Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Ahad, 23 Oktober 2022

'MESTI HELOK, KACAK, SADO DAN CANTIK', JIKA MAHU BERLAKON DI BAWAH PRODUKSI A.AIDA

Sekiranya anda mempunyai pakej lengkap seperti, 'helok, kacak, sado dan cantik', mungkin anda berpeluang berlakon di bawah produksi drama milik penerbit terkenal, Dato' A.Aida. Bagi wanita pula, mestilah terdiri di kalangan yang cantik paras rupa, namun persoalan yang bermain di minda penulis adakah mereka yang berbakat besar dalam bidang lakonan tapi tidak kacak dan cantik, tidak terpilh atau dipandang sepi?.

Menurut A.Aida dalam satu kenyataan memetik, "jika watak utama itu memerlukan seorang yang helok paras rupa, pasukan produksi saya terdiri dari pengarah akan bertungkus lumus mencari yang sesuai berdasarkan watak yang diinginkan, namun pemilihan pelakon sedia ada mengikut karektor lain amat penting dan bergerak seiring. Jadi paras rupa bagi saya adalah satu keutamaan, namun bakat mereka boleh diasah', ujar penerbit terkenal yang seringkali mencetuskan polimek dan kontroversi itu. 

A.Aida merupakan ahli perbadanan sebuah agensi perfileman berharap mana-mana pihak tidak menyangkal pandangan peribadi beliau berhubung pelakon kacak dan cantik, malahan ia penting bagi mewarnai industri hiburan tanah air sekaligus mencari pelapis masa depan dalam bidang tersebut. 

0 comments :