Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Selasa, 18 Oktober 2022

BRUNEI HARAMKAN TAYANGAN FILEM 'TALBIS IBLIS'!

 

Walaupun menanti hari tayangannya di negara sendiri pada 20 Oktober ini, 'Talbis Iblis', karya Ajami Hashim yang diarahkan Kabir Bhatia diharamkan tayangannya di negara Brunei. Ketika dihubungi media, Penerbit Eksekutif Infinitus Production Sdn Bhd, Gayatri Su-Lin Pillai dalam satu kenyataan berkata, 'Ada kemungkinan filem ini tidak sesuai tayangannya di Brunei kerana ia memaparkan ritual dalam menghidupkan kembali bayi yang sudah mati. Ini sebenarnya bertentangan dengan ajaran agama islam'. Namun filem ke-14 arahan Kabir itu lulus tayangannya di Malaysia. 

Bagaimanapun, Gayatri tetap menerima keputusan itu dengan berlapang dada. Menurutnya, setiap negara mempunyai syarat tapisan filem yang berbeza, namun ini tidak mematahkan semangat beliau dalam menghantar filem-filem lain terbitan mereka untuk tayangan di luar negara. Filem terbaharu lakonan Nasha Aziz itu memaparkan kisah pengamal ilmu hitam yang mahu terus hidup dengan mengorbankan bayi lalu menghidupkannya kembali. 




Selain Talbis Iblis, filem Hoore! Hoore! (2012), Pekak (2015), dan Tujuh (2018) juga pernah menerima nasib yang sama apabila Kementerian Dalam Negeri Brunei tidak membenarkan filem-filem tersebut untuk ditayangkan di negara tersebut. 

0 comments :