Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Sabtu, 15 Oktober 2022

ONE CENT THIEF BAKAL DIFILEMKAN?

Umum mengetahui drama bersiri One Cent Thief yang mengandungi 8 episod kini ditayangkan secara berfasa mengikut jadual tayangan setiap minggu. Karya tulisan penulis profilik, Alfie Palermo itu menjadi trending pada minggu pertama tayangan sehingga diperkatakan sebagai sebuah drama bersiri tempatan yang mengambil latar masa kes kecurian satu sen oleh Aman Shah. 

Diarahkan oleh Ariff Zulkarnain, 'One Cent Thief', yang menemui penonton setiap sabtu jam 9.00 malam bermula 8 Oktober lalu, secara serentak tayangannya di empat saluran berbeza iaitu Astro iaitu Astro Ria HD (saluran 104), Astro Vinmeen HD (saluran 202), Astro Shuang Xing De ( saluran 307) dan PRIMEtime (saluran 704) itu mengisahkan jenayah siber tentang rompakan satu sen yang dilakukan Iman Shah (lakonan Syafiq Kyle), seorang pegawai di sebuah bank di tengah ibu kota. Atas dasar mahu menyelamatkan nyawa bapanya dan menyelesaikan beberapa hutang, pelbagai helah dilakukan Iman sehingga berjaya menceroboh beberapa sistem keselamatan bank dengan membawa keluar wang secara tanpa sedar. 

Walaupun baru ditayangkan dua episod, namun debaran menantikan beberapa episod seterusnya menjadikan 'One Cent Thief', antara karya tempatan yang boleh dibanggakan kualiti pembikinannya. Mana tidaknya, dari segi kualiti penceritaan, garapan visual, lakonan dan teknikal di dalam drama ini cukup membanggakan malahan ia boleh dianggap sebuah drama tempatan kelas pertama. Namun persoalan apakah One Cent Thief bakal difilemkan?. 

Menurut Naib Presiden Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad dalam satu kenyataan berkata, pihak Astro Shaw sudah mengadakan pertemuan bersama 'pencuri satu sen' iaitu Aman Shah. 

"Memang perkara untuk menerbitkan filem berdasarkan kisah satu sen ini dalam perancangan, pihak kami akan berkongsi butiran selanjutnya apabila tiba masanya. Pertemuan bersama Aman Shah telah dilakukan namun kini lebih elok kita memberi tumpuan kepada drama bersiri premium Astro Originals, One Cent Thief terlebih dahulu", ujar kenyataan yang dipetik menerusi Astro Gempak. 

One Cent Thief yang dibintangi oleh Syafiq Kyle, Faizal Hussein, Azira Shafinaz, Sofea Jane, Amirul Affendi, Fabian Loo, Aghonderan Sahadevan, Carmen Soo, Sathisvaran Magesvaaran, Rubi Rubini, Amir Nafiz, Fadhli Masoot, Zain Hamid, Aleza Shadan, Syed Irfan dan Airiezara Jasmin itu juga menampilkan kemunculan istimewa Tan Sri Nazir Razak. 

tonton teaser terkini Episod 2 One Cent Thief

Bagi anda yang yang ingin menonton lebih awal, platform Astro GO sudah memuat naik episod dua secara serentak minggu lepas di mana tayangan episod 2 One Cent Thief akan bermula 9.00 malam ini. 


0 comments :