Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


LEBIH SERAM DAN MENGUJAKAN.PENGABDI SETAN 2: COMMUNION KARYA 'DARK' TERBAHARU JOKO ANWAR.

Joko Anwar terkenal dengan elemen dark dalam karya yang dihasilkannya. Saksikan Pengabdi Setan 2: Communion dipawagam bermula 11 Ogos 2022.

MURDER BY MOONLIGHT PAPARKAN KISAH MISTERI PEMBUNUHAN TRAGIK BERGENREKAN WITTY MURDER MYSTERY WHODUNNIT!

Saksikan kisah pembunuhan misteri seorang novelis terkemuka yang bakal menemui penonton bermula 1 Ogos, setiap Isnin, jam 9.00 malam di Astro Citra.

GANDINGAN HEBAT DUA NEGARA, PERJALANAN PERTAMA MENAMPILKAN DATO' AHMAD TARMIMI SIREGAR, MUZAKKI RAMDHAN DAN RANDY PANGALILA

Perjalanan pertama kisah sedih yang meruntun jiwa?. Nantikan di pawagam seluruh Malaysia bermula 18 Ogos 2022.

FILEM PREBET SAPU WAKILI MALAYSIA KE ANUGERAH OSCARS KE 94

Filem sulung arahan Muz Amer ini akan mewakili Malaysia ke Anugerah Akademi (Oscars) ke-94 dijangka berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 27 Mac 2022.

NABIL AQIL BERAKSI 'PANAS'?

Nak tahu apa yang panas minggu ini?. Nah kami sajikan 5 video terhangat minggu ini.


Ikuti perkongsian menarik komposer dan penggubah lagu, Ganesh Bala dan penyanyi Ushera tentang penerbitan 'The Malayan Songbook' dan rakaman lagu-lagu melayu klasik, akan datang 29 Ogos 2022.

Isnin, 15 Ogos 2022

GANDINGAN HEBAT DUA NEGARA, PERJALANAN PERTAMA MENAMPILKAN DATO' AHMAD TARMIMI SIREGAR, MUZAKKI RAMDHAN DAN RANDY PANGALILA

 ‘Papar Kisah ‘Road Trip’ Datuk & Cucu, Tampilkan Gandingan Pelakon Hebat Dua Negara’

Filem yang bertemakan kekeluargaan agak jarang diterbitkan, meskipun naskhah bergenre sedemikian mampu menarik minat penonton jika dihasilkan dengan sebuah jalan cerita yang menarik. Istimewanya, ia merupakan langkah pertama buat syarikat produksi D’Ayu Pictures untuk menerbitkan sebuah filem kekeluargaan berjudul Perjalanan Pertama. Lebih menarik, filem berkenaan juga merupakan usahasama antara syarikatnya bersama Mahakarya Pictures yang merupakan syarikat produksi Indonesia.

Penerbit Eksekutif, Dato’ Rosmarayu Mokhtar berkata, ia merupakan naskhah sulung terbitan syarikatnya yang mengangkat kisah kekeluargaan tentang hubungan antara datuk dan cucu. “Apabila meneliti naskhah dan jalan cerita filem Perjalan Pertama ini, saya melihat ia sesuatu yang cukup menarik untuk diketengahkan. “Ia sebuah filem ‘road trip’ membabitkan datuk dan cucunya dan sepanjang perjalanan mereka itu, banyak cabaran yang terpaksa ditempuhi,” ujarnya.

Rosmarayu berkata, Perjalanan Pertama tidak sekadar sebuah kisah penggembaraan semata-mata kerana apa yang ingin disampaikan kepada penonton adalah membabitkan hubungan kekeluargaan. Sementara itu, menjelaskan lebih lanjut mengenai filem berkenaan, beliau menjelaskan ia menelan kos produksi sebanyak RM1.75 juta serta menjalani penggambaran di Bukit Tinggi, Indonesia sekitar awal tahun 2020. Ujarnya, sebagai penerbit eksekutif, pihaknya selaku pelabur turut terbabit sejak awal lagi seperti pra produksi, skrip, penggambaran sehinggalah filem tersebut siap sepenuhnya.

Perjalanan Pertama sudah ditayangkan di Indonesia sejak 14 Julai lalu dan sambutan yang diterima penonton di sana cukup menggalakkan. “Menerusi penelitian kami di platform media sosial pula, ramai penonton yang memberikan pujian dan review positif serta suka dengan jalan ceritanya,” jelasnya. Diarahkan oleh pengarah Arief Malinmudo, Perjalanan Pertama mengandingkan dua pelakon hebat dua negara iaitu Dato Ahmad Tamimi Sirergar dan Muzakki Ramdhan.

