Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


MICHELLE YEOH RANGKUL PELAKON WANITA TERBAIK DI OSCARS 95

Kemenangan Michelle Yeoh di Anugerah Akademi Oscar ke-95, membuktikan anak Malaysia mampu terbang jauh ke Hollywood.

VIU DAN ASTRO JALIN KERJASAMA STRATEGIK?

Alami pengalaman penontonan baharu melalui kerjasama strategik antara viu dan ASTRO yang mampu membuka lebih luas pasaran dalam bidang penyiaran dengan pelbagai rancangan terbaik seluruh Asia.

ASTRO RAIKAN RAMADAN DENGAN SAJIAN PELBAGAI RANCANGAN DAN PROGRAM MENARIK

Sempena bulan Ramadan penuh keberkatan, Astro tampil meraikan Ramadan dengan pelbagai karya tontonan khususnya buat pelanggan Astro.

ANTARA MITOS DAN FANTASI. HARUM MALAM SETARAF FILEM SERAM HOLLYWOOD?

Bukan sahaja sebagai sebuah karya seram tempatan yang berbeza, namun Harum Malam wajar diakui sebagai sebuah filem Malaysia bertaraf antarabangsa.

KONSERT 25 TAHUN LAH AHMAD HABIS TERJUAL

Walaupun baru diumumkan dan tidak sampai 24 jam, tiket bagi menyaksikan konsert 25 Tahun Lah Ahmad habis terjual.

Rabu, 11 Januari 2023

BONGKAR BUDAYA DAN SISI GELAP “HIGH COUNCIL” MELALUI KEGIATAN GENGSTERISME YANG PERNAH MENGGEMPARKAN NEGARA, 'PROJEK: HIGH COUNCIL' BAKAL BUAT PENONTON TAK SENANG DUDUK!

Selepas kejayaan drama ‘One Cent Thief’ dan ‘Kudeta',  Astro Originals terus mengorak langkah bagi tahun 2023 menerusi sebuah drama siri premium terbaru iaitu High Council bermula 14 Januari melalui platform strim Astro On Demand atau Astro Go dan di saluran linear, Astro Citra saluran 108 bermula 23 Januari, setiap Isnin, jam 9 .00 malam. Menariknya, drama premium High Council mempersembahkah sebuah kisah fiksyen yang diinspirasikan daripada kisah benar yang pernah terjadi di Malaysia. Negara pernah digemparkan dengan isu kumpulan gengsterism ‘High Council’ di sebuah sekolah berasrama penuh dan isu tersebut menjadi fenomena apabila melibatkan satu kumpulan pelajar yang berkuasa menjalankan aktiviti salah laku  termasuk dalam aktiviti membuli pelajar. Berdasarkan maklumat, budaya High Council ini telah wujud sejak tahun 1992 dan kegiatan seperti ini tidak berlaku dalam satu sekolah sahaja. 

High Council yang merupakan francais "Projek" selepas drama premium popular, Projek Anchor SPM (2020) berkisarkan tentang dua beradik, Fakri dan Naim yang telah terpisah sejak mereka masih kanak-kanak dan bertemu semula di KUDRAT, sebuah sekolah asrama berprestij tinggi. Mereka berdua memasuki gelanggang “Pilihanraya”, sebuah pertandingan tradisi yang dilangsungkan secara sulit dan diseliakan oleh “High Council”. Pemenang “Pilihanraya” akan dianggap sebagai pelajar paling berkuasa di KUDRAT.

Jika terdahulu, francais Projek: Anchor SPM mempersembahkan sisi-sisi ideal kehidupan di sekolah    berasrama; High Council pula tidak segan membongkarkan aspek-aspek gelap yang sehingga kini, menjadi realiti sebahagian besar pelajar-pelajar sekolah berasrama. Meskipun bergenre aksi fiksyen remaja serta membawa isu tentang buli dan diskriminasi, banyak  mesej positif yang ingin disampaikan kepada penonton. High Council menggabungkan isu-isu gangsterism yang dihadapi pelbagai jenis sekolah. Diharapkan kehadiran naskhah ini dapat membantu pihak tertentu mengkaji punca, kitaran dan langkah yang boleh diambil untuk menamatkan budaya tersebut.

Bagi memastikan jalan cerita dan lakon layar yang dihidangkan dapat memenuhi selera penonton, proses penyelidikan dan story development mengambil masa selama 11 bulan bermula Ogos 2021, sebelum memulakan penggambaran pada bulan Julai 2022 selama 55 hari. Idea asal drama premium ini dicetuskan oleh Show Runner (pencipta) yang juga pengarah Projek Anchor SPM iaitu Anwari Ashraf bersama pengarah baru berbakat besar, Zulaikha Zakaria. Menerusi 10 episod, penonton dapat menyaksikan jalan cerita dan konflik berbeza, aksi pertarungan penuh debaran serta permainan emosi sehingga membuatkan penonton tidak senang duduk pada setiap episod. 

