Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


HISTERIA THE SERIES TAMPIL KELAINAN YANG LEBIH BERANI DAN PANAS?

Kali ini menerusi Histeria The Series menyaksikan Astro Originals tampil pertama kali dengan mengangkat genre misteri seram dengan isu-isu yang hangat diperkatakan dalam masyarakat sekarang ini iaitu masalah sosial seperti buli serta di padatkan dengan adegan-adegan yang lebih berani.

LEGASI LAGU RAYA DARI KACA MATA S.ATAN, DATUK HABSAH HASSAN DAN DATUK DJ DAVE. APAKAH RAHSIA KEHEBATAN LAGU-LAGU RAYA MALAR SEGAR?

'Bayangkan sekiranya pada satu hari nanti, lagu-lagu dalam platform digital itu hilang. Bagaimanakah untuk kita mengatakan dia adalah penyanyi?, S.ATAN?

MALAM CITRA SINEMA PERTARUHKAN 28 KATEGORI FILEM TEMPATAN DI FFM31!

FFM31 kali ini menawarkan Dana Kandungan Digital (DKD) bernilai RM500,000.00 berserta trofi bagi karya tempatan yang diangkat sebagai Filem Terbaik, namun ia perlu mematuhi garis panduan ditetapkan dalam tatacara permohonan DKD bagi sektor industri kreatif. Usaha baik ini dilakukan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bagi meraikan sinema dalam mengiktiraf kecemerlangan karyawan industri perfileman tempatan.

FILEM PREBET SAPU WAKILI MALAYSIA KE ANUGERAH OSCARS KE 94

Filem sulung arahan Muz Amer ini akan mewakili Malaysia ke Anugerah Akademi (Oscars) ke-94 dijangka berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 27 Mac 2022.

NABIL AQIL BERAKSI 'PANAS'?

Nak tahu apa yang panas minggu ini?. Nah kami sajikan 5 video terhangat minggu ini.

Khamis, 10 Mac 2022

KAMPONG PISANG BERBUAH DUA KALI RAIH RM1 JUTA DALAM TEMPOH 6 HARI TAYANGAN.

Kampong Pisang Berbuah Dua Kali yang diarahkan Amen Khalid berjaya mengungguli carta top 5 filem-filem tempatan di Astro First. Filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama produksi Enjit-Enjit Semut ini memperolehi kutipan RM 1 Juta dalam tempoh 6 hari tayangan. Ia menjadikan filem francais dalam siri Kampong Pisang yang berjaya bahkan ia merupakan karya filem sentuhan terakhir Allahyarham Mamat Khalid yang disempurnakan oleh anaknya, Amen Khalid.

 Dalam satu kenyataan media, Amen Khalid selaku pengarah filem ini berkata, Syukur Alhamdulillah filem ini mendapat respon baik daripada penonton. Saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada peminat setia karya Arwah papa, peminat Kampong Pisang serta semua penonton yang telah menonton dan saya anggap kejayaan ini adalah sokongan untuk meneruskan legasi ini. Insyaallah, Kampong Pisang Universe tidak akan terhenti akan terus ada buat peminat dan penggemar filem tempatan.”

Manakala Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad menyatakan pihaknya merakam setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penonton menyokong Kampong Pisang Universe. “Melihat penerimaan penonton terhadap filem ini, rata-ratanya terhibur dengan babak-babak komedi yang dipersembahkan. Kami yakin filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali amat sesuai ditonton seisi keluarga. Kepada mereka yang belum menonton, jangan lepaskan peluang untuk berhibur di samping meluangkan masa bersama insan tersayang di rumah dengan menonton filem ini. Sementara itu, kami juga ingin mengucapkan syabas kepada Amen Khalid yang telah menambat hati penonton melalui sentuhannya. 

Filem komedi seram kesukaan ramai terbitan Astro Shaw dan kerjasama produksi Enjit-Enjit Semut ini membariskan pelakon Kazar Saisi (Pak Din), Bell Ngasri (Barkoba), Aziz M Osman (Pak Jabit), Mat London (Pak Karim), Datin Padukan Eina Azman (Cik Mek), Azman Mantra (Cik Gerhana), Dewa Sapri (Cik Purnama), Ahmad Yassin (Yassin), Rasydan Zakaria (Adan), Nizam Mok Ram (MA Mok), Joey Daud (Daud M), Yeop Hitler (Manap Sengau), Rashid Othman (Faguha Jabar), Anis Nisham (Yati). 

 Kampong Pisang dilanda misteri lagi! Kemunculan Cik Mek dan perkara aneh di Kampong Pisang telah mengganggu seluruh penduduk Kampong Pisang. Kejadian misteri turut berlaku pada Gerhana, iaitu adik kepada Cik Purnama sehingga menarik perhatian seluruh penduduk kampung. Dalam pada itu, Pilihan Raya Kecil diadakan di Kampong Pisang setelah kerajaan bertukar regu untuk kali ke 18  dan penduduk kampung berbahas semasa sendiri untuk kebaikan kampung mereka.  

Saksikan komedi seram, Kampung Pisang Berbuah Dua Kali kini Di Pawagam Rumah Anda, Astro First. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.