Selain itu, ia turut menampilkan beberapa barisan pelakon popular lain seperti Adinda Thomas, Randy Pangalila, Gilang Dirga, Komo Ricky dan Angelica Petra. Sementara itu, Arief selaku pengarah mengakui filem Perjalanan Pertama sememangnya cukup istimewa buat dirinya. “Sudah tentu ia merupakan satu penghormatan buat diri saya untuk bekerjasama dengan seorang pelakon hebat Malaysia seperti Ahmad Tarmimi. “Apa yang boleh saya katakan, filem ini memang wajar untuk ditonton kerana jalannya itu sendiri, selain sinematografinya yang cukup memukau,” ujarnya. Ujar Arief, dia berharap agar filem ini bukan sahaja mendapat sambutan di Indonesia, malah akan diterima penonton-penonton di Malaysia apabila ditayangkan nanti.

Selepas Indonesia, Perjalanan Pertama akan ditayangkan pula di pawagam seluruh Malaysia pada 18 Ogos ini. Untuk info, filem ini juga sudah ditayangkan di World Premier Moslem Fim Festival Australia dan Asian Premier Jogja Asian Film Festival pada tahun 2021.

 

Dibintangi oleh Dato' Ahmad Tarmimi Siregar, Muzakki Ramdhan, Randy Pangalila, Adinda Thomas, Gilang Dirga, Komo Ricky dan Angelica Petra, Perjalanan Pertama ini mengisahkan tentang hidup seorang datuk dengan cucunya. Tan, seorang pekerja kedai cenderamata di sebuah kampung serta tinggal bersama cucunya, Yahya.  Pada masa sama, Yahya yang semakin membesar sering bertanya kepada datuknya tentang identiti ibu bapanya.  Ternyata, semua persoalan akhirnya terjawab ketika mereka menghadapi masalah sewaktu dalam perjalanan untuk menghantar sebuah lukisan yang juga merupakan mas kahwin untuk satu pasangan yang akan bernikah. Sebuah perjalanan yang akan mengubah seluruh hidup Yahya dan Tan.

trailer


Jumaat, 12 Ogos 2022

APAKAH AKAN TERJADI KEPADA KARYA-KARYA SENIMAN AGUNG, P.RAMLEE SELEPAS 50 TAHUN?!.

Apakah akan terjadi sekiranya semua hak cipta karya seniman agung P.Ramlee itu menjadi hak awam?. Bagaimanakah nasib anak seni yang lain?. Apakah nasib mereka akan turut musnah selepas 50 tahun pemergian mereka dalam industri muzik?. Pernyataan ini kadangkala menakutkan penggiat industri hiburan tanah air, apatah lagi memikirkan nasib yang bakal menimpa setelah mereka tiada lagi di dunia ini. Perkara sebegini perlu difikirkan kerajaan melalui agensi berkaitan supaya nasib karyawan seni tanah air terbela khususnya. 

Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) mencadangkan agar Akta Hak Cipta 1987 segera dipinda bagi melanjutkan jangka masa sedia ada sekurang-kurangnya 70 tahun. Langkah berkenaan boleh dilakukan kerajaan melalui MYIPO, di mana pindaan tersebut dapat melindungi sesebuah karya muzik khususnya P.Ramlee yang khabarnya akan memasuki genap 50 tahun menjelang 2023. 

Bagi menghuraikan beberapa persoalan yang bermain difikiran, wartawan Nadia Azam dari malaysiakini telah menulis artikel ini ; telah disiarkan di portal rasmi malaysiakini pada 27 Julai 2022 yang lalu. 

- Amy Ikram

Kini detik genting pinda akta demi lindungi karya P Ramlee, kata MACP
Oleh: Nadia Azam, malaysiakini

Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) mencadangkan Akta Hak Cipta 1987 segera dipinda bagi melanjutkan jangka masa sedia ada kepada sekurang-kurangnya 70 tahun. Kata MACP langkah berkenaan boleh dilakukan kerajaan menerusi MyIPO.

Dengan adanya pindaan tersebut kata MACP isu berhubung karya muzik Allahyarham P Ramlee dapat dilindungi dengan lebih lama atau ia akan memasuki domain awam. Apabila keadaan itu berlaku, kata badan berkenaan, karya seniman agung itu tidak lagi tertakluk kepada perlindungan hak cipta yang mewajibkan pembayaran royalti.

