Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


MICHELLE YEOH RANGKUL PELAKON WANITA TERBAIK DI OSCARS 95

Kemenangan Michelle Yeoh di Anugerah Akademi Oscar ke-95, membuktikan anak Malaysia mampu terbang jauh ke Hollywood.

VIU DAN ASTRO JALIN KERJASAMA STRATEGIK?

Alami pengalaman penontonan baharu melalui kerjasama strategik antara viu dan ASTRO yang mampu membuka lebih luas pasaran dalam bidang penyiaran dengan pelbagai rancangan terbaik seluruh Asia.

ASTRO RAIKAN RAMADAN DENGAN SAJIAN PELBAGAI RANCANGAN DAN PROGRAM MENARIK

Sempena bulan Ramadan penuh keberkatan, Astro tampil meraikan Ramadan dengan pelbagai karya tontonan khususnya buat pelanggan Astro.

ANTARA MITOS DAN FANTASI. HARUM MALAM SETARAF FILEM SERAM HOLLYWOOD?

Bukan sahaja sebagai sebuah karya seram tempatan yang berbeza, namun Harum Malam wajar diakui sebagai sebuah filem Malaysia bertaraf antarabangsa.

KONSERT 25 TAHUN LAH AHMAD HABIS TERJUAL

Walaupun baru diumumkan dan tidak sampai 24 jam, tiket bagi menyaksikan konsert 25 Tahun Lah Ahmad habis terjual.

Khamis, 27 April 2017

MENANGI SEPASANG TIKET KE MALAM GALA 'THE SALESMAN' & 'THE STOPOVER'!



Beberapa minggu lepas, diumumkan mengenai Tayangan Perdana Filem The Salesman yang bakal diadakan malam ini, 27 April 2017 , 9.00 malam di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur telah ditunda ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak. Bagi mereka yang telah menghantar jawapan ke alamat emel ini (klik sini), diharapkan bersabar kerana kami belum memperoleh jadual tayangan terkini bagi Malam Gala Filem The Salesman tersebut. Bagi mereka yang masih ingin mendapat pas masuk ke Malam Gala The Salesman, anda boleh menghantar jawapan anda lagi kerana tarikh tutup penyertaan telah dilanjutkan sehingga 5 Mei 2017. Filem The Salesman yang memenangi anugerah 'Best Foreign Language Films' di Anugerah Akademi ke 89, OSCAR 2017 yang juga dijadualkan tayangannya serentak di seluruh Malaysia bermula 4 Mei 2017 akan ditunda ke tarikh baharu. Pihak GSC Cinemas memohon maaf atas sebarang perubahan.


THE SALESMAN
*Menangi sepasang tiket ke Malam Gala Filem The Salesman. 
(tarikh tayangan ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa)


Ingin memenangi sepasang pas masuk bagi menonton filem The Salesman di GSCinemas ?
Anda hanya perlu menjawab soalan berikut dan hantarkan ke email kami di sini. (KLIK SINI)

  • 1) Siapakah Pengarah filem The Salesman?
  • 2) Selain daripada filem The Salesman, apakah tajuk filem yang diarahkan oleh Asghar Farhadi?

Sila hantarkan jawapan anda ke email kami di ohmyshorties@gmail.com sebelum atau pada 5 Mei 2017.

Pemenang akan dihubungi melalui email.

 The Salesman


Selain daripada The Salesman, anda juga boleh mendapatkan tiket ke Malam Gala Filem The Stopover di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur pada 2 Mei 2017 jam 9.00 malam. Nak tahu bagaimana caranya?.
 

THE STOPOVER

MENANGI PAS MASUK KE MALAM GALA FILEM 'THE STOPOVER' DI GSC MID VALLEY, KUALA LUMPUR PADA 2 MEI 2017.