High Council membariskan para pelakon baru dan berpengalaman daripada pelbagai latar seperti Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Naim Daniel, Yusof Hashim, Daiyan Trisha, Sazzy Falak, Ben Tan, Sathisvaran M Magesvaran, Kahoe Hon, Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Ameer Asyraf, Muzayyin Mahyuddin, Hazeeq Dean, Aida Aris, Azhar Sulaiman dan Edika Yusof. Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, Raja Jastina Raja Arshad, juga merangkap sebagai Penerbit Eksekutif berkata “Buat konten di bawah jenama Astro Originals, kami terus komited mempersembahkan kandungan yang segar dan subjek luar dari kebiasaan. Kali ini Astro membawakan High Council yang mengetengahkan isu yang pernah menggemparkan negara iaitu kemunculan kumpulan gengsterism di kalangan pelajar sekolah berasrama penuh. Naskhah ini membawa penonton menyelami permasalahan dalam kalangan remaja. Sorotan itu bukan sahaja dari sisi luaran tetapi juga dari sudut emosi dalaman remaja yang berdepan dengan kepincangan sistem kekeluargaan, konflik serta isu seperti buli, psikologi dan pengaruh rakan sebaya di sekolah yang mungkin tidak dibincangkan secara terbuka. 



High Council telah mendapat kerjasama Flash Sukan yang menyokong usaha dalam memerangi isu buli yang terjadi dalam kalangan remaja dengan menaja aktiviti pemasaran lapangan (on-ground promotion). Flash Sukan merupakan platform terbaharu berita sukan tanah air dengan sentuhan tempatan bagi berkongsi informasi, berita serta isu-isu terkini dunia sukan tanah air dan antarabangsa. Flash Sukan turut menyediakan pelbagai kandungan untuk semua golongan merangkumi isu panas sukan semasa, sukan komuniti, personaliti atlet, kelab serta sukan luar negara. Daripada liputan acara, ulasan permainan, wawancara pemain, perkongsian media dan banyak lagi.

Mengulas mengenai mengapa tidak menyambung sahaja Projek: Anchor SPM, Pengarah & Show Runner Projek: High Council, Anwari Ashraf, berkata, “Tiada lagi yang mampu saya karangkan untuk watak-watak Anchor SPM, tanpa menzalimi perkembangan watak-watak mereka di penghujung siri tersebut buat masa ini. Namun, ini tidak bermakna kami kehabisan kisah-kisah pendewasaan (coming-of age) untuk diceritakan. Jadi, saya memutuskan bahawa jalan yang terbaik untuk meneruskan antologi ‘Projek’ adalah menerusi sekolah-sekolah fiksional, watak-watak, dan tema-tema yang baharu. Terdahulu, Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) menjadi latar tempat watak-watak PASPM menempuh kematangan. Kali ini, watak-watak 'Projek: High Council'  bakal menempuh rintangan-rintangan yang lebih ‘kasar’ di Kolej Ungku Deramat (KUDRAT), dalam usaha mereka untuk mendalami, erti sebenar di sebalik menjadi seorang ‘lelaki’. Terdapat dua lagu runut bunyi yang akan memeriahkan High Council, iaitu lagu utamanya adalah ‘Kudrat’ nyanyian Sekumpulan Orang Gila featuring Naim Daniel dan ‘Test drive’  nyanyian Firdaus Rahmat. 


Mungkin ada yang mempertikaikan siri ini bakal memberi gambaran yang tidak baik seperti satu ‘galakan’ kepada golongan remaja, tetapi Astro Originals bukanlah menghidangkan hiburan semata-mata tetapi sebagai naskah yang memberi pengajaran dan lebih kefahaman tentang apa yang berlaku. Ini seterusnya akan menjadikan kita lebih peka dan mampu mengawalnya dari terus terjadi.  Setiap nilai positif boleh dijadikan tauladan dan yang buruk itu boleh dijadikan iktibar. 

Saksikan High Council secara strim di Astro On Demand atau Astro GO bermula 14 Januari ini atau di saluran linear, Astro Citra saluran 108 bermula 23 Januari, setiap Sabtu, jam 9.00 malam. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, TikTok, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.

#projekhighcouncil
#astrooriginals
#wajibtontonmy

Hak Cipta Terpelihara © 2023 WAJIB TONTON | Powered by amyikram.com 

Isnin, 2 Januari 2023

IMBAS KEMBALI FFM: PESTA FILEM MALAYSIA KE-8 (1989)

 Walaupun sudah mengarahkan hampir enam buah filem seawal tahun 1984 sehingga 1989 menerusi filem pertama 'Pagar-Pagar Cinta' yang diterbitkan oleh Deddy M.Borhan, pengarah dan pelakon A.R Badul telah memcah tradisi penganjuran di Pesta Filem Malaysia ke-8, apabila filem keenam arahannya, "Oh Fatimah", yang dilakonkan oleh A.R Badul Raja Noor Baizura itu memenangi 3 anugerah utama di PFM8/FFM8 pada tahun 1989 iaitu Pelakon Wanita Terbaik (Raja Noor Baizura), Pelakon Lelaki Terbaik dan Sutradara Terbaik (A.R Badul). PFM8/FFM8 yang menyenaraikan 6 buah filem dalam carta teratas di Pesta Filem Malaysia ketika itu dengan 3 buah arahan yang sama dari A.R Badul iaitu Oh Fatimah, Pelumba Malam dan Guru Badul (A.R Badul) menjadikan ia antara saingan sengit buat 3 filem yang lain termasuk filem Yassin (Kamarul Ariffin), Anak Sarawak (Rahim Razali) dan Antara Dua Hati (Rosnani Jamil).

