Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Ahad, 12 Mac 2017

PESTA PERDANA 14 SINGAPURA KINI KEMBALI.


Selepas dua tahun tidak dianjurkan, kini Pesta Perdana yang memasuki tahun ke-14, bakal diadakan. Anugerah berprestij dalam industri penyiaran drama dan televisyen di Singapura itu bakal melabuhkan tirainya pada 31 Mac 2017. Pesta Perdana 14, 2017 itu menyenaraikan hampir 23 anugerah keseluruhan dengan 18 calon tersenarai sebagai calon kali pertama.

Fir Rahman dan Mastura Ahmad, yang membintangi filem Apprentice tersenarai dalam beberapa kategori utama di Pesta Perdana 14 ini. Manakala pelakon dari Malaysia, Beto Khusairy, Nasil Bilal Khan dan Hamidah Wahab ini pula tersenarai dalam kategori utama di anugerah berprestij dalam dunia lakonan di Singapura. 

'Meraikan Permata Industri Televisyen' adalah tema kali ini dan akan dihoskan oleh personaliti televisyen Fauzie Laily dan Huda Ali. Menurut Zakiah Halim, Ketua Bahagian Melayu Mediacorp Singapura dalam satu kenyataan media berkata,  "Kami teruja dapat mengumumkan pencalonan bagi pelbagai kategori  di Pesta Perdana 2017. Ini merupakan kali ke-14 Pesta yang mengiktiraf bakat baharu dan lama dalam industri penyiaran televisyen dan drama di Singapura. Pelbagai peningkatan dari segi mutu kandungan cerita malahan drama yang dipercalonkan pernah menyertai anugerah di peringkat antarabangsa antaranya, Anugerah Televisyen Asia dan Anugerah Terbaik Televisyen & Filem Pesta New York pada beberapa tahun kebelakangan ini". ujar beliau teruja menantikan debaran malam kemuncak Anugerah Pesta Perdana 14 yang bakal berlangsung di MediaCorp Theatre Singapura pada 31 Mac 2017 jam 8.30 malam.

Bunga Tanjong dan Jalan Ampas antara drama pilihan yang mendapat perhatian di anugerah tersebut kerana ia merupakan drama rantaian yang mempunyai jumlah penonton yang ramai, memandangkan ia menampilkan pelakon berbakat yang mula mencipta nama di peringkat antarabangsa iaitu, Jeff Catz. 

Anugerah Pesta Perdana 14 ini akan disiarkan secara langsung di Suria Singapura dan juga boleh ditonton di Toggle pada malam anugerah 31 Mac 2017 ini. Berikut adalah senarai penuh pencalonan di Malam Kemuncak Anugerah Pesta Perdana 14, 2017 Singapura. 

Pelakon Lelaki Terbaik Dalam Watak Utama 
(Drama Bersiri)


Pelakon Wanita Terbaik Dalam Watak Utama 
(Drama Bersiri) 



Pelakon Lelaki Terbaik Dalam Watak Pembantu
(Drama Bersiri)


Pelakon Wanita Terbaik Dalam Watak Pembantu
(Drama Bersiri)


Pelakon Lelaki Terbaik Dalam Watak Utama
(Drama Khas / Antologi)


Pelakon Wanita Terbaik Dalam Watak Utama
(Drama Khas / Antologi)



Pelakon Lelaki Terbaik Dalam Watak Pembantu
(Drama Khas / Antologi)



Pelakon Wanita Terbaik Dalam Watak Pembantu
(Drama Khas / Antologi)


Pelakon Terbaik Dalam Watak Komedi


Pelakon Harapan Terbaik


Pengacara Terbaik
(Hiburan)


Pengacara Terbaik 
(Rancangan Informasi)



Bintang Cilik Terbaik



Drama Terbaik



Drama Khas Terbaik



Rancangan Hiburan Terbaik



Rancangan Hiburan Khas Terbaik



Rancangan Informasi Terbaik



Rancangan Kanak Kanak Terbaik



Lagu Tema Terbaik



Design Pembukaan Terbaik



Personaliti Lelaki Paling Popular


Personaliti Wanita Paling Popular



Imbas Kembali
Pesta Perdana 13
(credit video by : ohmyshorties)

0 comments :