Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


MICHELLE YEOH RANGKUL PELAKON WANITA TERBAIK DI OSCARS 95

Kemenangan Michelle Yeoh di Anugerah Akademi Oscar ke-95, membuktikan anak Malaysia mampu terbang jauh ke Hollywood.

VIU DAN ASTRO JALIN KERJASAMA STRATEGIK?

Alami pengalaman penontonan baharu melalui kerjasama strategik antara viu dan ASTRO yang mampu membuka lebih luas pasaran dalam bidang penyiaran dengan pelbagai rancangan terbaik seluruh Asia.

ASTRO RAIKAN RAMADAN DENGAN SAJIAN PELBAGAI RANCANGAN DAN PROGRAM MENARIK

Sempena bulan Ramadan penuh keberkatan, Astro tampil meraikan Ramadan dengan pelbagai karya tontonan khususnya buat pelanggan Astro.

ANTARA MITOS DAN FANTASI. HARUM MALAM SETARAF FILEM SERAM HOLLYWOOD?

Bukan sahaja sebagai sebuah karya seram tempatan yang berbeza, namun Harum Malam wajar diakui sebagai sebuah filem Malaysia bertaraf antarabangsa.

KONSERT 25 TAHUN LAH AHMAD HABIS TERJUAL

Walaupun baru diumumkan dan tidak sampai 24 jam, tiket bagi menyaksikan konsert 25 Tahun Lah Ahmad habis terjual.

Isnin, 20 April 2020

PIRING HITAM : MELODI GAYA KLASIK



Assalamualaikum,

Pada coretan kali ini, ingin saya kongsikan serba sedikit mengenai muzik dalam bentuk piring hitam. Jika di sebut mengenainya, kebanyakkan dari kita generasi kini mengandaikan bahawa muzik dalam bentuk piring hitam ini hanya untuk golongan veteran, berusia dan tertentu sahaja. Bahkan, ramai yang tidak menyedari bahawa muzik dalam bentuk piring hitam atau vinyl/ rekod ini, telah menjadi satu fenomena di mana ia kian diminati pelbagai peringkat umur tidak mengira latar belakang sesuatu individu. 

Pada 1 April 2014 menerusi blog yang sama, saya pernah menulis mengenai 'Dunia Muzik Melalui Piring Hitam', dan pernah disiarkan dalam portal web 'The Daily Seni'. Penulisan saya lebih menjurus kepada pengkongsian secara langsung mengenai hobi yang agak menarik ini. Kesannya pada 17 April 2019  saya dihubungi penerbit program Assalamualaikum, En Arief untuk muncul secara langsung di TV Al Hijrah pada 20 April 2019 bersama-sama Datuk Jaafar Onn. Kami dikehendaki berbicara soal hobi mengenai 'muzik dalam bentuk piring hitam'. Walaupun ia satu hobi yang sukar ditemui dikalangan generasi hari ini, tetapi saya percaya dalam keghairahan kita mengejar arus kemodenan melalui aplikasi muzik digital, penerimaan kepada muzik dalam bentuk rekod ini adalah masih relevan. 




Nak tahu tentang apa yang kami bualkan?. Mari kita tonton video eksklusif ini.


Melodi Gaya Klasik?

Ahad, 19 April 2020

DARI LAYAR SINEMA KE RUANG TAMU ANDA: 'NANTI KITA CERITA TENTANG HARI INI'.



Astro Shaw dengan bangganya membawakan sebuah filem Kekeluargaan Indonesia Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini terus ke rumah anda di saluran Astro First bermula 23 April ini. Istimewanya, ia merupakan filem pertama yang awalnya dijadualkan untuk ke pawagam namun kini dibawa terus ke saluran Astro First secara eksklusif tanpa ditayangan di pawagam. Ini adalah kerana bersempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan, pihak penerbit menyokong pihak kerajaan untuk menyeru rakyat Malaysia untuk terus duduk di rumah sambil menonton filem yang berkualiti bersama keluarga.

Filem ini telah menjadi fenomena besar di Indonesia apabila berjaya meraih jumlah tontonan sebanyak 2.2 juta penonton sekali gus menjadi filem genre drama keluarga nombor 1 terlaris di Indonesia. Ia jua telah banyak menerima pujian daripada pengkritik dan peminat filem di sana.

