Selasa, 30 Jun 2020
MANIFESTASITI2020 PENGALAMAN MUZIK LUAR BIASA! [Pre-Order Now!]
ManifestaSiti2020; Album Solo Studio ke 18, penyanyi kesayangan ramai, Dato' Sri Siti Nurhaliza akan dilancarkan di seluruh platform muzik bermula 3 Julai 2020. Kepada anda yang tidak sabar untuk memiliki album tersebut dalam bentuk CD, boleh membuat tempahan segera sebelum kehabisan stok!.
Pra Pesanan Album #ManifestaSITI2020.
CD berharga RM46.90 tak termasuk kurier boleh didapati di sini .
Peminat industri muzik tanah air harus memiliki album ini kerana ia menjanjikan satu pengalaman muzik yang agak luar biasa!.
Jadikan ia sebuah koleksi hebat yang tidak harus dilepaskan!
11 lagu, gabungan komposer ternama dan baru memberikan variasi di dalam album ini.
Jika mahukan buah segar, benihnya pasti baik,
Jika mahukan irama terdengar, perkayakan muzik,
Jika mahukan hati bergetar, sebuah lagu bisa mengusik.
Pre-Order Now!
Jumaat, 19 Jun 2020
LAYAR SINEMA: TOWN MALL DIINSPIRASIKAN DARIPADA KISAH BENAR.
Bangunan terbengkalai sering dikaitkan dengan kisah misteri dan mistik. Bagi pengikut cerita seram, pasti tahu kisah-kisah popular dan legenda di Malaysia yang mampu membuat bulu roma meremang. Terbaru, filem Town Mall menampilkan kisah inspirasi daripada kisah benar yang diadaptasi daripada novel bergenre seram terlaris karya Hasrudi Jawawi terbitan Buku Prima. Filem terbitan Enuja Production ini awalnya dijadualkan untuk tayangan d pawagam pada 26 Mac lalu, namun kini, Astro Shaw dengan sukacitanya membawa terus ke pawagam rumah anda menerusi saluran Astro First (480) mulai 25 Jun 2020.
Pembikinan filem Town Mall yang mengambil masa 25 hari penggambaran ini menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air, Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Dato’ Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Faradhiya. Lebih mengujakan, ini merupakan naskhah pertama Datuk Seri Eizlan Yusof yang turut menggalas tanggungjawab sebagai pengarah filem.
Manakala Penerbit dari Produksi Enuja Production, Zainuddin Mohd Ismail menzahirkan rasa penuh keterujaan kerana filem Town Mall akhirnya bakal menemui penonton. “Saya selaku penerbit bersama barisan kru dan pelakon tidak sabar untuk menunggu reaksi penonton kelak. Sokongan daripada pihak Astro Shaw yang membuka ruang buat penerbit untuk menayangkan filem dalam tempoh sekarang ini, memberikan saya lebih keyakinan dan percaya potensi filem ini untuk mendapat sambutan positif. Saya berharap kehadiran filem ini mampu menjadi pencetus dan mencipta penanda aras baru dalam adaptasi filem daripada novel seram, kerana sebelum ini amat jarang kita lihat naskhah-naskhah novel seram diangkat ke layar perak.”
Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Kami di Astro Shaw akan terus membantu penerbit membawa karya mereka ke rumah untuk ditonton buat pertama kalinya menerusi saluran Astro First. Jika sebelum ini kami telah bawakan genre berbeza seperti komedi drama, komedi seram, drama islamik dan terbaru istimewa pada kali ini adalah genre filem seram. Memahami citarasa penonton, kami terus komited untuk tampilkan pelbagai lagi genre berbeza di masa akan datang. Kami berharap, selaras dengan fasa penjanaan semula ekonomi negara, usaha ini sedikit sebanyak turut dapat membantu industri perfileman tempatan untuk terus bernafas dan kembali bergerak aktif selaras dengan normal baharu.
Sementara itu, kami merasakan bahawa sekarang ini adalah waktu yang begitu tepat untuk membawakan filem Town Mall kepada penonton, di mana jalan ceritanya mampu membuat penonton mengimbau kisah-kisah seram yang berlaku sebelum ini. Meskipun kini menyaksikan rakyat sudah mula kembali kepada rutin harian dengan amalan normal baharu seperti pergi ke pejabat, berjalan di pusat beli-belah dan melakukan aktiviti rekreasi mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan, namun begitu, aktiviti menonton di rumah bersama keluarga tetap diteruskan dengan pelbagai rancangan menarik di Astro,” tambah Raja Jastina lagi. Ketika ini, filem seperti Manap Karaoke, Syif Malam Raya dan Ada Apa Dengan Dosa masih rancak ditayangan di saluran Astro First.
