Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Khamis, 16 Ogos 2018

ANUGERAH PLANET MUZIK 2018 RAIKAN YANG TERBAIK!


Anugerah Planet Muzik (APM 2018) meraikan edisi ke-17 dengan mengumumkan pencalonan terhebat dari Singapura, Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam. Dianjurkan oleh Mediacorp Suria, Warna 94.2FM dan Ria 89.7FM, pencalonan 2018 diumumkan pada1 Ogos 2018 di Royale Chulan Damansara dengan persembahan oleh by Hannah Delisha, Mimifly, Farhan Shah, Fatin Husna dan Khai Bahar. Lebih daripada 100 penyanyi dan pemuzik tempatan menghadiri acara tersebut.

Mendahului senarai pencalonan ialah Alif Abdullah, penyanyi rap dan penggubah lagu Singapura, yang pernah popular bersama kumpulan SleeQ, dengan 6 pencalonan. Ini diikuti dengan 5 pencalonan oleh bintang baru Malaysia, As'ad Motawh, bakat- bakat serba boleh Singapura, Aisyah Aziz dan Sufi Rashid, serta puteri pop Indonesia, Isyana Sarasvati. 

Peminat juga diberi peluang untuk mengundi lagu dan artis kegemaran mereka dalam kategori popular dari sekarang hingga 25 September 2018, 11.59 malam di toggle.sg/apm. Kategori tersebut ialah Artis APM Paling Popular, Lagu APM Paling Popular, Ikon Media Sosial, Artis Paling Popular (Singapura) dan Lagu Paling Popular (Singapura).

Puan Zakiah Halim, Ketua Penyiaran Melayu Mediacorp, berkata, "Sebagai satu- satunya acara penganugerahan muzik Melayu serantau, Anugerah Planet Muzik sentiasa mencipta peluang dan kerjasama yang bermakna antara artis dan pemuzik demi meningkatkan profil mereka di rantau ini. Kami bangga calon-calon APM 2018 merupakan ‘trendsetter’ yang mencabar kreativiti dalam muzik mereka."


Puan Azlin Reza Azmi, Penolong Kanan Naib Presiden Bahagian Kandungan Perniagaan Melayu Astro, turut menambah, Sebagai salah satu penyiar rasmi APM 2018, Astro bangga untuk menyiarkan malam kemuncak acara penganugerahan muzik paling berprestij bagi meraikan pencapaian cemerlang para artis baru dan berpengalaman, yang turut membuat persembahan istimewa untuk tontonan peminat. Peminat industri hibguran serantau boleh menyaksikan APM 2018 secara langsung di Astro Ria (Saluran 104) dan Astro Ria HD (123) untuk mengetahui siapakah yang bakal mengungguli setiap kategori yang dipertandingkan."

Bakal berlangsung di Teater MES,  Mediacorp pada Jumaat, 28 September 2018, bermuda jam 9.00 malam  Acara selama 3 jam ini akan menampilkan gandingan hos tiga negara, Fiza O, Nabil dan Daniel Mananta serta persembahan hit oleh Dato' Sri Siti Nurhaliza, Rossa, Judika, Ayda Jebat, Ryan Sufiyan, Mimifly, Khai Bahar, Sara Fajira, Adrian Khalif, Farhan Shah, Jaz , GAC dan The Pinholes.



Tiket untuk menyaksikan acara kemuncak industri muzik serantau melalui APM2018 ini telah habis dijual. 

Berikut merupakan senarai pencalonan penuh APM 2018:

ARTIS BARU TERBAIK (LELAKI)

1 ADRIAN KHALIF - FLAWLESS / MERONA
2 AS’AD MOTAWH - SENYUM
3 FRELO - KEMBALILAH
4 KUDIEN RAFEE - RUANGAN GELAP GERHANA
5 NAIM DANIEL - SEKALI LAGI

ARTIS BARU TERBAIK (WANITA)
1 CHARIS - SUPERNOVA
2 MIMIFLY - SUPERFLY
3 RAHMANIA ASTRINI - MENUA BERSAMA
4 SARA FAJIRA - YOU KNOW
5 TIESHA - BONEKA

DUO/KUMPULAN TERBAIK

1 CALIPH BUSKERS & FAIZAL TAHIR - BUTA
2 D’MASIV & ROSSA FEAT. DAVID NOAH - PERNAH MEMILIKI
3 GAMALIEL AUDREY CANTIKA (GAC) - SUARA
4 JAGAD EDGE FEAT. FIRWAN JOHAN & MIIKO THE 13TH - ONLY
5 RAN FEAT. YURA YUNITA - MELAWAN DUNIA

BAND TERBAIK
1 INSOMNIACKS - SELALU
2 LAST CHILD - DUNIA UNTUKMU
3 NOAH - JALANI MIMPI
4 SEARCH - NAMA YANG KAU LUPA
5 SHEILA ON 7 - FILM FAVORIT


KOLABORASI TERBAIK (ARTIS)

1 DATO’ SRI SITI NURHALIZA & JUDIKA - KISAH KU INGINKAN
2 FAZURA & SAMSONS - CINTA LANGKA
3 ISMAIL IZZANI & ALIF - LUAR BIASA
4 RIZKY FEBIAN & AISYAH AZIZ - INDAH PADA WAKTUNYA
5 RYAN SUFIYAN & MIMIFLY - GILA