Menurut Ketua, Naib Presiden Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad, apabila rakyat Malaysia dinasihatkan untuk duduk di rumah bagi memutuskan rantaian Covid-19, Astro Shaw tidak teragak-agak untuk menyajikan penonton dengan mempersembahkan filem yang berkualiti. Jadi, kami bawakan secara eksklusif buat pertama kali filem yang masih belum ditayang di pawagam tempatan terus ke rumah anda. Filem NKCTHI pada awalnya dijadualkan untuk ditayangkan di pawagam Malaysia pada bulan April ini dan ia adalah sebuah filem yang sarat dengan mesej kekeluargaan dan sangat dekat dengan masyarakat di Malaysia. Dalam situasi PKP sekarang, filem ini dapat membawa kita kenal lebih dekat dengan ahli keluarga. Mungkin sebelum ini kita terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing sehingga nilai kasih sayang antara keluarga itu kurang. Semoga dengan kehadiran filem ini, ia dapat mencambah kembali nilai kasih sayang di dalam sebuah keluarga dan penonton dapat terus kekal di rumah.



Perjalanan cerita NKCTHI berkisar tentang setiap ahli keluarga yang mempunyai karenah masing- masing. Karekter yang penuh warna, emosi yang pelbagai dan juga impian yang berbeza-beza. Ini dapat dilihat melalui filem yang melihat kehidupan keluarga Narendra bersama 3 orang anak Angkasa, Aurora dan Awan. Amat menarik filem ini diadaptasi dari buku penjualan terbaik tahun 2018 di Indonesia dengan judul yang sama, ‘Nanti Kita Cerita Tentang Hari’ (NKCTHI).


Filem ini menyaksikan gabungan kerjasama Astro Shaw bersama penerbit yang sering memenangi anugerah utama di Indonesia, Visinema Pictures yang juga merupakan penerbit filem animasi terkenal Indonesia, NUSSA, bersama IDN Media, Blibli.com serta XRM Media.

Sementara itu, Penerbit Visinema Pictures, Anggia Kharisma berkata Kisah ini sangat dekat dengan kisah kehidupan kita sebagai anak, sama ada menjadi kakak, anak tengah, atau anak bongsu. Filem ini juga mengungkapkan batasan sebagai ibu bapa untuk menyatakan kasih sayang kepada anak-anak dan keluarga. Semoga dapat menghangatkan hati keluarga anda dan menjadi pengalaman yang membuat kita mengasihi diri sendiri dan keluarga kita lebih baik di tengah- tengah wabak sekarang,tutur Anggia.



Penonton bakal menyelami setiap karakter NKCTHI menerusi lakonan hebat oleh pelakon dari filem Dua Garis Biru, Rachel Amanda, Rio Dewanto (Gundala), Oka Antara (The Raid 2), Sheila Dara (Ratu Ilmu Hitam), Chicco Jerikho (Felosofi Kopi), Susan Bachtiar (Surat Kecil Untuk Tuhan), dan ramai lagi. Lebih menarik, naskhah ini adalah hasil garapan dari Jenny Jusuf, pemenang penulis skrip Piala Citra Felosofi Kopi, dan sutradara Angga Dwimas Sasongko pemenang pengarah terbaik di dua festival Indonesia, Piala Citra dan Piala Maya menerusi filem ‘Cahaya Dari Timur': Beta Maluku’.

“Dalam budaya cerita, Malaysia dan Indonesia mempunyai banyak kesamaan. Atas sebab ini, Visinema sangat bersemangat menayangkan NKCTHI di Malaysia melalui platform Astro First. Kisah hubungan ibu bapa dan anak yang tidak sempurna tetapi berusaha mencari ruang bahagia dengan apa yang ada, adalah kisah universal. Mudah-mudahan dengan NKCTHI dinikmati di Malaysia, kita bukan sahaja mengukuhkan jambatan sekutu dengan berkongsi cerita, tetapi juga bertukar inspirasi dalam situasi krisis seperti hari ini.” Kata Angga Dwimas Sasongko.



Jangan lupa untuk sewa NKCTHI, buat pertama kalinya ditayangkan terus ke pawagam Astro First rumah anda di saluran 480 bermula 23 April 2020. Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton NKCTHI selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem NKCTHI, peminat filem bolehlah melayari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.