Golden Screen Cinemas dengan kerjasama Oh My Shorties dan WajibTonton akan memberikan anda sepasang tiket bagi menonton filem 'The Stopover' di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur pada 2hb Mei 2017, jam 9.00 malam. Sebanyak 60 tiket akan diberikan pada penonton bertuah. Nak tahu bagaimana caranya?. 

Anda perlu 'like' kedua-dua page tersebut (seperti tertera di atas) dan jawab 2 soalan mudah, dan hantarkan ke alamat emel kami di ohmyshorties@gmail.com, sebelum atau pada 30hb April 2017.

  • (1) Namakan 2 orang pelakon yang membintangi filem 'The Stopover' ini.
  • (2) Siapakah pengarah filem 'The Stopover'
 The Stopover
Pemenang bertuah akan dihubungi melalui emel.

 Penganjur: GSC Cinemas dengan sokongan OMS! & Wajib Tonton.

Rabu, 26 April 2017

PENGHORMATAN TERTINGGI SAW TEONG HIN MENERUSI 'YOU MEAN THE WORLD TO ME'.

'kemaafan mungkin akan diperolehi sekiranya kita berusaha untuk menggapainya.  Nilai kasih sayang menjadi teras pemangkin kepada usaha memupuk jatidiri kekeluargaan bagi membawa misi keharmonian dalam ikatan sebuah keluarga', adalah ringkasan apa yang boleh diperkatakan menerusi 'You Mean The World To Me', bakal menjengah pawagam tempatan seluruh negara bermula 4 Mei 2017.

Saw Teong Hin, sebelum ini terkenal dengan kejayaannya membawa filem epik berbajet besar, Puteri Gunung Ledang (2004) sebagai karya pertamanya bersama sutradara profilik Mamat Khalid, sehingga dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-18, 2005. Kemudian, beliau mengarahkan filem 'Apa Kata Hati (2008)' dan 'Hoore! Hoore! (2012)' sebagai filem berjiwa remaja sesuai dengan peredaran masa dan sambutan peminat waktu itu. Setelah empat tahun menyepi, Saw Teong Hin kembali mewarnai industri perfileman tanah air tahun ini menerusi 'You Mean The World To Me', 



Filem yang menggunakan bahasa Hokkien dari Penang itu merupakan karya bertemakan 'kasih sayang sesama keluarga' di mana elemen 'jati diri, impian dan cita-cita' menjadi fokus utama Saw Teong Hin sebagai pengkarya setelah 13 tahun mengabdi diri dalam dunia sinema tempatan. Naskhah terbaharunya ini membuktikan beliau antara pengarah berjiwa 'sentimental dan melankolik' di mana garapannya menerusi 'You Mean The World To Me' amat menyentuh perasaan penonton. Filem yang diterbitkan oleh Astro Shaw bersama produksi Real Films ini merungkai kisah tentang Sunny (lakonan Frederick Lee), seorang pengarah filem yang pulang ke kampung halaman di Pulau Pinang bagi sesi penggambaran projek terbaharunya berbentuk autobiografi yang berkisarkan tentang keluarganya sendiri. Kepulangannya disambut baik oleh ahli keluarganya, terutama kakaknya Hoon (lakonan Yeo Yann Yann) dan dua orang ibu saudaranya. Semasa menjayakan projek filemnya, Sunny sering dibayangi dengan kelibat seorang anak lelaki sehingga menemukan dia kepada kisah silam antara dirinya dengan ibunya (lakonan Neo Swee Lin) dan abangnya yang menghidap gangguan mental, Boy (lakonan John Tan).  Menerusi filem ini, penonton di bawa menyelami beberapa karektor penting yang dipaparkan antara Sunny dan ibunya. Pelbagai konflik melatari filem ini sehingga menimbulkan tragedi hitam yang menyiksa jiwa dan raga.