Town Mall mengisahkan tentang projek pembinaan yang telah terbengkalai selama 10 tahun akibat gangguan halus dan kini sebuah syarikat pembinaan terkenal cuba menyambung semula kerja-kerja dengan harapan bangunan itu akan menjadi sebuah pusat beli-belah terkemuka. Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu. Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehingga suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kisah seram menerusi filem Town Mall yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 25 Jun 2020. Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang- ulang.
Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem ini, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
Town Mall bakal hantui anda di Astro First
bermula 25 Jun 2020.
Khamis, 11 Jun 2020
DI SEBALIK CERITA: COMOLOT & PLU A STORY!. DESIRES HAS NO BOUNDARIES ?
Penghasilkan 'comolot' adalah kerana saya cukup mengkagumi karya Osman Ali menerusi filem eksperimental 'Bukak Api'. Dengan bantuan pelakon Mislina Mustaffa waktu itu, saya berjaya membawa Remy Ishak bagi menggantikan Arja Lee yang menarik diri pada saat akhir untuk memegang peranan sebagai lelaki homoseksual berpasangan dengan Ben Quariel dalam filem comolot. Penyertaan Remy Ishak adalah penampilan pertamanya dalam bidang lakonan sebelum ia dikenali hebat sebagai pelakon selepas itu. 'Comolot' mengisahkan kecurangan seorang lelaki bernama Danial yang menjalinkan hubungan songsang dengan Aiman, seorang lelaki ; sedangkan pada masa yang sama Danial mahu menikahi Juwita, seorang wanita. Apakah pernikahan mereka berlaku atas dasar cinta atau keluarga?. Kenapa saya menggagalkan perkahwinan yang dirancang dengan memberi laluan kepada cinta sejenis Aiman dan Danial menerusi tagline 'desires has no boundaries?'. Tidak perlulah saya menghuraikan secara terperinci kenapa dan mengapa!. Cukuplah ia sebuah cerita yang telah berlaku dan mungkin menjadi pengajaran kepada kita agar bersikap jujur dengan apa yang terjadi, dan saya tidak sanggup membiarkan perkahwinan Juwita (lakonan Mia Sara) dengan seorang lelaki yang tidak jujur dengan kehidupannya. Adakah anda diluar sana jujur dengan apa yang anda lakukan dalam hidup ini?.
Berbalik kepada isu filem 'PLU A Story', saya melihat penerbitan naskhah ini adalah wajar; bukan menyokong tetapi sekadar berpandangan bahawa cerita sebegini bagaikan 'hot & crispy'. Shahrulezad seorang sutradara yang cukup di kagumi menerusi rantaian drama hitnya seperti 'Nur, Kerana Cintaku Saerah, Syurgamu Ramadan, Ramadan Yang Hilang', dan banyak lagi. Kemungkinan naskhah terbaharunya itu tidak digemari atau menganggu, tapi saya percaya 'PLU A Story' mempunyai kekuatan yang tersendiri sekiranya ia dihasilkan dengan penuh teliti, jujur dan tidak mengikut trend penerbitan menerusi medium digital yang semakin laris ketika ini. Jika kita lihat menerusi aspek penerbitan dan siaran secara digital, menerusi medium Netflix, Viu, Iflix dan sebagainya. Penontonan karya secara digital cukup digemari masyarakat moden walaupun penontonan secara wayang gambar di pawagam masih relevan, juga langganan di beberapa stesen televisyen berbayar masih lagi diakui sebagai platform tontonan visual secara logik dan popular. Mungkin medium digital lebih bersifat terbuka bagi filem ini kerana penontonannya lebih besar walaupun jaringannya agak kompleks tapi menghiburkan!.
Keberanian seseorang pengkarya dalam menterjemahkan sesuatu naskhah bukan bermakna ia menyokong sentimen sesuatu isu yang terjadi, tetapi ia sebagai gambaran tentang kerakusan hidup kita sebagai manusia yang tidak pernah puas dalam membuat keputusan. Hubungan sejenis dalam kelompok masyarakat hari ini bukan lagi isu baharu malahan ia telah berakar umbi dalam institusi kekeluargaan walaupun golongan ini rata-ratanya sudah mendirikan rumah tangga, dan beranak pinak. Tetapi kenapa dan mengapa hal ini masih terjadi?. Kita tidak seharusnya menyalahkan sesebuah karya yang kita tonton sekiranya naskhah itu terlalu jujur dalam menyampaikan sesuatu. Cuma apa yang perlu kita tahu adalah 'apakah kita sudah cukup sempurna sebagai seorang manusia yang tidak pernah melakukan kesalahan mahupun kecurangan sesama pasangan kita walaupun kita menjeling memandang kesalahan orang lain sedangkan diri kita lebih teruk dari apa yang kita tonton'!.