Official Trailer



Isnin, 13 April 2020

PARA PENEROKA SINEMA KITA


Saya mengandaikan Sinema Malaysia adalah sebuah hutan. Kalau mahu lebih spesifik, ianya hutan tropika. Atau kita boleh letak ianya adalah hutan simpan. Yang penting, ianya hutan yang dalamnya ada khazanah penting. Dan barangkali di hutan ini juga ada gunung. Semenjak filem pertama dibikin di sini pada tahun 1933, para pembikin filem telah meneroka hutan ini. Jalannya dibuka oleh adik beradik Shaw dengan membawa pembikin dari India - B.S Rajhan, BN Rao, L. Krishnan, Phani Majumdar dan lain-lain. Kemudian pembikin filem kita mula menunjukkan kearifan dalam memahami hutan ini.
P.Ramlee tahu benar bahawa kritikan kepada masyarakat perlu menghiburkan. Dan dengan segala bakat, beliau menjadi perintis di hutan ini. Kemudian Hussein Haniff membawa kita melihat bagaimana sebuah cerita boleh dilihat dari sudut berlainan. M. Amin pula menunjukkan di balik hitam putih, ada kelabu. Di bahagian lain, Zain Hussin pula datang dengan kaca mata Inggeris tetapi berkompas adat budaya Melayu lalu membawa kita bersiar-siar dengan dokumentarinya. Mereka ini adalah peneroka yang menunjukkan hutan kita tak kalah hebatnya dengan hutan di benua lain. Barangkali mereka telah pun menemui jalan ke puncak gunung dalam hutan ini.
Kemudian pada 80an, setelah beberapa tahun hutan sepi tanpa peneroka, Rahim Razali pulang dari luar negara lalu bercerita tentang pentingnya jati diri dalam dunia moden. Kemudian diikuti Othman Hafsham bercerita dengan seram dan humornya di samping Nasir Jani dengan semangat rebelnya. Mansor Puteh boleh melukis pokok di hutan ini dan menamakannya sepohon pohon. U-Wei Haji Saari kemudian datang berlari dengan buku sastera di tangannya lalu menanam benih di hutan ini sambil membawa kita berfikir tentang jauh Amerika Syarikat dengan Pahang, tapi ada lelaki yang berkongsi masalah sama, lalu sambung berlari menuju jalan ke puncak. Adman Salleh pula membawa cermin untuk kita melihat pertembungan Melayu dengan dunia moden. Dengar cerita, Anuar Nor Arai juga sempat ada kebun kecil di hutan ini.
Begitu juga Shuhaimi Baba dan Mahadi J. Murad yang juga menuntut di luar negara, lalu pulang dan membawa kita ke tebing sungai untuk melihat diri pembikin filem dan juga sejarah. Di satu bahagian hutan ini pula, Aziz M Osman yang bertopi Batman yang diberi Steven Spielberg melalui mimpi dengan penuh semangat membuka ruang fiksyen sains untuk kita. Erma Fatima mengingatkan kita bahawa hutan tanpa wanita adalah dunia huru-hara. Kita kemudian memasuki tahun 2000, yang ada di antara kita percaya dunia akan reset semula. Dalam fasa ini, beberapa pembikin filem datang berkumpulan untuk membawa kita ke lembah digital hutan ini. James Lee, Amir Muhammad, Ho Yuhang, Tan Chui Mui, Liew Seng Tat, Woo Ming Jin, Azharr Rudin mencipta gelombang lalu membuka ruang untuk penonton antarabangsa melihat hutan kita. Usaha ini kemudiannya disempurnakan oleh Yasmin Ahmad dengan penuh nostalgia dan harmoni.