'You Mean The World To Me', merupakan sebuah cerita yang diinspirasikan dari kisah benar tentang kehidupan silam 'Saw Teong Hin' sendiri. Suka duka kehidupan bergelar 'pengkarya filem', dipaparkan cukup indah menerusi karya keempatnya ini. Filem ini membuka ruang dimensi dunia pengarahan berbentuk 'sinema dalam sinema'. Saw Teong Hin begitu teliti dalam menterjemahkan karya ini menerusi paparan sinematografi dan plot ceritanya. Walaupun dilihat agak mendatar pada sesetengah babak, namun penonton diuji dengan karektor Sunny, Boy dan ibunya yang dilihat sukar dipisahkan.




Menariknya, filem ini menggunakan khidmat beberapa nama besar dalam dunia perfileman antarabangsa, antaranya, Christopher Doyle, iaitu sinematografer yang cukup dikagumi dengan hasil karyanya menerusi filem Wong Kar-Wai (In The Mood For Love) dan Zang Yimao (Hero). Turut serta menjayakan filem ini adalah editor dan sinematografer Liao Ching-Song yang pernah terlibat dalam filem The Assassin serta penyanyi lagenda Taiwan, Zhao Chuan yang telah menyumbangkan suaranya untuk lagu tema filem bertajuk 'Kam-Sia Li'.

Ketika berucap kepada media di sesi Tayangan Perdana filem ini di GSC Pavillion, Kuala Lumpur pada petang Rabu, Najwa Abu Bakar, Ketua Astro Shaw menyifatkan, "You Mean The World To Me' sebagai sebuah karya air mata dari Saw Teong Hin. Filem ini sebenarnya sebuah karya yang pernah  dipentaskan di The George Town Festival 2014 di Pulau Pinang. Saw Teong Hin selaku pengarah dan penulis skripnya mahu membawa karya ini ke medium filem yang lebih luas. Melihat kepada sambutan yang cukup menggalakkan waktu itu, saya merasai ia sebuah naskhah yang akan mengujakan penonton kerana filem ini mengetengahkan nilai kasih sayang keluarga yang cukup hebat.Filem ini amat berbeza dengan karya yang pernah dihasilkan Saw Teong Hin dalam sinema tempatan sebelum ini.


Menampilkan beberapa pelakon hebat dari Malaysia dan Singapura antaranya, Frederick Lee, Yeo Yann Yann, Neo Swee Lin (pelakon Phua Chu Kang - watak emak), Steve Yap, Sue Tan dan Chelsia Ng, 'You Mean The World To Me', akan berada di pawagam tempatan bermula 4 Mei 2017.

Gambar Sekitar Tayangan Perdana Filem 
'You Mean The World To Me' di GSC Pavillion, KL pada 26 April 2017

Foto Oleh: Ruffey  Rahman






Trailer Filem


Semua gambar dalam artikel ini adalah dilindungi di bawah Akta Hak Cipta 1987. Sebarang Salinan semula tanpa kebenaran adalah dilarang.

Isnin, 24 April 2017

'BERANI DAN KONTROVERSI', KAMAR SEKSA PAPARKAN KISAH WANITA LESBIAN?

 
'Jangan panggil aku ibuk, panggil aku bapak, kau faham tak'!, Sazzy Falak.

Mendengar sahaja tajuk filem ini, mungkin ada di antara kita tidak mengambil peduli, bahkan mengenepikan terus dengan alasan 'tidak menarik, tajuk tak komersial, filem melayu.. , ala ..bosan!'. Itulah realiti jika kita membikin filem di Malaysia, kerana bukan semua akan menyukai karya kita malahan hasil penat kita bukan sahaja tidak akan dihargai, tetapi akan dilupakan!. Begitulah nasib karyawan seni kita yang yang bergelar 'anak wayang'.

