Rabu, 2 Mei 2018
AZWAN ALI PEMIMPIN GENERASI BAHARU?
'Perjuangan saya hanya untuk menentang Azmin Ali!', ujar selebriti kontroversi, Azwan Ali, atau lebih mesra dikenali sebagai Diva AA. Pengacara lagenda era 90-an itu telah menggemparkan negara dengan penyertaannya untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) melalui DUN 19, Bukit Antarabangsa bagi menentang abang kandungnya, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Besar Selangor yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR.
Ketika ditemui media pada sesi beramah mesra di Bukit Antarabangsa petang Selasa, Azwan Ali menyelar tindakan Azmin sebagai 'tidak bersyukur' dan 'lupa daratan', ekoran beberapa peristiwa dan krisis peribadi yang tercetus antara mereka. 'Saya masih menyokong kerajaan, cuma perjuangan saya adalah untuk menentang Azmin. Saya tak kisah menang atau kalah', tegas Azwan berulang kali membuktikan perjuangannya untuk merebut kerusi DUN 19, Bukit Antarabangsa adalah bukan perkara sia-sia. Azwan Ali, 52 mewakili parti bebas dengan logo Gajah menyeru rakyat di Bukit Antarabangsa untuk keluar mengundi pada 9 Mei 2018 dengan memilih pemimpin yang benar-benar berkualiti bukan dari aspek kerja malahan fizikal serta boleh dipercayai keseluruhannya.
Juadah yang disajikan Azwan Ali untuk rakyat Bukit Antarabangsa.
Gambar: Malaysia Kini
Azwan Ali bersama rakan media
Azwan Ali bersama Nik Ramzi, Bekas Penerbit Juara Lagu AJL7,1992
Berbaki lagi seminggu untuk mencapai detik bersejarah dalam kalendar Malaysia, Azwan Ali membuat keputusan menganjurkan Sesi Beramah Mesra pada 1 Mei 2018, Selasa. Memilih lokasi berdekatan 7 Eleven dan Petronas Bukit Antarabangsa, Sesi Bertemu Rakyat antara Diva AA dengan warga Bukit Antarabangsa, disaksikan rakan media, Azwan mengedarkan rendang daging dan ayam yang dimasaknya sendiri sekaligus membuktikan Azwan Ali masih relevan diangkat sebagai pemimpin di kalangan penduduk di Bukit Antarabangsa .
Kredit Gambar: Amy Ikram, Nik Ramzi & Malaysia Kini.
Selasa, 1 Mei 2018
TIADA FILEM MELAYU SEPANJANG MEI 2018
Tidak beberapa hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak, begitu juga bakal berlangsungnya satu detik bersejarah dalam kalendar Malaysia iaitu Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU14). 9 Mei, tarikh keramat yang akan menjadi penanda aras kepada corak kepimpinan baharu, mahupun lama. Jadi sebagai rakyat Malaysia yang sayangkan tanah air, mengundilah dengan bijak bagi menentukan siapa pemimpin yang boleh membawa impian anda dan tidak menyusahkan rakyat seanteronya. Mei, bulan indah yang tentunya akan diingati sebagai bulan penuh suci bagi masyarakat islam di mana pada tarikh 17 Mei 2018 (16 hari dari tarikh nota ini ditulis) kita akan menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak. Kiranya bulan ini bulan pengorbanan jiwa dan raga kita di atas muka bumiNya.
Sughamaai Subbulakhsmi. (17 Mei 2018)
Jika berbalik pada industri hiburan dan perfileman tanah air pula, kita melihat tiada filem melayu tempatan yang menghiasi sinema Mei 2018, cuma terdapat sebuah filem tamil tempatan sahaja yang bakal memasuki pawagam, Sughamaai Subbulakhsmi. Selain itu, beberapa buah filem lain samada dari Thailand, Taiwan, Cina dan sebagainya masih lagi merancakkan pawagam tempatan walaupun ia bertaraf filem antarabangsa. Daripada puluhan filem tersebut, saya hanya menyenaraikan 4 buah filem (termasuk filem tamil di atas) wajib tonton bulan ini, antaranya...
In Your Dreams (3 Mei 2018)
Memoir (31 Mei 2018)
When Sun Meet Moons (31 Mei 2018)
Untuk semua peminat filem, raikan sinema Mei dengan karya-karya hebat yang tentunya tidak akan mengecewakan kalian.
Tepuk Dada Tanya Selera!