Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


33 FILEM MELAYU KLASIK CATHAY KERIS WARNAI ASTRO BERMULA SEPTEMBER 2021

Kesemua 33 buah filem tersebut adalah antara filem hebat yang pernah ditayangkan pada tahun 1950an sehingga 1960an. Antaranya adalah Pontianak Gua Musang, Sumpah Pontianak, Jula Juli Bintang Tiga, Tunang Pak Dukun, Dang Anom, dan Chuchu Datuk Merah yang menampilkan sentuhan gubahan muzik oleh komposer Singapura yang terkenal dengan menghasilkan lagu kebangsaan negara tersebut, Zubir Said.

LAYAR SINEMA:NORMA BAHARU TAYANGAN FILEM TEMPATAN

Astro senantiasa memberikan pelbagai cara terbaik untuk menonton filem kepada pelanggan apabila membawa filem-filem terus ke rumah melalui saluran Astro First. Langkah ini telah membuka ruang buat penerbit di luar sana untuk membawa filem mereka ditayangkan buat pertama kali terus ke pawagam rumah penonton.

DI SEBALIK CERITA KONTROVERSI COMOLOT

Penghasilkan 'comolot' adalah kerana saya cukup mengkagumi karya Osman Ali menerusi filem eksperimental 'Bukak Api'. - AMY IKRAM

DIINSPIRASIKAN DARIPADA KISAH BENAR, TOWN MALL FILEM SULUNG DATUK SERI EIZLAN YUSOF

TOWN MALL filem seram Eizlan Yusof yang bakal membuatkan penonton meremang di Astro First. Filem terbitan Enuja Production kerjasama Astro Shaw itu merupakah karya yang diinspirasikan daripada kisah benar.

NABIL AQIL BERAKSI 'PANAS'?

Nak tahu apa yang panas minggu ini?. Nah kami sajikan 5 video terhangat minggu ini.

Khamis, 27 September 2018

5 FILEM TERBAIK SEMPENA KOREAN FILEM FESTIVAL 2018


Peminat filem dari negara Korea mungkin tidak akan melepaskan peluang keemasan ini. Sebanyak 5  (lima) buah filem hebat dari negara itu bakal ditayangkan di Pawagam GSC Mid Valley, Kuala Lumpur. Bermula dari 27 September hingga 30 September 2018, Embassy of the Republic of Korea in Malaysia membawakan Korean Filem Festival 2018. Memilih pawagam Onyx Samsung LED di GSC Mid Valley Kuala Lumpur, penonton dan peminat filem dapat merasai pengalaman sebenar menonton filem menerusi platform digital samsung terbaharu LED di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur. 'Run-Off,  Dong Ju – The Portrait of a Poet, Green Days: Dinosaur and IDetective K: Secret of the Lost Island, dan The Face Reader', antara 5 buah filem dari korea bakal menemui anda bermula hari ini. 

Sebagai meraikan festival ini, pelancaran khas Korean Filem Festival 2018 telah berlangsung dengan jayanya di Onyx Hall Samsung LED cinema di GSC Mid Valley, KL pada 26 September 2018, Rabu. Peminat filem boleh mendapatkan tiket menonton filem ini secara perfuma bermula hari ini di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur . Sebarang info dan maklumat berkaitan, boleh layari www.gsc.com.my dan www.facebook.com/koremy.eng.











Gambar: Ruffey, OMS!