Buka minda, tepuk dada tanya selera.
Keberanian seseorang pengkarya dalam menterjemahkan sesuatu naskhah bukan bermakna ia menyokong sentimen sesuatu isu yang terjadi, tetapi ia sebagai gambaran tentang kerakusan hidup kita sebagai manusia yang tidak pernah puas dalam membuat keputusan. Hubungan sejenis dalam kelompok masyarakat hari ini bukan lagi isu baharu malahan ia telah berakar umbi dalam institusi kekeluargaan walaupun golongan ini rata-ratanya sudah mendirikan rumah tangga, dan beranak pinak. Tetapi kenapa dan mengapa hal ini masih terjadi?. Kita tidak seharusnya menyalahkan sesebuah karya yang kita tonton sekiranya naskhah itu terlalu jujur dalam menyampaikan sesuatu. Cuma apa yang perlu kita tahu adalah 'apakah kita sudah cukup sempurna sebagai seorang manusia yang tidak pernah melakukan kesalahan mahupun kecurangan sesama pasangan kita walaupun kita menjeling memandang kesalahan orang lain sedangkan diri kita lebih teruk dari apa yang kita tonton'!.
Buka minda, tepuk dada tanya selera.
Selasa, 2 Jun 2020
LAYAR SINEMA: NORMA BAHARU TAYANGAN FILEM TEMPATAN
Industri penerbitan filem dunia dan tempatan amat terkesan dengan perubahan drastik akibat penularan pendemik COVID-19, ia diburukkan lagi dengan sekatan kemasukan kawasan yang dilanda teruk menyebabkan pengerakan dikawal. Pengiat filem tempatan dan antarabangsa berdepan isu utama apabila terpaksa menangguh tayangan filem di pawagam sehingga krisis ini dapat diselesaikan sepenuhnya.
Dilema ini turut dirasakan oleh pengiat filem di Malaysia apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan akur dengan peraturan baharu. Secara tidak langsung, segala perancangan untuk mempertontonkan filem di pawagam menemui jalan buntu. Justeru, selaras dengan normal baharu, corak menonton turut berubah apabila penonton sering dahagakan konten yang lebih segar dan berkualiti apabila masa lebih banyak dihabiskan di rumah. Astro dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) dan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) bersama mencari jalan penyelesaian untuk memenuhi permintaan penonton serta membuka ruang buat para penerbit untuk persembahkan karya mereka.
Astro senantiasa memberikan pelbagai cara terbaik untuk menonton filem kepada pelanggan apabila membawa filem-filem terus ke rumah melalui saluran Astro First. Melalui kaedah ini ia telah terbukti apabila ia merintis jalan yang positif apabila filem yang memasuki saluran Astro First mendapat kutipan yang lebih baik berbanding filem-filem yang ditayangkan di pawagam pada tahun 2019. Terutamanya filem Syif Malam Raya yang mula disiarkan minggu sambutan Hari Raya telah mengutip sebanyak RM3 juta dalam tempoh hanya 10 hari tayangan, ia menjadikan rekod tertinggi kutipan filem pada tahun 2020 setakat hari ini.
Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid berkata “Syif Malam Raya telah berjaya di Astro First dan ia telah menjadi perubahan yang baik dalam penerbitan filem di Malaysia. Saya ingin mengucapkan sekalung tahniah buat penerbit Ray Theme Sdn Bhd dan Astro Shaw dalam memberi satu bentuk pemasaran yang lebih dinamik dan inovatif sekali gus membawa kejayaan kepada filem ini. Saya berharap akan ada lebih banyak lagi kejayaan filem tempatan apabila ditayangkan di saluran berbayar sewaktu kita menghadapi cabaran getir ini”
Menurut Panchacharam P. Nalliah (Pansha), Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) “Kutipan filem ‘Syif Malam Raya’ ada satu pencapaian terbaik bagi filem tempatan yang ditayangkan di saluran berbayar Astro Frist sepanjang bulan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2020. Kutipan “Box Office” ini amat ketara sekiranya dibandingkan statistik kutipan di pawagam 5 tahun lalu pada setiap Hari Raya. PFM mengucapkan setinggi tahniah kepada penerbit dan Astro First yang sentiasa memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat Malaysia untuk menikmati hiburan sepanjang tempoh PKP dan terima kasih kepada penonton yang sentiasa memberi sokongan kepada filem tempatan. PFM yakin dan percaya akan lebih banyak filem tempatan yang bermutu dan berkualiti akan ditayangkan di Astro First pada masa akan datang.