'Kamar Seksa', yang telah membuka tirainya di beberapa pawagam tanah air bermula 20 April 2017 ini merupakan sebuah karya arahan M.Suurya yang boleh disifatkan agak 'berani dan kontroversi dalam menterjemahkan isu permasalahan gender menerusi pembinaan 2 plot cerita dalam satu naskhah. Sazzy Falak dan Ieda Moin, pasangan lesbian dalam filem ini merupakan pasangan sensasi yang mengamalkan 'cinta dan hubungan sejenis' sesama mereka. Watak yang dipikul mereka tentunya mewakili golongan wanita diluar sana yang sememangnya masih ada di dalam kelompok masyarakat kita. Sazzy berjaya membawakan watak perempuan lesbian yang hidup bersama pasangan sejenisnya, Ieda. Mereka berdua bagaikan suami isteri, namun konflik berlaku apabila Sazzy Falak bertindak luar biasa memukul orang gajinya, Mona ;  sehingga berlaku suatu perkara yang tidak diingini.


Jika dilihat dari segi jalan ceritanya, mungkin agak 'klise'. Namun M.Suurya, pengarah filem ini bijak menterjemahkan plot dan visualnya menjadi sebuah filem psiko-thriller yang 'menyakitkan, penuh emosi, dan sensual', sekaligus memberikan mesej berguna buat penonton dan peminat filem tanah air. Beberapa shot dan 'frame' dalam filem ini dijaga dari sudut fotografinya, malahan beberapa karektor tambahan 'tidak dipaparkan wajahnya' dalam beberapa babak. Sebagai contoh, watak lakonan Norkhiriah semasa 'memohon pekerjaan, bersama suaminya dan kehadiran tetamu ke rumah' - semuanya ini hanya meletakkan karektor Norkhiriah seorang sahaja tanpa 'berbalas shot'. Karektor dalam setiap 'frame' amat menarik. Dan kemungkinan pengarah M.Suurya mempunyai jawapannya tersendiri kenapa watak-watak tambahan ini tidak dipaparkan wajahnya langsung. Ini memberikan huraian bahawa hanya empat watak sahaja yang penting iaitu 'Sazzy Falak, Ieda Moin, Norkhiriah dan Aiyuni Hashim', pendatang baru yang digilap M.Suurya menerusi 'Kamar Seksa'. 

Kamar Seksa mempunyai dua cerita dalam satu naskhah. Cerita pertama mengenai Sazzy Falak, Ieda Moin dan Aiyuni Hashim. Cerita kedua pula berkenaan tentang 'dilema watak Norkhiriah bersama suaminya seorang lelaki kaki botol, pemabuk, panas baran dan sebagainya. Mungkin agak biasa atau klise dalam pembinaan plotnya, namun M.Suurya bijak menyusun plot dan naratifnya menjadi sebuah karya yang menarik dan mendebarkan. Filem terbitan Garuda Films ini merupakan karya ketiga M.Suurya dalam industri perfileman tanah air, selepas Sumpahan Puaka (2011) dan Dhusrajanam (2013),  nyata memberikan dimensi yang baik dalam skop sebuah cerita wajib tonton buat penggemar filem-filem 'suspend, thriller dan drama'. 'Kamar Seksa' boleh dikatakan sebuah naskhah filem yang berani bercerita kepada penonton tentang 'isu lesbian, orang gaji, penderaan seksual, dan hubungan sejenis'. Namun filem ini bukanlah karya yang berfantasi tentang keghairahan seksual semata-mata, tetapi ia menghuraikan kepada kita tentang nasib dan akibat, kesan daripada tindakan dan perilaku segelintir masyarakat kita' agar tidak menjadi pedoman buat generasi seterusnya. Filem ini adalah didedikasikan kepada golongan wanita dan merupakan sebuah cerita yang diinspirasikan dari sebuah kisah benar.