Dalam keadaan sekarang, perlindungan hak cipta ke atas karya muzik P Ramlee akan tamat pada tahun depan.Jurucakap MACP memberitahu Malaysiakini isu melanjutan tempoh perlindungan hak cipta tersebut tertakluk kepada pindaan Seksyen 17 Akta Hak Cipta 1987, serta kelulusan dasar kerajaan.

“Lagu-lagu Allahyarham P Ramlee masih lagi segar berkumandang di dalam dan luar negara. Ianya akan menjadi satu kerugian besar kepada negara, rakyat Malaysia serta waris-waris P Ramlee sendiri (jika tiada pindaan dibuat). “Pindaan perlu dibuat bagi menjaga kebajikan serta kesahihan perlindungan hak cipta karya P Ramlee.

“Jika tidak dilakukan, karya-karya tersebut tidak lagi tertakluk kepada lunas undang-undang dalam menjaga hak ekonomi serta sosial bagi pemilik karya P Ramlee yang ketika ini diwarisi kepada anak seniman itu, antaranya Sazali,” katanya.

Ada perbincangan berterusan

Sazali, 63, dan isterinya ialah penerima bantuan bulanan Lembaga Zakat Selangor sebanyak RM400 dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (RM500) namun jumlah itu tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan kesihatan mereka. Untuk rekod, selepas P Ramlee meninggal dunia pada 29 Mei 1973, royalti daripada lagu-lagunya yang diuruskan MACP diperoleh isteri seniman serba boleh terbabit, Allahyarham Saloma.

Apabila Saloma meninggal dunia pada 25 April 1983 pula, royalti daripada MACP itu diberikan pula kepada Allahyarham Nasir P Ramlee. Dia kemudian membahagikan perolehan diterima kepada beberapa waris yang lain. Apabila Nasir meninggal dunia pada 23 November 2008, kontrak royalti itu masih diteruskan kepada waris lain termasuk Sazali hingga mencapai tempoh 50 tahun selepas kematian P Ramlee.

Bermula dari 1973 hingga tahun ini, kontrak royalti tersebut sudah berlangsung selama 49 tahun dan bakal tamat tahun depan. Menurut MACP, peranan yang dimainkan oleh badan itu dalam menangani isu karya-karya P Ramlee kini adalah amat genting.

Justeru, katanya, kerajaan diharap prihatin dengan karya-karya P Ramlee yang lebih sinonim dengan simbolik sebagai aset budaya Malaysia. Sehubungan itu, MACP memaklumkan, perbincangan berterusan dilakukan bagi menyatakan perlunya melanjutkan tempoh perlindungan hak cipta sedia ada - dari 50 tahun ke 70 tahun - seperti dipraktikkan United Kingdom dan Singapura.

“Sebagaimana yang dimaklumkan terdahulu, kami masih dalam peringkat penyelidikan dan dokumentasi untuk memberi butir-butir yang kukuh bagi mendapat kelulusan untuk diusulkan kepada kerajaan. “Buat masa sekarang, semua proses yang kami lakukan menunjukkan tindak balas positif daripada ahli MACP dan pihak berkepentingan,” katanya.

Tambah badan itu, kebajikan ahli sentiasa menjadi tujuan utama serta asas pembangunan badan tersebut. “Kami sentiasa menyokong penuh cadangan ahli kami yang ingin melanjutkan tempoh perlindungan hak cipta.

“Selepas mengambil kira cadangan serta pandangan ahli serta awam, MACP terus menyokong penuh bagi usul melanjutkan tempoh perlindungan hak cipta atas dasar kebaikan yang akan terus dinikmati oleh ahli pewaris karya tersebut serta sumbangan kepada industri kreatif secara tidak langsung,” katanya.

Khamis, 11 Ogos 2022

'LEBIH SERAM DAN MENGUJAKAN'!. PENGABDI SETAN 2: COMMUNION KARYA 'DARK' TERBAHARU JOKO ANWAR.

Penggemar filem seram harus meletakkan filem ini sebagai naskhah wajib tonton. Ia bukan cerita seram biasa, tetapi kehadirannya lebih kepada sebuah kisah tentang masa depan, keluarga dan dendam. Pengabdi Setan 2:Communion ini adalah rentetan cerita tentang perjanjian alam ghaib yang berhubung kait dengan pemujaan syaitan melalui watak seorang ibu yang taksub akan kerjayanya sebagai seorang penghibur. Akibatnya, seluruh keluarga yang ditinggalkannya mengalami gangguan dan trauma begitu kuat sehingga rumah yang mereka diami itu berpenunggu. 