Bagi Raja Jastina Raja Arshad, Naib Presiden, Ketua Astro Shaw dan Nusantara, “Langkah ini telah membuka ruang buat penerbit di luar sana untuk membawa filem mereka ditayangkan buat pertama kali terus ke pawagam rumah penonton - Astro First. Selepas kejayaan filem arahan Mamat Khalid; Manap Karaoke di Astro First pada 7 Mei, ia telah berjaya mengutip Rm1 juta. Astro First terus komited dengan membawakan pula filem terbitan pertama Ray Theme Sdn Bhd, Syif Malam Raya pada 21 Mei lalu turut berjaya mengutip RM3 juta. Filem ini ditayangkan pada minggu sambutan Raya Aidilfitri dan menjadi saat penting buat para penerbit untuk melihat kejayaan filem mereka. Kami sangat berbesar hati dengan penerimaan yang sangat baik dari penonton dengan kejayaan kutipan yang memberangsangkan apabila filem Syif Malam Raya berjaya mengutip sebanyak RM3 juta dalam tempoh hanya 10 hari. Kejayaan filem ini juga dapat dibuktikan apabila menerima jumlah tontonan yang baik di saluran NJOI, sebuah servis saluran prabayar yang dapat ditonton secara esklusif selama 5 hari.”
Ahmad Fuzi Mansor dari Ray Theme Sdn Bhd, penerbit filem Syif Malam Raya menyatakan “Sebagai filem sulung terbitan Ray Theme Sdn Bhd, saya bersyukur dengan sambutan luar biasa untuk filem SMR dari penonton di Astro First. Walaupun pada asalnya filem ini dijadualkan untuk tayangan di pawagam, pihak kami redha dengan situasi semasa. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua artis, karyawan, krew penerbitan, pengedar serta pihak Astro sehingga filem ini menjadi satu fenomena dalam era normal baharu bagi tayangan sesebuah filem”.
Mamat Khalid, Pengarah ‘Manap Karaoke’ berkata, “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Astro Shaw, melalui kepakaran mereka telah menawarkan filem Manap Karaoke ditayangkan buat pelanggan di Astro First sewaktu PKP. Kami berharap pelanggan dapat terhibur dengan komedi yang disajikan ketika kita waktu yang tidak menentu ini.”
‘Syif Malam Raya’ dan ‘Manap Karaoke’ kini boleh didapati di Astro Frist melalui TV dan On Demand, ia juga boleh distrem di Astro GO dan juga NJOI. Astro juga menawarkan ruang dan khidmat pemasaran kepada penerbit dan pengarah yang ingin membawa filem mereka kepada lebih 5.6 juta pelanggan di rumah. Akan datang seterusnya pelanggan akan dapat menikmati dua buah filem tempatan yang baru seperti Ada Apa Dengan Dosa sebuah filem percintaan drama dan sebuah filem seram, Town Mall di Astro First tidak lama lagi.
Astro First merupakan saluran dimana menayangkan semula filem-filem tempatan selepas dua minggu tayangan di pawagam. Selaras dengan normal baharu, Astro First mengambil pendekatan dengan menayangan filem-filem terbaharu yang awalnya dirancang untuk tayangan di pawagam, akan tetapi kerana PKP, filem dibawa terus kepada pelanggan untuk ditonton di rumah dengan lebih selesa dan selamat. Tambahan pula, pelanggan yang tidak dapat menonton wayang seperti biasa kini berpeluang untuk menonton bersama keluarga di rumah.
Isnin, 1 Jun 2020
LAYAR ANIMASI: PENANGGUHAN FILEM MECHAMATO DARI MONSTA KE TAHUN 2021!
Dalam satu pengumuman mengejut, Monsta telah mendedahkan bahawa filem mereka yang seterusnya, Mechamato Movie kini dalam proses pembikinan dan akan membuat kemunculan di layar perak dahulu diikuti dengan siri animasi Mechamato. Pada asalnya Mechamato Movie dirancang untuk ditayangkan pada penghujung tahun 2020. Namun begitu, disebabkan wabak COVID-19, filem serta siri animasi yang dinanti-nantikan itu terpaksa ditangguhkan ke tahun hadapan.
Meskipun Monsta belum mendedahkan apa-apa maklumat, kewujudan Mechamato Movie telah memulakan spekulasi dan perbincangan dalam kalangan peminat yang terkejut dengan perancangan syarikat itu untuk menayangkan Mechamato di layar perak dahulu. Pada bulan April yang lalu, Monsta telah melancarkan sebuah video ‘first-look’ berdurasi 3 minit dari siri animasi Mechamato yang telah mengumpul lebih 6.5 juta tontonan dari seluruh ‘platform’ atas talian Monsta.