Walaupun memenangi kerusi sutradara terbaik, filem arahan A.R Badul itu tidak berjaya memenangi Filem Terbaik di PFM8/FFM8, lantas membuktikan pada era 80-an itu di PFM8/FFM, 1989 tiada filem yang memenangi Filem Terbaik, tetapi Pelumba Malam arahan A.R Badul itu hanya memenangi 4 anugerah antaranya; Cerita Terbaik (Kamarul Ariffin), Sinematografi Terbaik (Bade Hj. Azmi), Penyunting Terbaik (Rassul Salim) dan Lagu Tema Terbaik (A.Ali).

Imbas Kembali Pesta Filem Malaysia Ke-8. PFM8/FFM8 telah diadakan pada 9 September  1989 di Hotel Hilton, Kuala Lumpur. 


IMBAS KEMBALI FESTIVAL FILEM MALAYSIA: PESTA FILEM MALAYSIA KE-8

Filem Terbaik
Tiada

Sutradara Terbaik
A.R Badul (Oh Fatimah)

Aktor Terbaik
A.R Badul (Guru Badul) 


Aktres Terbaik
Raja Noor Baizura (Oh Fatimah)

Lakon Layar Terbaik
Tiada

Cerita Terbaik
Kamarul Ariffin (Yassin)

Jurukamera Terbaik
Badaruddin Hj Azmi (Pelumba Malam)

Penyunting Terbaik
Rassul Salim (Pelumba Malam)


Aktor Pembantu Terbaik
Yusof Wahab (Anak Sarawak)

Aktres Pembantu Terbaik
Raja Ema (Antara Dua Hati)

Lagu Terbaik
A.Ali ('Jawapan Yang Kelabu' dari Filem Pelumba Malam)

Penataan Bunyi Terbaik
Tiada

Pelakon Komedi Terbaik
Yusni Jaafar (Guru Badul)

Penataan Seni Terbaik
A.Ainol (Yassin)

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik 
Nor Shuhaiba (Oh Fatimah)

Bintang Harapan
Esther Lim (Yassin)

Anugerah Pengkritik Filem Terbaik
Saodah Ismail (Yassin)

Anugerah Juri
Kamarul Ariffin (Pengusaha Filem Yang Gigih, Teliti dan Terpuji - Filem Yassin)
Ahmad Fauzee (Pendatang Baharu Yang Berbakat Lagi Terpuji - Filem Kolej 56)

Filem Usahasama Terbaik
Irisan-Irisan Hati

Ahad, 1 Januari 2023

5 FILEM MENARIK BERMULA 5 JANUARI 2023

Selamat Tahun Baharu 2023 / Happy New Year 2023/ 새해 복 많이 받으세요! 2023년 .

Menjelang tahun baharu 2023 ini, kami bawakan kepada anda 5 filem menarik yang akan menemui penonton tempatan seluruh Malaysia bermula 5hb Januari 2023. Moga kehadiran tahun baharu ini akan membawa sinema kita mampu melangkah lebih jauh ke hadapan. Nak tahu apakah filem-filem tersebut?. Jom..

Sila klik pada setiap poster di bawah untuk menonton trailer bagi setiap filem yang ditayangkan. 




ESCAPE / Malay / Ikhwansha Hazer / 5 Januari 2023

 Pelakon: Kamal Adli, Elizabeth Tan, Amar Asyraf, Zamarul Hisham, Jalaluddin Hassan,
Riz Amin, Jue Aziz, Pablo Amirul, Fiza Fukazawa.



CIRCLE LINE / Mandarin/  J.D Chua / 5 Januari 2023
Pelakon: Jesseca Liu, Patrick Lee Pei Hsu, Andie Chen



SWITCH / Ma Dae-Yoon / Korean / 5 Januari 2023
Pelakon: Kwon Sang-Woo, Oh Jung-Se, Lee Min-Jung, Park So-Yi, Kim Joon.



KKN D DESA PENARI :LUWIH DOWO, LUWIH MEDENI / 
Awi Suryadi / Indonesian / 5 Januari 2023
Pelakon: Tissa Biani, Aghniny Haque, Adinda Thomas, Achmad Megantara.



M3GAN / Gerard Johnstone / English / 5 Januari 2023
Pelakon: Allison Williams, Violet McGraw, Ronny Chieng


'Escape, Circle Line, Switch, KKN Di Desa Penari: Luwih Dowo, Luwih Medeni, dan M3GAN', antara 5 filem menarik dari Malaysia, Korean, Indonesia dan Amerika yang akan menemui penonton seluruh Malaysia bermula 5 Januari 2023. Bagi peminat filem, jangan lupa untuk menonton di pawagam.