KOLABORASI TERBAIK (LAGU)

1 AKU SENDIRI - SUFI RASHID (SUFI RASHID & HAQIEM RUSLI)
2 BUKAN MAKSUDKU - ROSSA (TAUFIK BATISAH) 
3 JANGAN - AZIZ HARUN (FAIZAL TAHIR, EZRA KONG,MIKE CHAN & ROMEO)
4 TAK PERLU KATA APA-APA - HANNAH DELISHA (HANNAH DELISHA, ROMEO,
FAIZAL TAHIR & MIKE CHAN)
5 TEMAN BAHAGIA - JAZ (RAMADHAN HANDY “SOULVIBE” & ASTA ANDOKO “RAN”)

ARTIS TERBAIK (LELAKI)

1 FAIZAL - TAHIR MENANG
2 JAZ - TEMAN BAHAGIA
3 JUDIKA - JIKALAU KAU CINTA
4 KUNTO AJI - KONON KATANYA
5 NOH SALLEH - RENJANA

ARTIS TERBAIK (WANITA)

1 DATO’ SRI SITI NURHALIZA - SEGALA PERASAAN
2 DAYANG NURFAIZAH - SEPARUH MATIKU BERCINTA
3 ISYANA SARASVATI - LEMBARAN BUKU
4 RAISA - TEDUHNYA WANITA
5 RINNI WULANDARI - CINTAI AKU

LAGU TERBAIK (SINGAPURA)

1 ADAKAH DIA - LIWANI IZZATI
2 BONEKA - TIESHA 
3 BUAT SELAMANYA - ALIF 
4 ONLY - JAGAD EDGE FEAT. FIRWAN JOHAN & MIIKO THE 13TH
5 RACUN - FARHAN SHAH

LAGU TERBAIK (MALAYSIA)

1 MATA - AYDA JEBAT
2 NAMA YANG KAU LUPA - SEARCH 
3 SENYUM - AS’AD MOTAWH 
4 SEPARUH MATIKU BERCINTA - DAYANG NURFAIZAH 
5 SUPERFLY - MIMIFLY 

LAGU TERBAIK (INDONESIA)

1 JERA (HATIKU MASIH MILIKMU) - BUNGA CITRA LESTARI
2 JIKALAU KAU CINTA - JUDIKA 
3 KEMBALILAH - FRELO 
4 LEMBARAN BUKU - ISYANA SARASVATI 
5 LOVE AGAIN - AFGAN 

IKON MEDIA SOSIAL

1 RAISA
2 ISYANA SARASVATI
3 RIZKY FEBIAN
4 JAZ
5 SHEILA ON 7
6 AYDA JEBAT
7 KHAI BAHAR
8 AIMAN TINO
9 AS’AD MOTAWH
10 ALIFF AZIZ
11 AISYAH AZIZ
12 HANNAH DELISHA

ARTIS PALING POPULAR (SINGAPURA)

1 BHUMIBAND
2 SUFI RASHID
3 ALIF
4 HAIKAL ALI
5 FARHAN SHAH
6 DIDICAZLI
7 THE PINHOLES
8 HAQIM MOKHTAR
9 JAGAD EDGE
10 AISYAH AZIZ
11 RYAN SUFIYAN
12 ISNINA

LAGU PALING POPULAR (SINGAPURA)

1 HANYA KAMU - BHUMIBAND
2 AKU SENDIRI - SUFI RASHID
3 BUAT SELAMANYA - ALIF
4 KAULAH MIMPI - STEREOHYPE
5 RACUN - FARHAN SHAH
6 SEJUJURNYA - DIDICAZLI
7 SABARLAH SAYANG - DIN ILANGO
8 ANTARA NASIB DAN TAKDIR - HAQIM MOKHTAR
9 ONLY - JAGAD EDGE FEAT. MIIKO THE 13TH & FIRWAN JOHAN
10 KEPALA BATU - THE PINHOLES
11 IYALAH - DEFFI
12 WARNA - ISNINA

LAGU PALING POPULAR APM

1 AKU SENDIRI - SUFI RASHID
2 GILA - RYAN SUFIYAN & MIMIFLY
3 BUAT SELAMANYA - ALIF
4 DI MATAMU - SUFIAN SUHAIMI
5 BUNGA - ALTIMET
6 TERGANTUNG SEPI - HAQIEM RUSLI
7 ZALIKHA - FLOOR 88
8 SENYUM - AS’AD MOTAWH
9 LEMBARAN BUKU - ISYANA SARASVATI
10 FILM FAVORIT - SHEILA ON 7
11 INDAH PADA WAKTUNYA - RIZKY FEBIAN & AISYAH AZIZ
12 BUKTI - VIRGOUN

ARTIS PALING POPULAR APM

1 SUFI RASHID
2 AISYAH AZIZ
3 ALIF
4 JAZ
5 ISYANA SARASVATI
6 RAISA
7 SHEILA ON 7
8 ANJI
9 AS’AD MOTAWH
10 AIMAN TINO
11 AYDA JEBAT
12 KHAI BAHAR

0 comments :