Dari sudut fotografi dan skor musiknya, 'Kamar Seksa' berjaya memberikan kita 'mood penontonan' yang suspend dan dramatik. Penggunaan warna bagi setiap karektor diguna pakai dengan baik melalui watak Mona (Aiyuni Hashim), Sazzy Falak, Ieda Moin dan Norkhiriah. Malahan garapan skor muziknya berjaya menimbulkan mood resah, seram, takut, kejam, jahat dan sebagainya. Penampilan Sazzy Falak dalam Kamar Seksa berjaya meletakkan beliau sebagai pelakon wanita berbakat dan antara watak wanita yang amat kejam dan merimaskan, tapi seksi!. Sekiranya filem ini tidak mendapat kutipan memberangsangkan sekalipun, tidak mengapa,  kerana ia sebuah karya kecil tapi besar jiwa dan pemikirannya. Hanya mereka yang menghargai karya filem dan hasil seni karyawan kita, akan ke pawagam untuk menonton filem ini kerana ia menjanjikan sebuah cerita yang baik dan tidak mengecewakan khalayak. Tidak mustahil sekiranya filem ini memperoleh kejayaan di beberapa festival filem antarabangsa .

Tepuk Dada Tanya Selera!.

Kamar Seksa di pawagam sekarang!.

Untuk artikel sebelum ini, sila klik di sini 


 
🎬 Kamar Seksa Filem WAJIB TONTON dengan skala yang diberikan sebanyak 5/5.

Sabtu, 22 April 2017

'BUKAN CERITA BIASA, TAPI LUAR BIASA', 'LEBUH RAYA KE NERAKA' WAJIB TONTON PENGGEMAR SINEMA MAMAT KHALID!


Jika dilihat menerusi beberapa buah karya arahannya sebelum ini, Mamat Khalid optimis tentang genre filem yang dihasilkannya. Kebanyakkan filem-filem sentuhannya 'menjadi' dan ada juga yang terlalu 'dekat' dengan jiwa penonton bahkan juga menjadi trend anak muda serta peminat dan penonton filem tanah air. 'Lebuh Raya Ke Neraka', antara filem terbaharu arahan sutradara profilik Mamat Khalid, bersama produksi Grand Brilliance  di mana filem ini diedarkan oleh Primeworks Studio. 

Mempertaruhkan genre 'supernatural horror', Lebuh Raya Ke Neraka, merupakan filem kerohanian Mamat Khalid di dalam industri perfileman tanah air. Mamat yang terkenal menerusi beberapa seleksi filem-filem komedi arahannya, antaranya 'Man Laksa, Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Husin Mon dan Jin Pakai Toncit, Zombi Kilang Biskut' dan banyak lagi boleh dianggap sebagai trademarknya dalam pembikinan filem-filem rencah 'sinema dalam sinema'. 'Lebuh Raya Ke Neraka', boleh dikatakan antara filem terbaik Mamat Khalid yang agak 'serius' dan 'matang' dari segi pembikinan dan falsafahnya. 



Ketika ditemui media pada tayangan perdana filem 'Lebuh Raya Ke Neraka' di GSC Pavillion, Kuala Lumpur pada petang khamis, Mamat mengganggap 'filem ini sebagai karya masterpiecenya dalam dunia sinema tempatan apabila filem ini memakan masa selama 6 tahun untuk disiapkan. Bukan soal bajet menjadi pertaruhan sehingga mengalami kelewatan untuk ditayangkan pada umum bermula 4 Mei 2017, tetapi karya ini perlu mendapat pandangan dari Mufti Perak agar ia tidak menyinggung penonton tempatan khususnya yang beragama islam. 'Lebuh Raya Ke Neraka' mendapat kelulusan penuh tanpa potongan oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN)'. 

Membariskan beberapa pelakon ternama tanah air antaranya, Awie, Khir Rahman, Miera Liyana, Shah Jaszle, Dazrin Kamaruddin dan Fatin Syahirah, 'Lebuh Raya Ke Neraka' turut menampilkan Pelakon Lelaki Terbaik di FFM28, 2016, Pekin Ibrahim. Mengisahkan tentang sekumpulan geng motor berkuasa tinggi yang diserang penyakit misteri secara tiba-tiba semasa berhenti di suatu kawasan untuk berehat. Bob(lakonan Awie) yang mengetuai kumpulan itu tidak mengalami sebarang penyakit aneh berbanding rakan-rakannya. Misteri penyakit tersebut menghantui diri Bob sehingga memaksa dia terperangkap dalam 'dunia neraka'  melalui halusinasi pemikiran di luar kotak. Gambaran tersebut menjadi tipikal apabila Bob cuba mahu menyelamatkan rakan-rakannya malahan tindakannya itu mengundang malapetaka yang amat dasyat. 