Kita kemudian ada beberapa pembikin yang datang bawa harapan lalu pergi. Tapi bukan bagi Dain Said. Dia menerangkan hutan ini penuh dengan magis dan unsur surrealis. Walaupun nampak macam setuju, pasangan suami-isteri Fariza dan Effendee menyatakan kisah masyarakat juga ada tempat di sini. Saya tak pasti di mana nak letak Afdlin Shauki, tapi beliau juga menarik. Kalau ikutkan populariti, saya kira Mamat Khalidlah peneroka sinema moden yang paling popular. Berbekalkan pengalaman hidupnya di kampung dan bermain muzik, dia berjaya membuka sarang di hutan ini. Lalu kita lihat Nam Ron dan Al Jafree yang lama menimba pengalaman di dunia pentas, lalu menterjemahkan pengalaman itu mengikut cara masing-masing dalam meneroka sinema kita pada akhir-akhir ini.
Kalau ikutkan apa yang ditulis ini, nampak meriah. Macam hutan, sudah jadi taman tema. Namun hakikatnya hutan ini luas, dan sentiasa ada ruang untuk penerokaan baru. Mungkin dengan kemeriahan nama-nama tadi, hanya sepuluh atau dua puluh peratus sahaja hutan ini diterokai. Maka saya gembira dan meraikan mana-mana pembikin muda yang punya semangat untuk meneroka ini. Shanjhey Kumar Perumal, Nik Amir Nik Mustapha, Razaisyam Rashid, Edmund Yeo, Shamyl Othman, Amanda Nell , Tan Seng Kiat, Shobaan, Haran Kaveri, Quek Shio Chuan, Syafiq Yusof, Nadiah Hamzah, Zahir Omar, Emir Ezwan, Areel Abu Bakar, Kroll Azri, Kye Fariz, Feisal Aizuddin dan Imran Sheik; ada di antara mereka telah melihat jalan ke puncak, ada yang telah membuat denainya sendiri, atau ada yang sekadar cuba nasib masuk ke hutan ini. Tapi setakat ini, mereka datang dengan membawa harapan.
Saya percaya seperti hutan, sinema kita juga banyak hal yang masih belum diterokai. Maka saya rasa kita patut raikan sebarang usaha baru dalam meneroka hutan ini. Mereka yang membawa idea baru. Mereka yang ingin menanam benih untuk kebaikan masa depan. Mereka yang ingin meraikan hutan ini tanpa niat untuk menjarahnya. Mereka yang menunjukkan bahawa pentingnya hutan ini kepada kita. Mereka yang ingin membuktikan bahawa hutan ini wujud dan tak kalah dengan hutan benua lain. Serta mereka yang mengingatkan kita bahawa hutan tak perlukan kita, tapi kita perlukan hutan ini. Kita raikan.
***
Saya terinspirasi menulis ini setelah membaca esei-esei Wan Nor Azriq sepanjang PKP ini.

oleh Muzzamer Rahman 

Info: Muzzamer Rahman merupakan seorang penulis dan pembikin filem bebas, di mana filem pertama arahannya bertajuk 'Takut Ke Tak', sebuah kisah kisam seram thriller akan menemui penonton tempatan pertengahan tahun 2020. 

Khamis, 2 April 2020

NETIZEN: ARTIS & KARYAWAN SENI...



Sejak beberapa hari ni, persatuan netizen dan warga sosial media tak habis habis lagi mempersoalkan isu tentang golongan artis, seniman, karyawan dan sebagainya dengan merujuk segala mcm jenis hukum hakam yang diperdebatkan. Ada yg menulis mengikut emosi, juga memuat naik komen kerna hanya membaca satu pernyataan yang pernah dikeluarkan oleh seorang selebriti tanah air berkenaan bantuan yang diusulkan. Ada yg mengusul untuk pekerja belakang tabir, artis veteran dan sebagainya. Apa jua yang mereka usulkan, seperti kita juga warga netizen masing-masing dalam kesempitan diri antara kewangan, kehidupan dan mentaliti. 
Keadaan yang berlaku hari ini menguji kita erti dan nilai kemanusiaan sesama kita. Jangan kita menuding jari menyalahkan diri orang lain tanpa melihat apakah kita akan hidup lebih lama di atas muka bumi ini? Kita terlalu taksub dengan hal keduniaan dengan tawaran yang diberikan tanpa kita sedari bahawa kita berada di bumi yang sudah tenat. Kita mencampuri urusan orang lain tanpa kita sedari. Kita menghina, mencarci, mengutuk dan menulis keburukan org lain untuk tatapan umum, tanpa kita tahu bahawa apa yang terjadi sekarang adalah kesalahan dari tangan tangan dan mulut kita.
Beringatlah kita jua, tiada yang sempurna di atas muka bumi ini. Sepertimana Firman Allah SWT dalam Surah Al Baqarah, Ayat 268:-
الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُم بِالْفَحْشَاء وَاللّهُ يَعِدُكُم مَّغْفِرَةً مِّنْهُ وَفَضْلاً وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
bermaksud : - ‘“Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (bakhil); sedang Allah menjanjikan untukmu ampunan daripadaNya dan kurnia. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui.”
Wallahuallam. ✍🏼

Rabu, 1 April 2020

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN: PENUTUPAN PAWAGAM TERBESAR


Sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin, beberapa pawagam tanah air menutupkan operasinya bermula 18 Mac hingga 14 April 2020. Penutupan beberapa rangkaian  pawagam terbesar itu adalah bagi mengelakkan penularan wabak coronavirus (COVID-19) dari bertambah teruk. 

Stay tuned with Netflix, VIU, Iflix, Apple TV, MUBI and others.