Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Isnin, 8 April 2019

SANISAH HURI KEMBALI BERAKSI DI 'THE CAPITOL THEATRE SINGAPORE', APRIL INI!


Kelunakan suara Sanisah Huri dalam arena muzik nusantara usah dipertikaikan kehebatannya. Kemerduan vokalnya mengalunkan lagu Aidilfitri ketika musim perayaan menjadi siulan peminat ketika itu bahkan penyanyi kelahiran Singapura ini boleh dikatakan antara penyanyi malar segar yang masih aktif walaupun dalam usia 67 tahun. 

Merakamkan hampir 31 buah album dengan ratusan karya mengusik jiwa, nama Sanisah Huri boleh dikatakan cukup dikenali di seluruh asia, malah beliau digelar 'Bintang Pujaan' era 60an hinggalah ke 80an yang memiliki jutaan peminatnya tersendiri. 'Sejak Ku Bertemu Padamu, Tari Tualang Tiga, Tuah dan Tijah, Lagu Pujaanku, Semenjak Berjauhan, Gelisah dan Aku Bintangmu', antara lagu dendangan Sanisah Huri yang berjaya memikat halwa telinga pendengar bahkan penyanyi lagenda sepanjang zaman itu boleh dikatakan masih relevan walaupun industri muzik ketika ini menongkah arus. 

Bermula sebagai penyanyi runut bunyi melalui rakaman lagu bagi filem A-Go-Go '67 terbitan Shaw Brothers pada tahun 1967, sehingga membawa kepada rakaman album dalam bentuk piring hitam, Sanisah Huri menjadi antara penyanyi popular selain Junainah M.Amin, Julie Remie, Anita Sarawak, dan ramai lagi ini akhirnya bakal mengubat kerinduan peminat seni suara apabila bakal muncul dengan Konsert Khas 'Sanisah Huri Live In Concert 2019'. Memilih Ruang Seni di The Capitol Theatre Singapore pada 19 April 2019, bermula 8.00 malam, konsert yang bakal menampilkan rakan penghibur dua buah negara itu, antaranya Datuk Andre Goh, Mai Dhaniyah, Sufi Rashid, Imran Ajmain, dan Aisyah Aziz itu merupakan konsert solo terbesar Sanisah Huri sebagai penghibur lebih 5 dekad dalam industri muzik tanah air.  


Ketika berucap dalam satu sidang media, Sanisah, 67, menyifatkan konsert yang bakal diadakan ini adalah bagi meraikan penglibatannya dalam seni suara hampir 50 tahun. Ia merupakan penghargaan buat 'orang lama' sepertinya yang muncul kembali, 'bukan merajuk', tetapi sebagai ingatan tulus serta terima kasihnya buat peminat setianya yang terus meminati lagu-lagu dendangannya walaupun industri muzik ketika ini lebih menjurus kepada aliran pop moden dan komersial. 

Konsert yang dianjurkan oleh Taps Events & Entertainment, dan disokong oleh Persatuan Penyanyi dan Karyawan Muzik Melayu Singapura (Perkamus) ini sudah terjual tiketnya sejak Januari 2019 yang lalu. Tiket-tiket berharga SGD$68 dan SGD$188 (bertemu Sanisah) boleh didapati di laman Sistic. (tekan sini). 

Selamat menonton. 

Lagu Pujaanku by Sanisah Huri

0 comments :