Banyak memaparkan elemen CGI dalam plot penceritaannya, 'Lebuh Raya Ke Neraka', merupakan pecahan dimensi pemikiran Mamat Khalid terhadap 'kerisauan' dirinya yang berbekas dalam mentaliti masyarakat mewakili golongan muda yang mengalami protes dalam diri akibat permasalahan sosial dalam negara. Menurut Mamat, filem ini adalah untuk mendidik masyarakat tentang kesan dalam tindakan akibat perbuatan segelintir dari kita yang tidak tahu menghargai erti sebuah kehidupan. Gambaran 'Neraka' dalam filem ini bukan untuk menakutkan penonton tetapi mahu mendidik kita tentang 'perilaku kehidupan' yang akan di balas kelak. Penonton disajikan dengan kesongsangan kehidupan anak muda kita melalui watak 'Miera Liyana' dan 'Shah Jazle' di awal pembukaan filem ini nyata memberikan sesuatu yang cukup 'berguna' untuk difikirkan, itulah realiti! 

Bakal menemui penonton dan peminat filem tanah air bermula pada 4 Mei 2017, 'Lebuh Raya Ke Neraka' antara filem tempatan arahan Mamat Khalid yang 'wajib tonton' buat mereka penggemar cerita-cerita 'pelik, misteri dan seram' dengan skala yang diberikan sebanyak 5/5. 

Gambar Sekitar Tayangan Perdana Filem 'Lebuh Raya Ke Neraka' arahan Mamat Khalid
di GSC Pavillion, Kuala Lumpur pada 20 April 2017. 

Foto oleh : Ruffey Rahman.  















Trailer 
Lebuh Raya Ke Neraka

Rabu, 19 April 2017

'KAMAR SEKSA', BUKAN FILEM SE'JENIS'!

 
Pertama kali menonton trailer filem ini, penulis menganggap ia sebagai sebuah karya 'hitam' yang pastinya mengundang persepsi negatif di kalangan penonton. Apabila meneliti dari ruang sudut dalam naskhah ini, penulis merasakan ada sesuatu yang ingin diungkap oleh pengarah filem ini. M.Suurya, bukan calang individu yang diberi tanggung jawab untuk berada di kerusi pengarah bagi menghasilkan naskhah ketiga arahannya berjudul 'Kamar Seksa'. Filem yang diterbitkan oleh Genius Parade Sdn Bhd bersama Garuda Films ini merungkai kisah tentang dunia 'biseksual' di kalangan wanita menerusi watak Mona, seorang pembantu rumah dan dua wanita biseks. Pelbagai peristiwa terjadi antara mereka memaksa Mona membongkar misteri yang menyelubungi hidup Khaty dan kisah Nur, seorang ibu yang terperangkap dalam perubahan masa akibat kisah hitam suaminya.

Membariskan beberapa pelakon terkenal tanah air antaranya, Sazzy Falak, Nurkhiriah, Ieda Moin dan Aiyuni Hashim, 'Kamar Seksa', mempunyai dua kisah misteri dalam satu filem. Bakal ditayangkan di beberapa pawagam seluruh Malaysia bermula 20 April 2017, 'Kamar Seksa', filem terbaharu M.Suurya selepas 'Sumpahan Puaka (2011) dan Dhusrajanam (2013). Pernah memenangi Anugerah Direktor Baru Terhebat di Anugerah Blockbuster 2012 menerusi filem pertama arahannya, Sumpahan Puaka,  M.Suurya sebelum ini dikenali sebagai penerbit produksi Genius Parade, di mana beliau menerbitkan filem-filem arahan pengarah dan pelakon berbakat, M.Subash Abdullah seperti 'Pensil (2008), Karna Reborn (2012), Vajram (2012) , Misteri Bisikan Pontianak (2013) ' dan banyak lagi.