Pengumuman mengejut itu telah dibuat oleh CEO Monsta sendiri, Nizam Abd Razak di Facebook yang menyatakan: “Berita sedih untuk peminat. Disebabkan pandemik COVID-19, Monsta terpaksa menundakan rilis Mechamato tahun ini. Produktiviti dan perancangan kami terganggu disebabkan WFH (work from home) dan keadaan ‘market’ yang tidak menentu. Sebenarnya kami merancang untuk mengeluarkan Mechamato Movie akhir tahun 2020 ini, dan kemudian disusuli oleh Mechamato Series. Disebab keadaan yang tidak menentu, Mechamato Movie akan dianjak ke 2021 dan kemudian akan disusuli oleh Mechamato Series.”
Mechamato berkisarkan pengembaraan seorang pemuda bernama Amato yang secara tidak sengaja menjadi pemilik MechaBot, sebuah Power Sphera yang mempunyai kebolehan untuk ‘Mechanize’ dengan objek lain. Bersama-sama, mereka boleh bergabung menjadi seorang wira berperisai, Mechamato. Kemunculan Amato yang telah dewasa dalam babak pasca-kredit BoBoiBoy Movie 2 telah mendedahkan identiti beliau sebagai ayah kepada BoBoiBoy.
Di samping itu, Monsta ada berita gembira untuk para peminat: Sebuah projek BoBoiBoy baru yang dikenali sebagai B.I.G. sedang dalam pembikinan. Menurut CEO Monsta, projek B.I.G. bukanlah BoBoiBoy Galaxy Musim 2 tetapi sesuatu yang baharu. BoBoiBoy Galaxy Musim 2 pula hanya akan diterbitkan dalam bentuk komik buat masa ini.
Meskipun wabak COVID-19 terus memberi kesan terhadap kehidupan seharian kita, Monsta berharap agar para peminat dari Malaysia dan seluruh dunia tetap memberi sokongan kepada syarikat itu untuk menghasilkan kandungan mesra keluarga yang berkualiti tinggi buat tatapan semua.
Trailer Terbaharu Filem Animasi Mechamato dari Monsta Studio
Akan Datang 2021
Isnin, 20 April 2020
PIRING HITAM : MELODI GAYA KLASIK
Assalamualaikum,
Pada coretan kali ini, ingin saya kongsikan serba sedikit mengenai muzik dalam bentuk piring hitam. Jika di sebut mengenainya, kebanyakkan dari kita generasi kini mengandaikan bahawa muzik dalam bentuk piring hitam ini hanya untuk golongan veteran, berusia dan tertentu sahaja. Bahkan, ramai yang tidak menyedari bahawa muzik dalam bentuk piring hitam atau vinyl/ rekod ini, telah menjadi satu fenomena di mana ia kian diminati pelbagai peringkat umur tidak mengira latar belakang sesuatu individu.
Pada 1 April 2014 menerusi blog yang sama, saya pernah menulis mengenai 'Dunia Muzik Melalui Piring Hitam', dan pernah disiarkan dalam portal web 'The Daily Seni'. Penulisan saya lebih menjurus kepada pengkongsian secara langsung mengenai hobi yang agak menarik ini. Kesannya pada 17 April 2019 saya dihubungi penerbit program Assalamualaikum, En Arief untuk muncul secara langsung di TV Al Hijrah pada 20 April 2019 bersama-sama Datuk Jaafar Onn. Kami dikehendaki berbicara soal hobi mengenai 'muzik dalam bentuk piring hitam'. Walaupun ia satu hobi yang sukar ditemui dikalangan generasi hari ini, tetapi saya percaya dalam keghairahan kita mengejar arus kemodenan melalui aplikasi muzik digital, penerimaan kepada muzik dalam bentuk rekod ini adalah masih relevan.
Nak tahu tentang apa yang kami bualkan?. Mari kita tonton video eksklusif ini.
Melodi Gaya Klasik?
Ahad, 19 April 2020
DARI LAYAR SINEMA KE RUANG TAMU ANDA: 'NANTI KITA CERITA TENTANG HARI INI'.
Astro Shaw dengan bangganya membawakan sebuah filem
Kekeluargaan Indonesia ‘Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini’ terus ke rumah anda di saluran Astro
First bermula 23 April ini. Istimewanya, ia merupakan filem pertama yang awalnya dijadualkan
untuk ke pawagam namun kini dibawa terus ke saluran Astro First secara eksklusif tanpa
ditayangan di pawagam. Ini adalah kerana bersempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang
dilanjutkan, pihak penerbit menyokong pihak kerajaan untuk menyeru rakyat Malaysia untuk
terus duduk di rumah sambil menonton filem yang berkualiti bersama keluarga.
