindasan dan pergolakan hidup antara masyarakat pertengahan dengan bawahan menerusi watak Rosa, lakonan Jaclyn Jose yang terperangkap antara ‘hidup dan mati’ setelah ditangkap pihak berkuasa akibat penjualan dadah. Rosa dan suaminya Nestor, ditangkap dirumah mereka dan di bawa ke sebuah pejabat di kota milik polis. Semasa di soal siasat, Rosa diugut untuk dipenjarakan sekiranya tidak membayar denda. Pihak polis yang digambarkan dalam filem ini agak ‘keras’ sifatnya malahan mereka berdua dipaksa membayar sejumlah wang sekiranya mahu bebas seperti sediakala. Penindasan dipaparkan dalam filem ini tanpa ada rasa belas kasihan, dan boleh dikatakan ia adalah realiti hidup masyarakat terpinggir di Kota Filipina yang hidup seperti ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. 

Filem yang memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik : Jaclyn Jose di Festival Filem Antrabangsa Cannes 2016, Pengarah Terbaik : Brillante Mendoza di Festival Filem Antarabangsa Gijón 2016 dan Festival Filem Antarabangsa Malaysia 2017 (MIFFEST2017) di Arena Stars of Genting Highland, Malaysia pada 4 Mac 2017, juga antara filem terpilih di Festival Filem Antarabangsa Cannes 2016 bagi ‘official competition’. 

Ma' Rosa yang telah menemui penonton di Filipina pada 6 Julai 2016 dan 18 Mei 2016 di Cannes akan menemui penonton dan peminat filem tanah air bermula 9 Mac 2017 di empat buah pawagam GSC terpilih antaranya, GSC Mid Valley KL, GSC Pavillion KL, GSC 1 Utama PJ dan GSC Gurney Plaza, Penang.
Ketika ditemui Media semasa Tayangan Perdana ‘Ma’Rosa’ di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur baru-baru ini, pengarah filem tersebut, Brillante Mendoza yang ditemani pelakon utama filem tersebut, Jaclyn Jose berkongsi sesuatu istimewa buat penonton. Ma’Rosa yang diangkat dari sebuah kisah benar ini merungkai sisi gelap kehidupan masyarakat terpinggir yang mewakili golongan miskin di Filipina. Pembikinan naskhah ini mencabar kreativitinya sebagai pengkarya kerana saya perlu jujur dalam mengetengahkan jalan cerita yang dipaparkan melalui shot dan visual yang diketengahkan.



Filem ini boleh dianggap agak istimewa kerana saya menggunakan teknik sinematografi yang berkesan bagi menimbulkan mood ‘suspens’ dengan ‘dark low key’ bagi sesuatu babak tanpa melupai jalan cerita yang ingin disampaikan. Walaupun ia seperti ‘klise’, namun saya percaya filem sebegini ada penontonnya’, ujar Brillante Mendoza, pengarah filem ‘Ma’Rosa’ teruja menantikan sambutan penonton dan peminat filem tersebut di Malaysia.

Jaclyn Jose, pelakon utama filem tersebut pula menegaskan bahawa Ma’Rosa adalah cerita berlatarbelakangkan kota Filipina yang terpencil menerusi watak Rosa, seorang wanita yang terperangkap antara ‘hidup dan mati’. Beliau terpaksa membuat keputusan yang baik demi menyelamatkan keluarganya, setelah ditangkap polis akibat pengedaran najis dadah. Rosa memaksa anak-anaknya mencari 50 ribu peso untuk diserahkan kepada sindiket polis.

Apakah yang terjadi ?. Berjayakah misi Ma’Rosa dan anak-anaknya dalam cengkaman permasalahan tersebut?. Semuanya bakal terjawab dalam filem Ma’ Rosa’ bermula 9 Mac 2017 ini di beberapa pawagam GSC terpilih.
 trailer

Gambar : Aidi Emizul

Rabu, 8 Mac 2017

FESTIVAL FILEM ANTARABANGSA CZECH MERAIKAN 5 BUAH KARYA TERBAIK BERMULA 9 MAC – 12 MAC 2017.


