Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Rabu, 8 Mac 2017

FESTIVAL FILEM ANTARABANGSA CZECH MERAIKAN 5 BUAH KARYA TERBAIK BERMULA 9 MAC – 12 MAC 2017.


Sebanyak 5 buah filem terbaik bakal ditayangkan di tiga buah pawagam tanah air, iaitu GSC Pavillion, KL, GSC 1 Utama, Petaling Jaya, dan GSC Mid Valley, KL. Tayangan khas sempena Pembukaan Festival Filem Antarabangsa, Czech itu bakal menghidangkan lima buah karya yang pernah memenangi anugerah tertinggi dalam Festival Filem Antarabangsa antaranya Anugerah Akademi Oscar dalam kategori Filem Bahasa Asing Terbaik
.
‘Kolya’ yang dihasilkan pada tahun 1996 diarahkan oleh Jan Sverak ini mengupas tentang kehidupan golongan pertengahan yang hidup dalam kelompok terpinggir menerusi watak seorang kanak-kanak lelaki bernama Kolya lakonan Andrey Khalimon. Dia (Kolya) mempunyai masalah keluarga sehingga memaksa dirinya terpisah dan dijaga oleh seorang lelaki tua bernama Louka, lakonan Zdeněk Svěrák. Atas dasar kasih sayang sesama manusia, menyebabkan Louka terpaksa membuat pilihan antara menjaga atau memberikan Kolya kepada rumah kebajikan. Filem yang memenangi kategori Filem Bahasa Asing Terbaik di Anugerah Akademi Oscar pada tahun 1996 dan Anugerah Golden Globe ini antara filem wajib tonton di sepanjang Festival Filem Antrabangsa Czech.



Ketika berucap pada sidang media dan pelancaran festival ini pada 28 Februari yang lalu, H.E. Rudolf Hykl, Kedutaan Republik Czech di Malaysia berkata, ‘Festival yang julung kali diadakan ini adalah kerjasama dua hala antara Golden Screen Cinemas (GSC), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan Kedutaan Czech bagi membawa 5 buah filem terbaik untuk ditayangkan di Malaysia, antaranya 'Dark Blue World', 'Oldies but Goldies' , 'A Vote for the King of The Romans', ‘Kolya’, dan ‘Elementary School’.

Festival yang berlangsung hari ini, 9 Mac hingga 12 Mac 2017 ini merupakan festival yang mengiktiraf karya terbaik dari rangkuman industri perfileman antarabangsa dari segi kekuatan ‘jalan cerita, sinematografi, lakonan dan pengarahan’. Datuk Wira Dr. Abu Bakar Bin Mohamad Diah, Menteri Di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato’ Fauzi Ayob, Ketua Pengarah Finas dan H.E Rudolf Hykl, Kedutaan Republik Czech antara tetamu khas yang turut hadir memeriahkan Tayangan ‘Dark Blue World’ sempena Pembukaan Festival Filem Antarabangsa Czech, di GSC Pavillion, Kuala Lumpur pada 8 Mac 2017.




Untuk jadual tayangan dan maklumat berkaitan, sila layari  http://www.gsc.com.my/

Foto : Aidi Emizul

0 comments :