Filem ini telah menjadi fenomena besar di Indonesia apabila berjaya meraih jumlah tontonan
sebanyak 2.2 juta penonton sekali gus menjadi filem genre drama keluarga nombor 1 terlaris di
Indonesia. Ia jua telah banyak menerima pujian daripada pengkritik dan peminat filem di sana.
Menurut Ketua, Naib Presiden Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad, apabila
rakyat Malaysia dinasihatkan untuk duduk di rumah bagi memutuskan rantaian Covid-19, Astro
Shaw tidak teragak-agak untuk menyajikan penonton dengan mempersembahkan filem yang
berkualiti. Jadi, kami bawakan secara eksklusif buat pertama kali filem yang masih belum
ditayang di pawagam tempatan terus ke rumah anda. Filem NKCTHI pada awalnya dijadualkan
untuk ditayangkan di pawagam Malaysia pada bulan April ini dan ia adalah sebuah filem yang
sarat dengan mesej kekeluargaan dan sangat dekat dengan masyarakat di Malaysia. Dalam situasi
PKP sekarang, filem ini dapat membawa kita kenal lebih dekat dengan ahli keluarga. Mungkin
sebelum ini kita terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing sehingga nilai kasih sayang antara
keluarga itu kurang. Semoga dengan kehadiran filem ini, ia dapat mencambah kembali nilai kasih
sayang di dalam sebuah keluarga dan penonton dapat terus kekal di rumah.
Perjalanan cerita NKCTHI berkisar tentang setiap ahli keluarga yang mempunyai karenah masing-
masing. Karekter yang penuh warna, emosi yang pelbagai dan juga impian yang berbeza-beza. Ini
dapat dilihat melalui filem yang melihat kehidupan keluarga Narendra bersama 3 orang anak
Angkasa, Aurora dan Awan. Amat menarik filem ini diadaptasi dari buku penjualan terbaik tahun
2018 di Indonesia dengan judul yang sama, ‘Nanti Kita Cerita Tentang Hari’ (NKCTHI).
Filem ini menyaksikan gabungan kerjasama Astro Shaw bersama penerbit yang sering
memenangi anugerah utama di Indonesia, Visinema Pictures yang juga merupakan penerbit filem
animasi terkenal Indonesia, NUSSA, bersama IDN Media, Blibli.com serta XRM Media.
Sementara itu, Penerbit Visinema Pictures, Anggia Kharisma berkata “Kisah ini sangat dekat
dengan kisah kehidupan kita sebagai anak, sama ada menjadi kakak, anak tengah, atau anak
bongsu. Filem ini juga mengungkapkan batasan sebagai ibu bapa untuk menyatakan kasih sayang
kepada anak-anak dan keluarga. Semoga dapat menghangatkan hati keluarga anda dan menjadi
pengalaman yang membuat kita mengasihi diri sendiri dan keluarga kita lebih baik di tengah-
tengah wabak sekarang,” tutur Anggia.
Penonton bakal menyelami setiap karakter NKCTHI menerusi lakonan hebat oleh pelakon dari
filem Dua Garis Biru, Rachel Amanda, Rio Dewanto (Gundala), Oka Antara (The Raid 2), Sheila
Dara (Ratu Ilmu Hitam), Chicco Jerikho (Felosofi Kopi), Susan Bachtiar (Surat Kecil Untuk Tuhan),
dan ramai lagi. Lebih menarik, naskhah ini adalah hasil garapan dari Jenny Jusuf, pemenang
penulis skrip Piala Citra Felosofi Kopi, dan sutradara Angga Dwimas Sasongko pemenang
pengarah terbaik di dua festival Indonesia, Piala Citra dan Piala Maya menerusi filem ‘Cahaya Dari
Timur': Beta Maluku’.
“Dalam budaya cerita, Malaysia dan Indonesia mempunyai banyak kesamaan. Atas sebab ini,
Visinema sangat bersemangat menayangkan NKCTHI di Malaysia melalui platform Astro First.
Kisah hubungan ibu bapa dan anak yang tidak sempurna tetapi berusaha mencari ruang bahagia
dengan apa yang ada, adalah kisah universal. Mudah-mudahan dengan NKCTHI dinikmati di
Malaysia, kita bukan sahaja mengukuhkan jambatan sekutu dengan berkongsi cerita, tetapi juga
bertukar inspirasi dalam situasi krisis seperti hari ini.” Kata Angga Dwimas Sasongko.