Rini dan adik-adiknya, Toni dan Bondi serta bapak mereka berhijrah ke sebuah penempatan baharu, di rumah susun itulah kehidupan mereka bermula. Saban hari, waktu dan malam mereka diganggu dengan perkara-perkara aneh bahkan setiap dari penghuni rumah yang ada tidak diketahui siapa. Menurut bapaknya, Bahri Suwono (lakonan Bront Palarae), mungkin di kediaman baharu ini lebih selamat berbanding yang sebelumnya, namun perkara sebaliknya berlaku. 

Diarahkan sutradara tersohor Indonesia, Joko Anwar; Pengabdi Setan 2: Communion ini adalah sekuel kepada Pengabdi Setan yang pernah dihasilkannya pada tahun 2017. Bagi mereka yang berhasrat mahu menonton filem Pengabdi Setan 2 ini, haruslah terlebih dahulu menonton kisah yang pertama kerana jika tidak anda sukar untuk memahami jalan cerita bagi filem sekuel ini. Dibarisi Tara Basro, Andy Arfian, Nasar Anuz, Bront Palarae, Ayu Laksmi, Muhammad Adhiyat dan ramai lagi, 'Pengabdi Setan 2: Communion' ini akan berlegar di pawagam seluruh Malaysia bermula 11 Ogos 2022. Diterbitkan Rapi Films, Sky Media, Brown Entertainment, Legacy Pictures, dan Come and See Pictures, filem ke-21 arahan Joko Anwar ini dibawakan khas ke Malaysia oleh Suraya Filem Production & Distribution. 

Ketika ditemui media pada malam gala yang diadakan di GSC Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya, Datuk Zahidi Zainul Abidin, Timbalan Menteri KKMM menyifatkan filem arahan Joko Anwar ini adalah karya filem seberang yang amat berkualiti dan menyeramkan bahkan juga lakonan para pelakon yang membintangi filem ini wajar dipuji kerana mereka memberikan lakonan yang bermutu.  Daripada 10 bintang, beliau memberikan 7  untuk filem tersebut.  


Menariknya, Pengabdi Setan 2: Communion ini juga ditayangkan dalam format IMAX di beberapa pawagam terpilih bagi memberikan pengalaman menonton yang lebih baik dan mengujakan.  Pengabdi Setan 2: Communion ini adalah penampilan keenam Bront Palarae dalam sinema Indonesia selepas Headshot, My Stupid Boss, Pengabdi Setan, Ayat-Ayat Cinta 2, dan Gundala.


trailer filem

Jumaat, 5 Ogos 2022

LEBIH PANAS DAN MENGGIURKAN. ABANG LONG FADIL 3 AKAN DATANG 8 SEPTEMBER 2022

Francais komedi aksi ‘blockbuster' no 1 Malaysia, Abang Long Fadil kini bersedia menggegarkan pawagam Malaysia, Singapura, Brunei dengan sekuel terbarunya, Abang Long Fadil 3 bermula 8 September depan. Filem terbitan oleh penerbit gergasi tanah air, Skop Productions dan Astro Shaw ini menjanjikan lebih padat aksi memukau, komedi pecah perut, barisan pelakon terkenal serta kualiti produksi yang boleh dibanggakan. Abang Long Fadil 3 sekali lagi mendapat sentuhan dan idea asal oleh pengarah cukup berkaliber, Syafiq Yusof. Syafiq amat terkenal dengan filem-filem pecah panggung dan digelarkan sebagai pengarah yang sukakan tampilkan ‘twist’’ plot seperti Abang Long Fadil, Misteri Dilaila, KL Special Force, Penunggang Agama.

Antara kekuatan dan kelainan dalam Abang Long Fadil 3 adalah comeback kumpulan JOZAN, Zizan Razak dan Johan selepas setengah dekad. Malah, menerusi klip teaser filem yang menampilkan kedua-dua pelakon ini telah menerima respon baik dan memperlihatkan keterujaan penonton menanti kehadiran filem ini. Selain Zizan dan Johan, turut dibintangi pelakon-pelakon terkenal seperi Elizabeth Tan, Maya Karin, Dato AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman, dan Siraj. Hampir kesemua pelakon serlahkan adegan aksi yang mengujakan. 

Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Melihat reaksi penonton dan kejayaan filem di pawagam sekarang ini, telah membuktikan kepercayaan penonton terhadap filem tempatan sentiasa ada, cuma mereka lebih cenderung menantikan filem yang baik dan berkualiti. Kejayaan filem tempatan itu juga secara tidak langsung turut memberi nafas baru buat pengkarya untuk melangkah lebih jauh. Kini tiba giliran Astro Shaw dan Skop Productions kembali selepas dua tahun dalam percaturan filem tanah air dan bersedia untuk mencipta fenomena tersendiri menerusi Abang Long Fadil 3. 

Di samping itu, kami juga merangka strategi pemasaran yang kreatif bagi menambahkan lagi keterujaan penonton dalam menantikan filem francais popular ini pada bulan hadapan. Sebagai permulaan, kami telah melancarkan kempen ‘Sama Tak Serupa’. Selain itu, kami rasa amat berbesar hati turut berpeluang menjalinkan kolaborasi bersama penaja-penaja, di samping kerjasama erat bersama pemamer dan mendapat sokongan padu daripada station radio Melayu dan Inggeris Astro, serta portal hiburan nombor 1, Astro Gempak. Kami mengharapkan Abang Long Fadil 3 yang merupakan pembuka untuk Astro Shaw selepas dua tahun, dapat membantu mengubah momentum industri perfileman ke arah satu paradigma yang baru.”. 

Pengarah Skop Productions, Datuk Yusof Haslam melahirkan rasa gembira akhirnya filem daripada francais pecah panggung ini akan temui penonton tidak lama lagi. “Kami percaya kini adalah masa yang tepat untuk tampilkan Abang Long Fadil 3 dan menambahkan lagi keyakinan kami apabila melihat sambutan luar biasa penonton serta peminat terhadap filem tempatan baru-baru ini. Abang Long Fadil 3 menjanjikan kelainan di mana ia mempersembahkan arah tuju yang lebih mantap. Peminat francais Abang Long Fadil dapat melihat transisi karya ini daripada filem pertama pada tahun 2014, kemudian sekuel pada tahun 2017 sehingga filem terbaru ini. Malah, kemunculan watak-watak baru juga turut menyerikan dan memberi nafas baru kepada francais ini. Kami harap kehadiran Abang Long Fadil 3 pada 8 September ini mampu merancakkan lagi industri perfileman Malaysia.”

Filem Abang Long Fadil 3 akan mengadakan sesi jelajah yang turut dimeriahkan dengan barisan pelakon pada 9, 10, 11 September dan di Selatan, 16, 17, 18 September di utara.  Manakala OST bagi filem Abang Long Fadil 3 adalah ‘Payung’ nyanyian Zizan Razak bersama Elizabeth Tan. Buat peminat boleh turut serta dalam dance challenge lagu Payung di platform TikTok dan buat peminat bertuah yang terpilih berpeluang untuk hadir ke majlis Mega Fans Screening Abang Long Fadil 3 pada 7 Ogos nanti.

Filem ini juga telah mendapat tajaan daripada KLCC selaku penaja lokasi bagi Malam Gala Abang Long Fadil 3 di kawasan Esplanade dan di selaras bersama TGV Cinemas. Selain itu, Suria KLCC turut menaja melalui platform promosi LED Skrin di Concourse, digital outdoor screen di Pintu Masuk Ampang, papan tanda digital di sekitar mall Suria KLCC, perkongsian promosi di media sosial dan eDMs (mesej elektronik melalui emel).

Filem Abang Long Fadil 3 menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaru yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu.

Nantikan filem yang bakal mengulangi fenomena pecah panggung, Abang Long Fadil 3, di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, Singapura bermula 8 September ini.


Khamis, 4 Ogos 2022

KENAPA JERANGKUNG DALAM ALMARI WAJIB TONTON?




KENAPA JERANGKUNG DALAM ALMARI WAJIB TONTON?

Mereka yang banyak menonton filem-filem hebat, akan faham kenapa naskhah filem ini wajib tonton. Ia bukan calang-calang filem. Ia sebuah karya seram yang berbeza dengan naskhah sedia ada. Dengan storytelling dan sinematografi yang memukau, malahan rekaan bunyi begitu mengujakan serta penggunaan warna bagi saya begitu baik dalam lanskap sebuah sinema. ‘Jerangkung Dalam Almari’ wajib tonton bagi penggemar karya seram tempatan.