Sebanyak 5 buah filem terbaik bakal ditayangkan di tiga buah pawagam tanah air, iaitu GSC Pavillion, KL, GSC 1 Utama, Petaling Jaya, dan GSC Mid Valley, KL. Tayangan khas sempena Pembukaan Festival Filem Antarabangsa, Czech itu bakal menghidangkan lima buah karya yang pernah memenangi anugerah tertinggi dalam Festival Filem Antarabangsa antaranya Anugerah Akademi Oscar dalam kategori Filem Bahasa Asing Terbaik
.
‘Kolya’ yang dihasilkan pada tahun 1996 diarahkan oleh Jan Sverak ini mengupas tentang kehidupan golongan pertengahan yang hidup dalam kelompok terpinggir menerusi watak seorang kanak-kanak lelaki bernama Kolya lakonan Andrey Khalimon. Dia (Kolya) mempunyai masalah keluarga sehingga memaksa dirinya terpisah dan dijaga oleh seorang lelaki tua bernama Louka, lakonan ZdenÄ›k SvÄ›rák. Atas dasar kasih sayang sesama manusia, menyebabkan Louka terpaksa membuat pilihan antara menjaga atau memberikan Kolya kepada rumah kebajikan. Filem yang memenangi kategori Filem Bahasa Asing Terbaik di Anugerah Akademi Oscar pada tahun 1996 dan Anugerah Golden Globe ini antara filem wajib tonton di sepanjang Festival Filem Antrabangsa Czech.



Ketika berucap pada sidang media dan pelancaran festival ini pada 28 Februari yang lalu, H.E. Rudolf Hykl, Kedutaan Republik Czech di Malaysia berkata, ‘Festival yang julung kali diadakan ini adalah kerjasama dua hala antara Golden Screen Cinemas (GSC), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan Kedutaan Czech bagi membawa 5 buah filem terbaik untuk ditayangkan di Malaysia, antaranya 'Dark Blue World', 'Oldies but Goldies' , 'A Vote for the King of The Romans', ‘Kolya’, dan ‘Elementary School’.

Festival yang berlangsung hari ini, 9 Mac hingga 12 Mac 2017 ini merupakan festival yang mengiktiraf karya terbaik dari rangkuman industri perfileman antarabangsa dari segi kekuatan ‘jalan cerita, sinematografi, lakonan dan pengarahan’. Datuk Wira Dr. Abu Bakar Bin Mohamad Diah, Menteri Di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato’ Fauzi Ayob, Ketua Pengarah Finas dan H.E Rudolf Hykl, Kedutaan Republik Czech antara tetamu khas yang turut hadir memeriahkan Tayangan ‘Dark Blue World’ sempena Pembukaan Festival Filem Antarabangsa Czech, di GSC Pavillion, Kuala Lumpur pada 8 Mac 2017.




Untuk jadual tayangan dan maklumat berkaitan, sila layari  http://www.gsc.com.my/

Foto : Aidi Emizul

Ahad, 5 Mac 2017

'REDHAKU UNTUKMU' UNGGULI EMPAT ANUGERAH KASEH TRIBUTE P.RAMLEE 2016


Telefilem ' Redhaku Untukmu' yang mengangkat percintaan tulus insan yang disulami pengorbanan dan penderitaan berjaya menggondol empat anugerah; Telefilem Terbaik, Pengarah Terbaik (Dira Abu Zahar), Pelakon Wanita Terbaik (Sharifah Sakinah) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Iedil Putra). Dira yang mencipta kejayaan sulung sebagai pengarah telah menerima anugerah utama tersebut yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) di Auditorium Perdana Angkasapuri, RTM malam tadi.

Sementara itu, aktivis teater, penulis lirik dan pelakon drama dan filem, Kamarulzaman Taib atau Che' Kem telah menjulang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi telefilem 'Sri Bulan' arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba yang turut memenangi anugerah Skrip Terbaik buat beliau bersama Harlina Samad. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik yang menjadi milik pelakon hebat, Aida Khalida juga diterima menerusi telefilem tersebut.

Keunikan dan pengolahan komedi romantik segar, menarik dan berkesan yang menunjangi karya arahan Al Jafree Mat Yusop, 'Kembara Nak Dara' juga dipilih barisan juri sebagai penerima Anugerah Khas Juri. Telefilem 'Saling' juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila merangkul anugerah Sinematografi Terbaik buat Junaimemrafizal Rahmat.


Dianjurkan untuk kali ke 3 oleh Radio Televisyen Malaysia dan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd milik Dato' Rosyam Nor, Anugerah Tribute P. Ramlee ini merupakan manifestasi penghargaan dan sumbangan kepada Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee menerusi penerbitan kreatif 15 telefilem oleh 15 pengarah dan 11 penulis skrip yang perlu diinspirasikan melalui karya-karya yang dihasilkan lagenda seni tanahair tersebut.

Program yang disiarkan secara langsung di saluran RTM TV1 yang dihoskan pasangan suami isteri Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya turut menampilkan persembahan lagu-lagu karya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee oleh Dato' Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Syamel, Najua Nasir, Ernie Zakri, Azharina dan Zarul.

Berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah Kaseh Tribute P. Ramlee 2016;

Telefilem Terbaik - Redhaku Untukmu
Pengarah Terbaik- Dira Abu Zahar (Redhaku Untukmu)
Pelakon Lelaki Terbaik – Che Kem (Sri Bulan)
Pelakon Wanita Terbaik – Sharifah Sakinah (Redhaku Untukmu)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Iedil Putra (Redhaku Untukmu)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Aida Khalida (Sri Bulan)
Skrip Terbaik -Datin Paduka Shuhaimi Baba & Harlina Samad (Sri Bulan)
Sinematografi Terbaik – Junaimeramfizal Rahmat (Saling)
Anugerah Khas Juri – Kembara Nak Dara

Foto: Zara FINAS

Khamis, 2 Mac 2017

‘GUGURNYA PEJUANG SENI SEJATI, BERGEMELAPAN TERANG HILANG SERINYA, TAN SRI DATUK DR. JINS SHAMSUDDIN IKON PERFILEMAN TERSOHOR.

Solat jenazah Allahyarham Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsuddin di Masjid Ar Riduan Hulu Klang, Selangor

Kalau tidak kerana P.Ramlee, maka tidak akan muncul Seniman Jins Shamsuddin, kerana P.Ramlee lah, saya lahir dengan bakat saya ke dunia filem”, ujar Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri Datuk Dr Jins Shamsuddin ketika hayatnya. Ungkapan keramatnya itu masih terngiang-ngiang di fikiran tatkala mengimbas sejarah perjuangan seniman tersohor yang amat di sayangi seluruh pelusuk negara. Bakat semulajadinya dalam bidang lakonan, serta sifat budi pekertinya dalam aspek kemasyarakatan samada dalam bidang seni, filem mahupun politik amat dikagumi rakan taulan, sahabat artis, para seniman dan seniwati, menjadikan figura tersohor ini antara seniman yang cukup hebat di mata penggiat dan peminat filem tanah air.

Dalam bidang lakonan, nama Jins Shamsuddin antara yang teratas selepas Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee. Bakat kreativitinya usah dipertikaikan kehebatannya. Malahan apa jua watak yang diberikannya, pasti akan digalas dengan baik sehingga dikagumi rakan artis dan pelakon yang pernah bekerja bersamanya. Pancha Delima, yang diterbitkan pada tahun 1957 berjaya meletakkan nama Jins Shamsuddin sebagai bintang filem. Lakonan berkesannya sebagai Suria Kenchana, berganding bersama Seniwati Hashimah Yon berjaya mengangkat nama Jins Shamsuddin di layar perak. Lebih 40 buah filem berjaya dilakonkannya, antaranya ‘Pancha Delima, Matahari, Kasih Sayang, Bidasari, Sarjan Hassan, Gerak Kilat, Si Tanggang, Sumpah Wanita, Lela Manja, Indera Bangsawan dan banyak lagi. Selain itu, bekas Senator ini juga bertanggungjawab mengemudi filem-filem malar segar seperti Bukan Salah Ibu Mengandung, Di Belakang Tabir, Menanti Hari Esok, Esok Masih Ada, Tiada Esok Bagimu, Esok Untuk Siapa, Bukit Kepong, Ali Setan dan filem Balada. 

Isteri Allahyarham, Puan Sri Halijah (berbaju putih)
Jenazah Allahyarham Seniman Tan Sri Datuk Dr Jins Shamsuddin disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Hulu Kelang.

Jenazah Allahyarham Tan Sri Datuk Dr Jins Shamsuddin di bawa keluar dari kediamannya di Kg Pasir.

Setiap lakonannya pasti akan dirindui para peminat filem tanah air, kerana seniman kesayangan ramai itu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada Rabu, 1 Mac 2017 kira-kira jam 5.45 petang. Jenazah Allahyarham Tan Sri Datuk Dr Jins Shamsuddin selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Hulu Kelang, Selangor pada Khamis, 2 Mac 2017 jam 10.30 pagi. Allahyarham meninggalkan empat orang anak iaitu Muhammad Jafri (hasil perkahwinan dengan seniwati Rahmah Rahmat), Putera Hang Tuah @ Shazrin (hasil perkahwinan dengan Jamilah Shukur) dan dua anak hasil perkahwinan bersama Puan Sri Halijah Abdullah (kini) iaitu Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nadim.