Jangan lupa untuk sewa NKCTHI, buat pertama kalinya ditayangkan terus ke pawagam Astro First
rumah anda di saluran 480 bermula 23 April 2020. Dengan hanya RM15, penonton boleh
menonton NKCTHI selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Untuk mendapatkan info terkini
mengenai filem NKCTHI, peminat filem bolehlah melayari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
Official Trailer
Isnin, 13 April 2020
PARA PENEROKA SINEMA KITA
Saya mengandaikan Sinema Malaysia adalah sebuah hutan. Kalau mahu lebih spesifik, ianya hutan tropika. Atau kita boleh letak ianya adalah hutan simpan. Yang penting, ianya hutan yang dalamnya ada khazanah penting. Dan barangkali di hutan ini juga ada gunung. Semenjak filem pertama dibikin di sini pada tahun 1933, para pembikin filem telah meneroka hutan ini. Jalannya dibuka oleh adik beradik Shaw dengan membawa pembikin dari India - B.S Rajhan, BN Rao, L. Krishnan, Phani Majumdar dan lain-lain. Kemudian pembikin filem kita mula menunjukkan kearifan dalam memahami hutan ini.
P.Ramlee tahu benar bahawa kritikan kepada masyarakat perlu menghiburkan. Dan dengan segala bakat, beliau menjadi perintis di hutan ini. Kemudian Hussein Haniff membawa kita melihat bagaimana sebuah cerita boleh dilihat dari sudut berlainan. M. Amin pula menunjukkan di balik hitam putih, ada kelabu. Di bahagian lain, Zain Hussin pula datang dengan kaca mata Inggeris tetapi berkompas adat budaya Melayu lalu membawa kita bersiar-siar dengan dokumentarinya. Mereka ini adalah peneroka yang menunjukkan hutan kita tak kalah hebatnya dengan hutan di benua lain. Barangkali mereka telah pun menemui jalan ke puncak gunung dalam hutan ini.
Kemudian pada 80an, setelah beberapa tahun hutan sepi tanpa peneroka, Rahim Razali pulang dari luar negara lalu bercerita tentang pentingnya jati diri dalam dunia moden. Kemudian diikuti Othman Hafsham bercerita dengan seram dan humornya di samping Nasir Jani dengan semangat rebelnya. Mansor Puteh boleh melukis pokok di hutan ini dan menamakannya sepohon pohon. U-Wei Haji Saari kemudian datang berlari dengan buku sastera di tangannya lalu menanam benih di hutan ini sambil membawa kita berfikir tentang jauh Amerika Syarikat dengan Pahang, tapi ada lelaki yang berkongsi masalah sama, lalu sambung berlari menuju jalan ke puncak. Adman Salleh pula membawa cermin untuk kita melihat pertembungan Melayu dengan dunia moden. Dengar cerita, Anuar Nor Arai juga sempat ada kebun kecil di hutan ini.
Begitu juga Shuhaimi Baba dan Mahadi J. Murad yang juga menuntut di luar negara, lalu pulang dan membawa kita ke tebing sungai untuk melihat diri pembikin filem dan juga sejarah. Di satu bahagian hutan ini pula, Aziz M Osman yang bertopi Batman yang diberi Steven Spielberg melalui mimpi dengan penuh semangat membuka ruang fiksyen sains untuk kita. Erma Fatima mengingatkan kita bahawa hutan tanpa wanita adalah dunia huru-hara. Kita kemudian memasuki tahun 2000, yang ada di antara kita percaya dunia akan reset semula. Dalam fasa ini, beberapa pembikin filem datang berkumpulan untuk membawa kita ke lembah digital hutan ini. James Lee, Amir Muhammad, Ho Yuhang, Tan Chui Mui, Liew Seng Tat, Woo Ming Jin, Azharr Rudin mencipta gelombang lalu membuka ruang untuk penonton antarabangsa melihat hutan kita. Usaha ini kemudiannya disempurnakan oleh Yasmin Ahmad dengan penuh nostalgia dan harmoni.
Kita kemudian ada beberapa pembikin yang datang bawa harapan lalu pergi. Tapi bukan bagi Dain Said. Dia menerangkan hutan ini penuh dengan magis dan unsur surrealis. Walaupun nampak macam setuju, pasangan suami-isteri Fariza dan Effendee menyatakan kisah masyarakat juga ada tempat di sini. Saya tak pasti di mana nak letak Afdlin Shauki, tapi beliau juga menarik. Kalau ikutkan populariti, saya kira Mamat Khalidlah peneroka sinema moden yang paling popular. Berbekalkan pengalaman hidupnya di kampung dan bermain muzik, dia berjaya membuka sarang di hutan ini. Lalu kita lihat Nam Ron dan Al Jafree yang lama menimba pengalaman di dunia pentas, lalu menterjemahkan pengalaman itu mengikut cara masing-masing dalam meneroka sinema kita pada akhir-akhir ini.