Diarahkan Shadan Hashim yang sebelum ini terkenal dengan filem-filem bersifat indie seperti Cinta 200 Ela (2002), Haru Biru (2007), dan Volkswagen Kuning (2016), 'Jerangkung Dalam Almari', merupakan naskhah keempat arahan pengarah profilik itu. Diterbitkan penerbit sensasi penuh kontroversi, Raja Azmi , 'Jerangkung' dilihat berpotensi tinggi untuk meraih kutipan RM 1 juta ke atas memandangkan karya filem Shadan ini juga menampilkan Dato' Ady Putra yang terkenal dengan watak Mat Kilau menerusi filem 'Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan'. 



Ketika ditemui semasa sesi Tayangan Media dan Malam Gala Jerangkung Dalam Almari di GSC Tropicana Garden Mall, baru-baru ini, penerbit filem tersebut, Raja Azmi Raja Sulaiman begitu optimis mengatakan Jerangkung Dalam Almari mampu meraih kutipah pecah panggung sebanyak RM 7 juta. 

'Sekiranya berjaya mencapai angka itu, rasanya boleh untuk tumbangkan seekor Kerbau', tegas Penerbit ... Dalam Botol itu. Manakala pengarah filem tersebut, Shadan pula tidak meletakkan sasaran namun berharap peminat dan pencinta filem tanah air sudi meluangkan masa untuk menonton filem terbaharu sentuhannya itu. 

Menariknya, lagu tema bagi filem ini dinyanyikan oleh kumpulan Wings bertajuk 'Jerangkung Dalam Almari', yang dipetik dari album keempat kumpulan rockers tersebut yang pernah menjadi fenomena pada tahun 1991. 


Di Pawagam bermula hari ini..
Jerangkung Dalam Almari, wajib tonton!. 

Rabu, 3 Ogos 2022

ANUGERAH INDUSTRI MUZIK (AIM) KINI KEMBALI?.

Selepas lima tahun berehat tanpa sebarang berita, Anugerah Industri Muzik ke 23 (AIM23) bakal melabuhkan tirainya.  Mempertaruhkan 26 kategori termasuk Lagu Terbaik dan Album Terbaik, AIM23 akan menghimpunkan pelbagai jenis karya muzik semasa yang pernah diterbitkan bermula Januari 2021 hingga Jun 2022. Menurut Rosmin Hashim, Pengerusi Industri Rakaman Malaysia (RIM) menegaskan; Anugerah Industri Muzik (AIM) adalah relevan dan perlu dianjurkan bagi mengiktiraf pencapaian penggiat muzik di negara ini. 

Walaupun kita berdepan dengan teknologi digital yang sedikit sebanyak membantu perjalanan industri muzik, AIM dilihat sebagai platform terbaik bagi mengiktiraf karya dan penggiat berkualiti melalui panel penilai terhadap pencapaian golongan professional dalam bidang muzik termasuk penyanyi, pemuzik dan penulis lirik. Tambah Rosmin, ''kemenangan di AIM ini bukan berdasarkan populariti semata-mata, tetapi sebagai mengiktiraf kecemerlangan dalam kualiti produk muzik yang dihasilkan. Setiap pengkarya muzik wajar dihormati agar khazanah muzik yang dihasilkan mampu bertahan di sepanjang zaman". 

Dalam pada itu, bagi karya yang dihasilkan dari tahun 2017  hingga 2020, tidak akan terpilih memandangkan hanya karya bersifat semasa sahaja yang bermula dari era 2020 hingga kini akan tersenarai. Ini perlu memandangkan kita berada pada era terkini yang banyak karya muzik yang diterbitkan penggiat muda, namun penganjuran kali ke 23 ini adalah penuh bersejarah di mana ia bakal diadakan September 2022. 

Kategori dipertandingkan:

– Artis Baru Terbaik
– Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (lelaki)
– Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (wanita)
– Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (berkumpulan)
– Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu
– Video Muzik Terbaik
– Runut Bunyi (ost) Terbaik Di Dalam Filem/Drama
– Lagu Rock Terbaik
– Lagu Pop Terbaik
– Lagu R&B/Hip Hop Terbaik
– Lagu Pop Elektronik/Dance Terbaik
– Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
– Lagu Cina Tempatan Terbaik
– Lagu India Tempatan Terbaik
– Lagu Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara
– Lagu Nasyid Terbaik
– Lagu Pop Etnik Terbaik
– Album Terbaik
– Lagu Terbaik
– Anugerah Sri Wirama
– Kulit Single/Album Terbaik
– Rakaman Album Terbaik
– Rakaman Lagu Terbaik
– Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu
– Lagu Paling Tinggi Di Strim
– Lagu Nada Dering Jualan Paling Tinggi