Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Rabu, 2 Mei 2018

AZWAN ALI PEMIMPIN GENERASI BAHARU?


'Perjuangan saya hanya untuk menentang Azmin Ali!', ujar selebriti kontroversi, Azwan Ali, atau lebih mesra dikenali sebagai Diva AA. Pengacara lagenda era 90-an itu telah menggemparkan negara dengan penyertaannya untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) melalui DUN 19, Bukit Antarabangsa bagi menentang abang kandungnya, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Besar Selangor yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR. 

Ketika ditemui media pada sesi beramah mesra  di Bukit Antarabangsa petang Selasa, Azwan Ali menyelar tindakan Azmin sebagai 'tidak bersyukur' dan 'lupa daratan', ekoran beberapa peristiwa dan krisis peribadi yang tercetus antara mereka. 'Saya masih menyokong kerajaan, cuma perjuangan saya adalah untuk menentang Azmin. Saya tak kisah menang atau kalah', tegas Azwan berulang kali membuktikan perjuangannya untuk merebut kerusi DUN 19, Bukit Antarabangsa adalah bukan perkara sia-sia. Azwan Ali, 52 mewakili parti bebas dengan logo Gajah menyeru rakyat di Bukit Antarabangsa untuk keluar mengundi pada 9 Mei 2018 dengan memilih pemimpin yang benar-benar berkualiti bukan dari aspek kerja malahan fizikal serta boleh dipercayai keseluruhannya. 

Juadah yang disajikan Azwan Ali untuk rakyat Bukit Antarabangsa. 
Gambar: Malaysia Kini

Azwan Ali bersama rakan media

Azwan Ali bersama Nik Ramzi, Bekas Penerbit Juara Lagu AJL7,1992

Berbaki lagi seminggu untuk mencapai detik bersejarah dalam kalendar Malaysia, Azwan Ali membuat keputusan menganjurkan Sesi Beramah Mesra pada 1 Mei 2018, Selasa. Memilih lokasi berdekatan 7 Eleven dan Petronas Bukit Antarabangsa, Sesi Bertemu Rakyat antara Diva AA dengan warga Bukit Antarabangsa, disaksikan rakan media, Azwan mengedarkan rendang daging dan ayam yang dimasaknya sendiri sekaligus membuktikan Azwan Ali masih relevan diangkat sebagai pemimpin di kalangan penduduk di Bukit Antarabangsa .


Kredit Gambar: Amy Ikram,  Nik Ramzi & Malaysia Kini.


0 comments :