Kalau ikutkan apa yang ditulis ini, nampak meriah. Macam hutan, sudah jadi taman tema. Namun hakikatnya hutan ini luas, dan sentiasa ada ruang untuk penerokaan baru. Mungkin dengan kemeriahan nama-nama tadi, hanya sepuluh atau dua puluh peratus sahaja hutan ini diterokai. Maka saya gembira dan meraikan mana-mana pembikin muda yang punya semangat untuk meneroka ini. Shanjhey Kumar Perumal, Nik Amir Nik Mustapha, Razaisyam Rashid, Edmund Yeo, Shamyl Othman, Amanda Nell , Tan Seng Kiat, Shobaan, Haran Kaveri, Quek Shio Chuan, Syafiq Yusof, Nadiah Hamzah, Zahir Omar, Emir Ezwan, Areel Abu Bakar, Kroll Azri, Kye Fariz, Feisal Aizuddin dan Imran Sheik; ada di antara mereka telah melihat jalan ke puncak, ada yang telah membuat denainya sendiri, atau ada yang sekadar cuba nasib masuk ke hutan ini. Tapi setakat ini, mereka datang dengan membawa harapan.
Saya percaya seperti hutan, sinema kita juga banyak hal yang masih belum diterokai. Maka saya rasa kita patut raikan sebarang usaha baru dalam meneroka hutan ini. Mereka yang membawa idea baru. Mereka yang ingin menanam benih untuk kebaikan masa depan. Mereka yang ingin meraikan hutan ini tanpa niat untuk menjarahnya. Mereka yang menunjukkan bahawa pentingnya hutan ini kepada kita. Mereka yang ingin membuktikan bahawa hutan ini wujud dan tak kalah dengan hutan benua lain. Serta mereka yang mengingatkan kita bahawa hutan tak perlukan kita, tapi kita perlukan hutan ini. Kita raikan.
***
Saya terinspirasi menulis ini setelah membaca esei-esei Wan Nor Azriq sepanjang PKP ini.
oleh Muzzamer Rahman
Info: Muzzamer Rahman merupakan seorang penulis dan pembikin filem bebas, di mana filem pertama arahannya bertajuk 'Takut Ke Tak', sebuah kisah kisam seram thriller akan menemui penonton tempatan pertengahan tahun 2020.
Khamis, 2 April 2020
NETIZEN: ARTIS & KARYAWAN SENI...
Sejak beberapa hari ni, persatuan netizen dan warga sosial media tak habis habis lagi mempersoalkan isu tentang golongan artis, seniman, karyawan dan sebagainya dengan merujuk segala mcm jenis hukum hakam yang diperdebatkan. Ada yg menulis mengikut emosi, juga memuat naik komen kerna hanya membaca satu pernyataan yang pernah dikeluarkan oleh seorang selebriti tanah air berkenaan bantuan yang diusulkan. Ada yg mengusul untuk pekerja belakang tabir, artis veteran dan sebagainya. Apa jua yang mereka usulkan, seperti kita juga warga netizen masing-masing dalam kesempitan diri antara kewangan, kehidupan dan mentaliti.
Keadaan yang berlaku hari ini menguji kita erti dan nilai kemanusiaan sesama kita. Jangan kita menuding jari menyalahkan diri orang lain tanpa melihat apakah kita akan hidup lebih lama di atas muka bumi ini? Kita terlalu taksub dengan hal keduniaan dengan tawaran yang diberikan tanpa kita sedari bahawa kita berada di bumi yang sudah tenat. Kita mencampuri urusan orang lain tanpa kita sedari. Kita menghina, mencarci, mengutuk dan menulis keburukan org lain untuk tatapan umum, tanpa kita tahu bahawa apa yang terjadi sekarang adalah kesalahan dari tangan tangan dan mulut kita.
Beringatlah kita jua, tiada yang sempurna di atas muka bumi ini. Sepertimana Firman Allah SWT dalam Surah Al Baqarah, Ayat 268:-
الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُم بِالْفَحْشَاء وَاللّهُ يَعِدُكُم مَّغْفِرَةً مِّنْهُ وَفَضْلاً وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
bermaksud : - ‘“Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (bakhil); sedang Allah menjanjikan untukmu ampunan daripadaNya dan kurnia. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui.”
Wallahuallam. ✍🏼
Rabu, 1 April 2020
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN: PENUTUPAN PAWAGAM TERBESAR
Sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin, beberapa pawagam tanah air menutupkan operasinya bermula 18 Mac hingga 14 April 2020. Penutupan beberapa rangkaian pawagam terbesar itu adalah bagi mengelakkan penularan wabak coronavirus (COVID-19) dari bertambah teruk.
Stay tuned with Netflix, VIU, Iflix, Apple TV, MUBI and others.