Ketika bercakap dalam sesi temubual bersama penulis menerusi khidmat pesanan ringkas, M.Suurya berharap 'peminat dan penonton filem tanah air dapat menerima naskhah terbaharu arahannya ini yang bakal memasuki 25 buah pawagam seluruh Malaysia bermula 20 April 2017.Menurutnya,  'Kamar Seksa', diinspirasikan dari sebuah kisah benar, merupakan karya filem yang didedikasikan buat golongan wanita, yang pernah merasai pengalaman dianiaya, ditipu dan didera akibat orang lain'. Diklasifikasikan P13 oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) Kementerian Dalam Negeri, 'Kamar Seksa' akan 'meremang' di pawagam anda bermula Khamis ini, 20 April 2017. Peminat filem tanah air wajib menonton filem ini kerana ia menjanjikan sesuatu yang istimewa dan tidak mengecewakan anda.


Kamar Seksa Trailer
Di Pawagam 20 April 2017

Selasa, 18 April 2017

17 FILEM HEBAT DARI PERANCIS SEMPENA 'LE FRENCH FESTIVAL 2017'


KUALA LUMPUR, 18 APR - Memasuki edisi yang ke-16, Le French Festival (LFF) 2017 merupakan acara kemuncak bagi meraikan kepelbagaian budaya menerusi seni dan filem melalui penganjuran sebuah festival seni Perancis yang cukup eksklusif. Dikenali sebelum ini sebagai Festival Seni & Filem, Le French Festival 2017 menggabungkan 'seni persembahan merangkumi lukisan, konsert, tayangan filem, pameran, budaya hidup, muzik' dan sebagainya. 

Bakal berlangsung di tiga lokasi utama di Malaysia, antaranya Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Kota Kinabalu, Sabah, Le French Festival 2017 akan bermula pada 4hb Mei hingga 18 Jun 2017.Ketika merasmikan Festival ini di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur pada pagi Selasa, Mr Jean-Pierre Galland, Kaunselor Budaya di Kedutaan Perancis di Malaysia berharap ' festival ini dapat diterima baik masyarakat Malaysia di sini. Le French Festival 2017 antara program kesenian dari Perancis yang diterjemahkan melalui pelbagai skop seni dan budaya. Peminat filem-filem dari Perancis juga berpeluang menonton beberapa seleksi filem terbaik di Pawagam GSC antaranya 'GSC Mid Valley KL, GSC Pavillion KL, GSC 1 Utama KL, GSC Gurney Plaza, Penang, dan GSC Suria, Kota Kinabalu, Sabah'. 



Festival Seni Perancis @ Le Fench Festival 2017 antara program terbesar anjuran Alliance Francaise (AF) dan Kedutaan Perancis di Malaysia dengan sokongan Institut Francais & Martell serta Golden Screen Cinemas (GSC) sebagai platform dalam membawa Sinema Perancis melalui tayangan khas bagi 17 buah filem hebat, antaranya, 'The Fabulous Patars, The Summer Of All My Parents, The Stopover, Monsieur Chocolat, The Odyssey, One Man and his cow, A Bun In The Oven, 21 Nights With Pattie, Baden Baden, Phantom Boy, Our Futures, Rosalie Blum, Two Friends, The White Knights, The Cowboys, The Great Game dan Neither Heaven Nor Earth' . 








 


Peminat seni, budaya dan filem Perancis dijemput hadir menyaksikan acara tersebut di beberapa lokasi berdekatan anda. Sebarang info berkenaan Le French Festival 2017, sila layari www.lefrenchfestival.com.my

Foto oleh : Ruffey Rahman, OMS!. 

Le French Festival 2017 Trailer