Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


HISTERIA THE SERIES TAMPIL KELAINAN YANG LEBIH BERANI DAN PANAS?

Kali ini menerusi Histeria The Series menyaksikan Astro Originals tampil pertama kali dengan mengangkat genre misteri seram dengan isu-isu yang hangat diperkatakan dalam masyarakat sekarang ini iaitu masalah sosial seperti buli serta di padatkan dengan adegan-adegan yang lebih berani.

LEGASI LAGU RAYA DARI KACA MATA S.ATAN, DATUK HABSAH HASSAN DAN DATUK DJ DAVE. APAKAH RAHSIA KEHEBATAN LAGU-LAGU RAYA MALAR SEGAR?

'Bayangkan sekiranya pada satu hari nanti, lagu-lagu dalam platform digital itu hilang. Bagaimanakah untuk kita mengatakan dia adalah penyanyi?, S.ATAN?

MALAM CITRA SINEMA PERTARUHKAN 28 KATEGORI FILEM TEMPATAN DI FFM31!

FFM31 kali ini menawarkan Dana Kandungan Digital (DKD) bernilai RM500,000.00 berserta trofi bagi karya tempatan yang diangkat sebagai Filem Terbaik, namun ia perlu mematuhi garis panduan ditetapkan dalam tatacara permohonan DKD bagi sektor industri kreatif. Usaha baik ini dilakukan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bagi meraikan sinema dalam mengiktiraf kecemerlangan karyawan industri perfileman tempatan.

FILEM PREBET SAPU WAKILI MALAYSIA KE ANUGERAH OSCARS KE 94

Filem sulung arahan Muz Amer ini akan mewakili Malaysia ke Anugerah Akademi (Oscars) ke-94 dijangka berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 27 Mac 2022.

NABIL AQIL BERAKSI 'PANAS'?

Nak tahu apa yang panas minggu ini?. Nah kami sajikan 5 video terhangat minggu ini.

Selasa, 17 Mei 2022

LEGASI LAGU RAYA DARI KACA MATA S.ATAN, DATUK HABSAH HASSAN DAN DATUK DJ DAVE. APAKAH RAHSIA KEHEBATAN LAGU-LAGU RAYA 'MALAR SEGAR'?


'kalau tidak ada Melayu, jangan sebutlah lagu raya', ujar S.Atan atau nama sebenarnya Hashim Said, 73,  seorang komposer dan penggubah lagu tersohor yang banyak menghasilkan lagu-lagu melayu malar segar era 70an hinggalah 90an. Kehebatan melodi sentuhannya menjadikan beliau antara pencipta lagu terkenal yang telah banyak menghasilkan kira-kira 1,000 karya muzik pelbagai rentak nyanyian beberapa penyanyi tersohor tanahair antaranya Black Dog Bone, Herman Tino, Azlina Aziz, Jay Jay, Datuk Sudirman, Datuk Sharifah Aini, Datuk Dj Dave, Datuk Jamal Abdillah, Dato' Sri Siti Nurhaliza, Datuk Sheila Majid dan ramai lagi. 

Kesungguhan S.Atan mencipta lagu boleh dianggap sebagai masterpiece dalam industri muzik tempatan, malahan karya yang dihasilkannya banyak bermain dengan emosi bahkan juga dikatakan 'legenda' dan mempunyai pengaruhnya yang tersendiri. Sebagai menghargai bakat dan sumbangan seninya dalam industri muzik tanah air, saya berkesempatan untuk bertemu secara langsung bersama S.Atan di Kompleks Studio Merdeka, Finas. Pertemuan secara eksklusif itu adalah bertujuan untuk mendapatkan pandangan beliau terhadap legasi muzik tempatan yang lebih menjurus kepada lagu-lagu raya, era kegemilangan lagu-lagu lama, penciptaan melodi dan senikata, penerbitan album secara fizikal dan juga tentang industri muzik digital ; iaitu antara harapan, persepsi dan impian tentang masa depan dunia muzik tanah air. 



Perkongsian menarik S.Atan bersama penulis lirik terkenal, Datuk Habsah Hassan, penghibur legenda Datuk DJ Dave dan penerbit muzik terkenal, Dato' Norman Abdul Halim dirakamkan secara eksklusif menerusi 'Muzik Satu Legasi', yang bakal memulakan tayangannya pada 19 Mei 2022. Siaran bagi episod pengenalan 'Legasi Lagu Raya' itu akan disiarkan pada 19 Mei 2022, Khamis 9.00 malam hanya di Youtube Finas Malaysia.  Ketika ditemubual, S.Atan amat berharap agar syarikat rakaman yang menaungi industri muzik tempatan kembali menerbitkan album penuh bagi artis-artis dibawah pengurusan masing-masing, dimana penerbitan album secara fizikal samada kaset, piring hitam, dan cakera padat (CD) amat penting bagi profile seseorang penghibur atau penyanyi. Ini sekaligus membolehkan mereka mengadakan persembahan berskala besar akan datang.


Bukan menidakkan era digital dalam platform muzik hari ini, namun kerisauan S.Atan adalah tentang masa depan industri muzik itu sendiri. 'Bayangkan  sekiranya pada satu hari nanti, lagu-lagu dalam platform digital itu hilang. Bagaimanakah untuk kita mengatakan dia adalah penyanyi?.', tegas S.Atan menutup perbualan yang bakal disiarkan secara berepisod menerusi video khas 'Fragmen: Muzik Satu Legasi'.  

FRAGMEN: MUZIK SATU LEGASI - Legasi Lagu Raya [official teaser]
akan datang Khamis, 19 Mei 2022, 9.00 mlm


gambar oleh: Ruffey Rahman