Allahyarham pernah menyandang jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Finas sekaligus menjadi Pengerusi Finas pada 15 Sept 2005 selama tiga tahun. Pelbagai aktiviti telah dirangkanya, antaranya adalah menstrukturkan organisasi Finas sebagai pusat perkembangan dan pentadbiran perfileman terunggul di rantau asia melalui Dasar Perfileman Negara yang diperjuangkannya sehingga kini. Ketika di temui media di Masjid Ar Ridhuan, Hulu Kelang, Selangor, Pengarah, Pelakon dan Penerbit Filem Terkenal, Datuk Yusof Haslam menegaskan pemergian Tan Sri Jins sebagai satu kehilangan besar buat negara. Allahyarham merupakan insan seni dan pejuang filem sejati yang banyak memperjuangkan hak golongan artis dan karyawan filem tempatan sejak beliau menjadi Senator di Dewan Negara. Ketegasan Tan Sri Jins dalam soal kerjaya membabitkan hak golongan karyawan seni dipandang tinggi malahan seniman tersohor itu merupakan rakan baiknya yang sama sama berganding bahu mengangkat industri seni dan filem tanah air ke peringkat yang boleh dibanggakan. Selain itu, beliau (Tan Sri Jins) adalah individu yang bertanggung jawab mewujudkan Skim Wajib Tayang Finas bagi filem-filem tempatan yang ingin di tayangkan di pawagam. Tambahnya lagi, penubuhan Finas pada tahun 1981 melalui Kongres Jawatankuasa Kemajuan Filem membentuk Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia di Tapak Studio Merdeka adalah cetusan idea dan keringat bakti Allahyarham Tan Sri Datuk Dr Jins Shamsuddin yang tiada tolok bandingnya.

Pengarah, Pelakon & Penerbit Filem Terkenal: Datuk Yusof Haslam
Pelakon & Penyanyi Terkenal era 80an, Noorkumalasari, berkongsi kenangan manis bersama Allahyarham Jins Shamsuddin
Isteri Allahyarham, Puan Sri Halijah Abdullah
Noorkumalasari, pelakon terkenal era 1970an yang pernah berganding dengan Allahyarham Tan Sri Jins menerusi filem Menanti Hari Esok (1977), Tiada Esok Bagimu (1979) dan Esok Untuk Siapa (1982) menyifatkan Allahyarham Tan Sri Jins seorang pengarah, pelakon dan rakan seperjuangan yang sukar di cari ganti. Ketegasan beliau akan terus diingati, iaitu bagaimana susah perit kita menghasilkan filem pada waktu tu dengan sumber kewangan yang terhad, menjadikan ia suatu memori dan kenangan yang mungkin sukar dilupakan.

Filem dan pemikiran Allahyarham Tan Sri Jins dalam setiap karya lakonannya menjadi sumber inspirasi kami sebagai pelapis masa depan. Filem J Revolusi umpamanya adalah tribute khas buat Seniman Lagenda Jins Shamsuddin berdasarkan filem Gerak Kilat : Jefry Zain’ yang diterbitkan tahun 1966 arahan Datuk Jamil Sulong. Kehilangan Seniman Jins Shamsuddin turut dirasai saya dan rakan-rakan artis lain, walaupun saya bukan dari zaman tersebut’, ujar pelakon dan hero generasi baharu, Zul Ariffin yang ditemui di Tapak Perkuburan Islam Jalan Hulu Kelang, Selangor. 

Masjid Al Ridhuan, Hulu Kelang, Selangor
Anak Allahyarham Jins Shamsuddin: Putera Hang Jebat menyiram pusara arwah.
Anak Allahyarham Jins Shamsuddin: Putera Hang Nadim menyiram pusara Arwah
Jins Shamsuddin atau nama sebenarnya, Mohamed Zain bin Shamsuddin dilahirkan pada 5 November 1935 di Taiping, Perak adalah pelakon, pengarah dan bintang filem tersohor dari zaman kegemilangan Studio Jalan Ampas, Singapura dan meninggal dunia pada 1 Mac 2017 di Hulu Kelang, Selangor.
AL Fatihah, moga roh lagenda seni tanahair ini ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan di sayangiNya.

‘gugurnya pejuang seni sejati, bergemelapan terang hilang serinya’

Putera Hang Nadim 
Seniman Negara : Allahyarham Tan Sri Datuk Dr Jins Shamsuddin ketika muda
Bersemadinya pejuang seni sejati: Tan Sri Datuk Dr Jins Shamsuddin
SENIMAN ALLAHYARHAM TAN SRI DATUK DR JINS SHAMSUDDIN @ MOHAMED ZAIN SHAMSUDDIN
(5 November 1935 - 1 Mac 2017)

Oleh: Amy Ikram
Foto : Rafi Rahman