Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Jumaat, 19 Jun 2020

LAYAR SINEMA: TOWN MALL DIINSPIRASIKAN DARIPADA KISAH BENAR.


Bangunan terbengkalai sering dikaitkan dengan kisah misteri dan mistik. Bagi pengikut cerita seram, pasti tahu kisah-kisah popular dan legenda di Malaysia yang mampu membuat bulu roma meremang. Terbaru, filem Town Mall menampilkan kisah inspirasi daripada kisah benar yang diadaptasi daripada novel bergenre seram terlaris karya Hasrudi Jawawi terbitan Buku Prima. Filem terbitan Enuja Production ini awalnya dijadualkan untuk tayangan d pawagam pada 26 Mac lalu, namun kini, Astro Shaw dengan sukacitanya membawa terus ke pawagam rumah anda menerusi saluran Astro First (480) mulai 25 Jun 2020.

Pembikinan filem Town Mall yang mengambil masa 25 hari penggambaran ini menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air, Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Dato’ Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Faradhiya. Lebih mengujakan, ini merupakan naskhah pertama Datuk Seri Eizlan Yusof yang turut menggalas tanggungjawab sebagai pengarah filem. 


Manakala Penerbit dari Produksi Enuja Production, Zainuddin Mohd Ismail menzahirkan rasa penuh keterujaan kerana filem Town Mall akhirnya bakal menemui penonton.  “Saya selaku penerbit bersama barisan kru dan pelakon tidak sabar untuk menunggu reaksi penonton kelak. Sokongan daripada pihak Astro Shaw yang membuka ruang buat penerbit untuk menayangkan filem dalam tempoh sekarang ini, memberikan saya lebih keyakinan dan percaya potensi filem ini untuk mendapat sambutan positif. Saya berharap kehadiran filem ini mampu menjadi pencetus dan mencipta penanda aras baru dalam adaptasi filem daripada novel seram, kerana sebelum ini amat jarang kita lihat naskhah-naskhah novel seram diangkat ke layar perak.”

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Kami di Astro Shaw akan terus membantu penerbit membawa karya mereka ke rumah untuk ditonton buat pertama kalinya menerusi saluran Astro First. Jika sebelum ini kami telah bawakan genre berbeza seperti komedi drama, komedi seram, drama islamik dan terbaru istimewa pada kali ini adalah genre filem seram. Memahami citarasa penonton, kami terus komited untuk tampilkan pelbagai lagi genre berbeza di masa akan datang. Kami berharap, selaras dengan fasa penjanaan semula ekonomi negara, usaha ini sedikit sebanyak turut dapat membantu industri perfileman tempatan untuk terus bernafas dan kembali bergerak aktif selaras dengan normal baharu.


Sementara itu, kami merasakan bahawa sekarang ini adalah waktu yang begitu tepat untuk membawakan filem Town Mall kepada penonton, di mana jalan ceritanya mampu membuat penonton mengimbau kisah-kisah seram yang berlaku sebelum ini. Meskipun kini menyaksikan rakyat sudah mula kembali kepada rutin harian dengan amalan normal baharu seperti pergi ke pejabat, berjalan di pusat beli-belah dan melakukan aktiviti rekreasi mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan, namun begitu, aktiviti menonton di rumah bersama keluarga tetap diteruskan dengan pelbagai rancangan menarik di Astro,” tambah Raja Jastina lagi. Ketika ini, filem seperti Manap Karaoke, Syif Malam Raya dan Ada Apa Dengan Dosa masih rancak ditayangan di saluran Astro First.

Town Mall mengisahkan tentang projek pembinaan yang telah terbengkalai selama 10 tahun akibat gangguan halus dan kini sebuah syarikat pembinaan terkenal cuba menyambung semula kerja-kerja dengan harapan bangunan itu akan menjadi sebuah pusat beli-belah terkemuka. Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu. Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehingga suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.



Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kisah seram menerusi filem Town Mall yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 25 Jun 2020. Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang- ulang. 

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem ini, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw. 

Town Mall bakal hantui anda di Astro First
bermula 25 Jun 2020.

0 comments :